MERIAHKAN SYAWAL BUAT ORANG TERSAYANG DENGAN F&N LIFE

MERIAHKAN SYAWAL BUAT ORANG TERSAYANG DENGAN F&N LIFE

Assalammualaikum, salam 22 Ramadan 1442 Hijrah. Diam tak diam, tinggal seminggu ajer lagi kita dah nak beraya. Dalam rasa teruja nak menyambut Syawal, tapi hati rasa sayu juga nak meninggalkan bulan Ramadan, entah tahun depan kita dapat berjumpa Ramadan lagi ke tidak. Apa2 pun che mat doakan yang terbaik untuk kita semua, dan Allah panjangkan usia kita agar dapat bertemu dengan Ramadan berikutnya. Harap2 tu jam, keadaan semakin membaik tak macam sekarang ni, in sha Allah. Hari ni che mat nak kongsikan resipi Buttermilk Chicken, bahan2 dia antaranya hasil beli di aplikasi on line F&N LIFE. Seronok pulak shopping kat situ, tak perlu penat2, oder ajer, lepas tu buat pembayaran dan tunggu barang sampai, tak delah buang masa. Satu lagi beli secara bundle dengan variasi pilihan yang menarik dan lebih menjimatkan. Rambang mata wehhh!


Kalau nak lagi senang, muat turun aplikasi F&N LIFE di telefon pintar masing2 (cari aplikasit  F&N LIFE di Play Store). Lepas dah daftar account untuk pengguna baru (kalau kita baru pertama kali masuk). Baru lah boleh membeli belah. Macam che mat tu hari test beli raya bundle yang RM 35 tu dan barang2 dia cepat jugak sampai, tapi bergantung pada kawasan mana yang kita tinggal lah. Kalau dok kawasan bandar, mungkin lebih cepat kot dari kawasan kampung. Yang bestnya harga dia bila kita beli secara bundle macam tu, ada macam2 pilihan. Satu lagi bagi yang tak dapat balik ke kampung, boleh lah beli yang Gift for your family dan hantar ke kampung sebagai tanda ingatan, sekurang2nya terubat jugalah rindu mak ayah, betul tak. Penghantaran mengikut destinasi yang kita pilih akan diuruskan oleh pihak F&N dengan charge yang berpatutan. Alaaa, bukan selalu, apa lah berkira sangat..


Ada pelbagai lagi tawaran2 best yang akan dikemas kini dari masa ke semasa, yang penting kena lah kerap singgah ke laman web F&N LIFE dan tengok apa yang terbaru mereka tawarkan. Zaman teknologi ini tiada alasan untuk kita kata susah nak beli, walau di mana kita berada sekali pun, in sha Allah semua boleh diuruskan. Sambil2 tu jangan lupa singgah FB dan IG F&N LIFE...

Untuk membaca entri2 sebelum ini berkaitan F&N LIFE, boleh klik sini dan sini...

Dan, sebagai pelengkap meh che mat kongsikan resipi sesuai untuk berbuka puasa atau dihidangkan ketika hari raya nanti...Jommm kita semak resipi..

RESIPI BUTTERMILK CHICKEN

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam tanpa tulang
Tepung goreng bistari secukupnya
3/4 cawan susu isian sejat F&N
4 camca besar mentega
3 biji cili padi merah, hiris
3 tangkai daun kari, dilurut
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, didadu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dipotong kiub, cuci dan toskan. Gaul dengan 2 cama besar tepung gorengan bistari dan tambah 3 camca besar air. Kacau rata dan perapkan 30 minit, taruk dalam peti sejuk. Kemudian gaulkan sekali lagi dengan tepung bistari (gaul kering), pastikan setiap ketul bersalut dengan tepung. Goreng hingga kuning keemasan dan ayam masak. Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang bersih, cairkan mentega, guna api sederhana. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga layu dan wangi. Masukkan bawang besar dan masak sekejap. Tambah susu isian sejat F&N, kacau rata dan masukkan ayam goreng tadi. 
  3. Gaul hingga rata dan masak dengan api kecil hingga kuah pekat sedikit, kacau sentiasa, kalau tak hangus!. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan boleh matikan api. Angkat dan hidangkan sama ada untuk berbuka puasa atau hidangan di hari raya nanti. Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.