Assalammualaikum, salam sejahtera semua dan dalam kesempatan ini che mat ingin mengucapkan selamat menyambut pesta cahaya bagi mereka yang beragama Hindu. Dalam kesempatan ini juga che mat curi2 masa untuk masukkan satu entri baru dalam blog tiffinbiru yang mula menunjukkan usia ke arah warga emas. Dua hari lepas entah dari mana datangnya mood rajin, che mat keluarkan breadmaker yang agak bersawang dan mulakan agenda membuat roti kismis dan kacang pecan. Roti ini boleh dikatakan agak versatile dan boleh dipelabagaikan. Yang penting dalam adunan roti ini tidak menggunakan telur dan rasa dia lebih sedapn, tidak berbau 'telur' setelah sejuk, apa tah lagi kalau kita cecah dalam air kopi atau teh O, rasa dia tetap sedap. Satu lagi, jika suka kita boleh gantikan kacang pecan dengan walnut atau badan, dan kismis tu boleh juga ditukar dengan kurma atau prune.
Satu yang che mat suka pasal roti ni, selain kita boleh bakar dalam tin untuk roti paun, kita juga boleh bentukkan menjadi bun kecil2 atau ikut bentuk apa yang diinginkan, bergantung pada kreativiti masing2, senang cerita, ianya tiada had, buatlah bentuk apa pun selagi boleh, asal jangan bentuk2 yang aneh sudahlah. Satu adunan ni boleh dapat 2 biji roti paun, che mat gunakan tin berukuran 20cm x 11cm x 7.5cm dan bentuk kejadian dia pun sedang elok saja. Untuk tepung roti pulak, kalau suka, boleh campur dengan tepung wholemeal, gunakan nisbah 70 : 30, maksudnya 70% peratus tepung roti biasa dan 30% tepung whole meal. Untuk menguli adunan, che mat guna perkhidmatan beradmaker, bagi yang ada mixer, boleh lah guna, atau nak uli guna tangan pun takde masalah cuma ambik masa lama sikit agar doh tu jadi elastik. Nak pesan juga, roti ni kalau nak cantik tunggu dah betul2 sejuk baru dipotong dan gunakan pisau roti yang mata dia macam gergaji tu, lagi bagus...Ok, jomm kita semak resipi...
BAHAN-BAHANNYA :-)
550 gram tepung roti (tepung protein tinggi)
1 camca besar penuh susu tepung
100 gram mentega (atau majerin)
1/2 camca teh bread softerner
1/2 camca teh bread improver
70 gram gula halus
11 gram instant yeast
70 gram kacang pecan, cincang kasar
100 gram kismis
300 ml air
1/2 camca teh garam
CARA MEMBUATYA :-)
- KAEDAH PERTAMA - ULI GUNA BREADMAKER : Masukkan air, tepung roti, susu tepung, garam, gula, mentega, bread improver, bread softener dan juga instant yeast. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, biarkan breadmaker menguli sehingga semua adunan bersatu. Masukkan kismis dan kacang pecan dan terus menguli hingga selesai. Biasanya, breadmaker akan menggaul bahan hingga menjadi doh kurang lebih 5 minit, menguli 25 minit hingga menjadi doh yang elastik dan perap selama 1 jam. Jumlah waktu yang diambil kurang lebih 1 jam 30 minit(bergantung pada breadmaker masing2). Tunggu hingga siap.
- KAEDAH KEDUA - ULI GUNA MIXER : Masukkan tepung, susu tepung, instant yeast, gula halus, garam, berad softerner dan bread improver ke dalam mangkuk pengadun. Pasangkan pencangkuk roti dan kacau hingga semua bahan2 bersatu. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, sambil terus diuli pada kelajuan sederhana hingga adunan menjadi doh. Tambah mentega dan terus uli hingga doh licin dan elastik. Masukkan kismis dan kacang pecan, uli hingga semua rata. Matikan mixer dan tutup dengan plastik cling, perap sejam hingga adunan kembang.
- UNTUK ROTI KISMIS DAN KACANG PECAN : Keluarkan adunan dari breadmaker atau mangkuk pengadun. Tumbuk2 sedikit doh tadi untuk membuang udara. Bahagi adunan kepada dua bahagian sama besar. Bentukkan seperti bantal peluk, kemaskan dan masukkan ke dalam tin yang telah disapu dengan mentega atau majerin. Buat kaedah sama untuk satu bahagian lagi. Perap sejam atau hingga kembang 2 kali ganda.
- Panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit. Masukkan tin roti tadi pada rak bawah oven dan bakar kurang lebih 25 - 30 minit atau hingga permukaan roti keperangan. Keluarkan dari oven, dan terus keluarkan roti dari tin. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong. Simpan roti dalam bekas kedap udara atau boleh bungkus roti dalam plastik bersih supaya roti kekal lembut. Selamat mencuba!
1 Comments
Dah lama x singgah blog che mat..cri resepi nasi ayam sampai sini 👍
ReplyDelete