BEN ASHAARI

Tuesday, May 31, 2011

KUEH SERI MUKA....dari....1001 RESIPI...

P1280668
Salam malam semua, ehem ehem, seksi kan kueh seri muka tu, makan satu je muka dah berseri, sweet gitu. Kalau yang anak dara, tak yah pi jumpa dukun Limah, nak susuk semua, lagi2 kalau makan kueh yang mat buat, aku siap doa2 bagi seri muka sapa yang makan...hahaha, pengsan tak dengar mat gebu merepek. Kueh ni mat buat petang tadi. Mat ambik resipi dari blog blogger masak yang tak asing lagi, Kak Ida 1001 resipi. Saja mat nak test resipi dari blog beliau pulak. Resipi asal di sini...Tau tak kueh seri muka ni, custrad dia sedapp, walaupun guna 3 biji telur, tapi rasa dia hmm, i tell u, lemak berkrim, cuma pada mat syarat utama, kena guna santan segar. Kalau nak buat kueh2 tradisi, no shortcut way..tu kata orang dulu2 lahh...tapi kita sekarang dah lain...(tapi yang ni mat parut kelapa sendiri)

P1280680
Nampak sedap kan, permukaan kueh pun licin halus dan mulus, cuma mat ada derhaka sikit je, tapi takde lah sampai ubah resipi, cuma guna cara lain sikit je. Kukus pulak mat guna kukus eletrik..Ha bercerita pasa kukus ni, selain praktikal dan bersih, ianya juga cepat panas dan kemas. Ruang kukusan agak besar, boleh muat loyang 4 persegi bersaiz 10 inci x 10 inci. Kalau anda ingin nak beli, boleh singgah ke blog Chef Asma di sini... tapi kan memang berbaloi...ini mat sendiri yang kata...Pstt lagi satu, kalau sudi..undi DTS kat sini yeaa....Terima kasihh....

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
300 gram beras pulut (mat guna 350 gram)
200 ml santan cair (mat lebih kan 2 camca besar)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh garam

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
300 ml santan
3 biji telur (mat guna gred B)
4 helai daun pandan, potong kecil
180 gram gula pasir
4 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pulut dicuci, kemudian rendam semalaman atau sekurang2nya 3 jam. Sementara itu alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Toskan pulut dan alih ke dalam loyang, ratakan. Bancuh santan dengan garam dan kacau rata. Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan.
  2. Kukus selama 25 - 30 minit. Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, guna kan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat (mat guna penekan kek lapis yang mat masukkan dalam plastik bersih). Sambung kukus untuk 10 minit lagi.
  3. Sementara itu, untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya. Kemudian bancuh dengan semua bahan2 untuk lapisan atas (custard), kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit.
  4. Berhati2 tuang atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 25 minit lagi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan....Selamat mencuba!!





AKU KATA TAK NAK....TAK NAK LAA !..

Huhu..bosing kann...kalau bosing (bosan + boring = bosing), apa kata join segmen Ben Ashaari tu, macam mat ni ha. Sempena hari tanpa tembakau sedunia, pada setiap 31 Mei, kita sebagai masyarakat prihatin kenalah bagi sokongan.. Nak tau macam mana nak sertai, klik sini....lepas tu klik sini pulak....takkan tak sudi.....Pstt ada entri kueh tradisi nanti...tungguuu!!!....


ASPARAGUS SOS TIRAM.,

P1280664
Salam petang, aduh ngantuk gileerr, baru dapat bersiaran. ok ni kali nak letak entri ringkas dan sedap..tapi mat letak udang, sampai sekarang ni masih selamat lagi, tak gatal...erkk..takut kan, tapi serius lah, kalau "sotong", mat macam fobia pulak, sejak peristiwa telinga aku gatal, adehh serikk nak makan sotong. Ni asparagus mat beli 2 hari lepas, sedap dimakan panas sejurus dimasak. Hmm, tak de apa dah nak cerita, jomm semak resipi. Sebelum tu apa kata klik sini sat..hehe, terima kasihh.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat asparagus (kurang lebih 2 cekak)
15 ekor udang saiz sederhana, kupas, cuci dan toskan
4 biji cili padi merah, dititik
4 biji cili padi hijau, dititik
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asparagus diambil bahagian lembut sahaja, caranya, ambil1 asparagus, lenturkan dan ia akan patah, ambik bahagian lembut. Kemudian letak bahagian lembut tadi pada asparagus lain dan kerat mengikut ukuran bahagian lembut. Kemudian kerat 3 atau 4 bahagian ikut saiz yang anda inginkan. Cuci dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi hijau/merah hingga harum, masukkan sos tiram dan udang. Kacau rata.
  3. Bila udang bertukar warna, masukkan asparagus, kacau dan tambah secubit gula dan sos ikan secukup rasa. Masak hingga asparagus lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat....


MI GORENG KUPANG...AKU RESPEK BLOGGER INI!.

P1280651
Assalammualaikum, salam Selasa. Dah sarapan ke?..Pagi ni mat goreng mi lagi, tapi kali ni mat letak kupang. Mi goreng ni dah biasa kan, tu lah mat mula2 malas dah nak n3 kan menu ni, tapi semalam dah lah 2 kali je update, rasa tak bess je, pada mat bukan lah traffic tinggi yang diharapkan sangat (walaupun itu kebanyakkan blogger mau...jangan hipokrit kata takkk!!). Mat cuma rasa tak patut bila yang masuk tapi tengok n3 yang sama je berhari2. Tu pasal mat update walaupun masakan ulang tayang. Ini bukan n3 tangkap muat. Kalau anda berada dalam situasi mat pun sudah pasti buat pekara yang sama, banyak kali mat kata, sebagai blogger masak2 kerja dan komitmen anda kena lebih...kann...Tak caya sila tanya geng masak2 mat, betul ke tak apa mat tulis nih...


Erkk..pic sapa pulak tuu, kenal ke?...haha, itu kalau anda nak tau, nama dia Azian Iskandar, blogger juga dan orang daerah dengan mat...eh zian, kampung koo Ulu Remis kan, tu masuk belah Kluang kan..hadoi, tak kesah lah yang pasti tak jauh..Mat semalam baca coretan dia, hmm bukan nak puji, tapi kalau anda baca, anda baru tau sikap telus dia....mat respek lahh kat dia, eh dia suami isteri belajar pandai okehh....Moga Allah memberkati anda sekelurga yeaa....klik sini kalau nak baca kesah yang mat respect sangat tuu... Ok sebelum tulis resipi, jom undi DTS kat sini....Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
3 genggam, taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1/2 cekak kuchai, kerat 1 inci,
2 keping tauhu, dadu dan goreng, toskan
3/4 cawan isi kupang
1/4 cawan isi udang
2 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
1 cawan air
1 camca besar kicap pekat
3 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga cili garing. Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap pekat, kacau rata. Tambah tauhu, kupang dan udang. Kacau rata.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan bila mengeras, kacau hancur dan gaul dengan bahan yang diketepikan tadi. Tambah air dan sedikit sos ikan serta gula. Masukkan mi kuning dan gaul rata.
  3. Tabur hirisan kuchai dan taugeh, gaul hingga sebati. Rasa dan jika kurang masin, tambah sos ikan. Masak sekejap dan matikan api. Hidangkan dengan menbur hirisan cili dan belahan limau kasturi.....Sedap dimakan panas.

