BEN ASHAARI

Wednesday, February 16, 2011

COFFE - CHOC - CHIP - COOKIES.....PROMOT BLOG 2 - 5.

P1250684
Assalammualaikum....wahh letih lahhh, panasnyaa...mat kan dah mula tak boleh dengar orang bercakap banyak dan bebel tah hapa2, aku bengang dan nak marah jee. Bengal sehh otak guaa orang bising2 nihh. Malam ni nak tulis yang ringkas2 jee, mood tak berapa ok, rasa macam nak tidur awal.....tapi mata ni bukan leh jangka kann. Mat buat 4C cookies ni saja nak habis kan baki mentega..dan mat buat 1/2 dari resipi asal..

P1250695
Resipi asal dari blog Rima, the kek lapis Queen from Singapore, pujian ni mat beri sebab ketelitian beliau menghasilkan kek lapis yang sungguh kemas dan rapi. Biskut ni kan sedapp tau, rasa macam chipsmore, serius, tadi abah mat makan sekeping dia komen, eh rasa macam yang budak2 selalu beli tu lahh...wahh bess kan bila orang yang cerewet komen macam tu..terima kasih mat pada Rima, tapi mat buat tak berapa cun, Rima buat nampak klasik sungguh, di sini... Tapi mat buat 1/2 dari resipi yang mat tulis tu yeaa...
Ok kali ni DTS akan promot blog perempuan pulak. Jom lihat, sapa yang kena.....

Ini lah wanita pertama yang tinggalkan link blog beliau di wall mat gebu di SB, mat promot belog dia..Dan dia ialah "Ery Farieha" dan blog dia di sini...jangan lupa singgah dan selami blog beliau....Ok, jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega tanpa garam (boleh guna mentega biasa)
75 gram gula halus
90 gram gula perang (mat guna gula perang semua)
3 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
1 camca teh minyak kopi (mat guna mocca oil)
120 gram cip coklat
100 gram kacang gajus, panggang dan cincang kasar
350 gram tepung gandum*
15 gram serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak)
1 camca teh garam (kalau guna mentega biasa, tak payah letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dengan gula dan garam hingga sebati, masukkan esen vanilla dan kopi@mocca oil. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar hingga berkrim.
  2. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, akhir sekali masukkan cip coklat dan kacang gajus cincang tadi.
  3. Bulat2 dan leperkan sedikit adunan tadi, atau sudu kan atas dulang pembakar, jarakkan sedikt antara satu sama lain. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit bergantung pada oven masing2.
  4. Bila masak biar sekejap atas dulang pembakar, kemudian boleh alihkan atas jaringan dan biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

18 comments:

MAKCEK bukan NENEK said...

grr slurp tarik air liur .
cookies sy sukaaa .

Fathiah Rosdi said...

cik mat..reti x buat cupcakes???ajr kmi...plizzz...=O

AdyBudika said...

yessss....yang nie tahan lama..so...?

ceritera asni said...

CIK MATT!!! WHOAAA..SANGAN MENGANCAM ITU CHOC CHIP.. :'(

y u y u Z u l a i k h a said...

PAK CIK MATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT~ YUYU............


"MELELEHHHHHH"


HAHAH ^^

kakchik@ella said...

kali ni kakcik dtg bwk "Tupperware" kedap udara cik mat .. mau tapau itu cookies. nak jugak!! asyik tunjuk je, entah la bila bole merasa. dah la Kakchik ni belum "on" oven pun dah takut. Eeeee .. geram nih!! hihi ..

NaDia CoMaNeCi said...

aduyaiii malam2 ni tayang cookies..gugur air liur gue..

nadiacomeneci.blogspot.com

Citarasa Rinduan said...

cik mat..
selamat malam...semoga beradu dengan seindahnya walau dalam stress..

sabar cik mat...mai sii bagi 2 keping cookies tu...sure ayu boleh tolong..hehhehe

ery? daku kenal beliau

FaKArePa!n said...

abang mat.. saya tengah lapar ni..

Jom baca..
Muka dah cun, TAPI.. spoil r!!

miszlullaby said...

sedapnye...krupp krapp krupp krapp..hehe

syuwai said...

nyam2x.. nak try ni nanti..hehe

bestnya bl0g dorang kena promosi..huk3x

Sunah Mohammad said...

salam~

oh che mat~~

sedapnye~ saya suka chipsmore~ ni leh jadi pengganti~~ :)

bila nak promote blog saya? :D

www.sunahsukasakura.com..sila-sila~ XD

joegrimjow said...

nampak pon dah tahu banyak kalori

lalala

Wanieyra said...

sedapnya sekut ni....

Anna Qawina said...

Aslmkm Cik Mat..minyak kopi tu canne? kat botol dia tulis minyak kopi ke? masuk list nih...

Anna said...

Wah Cik Mat, cookies itew sungguh gebus lah.

Jemput singgah:-

http://mummymodern.blogspot.com

Mak Qis said...

cikmat...sekuk neh crunchy or chewy..akak dh teringin nk buat sejak tgk kat blog rima..neh mat dah pn buat

Ery Farieha said...

yayyy blog saye
hihihi thanx CMG ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.