TAK SANGKA APLIKASI F&N LIFE ON LINE SEHEBAT INI!...

TAK SANGKA APLIKASI F&N LIFE ON LINE SEHEBAT INI!...

Assalammualaikum semua, salam 18 Ramadan, buat apa tu, tengah fikir2 apa nak masak petang nanti ke, atau tengah mengidam pencuci mulut yang sedap dan tak leceh nak buat. Maklumlah, bulan2 puasa ni ada masa mood nak memasak memang agak ketat, tapi tekak mengidam macam2. Amacam che mat punya pudding sagu gula melaka tu, nampak mengiurkan sangat, betul tak? Apa, macam susah nak buat. Ehhh, tak juga, che mat buat tu dengan bahan yang cukup minima, cuma 4 - 5 bahan saja. Percaya tak, antara bahan2 penting untuk pudding sagu gula melaka tu che mat beli on line ajer di F&N LIFE, yea wak, walaupun kami dok kampung, masih boleh membeli on line dan percayalah, ia selamat sampai dengan jayanya...Syabas F&N LIFE!!

TAK SANGKA APLIKASI F&N LIFE ON LINE SEHEBAT INI!...

F&N LIFE menawarkan beberapa pakej jualan secara bundle dengan tawaran harga yang lebih murah. Macam che mat tu hari, saja2 oder F&N LIFE Raya Bundle dan bila sampai 2 hari lepas, terkejut juga dengan bahan2 yang dapat tu, walaupun dah tengok kat gambar, tapi bila tengok depan mata, perasaan dia tu lain. Malas nak cerita, tengok ajerlah gambar atas tu dengan bahan2 yang terdapat dalamnya. Dari bahan2 tu, che mat buat pudding sagu gula melaka. Bahan utama dia dah tentu susu sejat F&N dan Krimer Manis perisa Gula Melaka. Yang tak disangka tu, rasa dia bila dah jadi pudding, punya lah sedap tak boleh nak haaabaaaaq!...

TAK SANGKA APLIKASI F&N LIFE ON LINE SEHEBAT INI!...

Tu pasal che mat kata tak rugi beli F&N LIFE Bundle ni, dah lah tak perlu ke kedai, dapat harga murah dan boleh pilih yang mana kita nak. Memang mudah, cuma perlu klik sini, bagi yang pertama kali masuk kena lah bukak account dulu, kendian kita akan dapat pengesahan di email. Seterusnya bila dah approve, boleh lah mula membeli. Nak lagi senang boleh muat turun aplikasi F&N LIFE di telefon pintar masing2 melalui Play Store. Lagi mudahlah, nak membeli lepas tu..

TAK SANGKA APLIKASI F&N LIFE ON LINE SEHEBAT INI!...

Memang menarik barang2 yang ditawarkan. Che mat rasa macam nak tambah lagi lah, tengah belek2 ni apa yang perlu untuk hidangan Hari Raya nanti. Selain di laman web F&N, kita juga boleh follow FB F&N LIFE dan IG, untuk update terkini, sapa tau ada tawaran2 menarik yang menguntungkan bakal ditawarkan. Kalau tak percaya, try beli, mesti tak menyesal punya. Bila dah beli dan barang pun dah dapat, boleh lah cuba resipi yang che mat buat tu..Meh tengok kat bawah ni..

Boleh juga baca entri mengenai E&N LIFE di sini...

PUDDING SAGU GULA MELAKA

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan biji sagu
2 liter air
1 camca teh pewarna hijau makanan
1 helai daun pandan, disimpul
1 tin susu sejat F&N
1 tiub krimer manis perisa gula Melaka  Cap Teko
Secubit garam
Sedikit air panas, anggaran 1/4 cawan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air hingga mendidih, masukkan pewarna hijau makanan dan daun pandan. Masukkan biji sagu, kacau dan masak dengan api sederhana hingga biji sagu kembang. Kacau sentiasa. Bila biji sagu bertukar jernih dan tiada lagi warna2 putih, boleh matikan api. Tuang dalam tapis, dan cuci bawah aliran air paip untuk membuang kanjinya. Toskan.
  2. Masukkan biji sagu tadi dalam bekas atau acuan sesuai. Dan simpan dalam peti sejuk kurang lebih 45 minit hingga sejam atau hingga biji sagu mengental seperti agar2. Sementara itu susu sejat F&N (gunakan dalam 1/2 tin), dicampur dengan sedikit air panas, anggaran 1/4 cawan dan tambah secubit garam. Kacau rata dan biarkan sejuk. 
  3. Untuk menghidang, keluarkan biji sagu dari acuan dan taruk dalam mangkuk sesuai. Tuang secukupnya susu sejat F&N yang telah disejukkan tadi. Kemudian, picitkan krimer manis perisa gula Melaka atas pudding sagu tadi, agak2 lah yea, jangan banyak sangat, sikit saja dah cukup rasa dia. Hidangkan sejuk, ketika berbuka puasa. Serius sedappp, mesti bertambah punya lahh! Selamat mencuba semua!

TAK SANGKA APLIKASI F&N LIFE ON LINE SEHEBAT INI!... TAK SANGKA APLIKASI F&N LIFE ON LINE SEHEBAT INI!... Reviewed by Mat Gebu on 4/30/2021 11:00:00 AM Rating: 5

4 comments:

  1. resepi-resepi ko memang selalu tak mengecewakan, mat! hehehe...
    Dah x pasal2 ako teringin plk nk makan puding sagu ni hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih retna, eh, krimer gula melaka tu sedap lah,

      Delete
  2. kecur liur tengok puding sagu tu. boleh la cuba nanti

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.