Monday, May 30, 2011

OYSTER MUSHROOM SOUP...

P1280637
Salam semua, rasa mat ni entri last untuk hari ni, insya allah esok akan ada lagi. Hari ni mat cuma sempat pos 2 entri saja...tak berapa sihat lah, tekak sakit dan rasa tak berapa rajin siaa nak buat apa2 mood tak de..Minta maaf yeaa. Kali ni mat saja nak test cendawan tiram atau oyster mushroom kata omputeh, kita buat sup cendawan. Ehh not bad juga dari segi rasa, walaupun pada tekak mat, cendawan butang lagi sedap. Mat buat sikit, dalam 120 gram cendawan macam tu, dan kalau nak lebih sihat boleh guna susu rendah lemak dan gantikan mentega dengan minyak zaitun, cuma dari segi rasa mestilah ada beza...betul tak. Jom kita semak resipi mudah ni, tapi sebelum tu boleh lah undi DTS kat sini yeaa....Terima kasihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 gram cendawan tiram@oyster mushroom
100 ml susu sejat IDEAL
350 ml air rebusan tulang ayam @ 1/2 kiub pati ayam MAGGI
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar minyak zaitun
1/2 camca besar mentega
1 biji bawang holland saiz kecil, didadu
1 ulas bawang putih, cincang
1 helai bay leaf
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya
Hirisan daun kuchai atau parsley sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan dicuci, perah dan carik kecik. Panaskan minyak zaitun dan mentega dalam non-stick pan (guna periuk pun ok). Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu, jangan hangus. Masukkan cendawan (asingkan sedikit untuk kegunaan kemudian) dan goreng dengan api sederhana hingga layu.
  2. Masukkan tepung dan gaul rata. Tuang susu sejat dan 200 ml stok ayam, kacau rata. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Bila cendawan lembut, matikan api dan biar suam. Kisar halus.
  3. Tuang kembali dalam periuk, tambah baki air, serbuk lada hitam, bay leaf, cendawan yang diasingkan (potong kecil) dan secubit garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kuchai atau parsley sebelum dihidangkan.

TAK LARAT NAK MASAK YANG BESS....

P1280616
Salam, penat nak masak, jadi mat buat seringkas yang boleh, semua jenis senang dan cepat dimasak, tak de yang sampai guna bahan aneh2 seperti selalu. Kadang2 nak masak lemak atau yang bersantan ni mat pun dah jemu, mat makan senang siaa, singgang ikan sudah, tapi ada pulak yang tak nak, jadi kena masakkan yang lain pulak. Kalau macam mat masak hari ni, semua sekali makan, senang cerita. Petang ni rasa nak try sesuatu lahh..hehe, kita tengok nanti okehh, kalau jadi..


Mat masak paling simple, tumis air bayam, cendawan dan kacang panjang. Sekejap, tak sampai 10 minit dah siap, bayam tu petik kat tepi rumah, kacang panjang pun sama, cuma cendawan tu beli. Lepas tu abah mat suruh goreng kupang dengan taugeh dan tauhu, huhu, tak pe, semua tu enteng saja, no big deal...sekejap jee settle sudah....


Dann yang ni my feberet..hehe, plan semalam nak bakar ikan pari, tapi kan, tak jadi lah, sebab mat ter nampak ikan cancaru ni. Hmm tu lah kita hanya merancang, Allah jua menentukan, tadi hujan lebat sangat, kensel nak bakar ikan, mat goreng siaaa..Sebenarnya mat kalau bakar ikan, guna api arang...Apa2 pun syukur alhamdulillah semuanya selesai dengan mudah. Oh yea yang sebelah tu sambal air asam campur "budu"..perghh penggsaann okeh...Mat tulis sikit resipi2 ringkas dia, tapi sebelum tu, sudi lah vote DTS kat sini....Terima kasihh..

SAYUR TUMIS AIR :-)

BAHAN -BAHANNYA :-)
4 pokok sayur bayam merah, disiang
5 kuntum cendawan tiram, hiris
8 tangkai kacang panjang
800 ml air
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, dititik
Garam secukup rasa
1 kiun pati ikan bilis "MAGGI"

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Tambah air dan masukkan kiub ikan bilis, bila mendidih tambah kacang panjang. biar masak sekejap.
  2. Masukkan bayam dan cendawan tiram, kacau rata dan perasankan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan matikan api. Hidangkan panas.

TAUGEH GORENG DENGAN KUPANG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram taugfeh, cuci dan tosk dan buang ekornya
2 keping tauhu keras, dadu dan goreng
1 cawan isi kupang
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijqu, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan kupang, sos tiram dan juga tauhu, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan hirisan cili hijau dan merah serta taugeh, masak dengan api besar dan kacau pantas. Renjiskan dengan sos ikan secukup rasa. Matikan api, alih dalam bekas sesuai dan hidangkan segera...

Sunday, May 29, 2011

TIADA LAGI ENTRI MASAK2 MALAM NI....

(Gambar Ehsan Google)

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa..penat lah, tak de entri masak2 untuk malam ni...Rasanya lama juga tak bebel kat DTS-MAT GEBU, blog BDD pun tak de entri baru...hmm, tekak sakit sikit..tapi dah makan ubat. Cuaca yang tak menentu pun boleh sebabkan kita rasa kurang selesa kan. Hari ni seperti mat cerita dalam n3-n3 lepas, mat masak ringkas dan telah pun mat up kat N3 sebelum ni. Musim cuti2 sekolah ni, majlis kenduri kawen pun bermula, jadi ala2 musim gantung kuali..tapi mat seperti biasa saja...On...

Oh yea...mat kan sebelum tidur selalunya akan selak2 buku resipi, atau blogwalking ke blog2 geng masak sambil melihat2 resipi mereka yang boleh kita cuba. Idea kadang2 kering gileerr, macam sekarang ni, hmm kering idea satu, then rasa malas sikit pun ada juga..aduhh, tak suka lah bila ada sifat macam tu....kena rajin..rajin...rajinn.....grrrrr...

Sebelum mat akhir kan N3 ini, nak cerita pasal DIGI award tu...buat masa sekarang mat masih di tangga ke - 2 dalam kategori TOP MAKAN2 EXPERT, kadang2 mat segan nak minta anda undi, tapi itu dah jadi kemestian kita sebagai calon...kann, memang perlukan undian dari anda, jadi mat tak minta apa2, kalau ada keikhlasan dihati anda, sila lah luangkan sedikit masa untuk vote DTS di sini.....Tak lupa, undi juga pada jiran sepagar DTS, Ben Ashaari, di sini.... Undian boleh dilakukan hanya sekali untuk setiap kategori, lepas anda vote DTS, anda masih boleh lagi vote BA, sebab kami bertanding dalam kategori berbeza.....hmmm, terima kasih yea..

