RESIPI BISKUT TART NENAS

RESIPI BISKUT TART NENAS

Assalammualaikum, salam semua. Dah mula buat biskut raya ke tu? Che mat semalam hari terakhir buat biskut, ada lah dalam 7 jenis tapi semua biskut2 yang resipi dia ada dalam blog ni, biskut orang lama2 ajer. Hari ni (masa tengah tulis entri ni), tengah mengukus kek kukus, jadi lah kan, jangan tidak. Mula2 memang ingat malas nak buat biskut raya, faham2 ajerlah dengan keadaan sekarang, raya pun dah macam hari2 biasa. Tapi sebagai tanda meraikan kedatangan Syawal lebih kurang 10 hari lagi, kita buat lah sikit. Mak che mat pun ada juga tanya, kau tak buat kuih raya ke? Sebaba biasanya dulu, seminggu puasa che mat dah mula buat  dan lepas tu buat pulak kek lapis. Tapi tahun ni, kek lapis takde lah, kek kukus ajer. Yang tu seperti satu kemestian setiap raya, harus ada kek kukus. Semalam di IG dan FB ada yang mintak che mat kongsikan resipi tart nenas yang ni. Sebenarnya resipi ini olahan dari tart nenas Nyonya. Tapi che mat tambah tepung kastard agar doh dia sedikit keras dan masa pegang nanti takde lah hancur berderai sangat. 

RESIPI BISKUT TART NENAS

Resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 80 biji tart nenas, tapi tu semua ikut besar mana acuan dia. Macam che mat memang guna acuan yang sama sejak 4 - 5 tahun, jadi dapat pun memang banyak tu lah. Jem nenas tu che mat beli yang ready made ajer, malas pulak nak buat sendiri. Untuk resipi ni kuantiti jem nenas yang digunakan dalam 1/2 kilo macam tu. Untuk tart nenas bentuk gini che mat lebih suka susun rata saja, maksudnya tak ditindih, takut nanti hiasan dia hancur. Jadi che mat memang ada tupperware khas untuk simpan tart nenas. Ada yang tanya, kalau guna buttercup atau majerin ok tak? Semuanya ikut selera masing2, guna buttercup atau majerin pun sedap, atau boleh tambah sedikit minyak sapi untuk dapat rasa lemak mentega. Ingat yea buttercup tu bukan mentega. 

RESIPI BISKUT TART NENAS

Ini contoh acuan yang che mat guna untuk terap doh sebagai hiasan atas jem nenas, boleh beli kat kedai baking... Kalau dah bersedai, jomm kita semak resipi di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega golden churn (atau sebarang jenama mentega)
2 kuning telur gred B
2 camca besar gula aising, diayak
450 gram tepung gandum
3 camca besar rata tepung jagung
3 camca besar rata tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning makanan (optional)
Secubit garam (jika guna salted butter, tak perlu taruk garam)
Jem nenas secukupnya, digentel sebesar duit sepuluh sen

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam bekas besar, masukkan mentega, gula aising, kuning telur, esen vanilla dan pewarna kuning makanan (jika guna). Kacau dengan whisk hingga semua sebati dan berkrim. Sementara itu, satukan tepung gandung, tepung jagung dan tepung kastard, gaul rata dan ayak. Masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam adunan mentega dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan tuala dapur besih yang dilembapkan dan rehatkan sekejap.
  2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canaikan diantara dua lapisan plastik bersih. Canai kurang lebih 1/2 cm atau tebal sedikit. terap dengan acuan tart nenas pilihan anda dan susun dalam dulang pembakar, Buat hingga siap. 
  3. Susun jem nenas yang telah siap digentel tadi atasnya dan tekan sedikit. Kemudian hias dengan doh yang telah dicetak bentuk bunga (acuan seperti dalam gambar di atas tu). Pastikan letak tengah2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C, bakar selama 20 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. 
  4. Keluarkan tart nenas dari oven dan biarkan dalam dulang sekejap, dalam 10 minit. Kemudian sejukkan atas jaringan dan bila dah betul2 sejuk, boleh disusun kemas dalam bekas sesuai. Buat hingga semua selesai. Selamat mencuba!

RESIPI BISKUT TART NENAS RESIPI BISKUT TART NENAS Reviewed by Mat Gebu on 5/02/2021 10:59:00 AM Rating: 5

4 comments:

  1. Salam. Nak tanya kalau guna adunan yang sama buat tart gulung boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh tapi puan kena adjust tepung dia, maksudnya taruk sikit2 sampai dapat doh yang boleh kita tekan gulung. Sebab doh yang ni memang ngam untuk tart nenas seperti dalam gambar tu.

      Delete
  2. Salam mat Gebu

    Boleh Kita simpan sedikit air DLM adunan tart Nenas? Dan mengunakan whisk Tu APA maksudnya?

    ReplyDelete
  3. Salam. Apa nama acuan kecik tu

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.