RESIPI KUIH KASWI KELEDEK UNGU

Assalammualaikum, salam semua. Masih belum terlambat untuk che mat ucapkan selamat hari raya Aidil Adha. Dan bagi mereka yang menjalankan ibadah korban, moga korban tuan/puan diterima Allah swt. Hari ni che mat tanpa sengaja terbuat kuih kaswi keledek ungu. Ni semua gara2 minggu lepas, terbeli 2 ketul keledek ungu, kendian terus lupa. Tadi kemas2 terjumpa keledek yang beli tu hari, seketul dah mula rosak, alhamdulillah yang satu lagi masih elok, cuma ujung dia kecut sedikit. Dari tak tau nak buat apa, marilah kita buat kuih kaswi keledek ungu. Ada juga plan nak buat kuih angku, tapi kacang hijau yang dah siap dibuang kulit takde pulak, kacang tu untuk kita buat inti kuih angku. Lagi pun leceh sikit buat kuih angku, banyak kerja dia, satu lagi mood rajin pun tak berapa nak ada sebenarnya. Kalau kuih kaswi ni senang, blender semua kendian tapis, dah siap terus boleh kukus...

Untuk resipi ini che mat buat 1/2 adunan saja, yelah kami kan 3 beranak saja, buat banyak2 nanti tak habes, rimas lah nak simpan2 dalam peti sejuk, yea dak. Walaupun buat 1/2 adunan, dapat juga dalam 12 biji, che mat guna acuan kuih apam puteri ayu yang biasa tu, tapi bergantung juga lah pada jenis acuan sama da besar atau kecik, kalau yang acuan spiral yang tengah trend sekarang ni, mungkin dapat kot dalam 14 biji. Sekali pandang, rupa dia macam kuih koci pulut hitam pulak. Rasa dia macam mana pulak? Ok ke?...Pada che mat rasa dia ok lah, not bad, kira boleh makan lah dan takde lah rasa dia sampai tak sedap. Cuma kalau tekak2 orang lama macam mak che mat, dia orang lagi suka kuih kaswi origanal yang guna gula merah tu. Selain keledek ungu, boleh juga guna keledek orang, sukatan dia pun sama saja. Guna labu pun ok, tapi labu ni dia lembut berbanding keledek, jadi kena adjust sikit lah penggunaan tepung dia. Ok, kalau ada yang ingin mencuba, boleh semak resipi kat bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan keledek ungu yang telah direbus dan dilecek
2 1/3 cawan santan 
3/4 cawan gula pasir (che mat guna brown sugar)
1 camca teh air kapur
1/2 camca teh garam
Beberapa titik pewarna ungu (voilet)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 cawan kelapa parut putih
Sedikit garam
1 helai daun pandan, dipotong kecik

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, gaul kelapa parut dengan sedikit garam. taruk dalam bekas tahan panas dan letak potongan daun pandan. Kukus sekejap kurang lebih 1 - 2 minit, keluarkan, buang daun pandan dan biar sejuk. Sementara itu, kita siapkan bancuhan untuk kuih kaswi pula.
  2. Satukan tepung gandum dan tepung ubi dalam satu bekas, gaul rata dan ketepikan. Masukkan keledek, gula, santan dan garam ke dalam blender, kemudian kisar hingga semua halus. Tuang ke dalam bekas berisi tepung dan kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin, masukkan air kapur dan pewarna makanan ungu, kacau hingga semua sebati dan tapis. Ketepikan.
  3. Siapkan acuan pilihan, sapu dengan sedikit minyak makan, tuang bancuhan kuih kaswi tadi hingga hampir penuh, buat hingga siap dan kukus 25 minit. Biar kuih sejuk, baru dikeluarkan dari acuan dan hidangkan dengan kelapa parut tadi. 
CATATAN MAT GEBU :- Che mat buat 1/2 bahagian dari resipi di atas ni dan gula dia juga kami kurangkan. Kalau yang mana suka manis tu boleh lah ikut sukatan seperti dalam resipi. Kuih kaswi keledek ungu ni kenyal2 lembut ajer, sesuai lah untuk mereka yang pagar dah goyang. Kalau buah dalam loyang besar, kukus lebih kurang 40 minit atau hingga masak. Nak tau masak, boleh uji guna lidi sate yang bersih, cucuk bahagian tengah dia, kalau keluar bersih kira dah masak...Selamat mencuba!

Post a Comment

3 Comments

  1. Buat Kaswi Gedik Mat... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya, kreatif CMG ni. Kalau LM dah panik dah keledek ada sikit tak tau nak buat apa selain bubur cha cha

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.