ANDA DEMAM?...JOMM MAKAN YANG INI....

P1280609
Ada yang kurang sihat?..Demam atau tiba2 tak lalu nak makan nasi. Hmm, mat masak bubur saja. Jom lah makan sekali..Bubur nasi biasa. Ada cerita nak share. 2 hari lepas mat masak bubur, sekali kan nyaris2 hangus, sebab terlupa nak kacau, dah berkerah bahagian bawahnya. Bubur pun jadi tak lawa, jadi kaler perang. Walaupun ada bau2 hangit, tapi licin jugaaa...haha legaa ceQ, hari ni mat buat lagi, tapi tak hangus dah, putih melepak lagi ada lahh. Bpleh makan dengan apa2 saja lauk yang anda gemari, tapi kan paling ngam, kalau ada telur asin atau ikan masin...memang ngam lahh. Cuma yang ada darah tinggi tu hati2 lah yeaa..Ok kita lihat resipi senang ni...sambil tu jangan lupa undi DTS di sini dan juga jiran mat BA di sini....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan beras super tempatan
8-9 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam

BAHAN SAMPINGAN :-)
Ikan masin bulu ayam yang telah digoreng dengan tepung beras
Isi kupang
Telur mata lembu
Sedikit sayur2 pilihan
Lada hitam berperisa "Aji-shio"
Kicap cair secukupnya
Hirisan daun sup atau kuchai

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Beras dicuci bersih, masukkan ke dalam periuk bersama2 air, daun pandan dan garam, kacau rata dan jerang hingga mendidih, kecil kan api dan biar masak hingga beras kembang menjadi moi. Kacau sekali sekala.
  2. Hidangkan dengan bahan sampingan...Selamat menjamu selera..



D . T . S -- "TOP MAKAN2 EXPERT"

Assalammualaikum...Musim mengundi datang lagi..haha, saja je suka2. Ben syor kan sertai contest Digi WWWOW Awards, dalam kategori "Top Makan2 Expert"... Jadi kalau ada ehsan anda nak mengundi DTS-MAT GEBU boleh klik di SINI... Terlanjur tu apa kata bagi sokongan juga pada jiran ku ini BEN ASHAARI di SINI... dan juga blogger muda YUYU ZULAIKHA di SINI.....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU...

OHH KUPANG REBUS,...MANISNYA ISI MU!!...

P1280579
Salam semua, bertemu lagi dengan mat gebu. Cuaca mendung tapi tak delah sejuk sangat, suam2 je. Hari ni mat tak masak yang berat2, cuma masak yang ringkas, mudah dan tak banyak karenah. Bila tiba musim cuti, mulalah majlis perkahwinan menjadi agenda utama. Sejak semalam lagi dah ada. Ok ni hari nak letak entri kupang rebus, senang je kan, tapi rasa dia aduhhh...sweettt sangat, berbeza dengan isi kupang yang tak de kulit tu. Semalam masa pi beli barang dapur, singgah pasar basah dan jumpa kupang berkulit, sekilo RM 3, jadi mat beli 4 kg = RM 11, mintak RM 10 tak dapat,..huhu...Banyak kan mat beli, alah bila dah ambik isi tak delah banyak mana dapatnya...


Kata orang kalau nak beli kupang, kerang, ketam kena beli masa bulan gelap, masa tu isi dia akan penuh. Kalau bulan terang, isi agak kecil dan kecut, wallahhualam. Kalau sedap, kupang ada kaler oren2 macam gambar kiri tu, kata orang tu telur dia...hmmm...sedap kan. Haa satu lagi tapi ini bagi keluarga kami lah yea, orang lain mat tatau, kupang kan ada bahagian yang memiliki seketul benda warna hitam kan..Mat selalunya akan buang, ntah rasa macam tak bess nak makan kalau benda tu ada. Isi kupang tadi boleh dipelbagaikan kegunaanya...Pstt...cuba anda baca N3 dari blog sunah nihh....LELAKI wajib baca...serius..klik sini... Lepas tu undi pulak DTS kat sini....tak lupa jiran mat di sini....Terima kasih semuaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kg kupang segar, cuci 2 - 3 kali hingga bersih dan toskan
3 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang serai, dititik
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali besar. Tumis bawang putih dan 1 camca teh garam, hingga berbau harum. Masukkan kupang tadi dan serai, gaul rata. Tuang air, gaul lagi dan tutup kuali.
  2. Masak 20 minit hingga kupang terbuka. Matikan api, bila sejuk boleh kupas dan dimakan bersama sos kegemaran. Isi kupang boleh disimpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.....

TELUR DADAR CENCALOK EDISI "TEMBAM".

P1280561
Waaa...tembamnya..gebunya..montok's lagi..kann, sebenarnya ni semalam mat buat, sebab tak sempat nak masukkan dalam entri, jadi mat keluar kan hari. Rasanya dah pernah buat dulu, tapi kan sapa kesah... Cencalok popular di Melaka, kira macam Budu di Kelantan. Rasa nya masin dan perlu digandingkan dengan hirisan bawang, cili padi dan juga jus limau nipis atau kasturi. Ada juga mat masak dengan ayam, boleh tengok bawah label "Ayam " dan juga "Nyonya Delicacies". Sebab ni mudah nak buat, kita bebel lebih sikit. Nampak tembam tu sebab mat letak baking powder dan guna non-stick pan saiz 4 inci yang kecil kemetot tu, cute nak hidang pun nampak lawa, mat buat dalam 3 biji telur, dapat 4 kurang lebih. Psstt, tu kat gambar ada 3 je kan, maknanya apa?...Maknanya 1 lagi mat gebu dah selamatkan..huhu tak senonohkan si mat nih..erkk...pstt jom undi DTS kat sini...terima kasih yeaa.....muahhh!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
2 pokok kuchai, hiris halus
1 camca besar cencalok, perah sedikit airnya
1 biji bawang besar saiz sederhana, cincang
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar susu sejat
4 biji cili padi, cincang halus (atau cili merah)
1/2 camca teh baking powder

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan bawang dan baking powder, ramas hingga rata. Tambah cili hiris, kuchai cencalok dan susu, kacau rata. Masukkan telur dan kacau rata guna whisk, jika perlu tambah sedikit garam.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci dengan sedikit minyak. Tuang 1/4 bahagian no. 1 dan masak dengan api perlahan. Hingga permukaan kelihatan kering, berhati2 terbalikkan dan masak hingga keemasan, angkat dan habis kan dengan lebihan telur tadi hingga siap. Hidangkan bersama nasi hangat...Selamat mencuba..



Saturday, May 28, 2011

JELLY PAPAYA.....BERTEMU BLOGGER MASAK2..

