RESIPI TALAM KELADI BERLAUK

Assalammualaikum, ini adalah entri terbaru untuk tahun 2022, nak ucap selamat tahun baru pun rasanya macam dah agak lewat, yea dak. Tapi takpe lah, tahun baru ke, tahun lepas ke, rasa tak jauh beza pun, apa tah lagi zaman2 covid19 ni, rasanya sama saja walaupun macam2 SOP dah dipatuhi. Apa2 pun moga kita semua dijauhkan dari perkara2 yang tidak diingini. Resipi hari ni che mat nak kongsikan talam keladi berlauk. Kuih talam berlauk ini lebih terkenal dikalangan masyarakat cina tapi mereka lebih suka guna udang kering sebagai inti bahagian atas kuih talam. Kalau kita orang melayu lebih kepada daging atau isi ayam. Tapi terpulang pada selera masing2, sama ada nak guna udang kering atau daging. Dari semalam sebenarnya termengidam nak makan talam keladi, dan che mat tinggalkan seketul keladi untuk buat kuih ni. Resipi dia senang saja dan takde pantang larang. Asal resipi dari Chef Zaidah yang femes di kaca TV sekitar tahun 90 an dulu, mesti kenal kan, chef Zaidah yang ada tahi lalat manis tu, haa..ni resipi dia lah, cuma che mat oter sikit bahagian inti dia....

Kuih talam keladi ni memang sedap dan berbaloi sangat. Che mat guna loyang 8 inci x 8 inci dan memang ngam2 sangat dengan ketebalan kuih talam tu, just nice kata orang putih, tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Ada juga yang makan kuih talam keladi ni dengan sos khas, tapi che mat makan dengan sos cili biasa saja. Kalau nak makan dengan sos lain tu, boleh cuba google, ramai juga yang pernah kongsi resipi sos tu, dia ada campur tauco kalau tak salah. Sesuai ni kalau nak hidang untuk minum petang atau jamu tetamu datang. Tak pun bawak sebagai buah tangan ke rumah sedara mara. Kalau nak nampak lagi kemas, che mat cadangkan, kita potong dulu talam keladi ni, kendian baru tabur hirisan daun bawang, daun sup cili cincang dan bawang goreng. Inti daging dia che mat taruk awal masa kuih tu panas lagi, tujuan dia biar tak mudah berterabur masa potong nanti. Resipi che mat tulis kat bawah ni, selamat mencuba bagi yang nak mencuba!....

BAHAN-BAHAN INTI :-)
300 daging cincang
1 biji bawang holland, cincang halus
1 camca besar rata rempah kari daging 
1/2 camca teh lada hitam kisar
1 camca besar sos tomato
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa dan secubit gula
1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN TALAM KELADI :-)
300 gram keladi yang telah dikupas kulitnya dan dipotong dadu
1 kotak (200 ml) santan Kara atau sebarang jenama
500 ml air
120 gram tepung beras
1 camca besar penuh tepung gandum
1 camca besar penuh tepung jagung
Garam secukup rasa, anggaran 1 camca teh penuh
1/4 camca teh 'five spice' powder (optional)

BAHAN-BAHAN TABUR :-)
1 pokok daun sup, dihiris
1 pokok daun bawang, dihiris
1 biji cili merah, dibelah dua, buang biji dan didadu kecil
Bawang goreng secukupnya
Sos cili, untuk dimakan dengan kuih talam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, anggaran 2 camca besar. Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan rempah kari dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap. Tambah daging cincang, kacau rata dan masak hingga daging berubah warna. Tambah air, kacau dan masak hingga hampir kering.
  2. Masukkan bawang holland yang dicincang. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejuk dan ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  3. UNTUK TALAM KELADI :- Panaskan kukusan, alas acuan berukuran 8 inci x 8 inci dengan plastik atau aluminium foil. Sapu permukaannya dengan sedikit minyak masak dan ketepikan. Keladi digoreng hingga empuk, tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Sementara tu, dalam satu bekas, satukan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, santan garam dan air. Kacau rata dengn whisk hingga semua rata dan sebati. Tapis adunan dan ketepikan.
  4. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan masukkan bancuhan yang ditapis tadi, masukkan juga keladi dan serbuk 'five spice' (jika guna), kacau rata dan hidupkan api pada kadar sederhana. Kacau tanpa henti hingga bancuhan tadi kental. Masukkan 2 camca besar inti dan kacau rata, matikan api. Alihkan ke dalam tin dan ratakan. Kemudian kukus selama 35 minit dengan api sederhana.
  5. Kemudian ratakan kesemua inti daging atas talam keladi tadi dan tekan2 perlahan dengan belakang sudu, sambung kukus lagi 5 minit. Lepas tu boleh keluarkan talam keladi tadi dari kukus dan sejukkan. Tabur rata2 hirisan daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang goreng atasnya. Boleh lah dipotong dan hidangkan dengan cili sos... Dahh siappp!

Post a Comment

4 Comments

  1. Sedapnya Mat, rindu betul nak makan kuih talam gini.. sejak takde pasar malam ni, susahnya nak mencari...

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa laa hai tengok makanan.

    ReplyDelete
  3. Lama tk buka blog..cik mat punya blog tgk dulu sbb resepi nya yg betul2 jadi..x yh la nk google2 lain dh...😇😇

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.