RESIPI MI KARI

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni saja2 lah nak kongsikan resipi mi kari yang che mat buat tu ari. Mungkin mi kari ni biasa bagi yang dah biasa buat, dan masing2 ada resipi mereka tersendiri. Bagi che mat untuk mendapat kuah mi kari yang sedap ada beberapa kaedah, paling utama ialah stok atau air rebusan. Kalau che mat, lebih suka guna air rebusan tulang ayam atau pun air rebusan kulit udang (macam resipi hari ni, che mat guna air rebusan kulit udang). Dan bahan2 lain yang menjadikan ia lebih sedap ialah kerang sebagai bahan sampingan. Dalam bahan2 rencah dia che mat suka masukkan sedikit belacan yang telah dibakar terlebih dahulu. Bahan2 lain macam biasa seperti kita masak kari. Untuk kuah ada yang suka pekat dan ada yang suka cair. Yang itu terpulang pada selera masing2. Bagi yang nak pekat boleh masukkan kentang rebus yang dilecek halus. Atau nak guna keledek pun boleh, tapi nanti dah rasa macam mi rebus pulak..

Resipi che mat agak ringkas ajer dan boleh juga dihidangkan masa Aidil Adha yang akan datang nanti. Hidangan ini boleh dimakan sekitar 7 - 8 orang. Kalau nak lebih, bijak2lah yea ganda dua kan resipi. Satu lagi, kuah juga boleh disiapkan awal, bila nak guna panaskan dan masukkan tauhu pok dan bebola ikan, jika suka. Mi kari biasanya tak berapa pedas walaupun kita ada gunakan sedikit cili kisar, dan boleh juga sediakan sambal tumis sebagai bahan2 sampingan bagi yang nak pedas, boleh tambah sambal tumis masa nak makan. Haa, satu lagi, limau kasturi wajib ada, kalau tak kurang menyengatlah mi kari kita. Meh lah che mat tuliskan resipi dia, harap2 tak sikit banyak dapat membantu mereka yang perlu. Jomm semak resipi di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA  :-)
1bahagian peha ayam dan 1 bahagian kepak ayam, dipotong kecil, cuci bersih dan toskan
1 bungkus bebola ikan (kurang lebih 20 biji, che mat guna brand mushroom), cuci dan toskan
10 ketul tau pok, dikerat dua setiap satu
1/3 cawan isi kerang
3 tangkai kacang panjang, dikerat pendek
1 cawan pati santan (boleh guna santan kotak)
1 camca penuh cili kisar
1 camca besar penuh sos cili
1 camca besar penuh sos tomato
2 1/2 camca besar rempah kari daging Babas
1 liter air rebusan kulit udang (atau air biasa)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
Sebesar ibu jari, belacan, dibakar
Air panas secukupnya

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Mi kuning secukupnya, dicelur dan toskan
Taugeh secukupnya, disiram dengan air panas dan toskan
Telur rebus secukupnya, dibelah dua setiap satu
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua
Hirisan daun sup dan daun bawang
Hirisan cili merah dan cili hijau
Bawang goreng secukupnya
Sawi jepun secukupnya, dicelur
Sambal tumis, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH MI KARI :- Panaskan minyak dalam perik, anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, tambah rempah kari, kacau rata dan tuang sedikit air untuk mengelakkan rempah hangus, kacau rata. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak.
  2. Masukkan ayam, kacau dan masak hingga ayam kecut.Tuang air rebusan kulit udang (atau air biasa). Kacau dan biarkan mendidih hingga ayam masak. Masukkan bebola ikan dan tauhu pok, kalau kurang kuah, boleh tambah sedikit lagi air panas. Masak untuk 4 - 5 minit lagi.
  3. Tuang pati santan, sederhanakan api, kacau rata. Masuk isi kerang dan kacang panjang. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga kuah mendidih dan kacau sentiasa agar santan tidak berkepala. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  4. UNTUK MENGHIDANG MI KARI :- Ambik secukupnya mi kuning yang telah dicelur, ke dalam mangkuk sesuai. Kacau kuah mi kari dan cedok secukupnya kuah dan isi2nya ke dalam mangkuk. Hias dengan taugeh, sawi jepun, hirisan cili hijau/cili merah, hirisan daun sup/daun bawang. telur rebus, bawang goreng dan sudukan sambal tumis jika suka. Masa nak makan jangan lupa perahkan jus limau kasturi...dah boleh santap, selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua...

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.