P1280569
Salam semua, bersua kembali bersama mat gebu, sebelum mat teruskan dengan cerita masak2, nak tulis sikit satu pekara. Tadi petang mat ke rumah mak engku, tapi sebelum tu singgah dulu di kedai baking feberet ku, Perling Indah...dann sebelum tu singgah MayBank...apa lagi beb..cucuk lah...kasi montok, bagi seksi...awww..haha. Masa nak masuk kedai tu, terperasan mat sorang anak dara cilik, hmm macam pernah nampak jee...sahh anak dara sorang blogger masak2 yang mat dan kak ummi admire sungguh, terutama ketelitian beliau dalam food styling dan photo shooting, memang kualiti majalah okehh..sapa lagi kalau Puan Azlita Aziz, dia tak kenal mat, tapi mat kenal dia melalui blog dan juga mat dan kak ummi sering gosip pasal hasil kerja dia yang halus lagi teliti...seriuss beb, luu tak caya waa cakap, try tengok sini....tak tipu punyaa!!!...

P1280577
Ok selesai sudah, sekarang kita cerita pasal jelly betik mudah ni, ni kira resipi derhaka dari resipi2 terdahulu. Kita yang buat dia kan, lagi pun sedap dimakan kala sejuk, lagi2 lah masa cuaca panas terik macam sekarang ni. Mat tambah beberapa titik kaler oren sebagai penyeri, tu pun dah guna betik masak kaler kemerahan. Rasa dia sedap, lembut dan licin saja masuk di tekak. Pstt mesti lah aku kata sedap, sendiri buat...mana patut komen tak sedap..betul tak?..Apa2 pun anda cuba dulu, kalau nak tau...Oh yea kalau sudi nak vote DTS, klik sini yeaa...dan kalau sudi juga nak vote jiran DTS, BA..klik sini plak...Terima kasihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram betik yang masak ranum*
125 ml air*(*dikisar halus)
5 gram serbuk jelly konnyaku
5 1/2 camca besar gula
1 helai daun pandan, disimpul
2 1/2 cawan air
150 ml susu sejat "IDEAL"
Sedikit betik yang didadu, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, serbuk jelly, gula dan daun pandan. Kacau rata dan jerang hingga mendidih. Kacau selalu dan tuang susu sejat, kacau lagi hingga rata.
  2. Masukkan betik kisar dan kacau hingga sebati. Tambah sedikit pewarna oren, kacau lagi. Buang daun pandan, dan tuang dalam acuan kegemaran, biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk.
  3. Hidangkan dingin dan hias dengan betik yang telah didadu kecik...Sedap dimakan sejuk..

KARI IKAN SENANGIN....PALING MUDAH...

P1280555
Salam...petang ni nak share satu resipi kari ikan paling mudah, paling senang dan untuk mereka2 yang baru nak belajar2 memasak, boleh cuba resipi ni. Kira anak2 pun ok kalau makan tak pedas. Ikan tu terpulang, tapi kali ni mat guna ikan senangin, saiz sederhana. Kalau besar, ikan senangin ni kita panggil ikan kurau. Mat masak dalam 5 ekor macam tu dan guna santan pun tak banyak dalam 4 camca besar, guna pati santan, tak pun guna je santan kotak, senang cerita kan. Anda boleh letak apa2 sayur kegemaran dalam dia. Mat letak tomato saja. Mat tulis resipi dia okeh... Jommm...erkk..sebelum tu, jangan lupa undi yeaa, kat sini...Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan senangin, saiz sederhana
2 biji tomato belah 4 setiap biji
1 biji tomato merah, buang kulitnya dan cincang halus
1 camca cili kisar
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
3 camca besar rempah kari ikan*
1 cawan air*(*dibancuh hingga sebati)
1/2 cawan jus asam jawa
Air secukupya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
2 pelepah daun kari, dilurut
1 camca teh halba campur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kerat 2 setiap ekor, perap dengan garam dan jus limau kasturi selama 10 minit, bila dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masuk bahan tumis dan tumis hingga harum dan bawang layu. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah bancuhan rempah kari ikan, dan tumis hingga garing.
  3. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan santan pekat, kacau perlahan dan biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

KERABU MANGGA KERISEK ALA SIAM..

P1280548
Salam tengah hari semua, dah siap masak?..Erkk makan luar..hmm ok, cuma pesan mat berhati2 yeaa, tau lah makan luar ok, cuma dikhuatiri mereka akan menggunakan serbuk perasa atau MSG yang tidak mengikut sukatan, main lambak jeer. Tapikan makanan kalau banyak serbuk perasan, tekak kita mudah berasa haus semasa makan. Ok, tengah hari ni mat share satu resipi memang sedap punya lah...ratah gitu pun sedap. Semalam berborak dengan Kak Ummi Kuantan, lepas tu tanya kat dia, mangga epal sedap buat apa kak, dia kata try kerabu, dia linkkan pada blog dia kat sini..., waaa terus terguda ni, semalam dah dapat bunga kantan, jadi hari ni mat cuba..dannn seriuss lahh sedapppp sangat,..must try this one okehh, terima kasih Kak Ummi. Oh yea..sambil2 tu, jangan lupa vote untuk DTS di sini yeaa....Jomm layan resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji mangga epal, yang mengkal, diparut atau hiris memanjang
4 biji bawang merah, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit daun ketumbar, hiris halus (tak letak)
5 biji cili padi, hiris halus (mat guna 4 merah dan 4 hijau)
2 camca besar udang kering, rendam dlm air panas sekejap, tos dan tumbuk halus
1 camca besar gula pasir
1 camca besar perahan jus limau nipis (mat guna limau kasturi)
2 camca besar sos cili Thai (mat guna sos chili thai "LIFE")
4 camca besar kerisek (mat guna 2 camca besar sahaja)
Sedikit garam, jika perlu (mat guna sos ikan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam mangkuk besar, campurkan mangga dengan semua bahan-bahan yang dihiris dan dimayang tadi. Gaul rata.
  2. Masukkan gula, udang kering, jus limau nipis, sos cili Thai, garam dan akhir sekali kerisek.
  3. Gaul rata semua bahan hingga sebati dan seimbangkan rasa ikut tekak memasing. Hidangkan dengan nasi putih. Selamat Mencuba...!

Friday, May 27, 2011

YOGURT PANCAKE......DTS - BA PERLU UNDIAN ANDA...

P1280546
Salam semua..selamat malam, erkk...bukan suruh tidur, tapi suruh tengok entri simple nih. Petang tadi saja2 lah derhakakan resipi pancake..kira R n D gitu. Alhamdulillah menjadi dengan elok dan lembut..Mat buat tak banyak, dalam 3/4 cawan tepung je dapat dalam 7 -8 keping pancake comel saiz 4 inci. Memasak ni perlu ada keseronokkan, kalau rasa stress, memang rasa terpaksa. Pancake sesuai untuk sarapan pagi selalunya, tapi mat buat petang, kira untuk minum petang lahkan. Enak dimakan bersama buah2 segar, madu atau apa2 sos manis kegemaran anda. Ok dalam kesempatan ini mat nak minta lah jasa baik anda mengundi kami untuk DIGI WWWow AWARD.....

Untuk DTS-MAT GEBU anda boleh klik sini dan setiap individu yang hendak mengundi harus memiliki account FB, dan boleh vote sekali sahaja untuk setiap kategori, maksud nya macam ni, jika "Kak Limah" ni hari dah VOTE DTS, dan kekasih gelap di Pak Leman pun ada juga join kategori top makan2 xpert, ia tak boleh dah nak vote Pak Leman...kalau nak juga kena tunggu esok...TAPI....


