KENAPA PENING, ORDER AJER PRODUK F&N ON LINE

KENAPA PENING, ORDER AJER PRODUK F&N ON LINE

Salam Ramadan ke 11, panas kan cuaca, ada masa hujan sikit2, tu pun masih juga terasa bahangnya. Kena pulak dengan bulan puasa, kalau boleh memang malaslah nak keluar rumah terlalu kerap kalau tak berapa penting sangat, apa tah lagi ke bazar Ramadan. Bukan tu saja, nak ke kedai runcit depan rumah pun rasa tak larat, lutut terasa macam dah longgar. Nasib baiklah zaman sekarang ni, nak beli apa pun semua boleh beli atas talian, tak perlu bersusah2, berpeluh2 dan yang penting keselesaan dan keselamatan terjamin. Selain memudahkan kerja, beli on line ni ada masa lebih untung, sebab lebih murah. Contoh paling senang che mat nak kongsikan hari ni ialah produk2 keluaran F&N yang boleh dibeli secara on line. Aplikasi yang menyenangkan kerja kita. Tinggal pilih pakej2 yang sesuai mengikut apa yang kita nak dengan harga yang jauh lebih murah dibandingkan jika kita beli di kebanyakkan kedai2 runcit dan pasaraya. 

Jangan pening2, meh che mat ceritakan. Langkah paling awal kena masuk dulu laman web F&N di sini. Lepas tu kenalah daftar, seperti biasa, kita kena buat account baru terlebih dahulu - Klik sini, lepas tu scroll bawah sikit ada tulis ' Create An Account', klik dan buat lah account seperti biasa mengikut arahan yang diberi. Paling bess, aplikasi ini boleh dimuat turun ke dalam handphone masing2, pergi saja di Play Store dan serach 'fnlife' lepas download aplikasi yang tertera. Selesai semua, baru lah boleh mula membeli belah...Jomm kita shopping!

KENAPA PENING, ORDER AJER PRODUK F&N ON LINE

F&N Life Ramadan Bundle yang ini khas untuk bulan puasa (dan untuk Hari Raya pun molek juga), biasalah masa2 bulan puasa, minuman lebih diutamankan, tekak haus yea dak. Nampak tak harga2 yang ditawarkan tu, setelah diskaun, memang berbaloi sangat dan jauh lebih rendah berbanding beli diluar. Kalau tengok betul2, harga tu bukan untuk kuantiti barang seperti dalam gambar tu, tapi lebih. Contohnya macam gambar pertama (atas paling kiri) yang memaparkan 4 jenis minuman bergas. Bukan beli dapat 4 tu saja, tapi setiap perisa akan dapat 3 botol, jadinya harga untuk 12 botol air gas! Kan berbaloi...

KENAPA PENING, ORDER AJER PRODUK F&N ON LINE

Yang ni pulak pilihan untuk Hari Raya dan Gift for your family, maksudnya kita beli dan pihak F&N akan hantarkan kepada siapa kita nak beri, keluarga di kampung ke, tak pun pada sahabat handai yang lama tak jumpa sebagai tanda ingatan. Lepas pilih mana yang berkenan klik 'buy now' dan nanti dia isi lah dalam shoppig cart yang gambar troli tu, tak cukup satu bundle, apa lagi tambahlah satu lagi. Pembayaran dibuat secara online (ikut saja arahan yang akan diberi nanti), alah sama macam kita shopping on line biasa tu, takkan tak biasa, yea dak. 

Benda dah senang buat apa nak susah2, klik ajer, pilih, buat bayaran dan tunggu barang pesanan sampai depan pintu rumah, kan mudah, sah2 tak pening. Jangan lupa juga singgah di Facebook F&N di sini dan juga IG F&N (like dan followlah kalau dah singgah tu) di sini . Che mat sudah, awak bila lagi?....

KENAPA PENING, ORDER AJER PRODUK F&N ON LINE KENAPA PENING, ORDER AJER PRODUK F&N ON LINE Reviewed by Mat Gebu on 4/24/2021 03:11:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Kita jap lagi nak order lah.. terliurrr la pulakk

    ReplyDelete
  2. bagus ni, beli untuk diri sendiri dan hadiahkan pada orang lain. menarik, harga murah dan berbaloi kan

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.