RESIPI SAMBAL PARU

Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Lama betul che mat tak kemas kini blog, sampai dah tumbuh lalang. Akhir sekali bulan Mac tu hari agaknya kan masukkan entri baru, lepas terus bertapa, tak muncul2. Bukan apa, sejak dah berusia ni, mood nak berblog pun agak kurang, tapi rasa sayang tu masih ada. Ni type guna keyboard pun dah rasa janggal, mana tak nya, asyik tekan handfon saja, yea dak. Hari ni tergerak pulak nak masukkan entri baru, ye lah kata orang, biar nampak masih bernyawa. Resipi hari ini agak mudah saja dan sesuai kalau nak buat time raya haji yang bakal tiba tak lama lagi, Khamis minggu depan lan raya haji, haa, sesuai sangat lah tu, mana yang dapat bahagian korban dan jika ada paru, boleh lah cuba buat. Sambal paru ni dia tak sama macam paru berlado, yang ni dia agak basah2 sikit dan bahan2 rencah dia pun berbeza dari paru berlado. Makan dengan lontong atau nasi lemak pun sedap, cecah ketupat pun enak, senang cerita sesuai dimakan dengan apa2 yang korang suka, takde pantang larang. Yang mana teringin nak mencuba nanti, boleh lah semak resipi di bawah ini. Dan terima kasih kerana masih sudi singgah blog tiffinbiru yang suam2 kuku ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg paru lembu, (beli yang fresh, baru hasilnya memuaskan)
1  inci halia, hiris nipis*
4 ulas bawang putih, diketuk*
2 helai daun limau purut*
1 camca besar serbuk kunyit
1 biji bawang holland, dipotong gegelang dan leraikan
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar pes asam jawa Adabi
1 cawan cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar parutan gula melaka
Garam secukup rasa
1/3 cawan air panas

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
3 biji buah keras
Secubit belacan (sebesar hujung jari)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Paru lembu dipotong kepada beberapa bahagian yang besar, cuci bersih dan rebus dengan bahan bertanda (*) hingga paru lembut. Toskan, biar sejuk dan hiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam hingga rata. Kendian goreng hingga keperangan, toksah sampai garing sangat, nanti keras. Angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan lebihan minyak goreng paru tadi dan tinggalkan dalam 3/4 cawan. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Tambah sos cili, pes asam jawa dan air panas, kacau rata dan masak sekejap lagi.
  3. Masukkan gula melaka dan masak hingga gula larut, guna api sederhana. Tambah paru goreng, bawang holland hiris dan daun limau purut, kacau rata dan perasakan dengan garam secukup nya. Masak hingga sambal pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api dan boleh hidangkan. Selamat mencuba!..

Post a Comment

2 Comments

  1. Menu fav saya nih 😍😍😍. Memang selalu ada saat hari raya, dimasak oleh mama. Tapi saya sebutnya sambal goreng paru. Cuma beda namanya saja. Belum pernah coba bikin sendiri, tapi kalau lihat recipe kakak, saya paham bahan2nya. Nanti lah nak coba masak paru sesekali 😄. Selama ini tak berani masak paru, takut amis baunya kalo salah masak.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.