Kalau pada masa yang sama, Kak Limah nak vote Ben Ashaari pulak kat sini...dia takde masalah sebab Ben dalam kategori Blogger of the year..bukan sama macam DTS. kategori makan2 xpert. Hmm, jadi kalau anda rasa kami layak, jangan tunggu lama2 yea, sila vote,masa pun dah makin suntuk nih...Terima kasih,...Kita semak resipi pulak...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1/2 camca teh baking powder
1 biji telur gred A
1 1/2 camca besar gula halus
30 gram mentega, dicairkan
130 ml yogurt + 80 ml susu sejat
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca teh esen vanilla
Mentega dan madu, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula yogurt+ susu danb mayonnaise, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Masukkan tepung dan kacau hinga rata dan licin.
  2. Tambah esen vanilla dan mentega cair, kacau rata. Rehatkan adunan selama 10 minit. Panaskan non-stick frying pan bersaiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Biar panas dan sendukkan aduna tadi ke dalam frying pan.
  3. Masak hingga permukaan pancake berlubang2 dan berhati2 terbalikkan dan masak hingga perang. Angkat. Buat kaedah sama pada baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama mentega dan madu...Boleh juga dihidangkan bersama buah2an segar...




GULAI PEDAS JANTUNG PISANG.

P1280540
Salam petang...jam 2 petang kita petang kan?..haha, tiba2 macam mengong pulak. Tak kesah lahh, ok kali ni nak share resipi yang biasa2 kat kampung. Rasa dah letak tu hari, tapi tak pe, yang ni lain sikit. Mat guna jantung pisang kapas, tapi pada mat paling sedap jantung pisang hutan. Kalau nak muai jantung pisang nipah, sebab saiz dia besar. Mat campur tulang ikan kurau dan tempe. Cili padi mat gadingkan dengan cili merah sebagai kaler. Sebenarnya ini abah mat yang nak, jadi mat masakkan, bila dah masakkan, dengan aku2 sekali belasah...Ok jom semak resipi plak...sebelum tu kalau sudi undi DTS yea kat sini...Terima kasihh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji jantung pisang kapas.
2 keping tempe, dipotong
2 batang serai, dititik
800 ml santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
5 keping tulang ikan kurau yang masih berdaging, rendam
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
20 biji cili padi hijau
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang dibuang kulit luar hingga jumpa bahagian cerah, rendam. Dalam periuk, satukan bahan kisar halus, serai dan santan cair, kalau dan bila mendidih, masukkan tempe, sementara itu, belah empat jantung tadi setiap satu dan masukkan ke dalam kuah.
  2. Biar masak hingga lembut. Tambah asam gelugor dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan.....

Link

CREAMY FETTUCCINE WITH MUSHROOM

P1280531
Salam pagi Jumaat, pagi ni nak share satu resipi mudah, tapi mat tak boleh nak beri jaminan pada semua yang ni sedap, sebab ada yang tak suka kan makan pasta2 ni semua. Yang ni mat buat semalam, tapi tak larat nak up ke blog, pening nak demam, nasib baik tak jadi. Kali ni kita guna pasta fettuccine dan digaul bersama sup cendawan, sup tu mat buat, tapi kalau nak cepat guna yang dalam tin pun ok tak de masalah, tak de sapa tau kan. Mat letak sosej dan juga hirisan daun kuchai sebagai bahan tambahan....sebelum mat tulis resipi, jom lah undi DTS di sini....Terima kasihh semuaa...

BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :-)
250 g cendawan butang jenis segar (boleh lihat contoh disini....)
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 batang sosej, hiris
Hirisan kuchai secukupnya
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
80 gram pasta "fettuccine", rebus hingga lembut dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.
  2. Dalam non-stick wok (kalau tak de, belasah guna kuali biasa...) panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.
  3. Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.
  4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu dan sosej, tambah serbuk lada hitam, hirisan kuchai dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam...(mat tak letak garam sebab kiub ayam tadi dah terasa garamnya). Hidangkan bersama pasta fettuccine dan tabur sedikit hirisan daun kuchai.

Thursday, May 26, 2011

NASI GORENG "B . D . B".....ASLI PUNYA...

P1280513
Salam semua, apa nihh..asyik2 nasi goreng..tu lahh kan..Minta maaf, sebenarnya ini sarapan pagi tadi, dan cuma sempat masukkan dalam entri pada masa2 macam ni saja. Tau kan tenet mat, baru je ok ni hari. Entri nak ngomel sikit jee, sebab idea kering sangat, tatau apa nak tulis. Cuma mat minta maaf lah sebab resipi simple dan tak vogue..Apa kelas kan nasi goreng..tapi nasi goreng ni antara makanan femes kat Nusantara, ramai orang suka...betul tak?..

P1280521
Kalau tengok, kenapa lah si mat ni letak nama nasi goreng "B.D.B" dan tau tak apa sebabnya?.. Haha macam ni, mat kan dengar lagu nyanyian kumpulan "Black Dog Bone" nyanyi lagi nasi goreng, dan ada sebut "campur cili, campur udang kering..bila makan...mata naik juling"..terus datang idea, ha ah kan nasi goreng asas ala2 mak kita zaman dulu, udang kering dan cili...jadi bahan rencah dia antaranya udang kering..tu pasal mat letak nasi goreng "B.D.B"....huhu tu je cerita dia...Pstt dah undi DTS?..kalau rasa nak ngundi boleh lah klik sini...Terima kasihh!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dikareh (dileraikan)
1 camca besar penuh udang kering, rendam dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 camca besar cili kisar
1 biji telur, pukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris
Sedikit sos ikan
Secubit gula
Hirisan daun kuchai, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan cili kisar dan bawang besar, tumis hingga cili garing. Tambah sedikit sos ikan. Tolak ke tepi kuali dan masukkan telur, kacau rata.
  2. Tambah secubit gula dan nasi, gaul rata dan masak hingga nasi kelihatan kering. Rasa dan jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi sos ikan. Masak sekejap dan matikan api. Tabur hirisan daun kuchai sebelum dihidangkan..

