BEN ASHAARI

Tuesday, August 3, 2010

GULAI SOTONG PADANG.

Gulai Sotong Padang
Assalammualaikum semua, salam sejahtera..Dah makan tengah hari?...Uikk, ada yang tengah bergossip nampak, bess kecerita hari ni?..pasal artis kawen dengan dato ke?...hehee.. Ok hari ni mat nak share satu resipi sotong. Hari tu masa mat berjalan2 ke blog "Kak Ina KL", ternampak dia masak gulai sotong padang..waaa, aku sudah mula nak menerai, walhal tau ni tak boleh makan sotong, kang gatal...arghh tak pe, siap2 kan pil dulu..ahaks. Kalau ikut resipi kak ina, dia guna cili merah keriting (lebih kuran rupa macam "cili akar"), sebab mat tak de, aku belasah guna cili padi + cili merah. Dengan itu,mhari ni mat telah melaksanakan tugasan tersebut...hahaha, nak melantak pun kira tugasan ke?..Bukan ada sesiapa pun suruh masak, sendiri yang rela kan diri. Untuk resipi asal dari kak Ina KL, anda boleh merempit ke blog kak ina di sini...... Terima kasih Kak Ina KL...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kilogram sotong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
4 helai daun limau purut
2 helai daun salam (boleh ganti dengan "bay laef")
1 helai daun kunyit (mat guna bunga kunyit)
750 mililiter santan (mat guna 600 ml)
1 batang serai, dititik
3 keping nipis hirisan lengkuas
1 keping asam gelugor (ni mat tambah sediri)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah keriting (mat guna 3 biji cili merah + 5 biji cili padi)
1 camca teh ketumbar biji
1/4 camca teh jintan manis
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi. Tuang santan, kacau dan biar mendidih perlahan. Tambah serai, daun salam, daun limau purut, lengkuas dan daun kunyit. Biar mendidih.
  2. Masukkan sotong dan perasankan dengan garam dan secubit gula. Masukkan asam gelugor. Biar hingga sotong masak dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak ganti santan dengan susu cair pun ok, tapi masuk akhir dan masak sekejap. Untuk permulaan tu letak sedikit air, kemudian baru curah susu cair anggaran 200 ml, macam tu... Selamat mencuba..

8 comments:

kak ina kl said...

salam mat..jadi jugak ek buat..aduhai lagi sedap tenguk bila mat ambil gambar cantik camni..

lepas ni makan ubat yer..takut tak leh tidur malam..

d'ya fiza said...

cam best je resipi ni cikmat... tliur dibuatnya..tbau2 je aroma daun kunyit dan daun limau purut bersatu..huhuhuu wallahhhweii... nnt nk try buat jg ler;)

Mat Gebu said...

kak ina KL...
Tu sudah pasti kak...tapi sedap kan rasa dia unik..ala2 masakan peranakan pun ada..

salam d'ya fiza...
Best..boleh cuba nanti, ganti dengan udang pun sedap..tak pun guna ayam,sesuai juga rasanyaa

Hariz said...

Mat Gebu Bila Mau Buat Rumah Terbukak?
X Sabaq Nak Try Masakan Mat Gebu Nie :P


New Entry Prof-Hariz
Adakah lelaki suka mengambil kesempatan ataupun perempuan memberi kesempatan itu?

ain said...

syedapnyaaaa!!!!!

Ummi said...

Mat, sedap eh gulai sotong padang nih? Ko dah tau gatal, rajin sgt masak pulak....atee, makyah dgn abah Mat je makan eh..ko pandang je la smpai meleleh air liur...hehhee

Mat Gebu said...

salam hariz...
Bro...sini waa cakap, raya kat kampung, hari2 rumah terbuka, tapi jgn lah dtg jam 12 malam...haha.

salam ain...
Sedap, rasa dia kan,,hmm tatau nak kata mcm mana, all in one..

salam kak ummi...
Hahaha, makan juga ubat ada...

Janna Rusly said...

semalam tak sempat jenguk web en mat gebu sbb banyak keje.. hari ni buka..aduhai..sotong..nyumyyyyyyyy.
Balik ni nak masak sotong camni gak..kecoq ayoq lioq....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.