RESIPI KARI KERISIK UDANG SAMA NENAS

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni kita berada di hari terakhir untuk tahun 2021. Sebagai penutup tirai 2021, che mat kongsikan resipi kari udang kerisik sama nenas. Perancangan awalnya nak masak lemak udang dengan nenas, tapi che mat kasi tau mak, kita ubahlah, masak kari pulak, boring dah asyik masak lemak ajer. Alhamdulillah, mak che mat  setuju. Dan yang seronoknya, kari udang hari ni amat lah sedap dan kena dengan selera kami semua. Selain udang, boleh juga gantikan dengan ketam. Che mat guna udang galah saiz besar yang ada sepit biru tu. Guna udang biasa pun boleh, tapi kalau ada budget, beli lah udang saiz besar, baru nampak cantik, melingkar ajer dalam mangkuk bila kita cedok hidang kan meja makan. Resipi kari udang ini agak beza sikit dari yang selalu, sebab che mat guna santan kotak, jadi kita masukkan santan awal dan masak sampai naik minyak, seakan2 memasak rendang. Kendian baru tuang air panas sebagai kuah dia, dengan cara ini, kari udang akan jadi cantik dan terbit minyak. Walaupun ada cara lain, tapi bagi yang kurang pandai macam che mat, kau buat cara ini, insha Allah kari udang jadi cantik dan elok ajer minyak dia terbit. Hujan2 ni memang ngam makan kari udang dengan nasi panas, ada pulak sambal belacan, hmmm, mintak ampon sedap dia! Jomm lah cuba masak, resipi boleh semak kat bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor udang galah saiz besar, sepit biru
1/2 biji nenas madu, di potong besar2
100 ml santan Kara
1/2 camca besar pes asam jawa Adabi
1 kiub pati ikan bilis Maggi
1 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari ikan Babas
1 camca besar sos cili Maggi
1 biji cili merah, dibelah 2
1 biji cili hijau, dibeleh 2
1 pokok daun ketumbar, hiris kasar
3/4 camca besar minyak sapi
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:-)
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang galah digunting bahagian muncung tajamnya dan juga kaki2 kecil. Buang juga kotoran di bahagian kepala udang. Sepit udang, jika saiznya besar, boleh diambil dan pastikan diketuk sedikit. Cuci bersih dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan 1/3 cawan minyak masak ke dalam periuk bersama minyak sapi dan biarkan panas. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga bawang layu dan wangi. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing. Masukkan bahan2 kisar, kacau dan biar hingga garing dan naik minyak.
  3. Tambah rempah kari dan sos cili, kacau rata dan masak hingga rempah garing, tambah sedikit air dan masak lagi hingga naik minyak. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang santan. Biarkan mendidih dengan api kecil, kacau sentiasa hingga pekat dan santan pecah minyak.
  4. Masukkan nenas, gaul rata dan tuang air panas secukupnya, anggaran nenas tenggelam. Bila mendidih, masukkan kerisik dan kiub ikan bilis. Boleh masukkann udang galah dan sepitnya (jika ada). Kacau perlahan dan masak hingga udang bertukar warna.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa, masukkan cili hijau dan cili merah. Masak hingga terbit minyak, gunakan api sederhana dan kacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar, kacau perlahan dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan kari udang dengan nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Selamat mencuba!

Post a Comment

4 Comments

  1. Mok betul udang tu CM.. betul, sesekali udang masak kari memang marvelous 😍

    ReplyDelete
  2. nampak sedap kari udang ni! saya hanya ada pressure cooker malaysia, boleh buat resepi ni ke?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.