RESIPI AYAM TELUR MASIN

Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam rindu untuk semua. Berkurun dah rasanya takde resipi baru dalam blog tiffinbiru, dasat jugakan penangan sumber2 baru media sosial seperti FB, IG dan TikTok, sehingga hampir melenyapkan kegemilangan dunia blog yang dulu amat disegani. Macam tu lah adat resam dunia, muncul yang baru, yang lama semakin dilupakan. Masa akan datang tak taulah apa jenis aplikasi lagi yang muncul. Hari ni che mat saja2lah ambik masa kemas kini blog dengan satu resipi maha mudah dan senang dibuat dan insha Allah sedap. Resipi ringkas ini memang sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja atau yang malas nak masak benda2 remeh macam che mat sekarang ni. Ayam telur masin atau salted egg chicken, che mat guna isi ayam bahagian dada dan selain ayam sesuai gantikan dengan udang, sotong atau pun ketam....hmmm, dapnya ketam, lama tak makan ketam sejak barisan gigi dah semakin berkurangan...gitulah hakikatnya bila dah berusia...
Lupa nak cerita, untuk resipi ni che mat guna serbuk telur masin brand Adabi (saja nak share, dan ini bukan ditaja yea). Ceritanya tu hari masa pi belanja barang dapur kat Lotus Kulai, ternampak pulak adabinya serbuk telur masin keemasan ni, dan ringan tangan terus pi ambik satu dan nak cuba. Tapi kan, serius memang sedap lah, sebelum ni pernah juga cuba brand lain, tapi yang adabi ni punya lagi sedap. Yang penting tak perlu dah nak tambah2 sebarang perisa dan perasa. Jadi kalau siapa2 yang suka makan yang berasaskan salted egg, bolehlah cuba yang ni. Senang, tak perlu nak rebus2 telur masin dan ambik merah dia. Satu lagi, cara memasak pun ikut citarasa masing2, ada yang suka berkuah, dan ada yang suka kering, macam che mat buat tu. Resipi tersangat mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping ada ayam tanpa tulang (lebih kurang sebesar tapak tangan orang dewasa, setiap sekeping)
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 biji telur saiz kecil
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan susu sejat
2 camca besar penuh serbuk telur masin Adabi
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 - 5 biji cili api, hiris 
3 tangkai daun kari
1 camca besar penuh mentega (nak sedap, guna pure butter, kalau takde, buttercup pun ok)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Isi ayam dipotong kurang lebih saiz ibu jari, cuci bersih dan toskan. Gaul dengan garam dan serbuk lada sulah, perap 20 minit. Masukkan telur dan gaul rata, tambah terpung beras, gaul hingga semua potongan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya. Pastikan goreng satu2 agar isi ayam tidak melekat antara satu sama lain..
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 2 camca besar. Masukkan mentega dan bila mentega cair, masukkan daun kari dan cili padi, masak dengan api kecil hingga wangi, tambah bawang putih cincang dan masak sekejap.
  3. Masukkan susu cair, kacau rata dan tambah serbuk telur masin. Kacau hingga sebati, pastikan api kecil. Bila berbuih, boleh masukkan ayam tadi dan gaul hingga rata. Matikan api dan hidangkan segera. Makan macam tu pun sedapp!..

Post a Comment

1 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.