IKAN BAWAL KUKUS HARUM WANGI

P1280511
Salam petang semua, semalam kan mat tak dapat on-line, aduhh rasa bosannyaa, nak tunggu petang pun punya lah lama, habis teko semua aku lap...tak ilang gak bosan, lap pulak cawan janda's, piring duda's dan juga pinggan2 antik...lepas tu rasa macam nak lap lampu, tapi tiba2 rasa tak rajin...huhu, terus kensel. Mat semalam pun masak yang biasa2 jee. Ada baki ikan bawal putih dalam 2 ekor, mat kukus saja, yelah kata nak lauk sihat kann...rasa2 mat yang ni sesuai untuk yang berpantang..macam Puan Azila...kena pantang lama tu kan...Ok jom semak resipi mudah...nih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawal putih, saiz sederhana
1 inci halia muda, cincang halus*
2 ulas bawang putih, cincang*
2 ulas bawang putih, cincang*
1 batang serai, hiris halus*
1 kuntum bunga kantan, hiris halus*
1 camca teh sos ikan*
1 camca teh sos plum*
2 biji limau kasturi, ambil jusnya*
Sedikit gula halus*
5 biji cili padi (kalau suka), hiris*
1/2 camca teh tepung jagung*
1 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata2)
1 pokok daun ketumbar, hiris kasar.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kelar sedikit dan lumur dengan jus limau nipis dan sedikit garam, perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan, lap kering dengan paper towel.
  2. Lumur ikan tadi dengan bahan2 yang disatukan (*), rata2 termasuk bahagian dalam perutnya. Selitkan juga daun ketumbar, Letak ikan tadi dalam bekas tahan panas. Tabur baki daun ketumbar dan juga lebihan bahan yang disatukan tadi.
  3. Kukus selama 10 minit atas air mendidih. Angkat dan hidangkan segera..

BERTEMU KEMBALI BERSAMA "MAT GEBU".

Assalammualaikum, bertemu kembali bersama mat, setelah tidah bersiaran 1 1/2 hari sejak dari semalam..Huhu, bukan apa, internet meragam, alhamdulillah baru ni settle dah, insya allah boleh lah kita sambung berkongsi2 resipi sempoi, biasalah mat gebu kan jenis masak senang gila..lepas tu ulang tayang tak ingat nyaa....Apa2 pun terima kasih pada semua yang sudi singgah walaupun semalam tak update...Oh yea isu mentega tu mat rasa terharu ramai yang komen dan beri pendapat (belum sempat baca habis, sat lagi kasi baca satu2)...kita kadang2 keliru kan, mat dapat sumber dari internet dan juga dari beberapa laman web....tu lah susah nak sahihkan...apa2 pun mat akan cuba call JAIJ nanti untuk mendapat kepastian mereka...insya Allah, tak janji, yeaa..haha. ok nanti mat letak resipi, lepas habis uruskan hal2 tertangguh....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU..

Wednesday, May 25, 2011

BUTTER GOLDEN CHURN.....SAH TAK "HALAL"..

Assalammualaikum..walaupun dah bersepah kat blog orang tulis pasal isu Butter Golden Churn ni tak halal, mat sebagai blogger masak2 wajib memberitahu juga. Pengesahan ini dibuat oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), seperti dalam surat di bawah. Menurut sumber, asalnya meraka dapat mengesan kehadiran sumber tidak halal dalam mentega tersebut, bila mereka melakukan pemeriksaan kes kopi kluang yang dikatakan ada bahan dari babi. 3 sample yang telah diambil, dan didapati kopi kluang digoreng menggunakan butter Golden Churn....hmmmm

Mat dah tau juga dari blogger Sunah...dan mat sendiri ada 7 tin butter golden churn yang setiap satu seberat 340 gram...kalau harga pasaran dalam RM 14+ per tin (Tesco)...aduh..rugi sudah tapi tetap syukur alhamdulillah atas berita ini....apa2 pun mentega lain masih ada di pasaran. Ok itu saja info yang ingin mat kongsi di DTS-MAT GEBU....sambil2 tu jangan lupa undi DTS di sini...Terima kasihh....

Tuesday, May 24, 2011

KERANA KAU LAH TELINGA AKU GATAL!!!...

P1280499
Grrrrrr!!!...sotonggg...huhu, sedap kan, tapi aku dah serikk dengan koo. Dua hari lepas makan sambal tumis sotong, mat juga yang masak, makan kan main sedap, sekali kan malam, tak pasal2 telinga mat dua2 gatall...aduhhh, cuping semua merah, makan juga ubat, lepas tu lena, paginya kan , merah kurang dah, gatal sikit2..huhu, makan lagi ubat, baruu lega, cuma mata mengantuk tak hengat, tapi mat gagah kan juga, sebab kan mat dah kata, aku ni pantang tidur siang, nanti aku hanginnn...huhh...Ok kita semak resipi mudah....semua mudah2 belaka kat DTS ni kan...nak lagi mudah try vote DTS pulak kat sini....terima kasihh..i love u all!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong, dibersihkan dan kelar bersilang, potong dan ketepikan*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh garam*(*disatukan, gaul dan perap sekejap)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia muda, hiris
1 biji cili merah, hiris serong
Sedikit sos ikan
Sedikit gula
Sedikit hirisan daun sup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sotong, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan gula, sos ikan secukup rasa, bawang besar dan hirisan cili. Gaul dan masak sekejap. Tambah hirisan daun sup dan matikan api. Hidangkan panas bersama dengan nasi...jelesss okehh, grrr, tak boleh makan..huhu..

CONTEST ZRINIEESCORNER....BESAR-BESARAN!

Berita panas ni....Anda tak tak teringin ke untuk memenangi hadiah percuma yang menarik, mat pernah war2 kan dulu pasal "Zarinieescorner", telah mengadakan kontest besar2an. Hadiah yang menarik, ada tu sesuai untuk diguna pada Aildil Fitri akan datang ini. Kontest telah bermula sejak bulan 4 dulu dan telah disambung hingga 31/7/2011....Ada syarata mudah yang perlu anda lakukan, yelah kan sambil mata belum mengantuk tu, apa kata join, ada rezeki memang hadiah....kan bess...Untuk maklumat lanjut sila klik di sini..... Jommmm...

BAWAL MASAK KICAP BERSANTAN..

P1280482
Salam, dah senja kan...Umur kita pun tak lama lagi sama, senja juga, nak share satu masakan simple dan mudah. Abah mat suka masak macam ni, budak2 pun suka. Eh, orang jawa memang suka makan masak kicap ke, aku nak kena tanya LG ni, dia jawa gak tapi terpelanting dok jauk di Australia tuu. Mat guna ikan bawal putih, dalam 3 ekor, ada baki lagi 2 ekor, kita buat resipi kukus pulak eks, esok...tunggu okeh. Masakan simple ni mudah disediakan, guna santan dalam 2 camca besar macam tu, sikit je ambik rasa kata orang2 tua. Hmm ok walapun ringkas, mat tulis juga resipi dia, mudahh amat sangat...Jommmm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan bawal putih
1 batang leek, kerat dan rendam*
1 biji cili merah, hiris serong*
1 biji bawang besar hiris bulat*
2 ulas bawang putih, hiris nipis*
1/2 inci halia, hiris halus*
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 camca besar pati santan
1/2 cawan air
1/4 cawan kicap lemak
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis semua bahan2 bertanda (*) hingga layu. Masukkan air dan kicap, biar mendidih. Tambah santan dan kacau. Kemudian masukkan ikan, gaul rata.
  3. Masak sekejap dan tambah sedikit gula, kacau perlahan dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

RENDANG PEDAS CENDAWAN BUTANG...

