RESIPI KEK PAUN OREN

Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun ini entri pertama untuk tahun 2024. Sejak dunia siber lebih tertumpu pada FB, IG dan TT, dunia blog semakain menyepi dan teman2 blogger masakan yang dulu aktif kini sudah ramai yang bersara atau mereka beralih kepada platform lain seperti youtube, disana lebih praktikal dan lebih mudah. Buat che mat, biarlah, itu rezeki masing2, dan kita sebagai rakan2 seperjuangan doakan dan bagi mereka sokongan moral. Petang ni che mat ambik sedikit masak untuk masukkan entri kek paun oren atau Orange Pound Cake. Sesuailahkan dengan perayaan tahun baru cina. Tapi untuk kek ini kenalah guna buah oren, yang biasa kita dapat masa tahun baru cina tu kebanyakkannya buah limau. Kalau dapat pilih buah oren yang elok dan kulitnya bersih, sebab kita perlukan parutan kulit oren untuk resipi ini. Pastikan buah oren kita cuci bersih dan lap kering dulu sebelum digunakan.

Resipi kek paun oren ni dia bukanlah kek yang lembut  macam sponge cake tapi lebih kepada kek klasik yang sedikit padat, berat dan lembap. Paling sedap dimakan bila dibiarkan sehari, maksudnya kek yang telah masak dan disejukkan kita simpan dalam bekas kedap udara, biarkan pada suhu bilik, toksah pi masukkan dalam peti sejuk pulak. Esoknya baru makan. serius cakap sedapnya mintak ampon, moist dan bila makan tu rasa bergetar jiwa dan raga. Kek ni pun just nice, tak manis dan aroma dan rasa oren dia buatkak kita tak rasa muak. Satu lagu kena guna mentega tulen atau pure butter baru hasilnya bertambah2 sedap. Tapi kalau nak guna buttercup atau majerin pun tak salah, boleh saja. Kalau nak lagi klasik boleh bakar dalam acuan kek paun, che mat bakar guna bundt-pan yang berlubang tengah tu. Tujuan dia senang nak potong sebab pattern dia berlekuk2. Buat dia pun agak mudah dan tak perlu banyak bahan, cuma guna 6 bahan sahaja. Kalau nak mencuba, boleh semak resipi di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega (salted pure butter), dicairkan dan biar sejuk
6 biji telur gred A
150 gram gula pasir
320 gram tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 biji buah oren

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada subu 170C, sapu acuan bundt pan berkapasikit 10 cawan, dengan mentega dan tabur dengan tepung rata2 pada bahagian dalam acuan, ketuk keluar lebiha tepung (atau boleh guna 2 acuan berukuran (8x4x3) inci, sapu dengan mentega rata2 dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Dan tak perlu ditabur tepung. Ketepikan.
  2. Putar telur dan gula pasir hingga kembang dan kental, guna kelajuan tinggi. Sementara buah oren dicuci bersih dan lap hingga kering. Parut kulit oren, pastikan ambik bahagian kuning sahaja. Kemudian perah jusnya. Ketepikan.
  3. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Putar sebati.
  4. Kemudian masukkan parutan kulit oren dan jus oren. Putar perlahan sehingga semuanya bercampur rata. Akhir sekali masukkan mentega cari, kacau hingga semua rata dan pastikan mentega cair bersatu dengan adunan kek.
  5. Tuang ke dalam acuan/tin yang telah disediakan tadi. Hentak2kan sedikit acuab/tin untuk membuang gelembung udara. Bakar 45 minit atau hingga masak (bila dicucuk lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak). Kelurkan kek dari acuan/tin dan biarkan sejuk atas jaringan. Boleh potong dan hidangkan, selamat mencuba!

Post a Comment

4 Comments

  1. Sedap sangat ni, terima kasih CM kongsi resepi

    ReplyDelete
  2. Simple tapi sedap ni , Che Mat!
    Lama tak singgah jenguk blog Che Mat, jumpa pun sekali je. Semoga terus sukses & sihat selalu ye!

    ReplyDelete
  3. Tak apa CM, saya lagi suka membaca daripada tengok video. Tak tahulah kenapa, mungkin macam rasa rimas nak fast forward or rewind video kalau terlepas etc. HAHAHA. Tapi terpulang pada masing-masing, lain orang, lain caranya. Kek oren ni memang favourite kita, dekat rumah ni ada loyang bulat 6", 10" petak je. Kena beli loyang bundt la nampaknya ni.

    ReplyDelete
  4. salam dan selamat hari raya CM. Ingatkan saya yang bertahun tahun tak update blog, rupanya ada geng. Syawal 9, baru terasa nak jenguk blog yang no password memang dah kelaut. Habis kerahkan seluruh tenaga dan kudrat anak agar dapat balik blog kita yang bukan takat bersawang, malah dah berhantu pun. Entah apa yang menarik diri untuk memunculkan diri disini setelah post terakhir adalah pada tahun 2020! Jom CM, kita mulakan langkah lagi.. hehehe..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.