RESIPI RENDANG KERANG CENDAWAN KUKUR

Assalammualaikum, salam Jumaat buat semua sahabat2 yang masih sudi singgah blog tiffinbiru yang semakan sendu ini. Hari ni che mat tiba2 rasa nak kemas kini blog, maklumlah sejak dah ada umur ni, rasa nak menulis pun dah makan, tu pun tulis cuma 'tekan' keyboard ajer bukan kena tulis guna pen. Kali ni che mat nak kongsikan resipi rendang kerang cendawan kukur. Tapi maaf lah cendawan kukur tu pun tak ada banyak, jadi dalam gambar kurang kelihatan (atau tak nampak langsung) rupa paras cendawan kukur. Isi kerang pun kecik2 ajer. Che mat pulak kalau isi kerang yang besar, rasa kurang selera nak makan. Kalau kecik macam ni atau saiz sederhana, baru ok nak telan. Untuk resipi rendang kerang, che mat guna kurang lebih 500 gram isi kerang dan cendawan kukur dalam 2 cawan. Buatnya agak mudah dan kerang kita masukkan bila kuah rendang dah mula kering dan naik minyak. Kalau rajin nak nak lagi sedap, gunakan santan segar, kalau takde, kau bedal guna santan kotak pun ok, kira halal lah. Rendang kerang boleh dihidangkan dengan ketupat, lemang, pulut kuning atau dimakan dengan nasi kosong mau pun roti. Kalau ada yang nak mencuba, che mat kongsikan resipinya di bawah ini...Jomm kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram isi kerang
2 cawan cendawan kukur segar
2 keping asam gelugor
1 camca besar penuh kerisik
1 camca besar gula melaka
2 cawan pati santan
2 helai daun kunyit, dimayang halus
3 hela daun limau purut
1 camca besar penuh serbuk kari ikan Baba's
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji bawang merah kecil\
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Sebesar ibu jari, belacan (optional)
2 biji buah keras, hiris
20 biji cili padi kampung, nak pedas boleh tambah lagi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan kukur dibersihkan, cuci, toskan dan perah airnya. Tumbuk dalam lesung batu, tapi toksah sampai hancur, tumbuk sekadar pecah2kan saja. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 3/4 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing.
  2. Masukkan rempah kari ikan, kacau rata dan tambah sedikit air, masak hingga rempah garing dan naik minyak. Masukkan santan, kacau rata dan masak hingga pekat. Tambah cendawan kukur, gaul rata dan masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan asam gelugor, gula melaka dan isi kerang, kacau rata dan masak dengan api kecil. Tambah kerisik dan daun limau purut, perasakan dengan garam secukupnya. Kacau sekali sekala hingga rendang kering. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan rendang kerang cendawan kukur dengan lemang, ketupat atau pun nasi putih. Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

  1. Ada kerang tu, nanti aku nak buat gak laaa, cuma takde cendawan jerr

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.