Assalammualaikum, selamat bertemu kembali. Sekali sekala kita kemas kini lah blog, sekurang2nya ada juga tanda pemilik blog masih wujud, yea dak. Hari ni che mat masak sambal paru, sambal paru ni beza dari paru berlada. Sambal paru che mat guna cili kisar dan kalau paru berlada kita guna cili merah hidup. Paru yang che mat guna ni saki baki dari bahagian daging korban pemberian orang, kebetulan ada daging, paru, limpa dan hati. Kita masak paru dulu lah, yang lain2 tu hari lain kita masak. Paru segar ni rasa dia sedap dan kurang bau hamis dia, berbanding dengan paru dingin beku. Tadi sebelum masak tu, che mat saja2 timbang, ada lah dalam sekati lebih sikit (kurang lebih 600+ gram macam tu). Masak dia takde lah susah mana, cuma leceh sikit, paru tu rebus, kendian digoreng, baru sedap dimasak sambal. Bahan2 untuk sambal tu che mat tumbuk hancur, kalau kisar nanti jadi halus sangat, tak berapa seksi kejadiannya. Ok lah, dah tak tau apa lagi nak cerita, meh kita semak resipi kat bawah ni, kot2 lah ada yang nak mencuba...
BAHAN-BAHANNYA :-)
600+ gm paru lembut (kurang lebih), potong 3 bahagian dan cuci bersih
1/2 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih, diketuk*
2 helai daun limau purut*
1 camca teh ketumbar biji*
1 biji bawang holland, dibelah 6 dan leraikan
2 helai daun limau purut
1 camca teh pes asam jawa
1/2 cawan cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1/2 cawan air panas
BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
4 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris nipis
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus paru dengan kesemua bahan2 bertanda (*), rebus hingga paru lembut, tos dan biar paru sejuk. Hiris sederhana tebal, kendian gaul dengan 1/2 camca teh garam dan 1 camca teh serbuk kunyit, Gaul rata dan goreng hingga sedikit garing. Angkat dan toskan.
- Dalam kuali yang sama, keluarkan lebihan minya dan tinggalkan dalam anggaran 1/3 cawan. Tumis bahan2 tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili dan pes asam jawa, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
- Masukkan air dan daun limau purut, kacau rata dan masak hingga pekat. Tambah gula melaka kacau. Masukkan paru, gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali tambah bawang holland, kacau dan masak sekejap. Sesuaikan rasa, dan jika ok boleh matikan api, Boleh hidangkan. Selamat mencuba!..
2 Comments
tq resepi che mat.biasa buat paru berlado je. boleh try yang ni pula
ReplyDeleteFavourite anak-anak ni. Boomark la, nanti nak resepi yang ni pulak.
ReplyDelete