Assalammualaikum, hari ni che mat luangkan masa sekejap untuk kemas kini blog dengan resipi mudah dan sedap iaitu paru masak masala. Bosan juga paru biasanya kita masak berlado atau dibuat sambal. Kita ubah selera sikit dengan resipi yang ni pulak. Masakan ini memang agak kering atau jika suka sedkit berkuah, pastikan kuahnya pekat. Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak. Jika nak dihidangkan dengan ketupat juga tak menjadi masalah. Selain paru, boleh juga gunakan daging lembu, kalau guna ayam, che mat rasa macam kurang sesuai, tapi sapa nak mencuba tu silakan lah ikut selera masing2. Untuk resipi ini kita gunakan kurang lebih sekati (kurang lebih 600 gram) paru lembu yang segar. Rasanya kita tak perlu bercerita panjang lagi lah kan, jomm semak resipi, mana yang dapat bahagian korban yang ada paru lembu pada aidil adha akan datang ni, boleh lah mencuba, serius berbaloi dan sedap....Resipi seperti berikut..
BAHAN-BAHANNYA :-)
600+ gram paru lembu yang segar, dicuci berish*
1 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih, diketuk*(*dimasukkan ke dalam periuk, tuang air dan rebus sampai paru empuk)
1 camca teh garam
2 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang Holland, dihiris kasar
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar penuh rempah masala
1/2 camca besar lada hitam biji, ditumbuk halus
1 camca besar penuh sos tomato
1 camca besar penuh sos tiram
2 camca besar kicap lemak manis
10 tangkai kacang buncis, hiris
1 biji cili merah, hiris serong kasar2
1 biji cili hijau, hiris serong kasar2
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia, dimayang halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
- Toskan paru lembu yang telah direbus tadi, kemudian hiris sederhana nipis. Gaulkan dengan secamca teh garam dan serbuk kunyit hingga rata. Biarkan sekejap dalam 15 minit. Sementara itu panaskan minyak dan goreng paru hingga keperangan, tapi toksah sampai garing, nanti keras. Angkat dan toskan.
- Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis cili hingga garing. Tambah sos tiram dan sos tomato, kacau rata dan tuang sedikit air, anggaran 1/4 cawan. Kacau rata.
- Masukkan rempah masala, kacau dan masak hingga rempah naik minyak. Masukkan lada hitam tumbuk dan kicap lemak manis. Gaul rata, boleh masukkan paru goreng tadi. Masukkan juga kacang buncis, hirisan bawang holland, cili merah dan cili hijau. Gaul rata.
- Masak hingga kacang buncis dan bawang lembut sedikit. Rasa dan jika kurang masin baru masukkan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan... Selamat mencuba!
1 Comments
Dah lama aku tak masak paru kicap gini Mat... nanti nak beli paru laa.. sedapnyaaa
ReplyDelete