P1280491
Assalammualaikum, salam petang...Penat lahh..hmm, rasa kerja banyak sungguh, lagi2 bila air paip baru saja ada. Maka banyak lah kerja2 yang tertangguh perlu dibereskan. Kali ni mat kongsi rendang pedas cendawan butang. Mat guna cendawan butang jenis segar, boleh beli di Tesco dan pasaraya2 besar lain. Kaedahnya sama saja, tapi cuma guna santan dala 600 ml macam tu. Dan cendawan diletak hanya bila kuah rendang pecah minyak. Yang lain2 seperti biasa. Kalau suka boleh juga dicampur dengan daging ayam...Ok sebelum mat tulis resipi, apa kata undi DTS di sini....Terima kasihh yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram cendawan butang segar
600 ml santan
1 1/2 camca besar kerisik
1 keping asam gelugor
3 helai daun kunyit, hiris halus
1 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
Garam secukup rasa
1/2 camca besar gula melaka
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji cili padi hijau thai
15 biji cili padi merah thai
3 batang serai, hiris halus
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau hingga menjadi pes. Ketepukan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan bancuhan rempah kari tadi dan tumis hingga harum, guna api sederhana.
  2. Tuang santan, kacau dan biar mendidih. Masal hingga terbit minyak. Masukkan kerisik, asam gelugor dan cendawan tadi, kacau rata hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula melaka.
  3. Masak dengan api kecil sambil dikacau sekali sekala hingga hampir kering. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas atau pun roti...

Monday, May 23, 2011

STRAWBERRY YOGURT JELLY.

P1280471
Panaskan cuaca ni hari, mat rasa tak selesa, mandi sudah, aduhh masih tak rasa selesa. Geramm kang aku buat roti juga kejap lagi nihh. Sebab panas, petang tadi mat buah lah strawberry yogurt jelly, saja buat2 pembasah tekak. Ini asal2 resipi dadih tapi mat oter sikit. Kat sini mat guna serbuk jelly konnyaku. Apa eks beza kalau kita guna jelly, dan kalau guna agar2 tak boleh ke?...Hmmmm..jawapan dia seperti berikut....

P1280478
Kalau kita guna agar2 pun ok, tapi hasil dia tak de lah se seksi kita guna jelly. Guna serbuk jelly akan menghasilkan produk yang lembut dan agak liut, bergegar2 macam tu. Kalau guna agar2 dia jadi agak keras, kejung dan patah, tak flexible. Tapi kalau nak guna tak salah.Mat guna yogurt perisa strawberry sebagai salah satu bahan...Ok kita semak resipi...tapi sebelum tu, sudi2kan lah vote DTS kat sini yeaa...Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan air
3/4 camca teh jelly powder (mat guna Konnyaku)
100 gram gula
50 gram coffemate
1 camca teh strawberry emulco
1 bekas yogurt strawberry = 135 gm*
Susu sejat secukupnya*(*dicampur hingga mendapat sukatan 1 cawan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuang air ke dalam periuk, masukkan gula dan jelly powder, kacau rata dan masak hingga suam. Masukkan coffemate, kacau hingga larut. Masukkan bahan2 lain, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
  2. Tuang dalam bekas pilihan, biar beku dan hilang wap panasnya. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sedap dihidangkan sejuk....hmmmm...

CEMPAK-CEMPAK DAHHH JADI LAUK....

P1280456
Yeahh, bak kata orang Muo (Muar), cempak2 dah jadi lauk kekdahnya. Ni lauk siang tadi, yelah kalau dah ada gulai, samada ayam, daging atau ikan, mesti ada sayur2an pulak kan, baru balance. Kali ni mat masak guna apa belen2 sayur yang berbaki dalam peti sejuk dan ada tu petik kat farmville terdekat. Kali ni mat campur kan apa saja sayur, ada kobis dan kacang panjang. Letak soo hoon, tauhu dan udang sebagai perencah. Sebenarnya bila kita memasak, tak seharusnya kita terikat 100% dengan resipi...Ok...masa untuk semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 biji kobis bulat saiz kecil, hiris sederhana halus
7 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 keping tauhu, didadu, goreng dan toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hirirs
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1/4 cawan udang kecil
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga harum. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah udang, masak sekejap.
  2. Masukkan kacang panjang dan kobis tadi, gaul rata. Tuang air, dan biar hingga kacang lembut. Tambah tauhu soo hoon, kacau dan tambah garam secukup rasa. Biar soo hoon lembut dan sayur sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi hangat..

IKAN TUMIS CUKA......RESIPI KAK IDA...

P1280442
Salam petang semua, cuma nak kongsi resipi ringkas je kali ni. Dalam freezer ada seko ikan merag saiz sederhana, tatau lah nak masak apa, asam pedas jemu dahh, kari pulak mana tahan, cuaca panas2 ni. Nak buat sup tiba2 tekak tak lalu...Puas fikir2 sekali teringat ikan tumis cuka resipi dari blog kak ida, resipi ringkas dan sedap, yelah dia rasa seakan2 acar, ada masam2 manis. Masaknya pun cepat dan ringkas. Apa2 pun terima kasih mat pada kak ida 1001 resipi, blog beliau di sini....Ehh terlanjur tu sudi2kan lah vote DTS di sini...Terima kasih sayang untuk semua....ehem ehem....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan merah saiz sederhana, disiang, cuci bersih dan kerat 4
Sedikit garam dan serbuk kunyit
3 ulas bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 cm halia muda, hiris halus
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
1/2 camca teh biji sawi
1 kayu manis, resipi asal tak letak
1 kuntum bunga lawang, resipi asal tak letak
1 camca besar cuka (mat lebihkan sedikit)
3/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis biji sawi, bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan air, bila mendidih tambah gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan cuka dan cili merah/hijau. Tambah ikan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.....

LEMAK CILI PADI BABAT DENGAN REBUNG..

P1280448
Salam tengah hari semua, dah siap masak ke?..Hari ni mat masak lauk berprofile tinggi, mewah lagi kaya lemak, kolestrol dan sebagainya. Campur pulak dengan rebung, mana yang lenguh2 sendi tu minta maaf lah kalau tak boleh makan rebung, kan rebung ni sayur jenis sejuk dan angin. Mereka2 yang ada lelah atau semput pun tak digalakkan makan banyak sangat. Mat masak dalam 500 gram perut lembut dan rebung pulak dalam 3 cawan macam tu. Mat guna rebung madu. Cili padi pulak guna jenis cili padi kampung kaler hijau tu.. Tahap pedas tu terpulang pada keinginan masing2.. Ok jomm semak resipi...Layannnnn.............Opssss...sebelum tu jangan lupa undi DTS kat sini...Terima kasihh semuaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram babat, hiris dan rebus hingga lembut bersama 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia.
3 cawan rebung madu, atau rebung biasa, cuci dan celur, toskan.
5 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
700 ml santan cair
300 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan cili padi hijau, jenis kampung*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan babat, rebung, serai titik bersama bahan kisar halus, gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga rebung lembut.
  2. Masukkan asam gelugor, dan juga pati santan. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

Sunday, May 22, 2011

CREAMY MUSHROOM PUFF PASTRY.

