RESIPI HATI LEMBU MASAK PENGANTIN

Assalammualaikum, salam semua. Rasanya masih belum terlambat che mat nak ucapkan selamat hari raya buat semua pengunjung blog tiffinbiru yang semakan sendu ini. Maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa dalam penulisan dan jika ada tulisan2 che mat yang buat anda semua terasa hati, che mat minta maaf sekali lagi yea. Selain faktor masa, che mat rasa macam penat dah nak berblog tapi jauh di sudut hati, blog tiffinbiru amat istimewa dan bermakna. Tengok lah tahun 2022 dah nak masuk setengah tahun  ke dua tak lama lagi, tapi entri blog baru dua, masuk yang ini. Orang sekarang lebih banyak aktif di FB, IG dan TikTok. Che mat setakat yang termampu sajalah. Apa2 pun terima kasih masih sudi beri sokongan pada blog tua ini. Hari ni che mat nak kongsikan resipi hati lembu masak pengantin. Ini antara resipi terkenal dulu masa orang buat kerja kawin, dan atas sebab itu lah kot nama dia diberi hati lembu masak pengantin. Bagi yang tak makan hati, che mat minta maaf lah yea. Resipi boleh dikatakan agak senang disediakan. Hati lembu pastikan beli yang segar bagi menjamin rasa yang lebih sedap.Teringin nak mencuba? Jomm semak resipinya di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram hati lembu segar
1 camca teh garam
1 camca teh penuh serbuk kunyit
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
6 - 7 tangkai kacang buncis, hiris serong
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap lemak manis
1 camca teh penuh rempah garam masala (boleh ganti dengan rempah kari daging)
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1 camca besar cili kisar
1/4 cawan air

BAHAN2 KISAR HALUS :-)
3 biji bawang besar saiz sederhana, jika saiz besar, guna 2
3 ulas bawang putih
1 inci halia

BAHAN2 TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hati lembu dihiris sederhana tebal, cuci bersih kemudian gaulkan dengan secamca besar tepung gandum dan perap 15 minit. Kemudian bilas bersih dan toskan airnya. Gaulkan hati lembu tadi dengan garam dan serbuk kunyit hingga rata. Kendian goreng dalam minyak panas kurang lebih seminit, balik2kan hati tadi agar masak sekata. Angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan minyak. Masukkan bahan2 tumis, dan masak hingga wangi. Tambah bahan kisar haus dan cili kisar, kacau rata dan masak hingga naik minyak, gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan sos tiram, kicap lemak manis, rempah garam masala dan lada hitam. Kacau rata dan masak sekejap. Masukkan air, kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan hati lembu, gaul rata dan masak hingga kering sedikit.
  4. Masukkan bawang besar, kacang buncis dan cili merah, gaul rata dan masak sekejap, Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan dengan nasi panas dan lauk2 yang lain. Selamat mencuba!

Post a Comment

2 Comments

  1. Alamak...sedapnyaaa....dulu pernah makan masa kawen..haha...ni lama dah x makan

    ReplyDelete
  2. menu ni memang sedap.. biasa akan tunggu je pengantin abis makan.. sbb nak sambung makan kt meja pengantin..hahahaha.... perangai ni keluar bila sedara rapat yang kawin.. hahahaha

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.