Salam pagi Jumaat, pagi ni nak share satu resipi mudah, tapi mat tak boleh nak beri jaminan pada semua yang ni sedap, sebab ada yang tak suka kan makan pasta2 ni semua. Yang ni mat buat semalam, tapi tak larat nak up ke blog, pening nak demam, nasib baik tak jadi. Kali ni kita guna pasta fettuccine dan digaul bersama sup cendawan, sup tu mat buat, tapi kalau nak cepat guna yang dalam tin pun ok tak de masalah, tak de sapa tau kan. Mat letak sosej dan juga hirisan daun kuchai sebagai bahan tambahan....sebelum mat tulis resipi, jom lah undi DTS di sini....Terima kasihh semuaa...
BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :-)
250 g cendawan butang jenis segar (boleh lihat contoh disini....)
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 batang sosej, hiris
Hirisan kuchai secukupnya
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
80 gram pasta "fettuccine", rebus hingga lembut dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.
- Dalam non-stick wok (kalau tak de, belasah guna kuali biasa...) panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.
- Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.
- Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu dan sosej, tambah serbuk lada hitam, hirisan kuchai dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam...(mat tak letak garam sebab kiub ayam tadi dah terasa garamnya). Hidangkan bersama pasta fettuccine dan tabur sedikit hirisan daun kuchai.
14 Comments
Wah... sedapnya CMG. Ala-ala macam kat pizza hut...
ReplyDeleteNisha baru mengidam nak makn ni semalam abg Mat.. hari resipi sudah ade..
ReplyDeleteterima kasih yer abg mat..
vavava...this is my daughter's pebret!!!....sodap!sodap!!
ReplyDeleteAs'salam Mat
ReplyDeletekalau kak ct memang suka makan mat, tapi kalau anak2 memang diaorang tu kena bagi sorang sesuap jer kot.. hehehe
ganti dengan spaghetti boleh tak Mat.tengok dah terliur nih..hehehhe biasalah kita kan Minah itali celup..
ReplyDeletefeveret hb dan anak2 saya nih...dah ada resepi bolehla cuba nanti...thanks che mat...^^
ReplyDeletenyum2..sedapnyer...
ReplyDeletekena remind camtu untuk ngundi...kalau tak sokmo lupe
ReplyDeletenampak sedap..kalau nak pedas sikit, canne? hehe
lepas baca nih terus rase nk buat..bestt..bestt :)
ReplyDeletetq for da recipe..
I loiike!! Tak sabar nak cuba .. thanks Che Mat..dah lama cari resepi simple cam nie... errm nak tanya Che Mat sket..kalau susu ideal tu diganti dengan fresh milk rasa sama tak? manalah tahu kalau kehabisan stok susu ideal.
ReplyDeleteermm terliur tgk..LM bekpes goreng pisang tanduk je hr ni tau
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyeayy dah berjaya buat..eheee...tq2 :)
ReplyDeletesaya baru cube resepi ni semalam sebab mengidam nak makan..
ReplyDeletemenjadi dan sangat sedap.. family pun suke :)
terima kasih, pak cik mat! :)