Assalammualaikum, salam 16 Ramadan 1442 Hijrah. Ada yang mula buat biskut raya ke tu? Macam che mat kalau sebelum2 ni, seawal seminggu puasa, dah mula buat biskut raya dan kek lapis. Tapi tahun ni dan sebelumnya, buat lambat sikit sebab raya pun tak digalakkan ziarah menziarahi. Kalau buat banyak2 pun tak sapa nak makan. Hari ni che mat kongsikan resipi biskut peanut butter, biskut lagend zaman mak2 kita muda dulu. Kali terakhir che mat makan biskut ni masa umur 15 tahun kalau tak silap, punyalah lama giler, bayangkan sekarang dah umur 45 tahun, 30 tahun tak merasa, sampai dah lupa rasa dia macam mana. Tapi bentuk dia dok tetap macam tu juga, seketul besar. Biskut peanut butter ni kurang muai, walaupun adunan tu nampak agak banyak. Resipi ada banyak di internat, dan untuk kali ini che mat guna resipi dari blog Kak Wan, pakar masakan yang begitu disegani di media sosial. Alhamdulillah menjadi dan elok sangat selain rasa dia yang memang sedap....
Untuk resipi ini, kita akan dapat 79 biji biskut. Adunan dia che mat siap2 timbang dan bulat2kan. Setiap satu berat dia 14 gram. Bila kita timbang selain memudahkan, kuih juga sama besar dan nampak elok, takde lah ada yang kecik, ada yang terlebih besar, yea dak. Satu lagi kismis dia, puas che mat ari yang saiz comel, tapi takde, yang ada pun saiz biji mata. Maka che mat potong 2 satu, kalau dapat guna yang kecik lagi comel. Satu lagi, dari pengalaman pertama kali che mat buat, biskut ni kena bakar agak lama dan suhu pun sekitar 170C. Sebab dibakar agak lama, kerana selain saiz dia agak besar, ia juga tebal. Tapi memang berbaloi, buat dia tak susah mana, tapi hasil dia cukup menggembalikan nostalgia. Satu lagi nak pesan, acuan dia beli lebih, che mat beli 4 keping yang setiap satu ada 9 bekas. Kalau kau beli 1 - 2 ajer, pingsan lah nak menunggu biskut siap, rupa bentuk acuan tu macam buah ceremai, boleh cari kat google. Bagi yang nak mencuba, jomm kita semak resipi..
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega
1 cawan mentega kacang halus (peanut butter)
1 camca besar shortening (lemak sayur)
1 biji telur gred A
1 cawan gula kaster (che mat guna 1/2 cawan gula aising dan diayak)
4 cawan rata tepung gandun*
2 camca besar rata tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
Kismis hitam untuk hiasan, pilih yang saiz kecik
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega, mentega kacang, shortening dan gula aising hingga berkrim. Tambah telur dan putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Matikan mixer dan ketepikan.
- Sapu nipis acuan biskut peanut butter dengan lemak sayur, letak sebiji kismis dibahagian tengah acuan. Jika kismis besar, kerat dua dan guna 1/2 bahagian untuk setiap satu acuan. Dan jangan lupa panaskan oven pada suhu 170C, kurang lebih 15 minit.
- Ambik sedikit doh biskut dan bulat2kan, (kalau rajin, timbang setiap satu seberat 14 gram) dan masukkan ke dalam acuan dan tekan padat. Buat hingga semua siap pada setiap acuan. Bakar dalam oven kurang lebih 35 minit atau hingga permukaan biskut keperangan.
- Keluarkan biskut dari oven dan biarkan 7 - 8 minit, kemudian terbalikkan acuan (terbalikkan dalam loyang, jaga terbalikan atas meja pulak!) dan ketuk perlahan untuk mengeluarkan biskut dari acuan. Sejukkan biskut atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Acuan tadi disapu lagi dengan sedikit lemak sayur sebelum dimasukkan kismis dan doh baru. Buat hingga selesai... Selamat mencuba!
10 Comments
Ini biskut zaman kecik2 dulu.Arwah mak belajar di kelas Perkumpulan Wanita.Tapi dulu namanya Kueh Senyum.Masih ada ada acuannya dlm simpanan di rumah mak
ReplyDeletefeberett feberet arwah mertua
ReplyDeleteresepi lama, dan acuan pun masih simpan dan jaga
insyaallah tiaptahn buat
memang nostalgia biskut ni tau..arwah mak kita mesti bikin setiap kali raya..inshaAllah nanti nak buat jugak. tq che mat for the resepi. susah nak dapat resepi ni sekarang.
ReplyDeleteSedapnya biskut ni. Hampir 30 tahun juga tak makan sebab susah nak jumpa. Ni dah ada resepi yang menjadi, bolehlah Eiza buat. Maceh cik mat.
ReplyDeleteKalau x da shortening, nak ganti dgn apa ye Che Mat?
ReplyDeletekalau takde shortening, tak perlu letak pun ok..cuma kena lebihkan peanut butter
DeleteAssalam Che Mat, nak ambil resipiyer, kalau sempat nak buat,
ReplyDeletetolong halalkan yer
che mat tqvm...atas perkongsian resepi sat lagi nak cuba buat kek karot lama dah mengidam jumpa resepi atas mmg nak buat juga...Apapun kak yun juga tertarik dgn teko biru n bekas biru mmg syantikkkk sangatttt..beli kat mana tu
ReplyDeletetqvm atas perkongsian resepi...apapun suka sgt dgn teko biru n bekas kuih tu cantik sangat brand apa tu...
ReplyDeleteSaya dh try ikur resepi che mat.. thank you ya.. jadi elok seketoi2.. sblm ni byk yg pecah2 lepas ketuk.. semoga murah rezeki che mat..
ReplyDelete