ASPARAGUS SOS TIRAM.,

P1280664
Salam petang, aduh ngantuk gileerr, baru dapat bersiaran. ok ni kali nak letak entri ringkas dan sedap..tapi mat letak udang, sampai sekarang ni masih selamat lagi, tak gatal...erkk..takut kan, tapi serius lah, kalau "sotong", mat macam fobia pulak, sejak peristiwa telinga aku gatal, adehh serikk nak makan sotong. Ni asparagus mat beli 2 hari lepas, sedap dimakan panas sejurus dimasak. Hmm, tak de apa dah nak cerita, jomm semak resipi. Sebelum tu apa kata klik sini sat..hehe, terima kasihh.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat asparagus (kurang lebih 2 cekak)
15 ekor udang saiz sederhana, kupas, cuci dan toskan
4 biji cili padi merah, dititik
4 biji cili padi hijau, dititik
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asparagus diambil bahagian lembut sahaja, caranya, ambil1 asparagus, lenturkan dan ia akan patah, ambik bahagian lembut. Kemudian letak bahagian lembut tadi pada asparagus lain dan kerat mengikut ukuran bahagian lembut. Kemudian kerat 3 atau 4 bahagian ikut saiz yang anda inginkan. Cuci dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi hijau/merah hingga harum, masukkan sos tiram dan udang. Kacau rata.
  3. Bila udang bertukar warna, masukkan asparagus, kacau dan tambah secubit gula dan sos ikan secukup rasa. Masak hingga asparagus lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat....

Post a Comment

4 Comments

  1. Pergh color dia cantik lah.. sedap!!

    ReplyDelete
  2. sepatutnya udang sos tiram... sbb lg byk udang dr asparagus...^^

    ReplyDelete
  3. terBAEK la ...ni faverate gua ni

    http://apamenuhariini.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. nak try jugak nnt, tp nak letak ayam potong. nnt anak aku tak makan pulak kan. sayur tu maknye yg habiskan

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.