P1280435
Salam semua, malam ni nak share resipi senang dan mudah. Hmm harap gambar je kan sampai 2, resipi alah hai senang beno. Buat dia senang jadi cuci2 lah mata sambil2 tu. Benda2 senang ni macam mudah dibuat dan ringkas, cuma apa yang perlu, anda haruslah ada stok bahan2. Jadi senang sikit. Kali ni mat guna cendawan butang segar sebagai intinya. Berbalik pada puff pasty yang mat guna ni. Mat guna puff pastry jenama 'KAWAN' dan boleh beli dipasar2raya. Setakat ni paling murah di Tesco, tak sampai RM 4 sebungkus....

P1280439
Resipi ini akan menghasilkan 8 - 9 biji puff pastry. Corak permukaan tu ikut kreativiti anda lah nak mencorakkan macam mana, mat cuma buat "X" sebanyak tiga kali. Kalau nak kelar2 sahaja pun boleh. Hmm rasanya macam dah tak de apa nak tulis lagi..Oh yea sebelum tidur tu. mintalah jasa baik anda kalau sudi vote DTS kat sini....dan juga klik "LIKE" untuk gambar lawa NIKON oleh Ben Ashaari di sini....Terima kasih...

BAHAN-BAHAN INTI :-)
180 gram cendawan butang segar, cuci lap kering dan hiris
1 biji saiz sederhana bawang holland, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 helai bay leaf
1/2 kiub pati ayam maggi
1/2 cawan susu sejat
Sedikit serbuk lada hitam "aji-shio"
Minyak zaitun untuk menumis

BAHAN LAIN :-)
8 - 9 keping puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
Telur, dipukul sedikit untuk disapu..

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stik pan, tumis bawang hollan, bawang putih dan bay hingga layu. Masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tuang susu, masukkan kiub ayam dan sedikit serbuk lada hitam. Kacau rata dan kecilkana api. Masak hingga pekat dan sedikit kering. Sejukkan.
  2. Panaskan oven pada suhu 190C. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan satu bahagian tadi ditorek bentuk X sebanyak 3 sederat. Isi satu camca penuh teh dengan inti cendawan dan letak atas pastry kosong tadi. Berhati2 letak bahagian berkelar atasnya, kemas kan dan tekan tepi2nya dengan garfu.
  3. Bakar selama 25 minit atau kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minuk petang.....

ANDA MALAS MASAK?....YANG NI SESUAI....

P1280431
Petang semua, buat apa tuu, kalau cuaca mendung2 ni ngorok bess kan, tapi tu lah mat gebu pantang...kalau takk mau aku tidur dengan comelnya..haha, sila muntah.. Petang ni cuma nak share masakan simple dan kira teramat mudah lah. Kalau yang malas pun boleh buatnya. Nak makan dengan nasi pun ok, kalau hirup2 macam tu pun best juga. Terpulang. Kalau nak kick boleh lambakkan cili kicap sebagai penambah ke pedasan. Pada mat lauk ringkas macam ni, ada ikan goreng/ikan masin dan sambal belacan, sudah memadai. Juga sesuai masa2 demam dan tak sedap badan..,.Resipi dibawah ini...Layannnnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred B
3 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap sebiji, rendam
4 keping cendawan black fungus, kerat dan rendam
1 batang leek, kerat dan rendam
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam lembut
Air secukupnya
1 kiub ayam "Maggi"
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan kiub ayam Maggi, biar mendidih.
  2. Bila kentang 1/2 empuk, kecil kan api, pecah kan telur satu persatu, dalam kuah tapi pastikan ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
  3. Tambah cendawan, leek (toskan) dan tambah garam secukup rasa. Masukkan juga serbuk lada hitam dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

IKAN BAWAL MASAK CHUAN....HEPI BESDAY YUYU!!

P1280422
Salam tengah hari semua, dah masak?...Dah kemas rumah?...Eerkk, kalau belum dan jika anda perlukan bantuan mengemas rumah, sila kontek jiran sepagar mat, dia tengah menawarkan perkhidmatan kemas rumah secara percuma katanya...hahaha.. Adehh, matilah aku kang sebab pandai2 buat cerita. Ok entri kali ni mat letak satu resipi mudah dan sedap. Senang nak masak lepas tu cepat dan ringkas. Bahan2 dia pun mudah didapati. Mat guna 3 ekor ikan bawal putih saiz sedang, kalau guna ikan lain pun boleh juga...dan mat juga ingin mengucap kan...

Selamat hari lahir pada Blogger kecik molek, cute, comel dan femes lagi, sapa lagi kalau bukan Yuyu Zulaikha, blog beliau di sini . Pakcik Mat doakan Yuyu panjang usia, murah rezeki dan diberkati Allah swt. Jadi lah seorang gadis yang "kuat" okehh!!.. Jomm semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan bawal putih, saiz sederhana
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji cili merah, buang biji, hiris dan dadu halus
3 camca besar plum sos (mat guna jenama "LIFE")
1 camca besar sos tiram
1 cawan air
Sedikit kicap air
Gula secukup rasa
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih, kelar sedikit dan lumur dengan secubit garam, serbuk lada sulah dan sedikit kunyit serbuk. Goreng hingga kuning keemasan, toskan dan susuh dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi. Masukkan cili, sos plum dan sos tiram, kacau rata dan masukkan air. Biar mendidih. Tambah gula secukup rasa dan kicap cair. Masak hingga pekat.
  3. Tuang atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun bawang dan hidangkan segera selagi hangat..

Saturday, May 21, 2011

MUSHROOM SPAGHETTI OLIO.

P1280411
Salam semua, malam ni nak share satu resipi spaghetti olio yang senang dan cepat dibuat, sedap dan tak banyak karenah nyaa..simple saja. Kalau nak buat untuk sarapan pun ok. Mat guna bahan2 yang ada saja, spaghetti pun kehabisan stok yang ada spaghetti angel hair, hmm tak kesah lah boleh saja. Mat tambah cendawan butang segar, chicken meat loaf dan 3 warna capsicum atau lada jambu. Tapi kan pada mat, minyak zaitun harus digunakan untuk resipi ni, baru ada rasa, nak guna minyak masak biasa pun ok, no hal punya. Satu lagi mat guna Italian seasoning herbs, boleh beli kat Tesco, nak murah sikit, beli saja jenama Tesco, isi dia sama dengan jenama mahal lain, dan botol dia pun lawaa, kaca 4 segi..i likee!!

Contoh Italian Seasoning yang mat beli,kira murh dan berbaloi ...hehe. aok, kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti yang belum direbus
Sedikit red, green dan yellow capsicum, yang telah didadu
3 kuntum cendawan butang segar, hiris
2 keping ayamas chicken meat loaf, dihiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dadu halus
1 helai bay leaf
Lada hitam secukup rasa
Italian seasoning secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick frying pan, tumis bawang putih, bawang holland dan bay leaf hingga layu. Masukkan capsicum, chicken meat loaf dan juga Italian seasoning serta sedikit serbuk lada hitam. Gaul rata dan masak sekejap.
  3. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gaul lagi, rasa dan jika ok boeh matikan api. Hidangkan dengan menabur lebihan serbuk lada hitam. Selamat mencuba...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.