IKAN BAWAL KUKUS HARUM WANGI

P1280511
Salam petang semua, semalam kan mat tak dapat on-line, aduhh rasa bosannyaa, nak tunggu petang pun punya lah lama, habis teko semua aku lap...tak ilang gak bosan, lap pulak cawan janda's, piring duda's dan juga pinggan2 antik...lepas tu rasa macam nak lap lampu, tapi tiba2 rasa tak rajin...huhu, terus kensel. Mat semalam pun masak yang biasa2 jee. Ada baki ikan bawal putih dalam 2 ekor, mat kukus saja, yelah kata nak lauk sihat kann...rasa2 mat yang ni sesuai untuk yang berpantang..macam Puan Azila...kena pantang lama tu kan...Ok jom semak resipi mudah...nih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawal putih, saiz sederhana
1 inci halia muda, cincang halus*
2 ulas bawang putih, cincang*
2 ulas bawang putih, cincang*
1 batang serai, hiris halus*
1 kuntum bunga kantan, hiris halus*
1 camca teh sos ikan*
1 camca teh sos plum*
2 biji limau kasturi, ambil jusnya*
Sedikit gula halus*
5 biji cili padi (kalau suka), hiris*
1/2 camca teh tepung jagung*
1 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata2)
1 pokok daun ketumbar, hiris kasar.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kelar sedikit dan lumur dengan jus limau nipis dan sedikit garam, perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan, lap kering dengan paper towel.
  2. Lumur ikan tadi dengan bahan2 yang disatukan (*), rata2 termasuk bahagian dalam perutnya. Selitkan juga daun ketumbar, Letak ikan tadi dalam bekas tahan panas. Tabur baki daun ketumbar dan juga lebihan bahan yang disatukan tadi.
  3. Kukus selama 10 minit atas air mendidih. Angkat dan hidangkan segera..

Post a Comment

10 Comments

  1. nak guna bawal hitam boleh tak...resepi tu nampak sedak tapi ada bawal hitam jer kat rumah...^^

    ReplyDelete
  2. suke3..
    td baru je pas mkn ikan bawal..
    yummy!

    ReplyDelete
  3. CMG pernah makan tak ikan kukus .. yang diletakkan bwg jeruk..nak tanya, bawang putih ke? bwg ape ek...sedap.
    kuah pun rasa macam masam2 manis jeruk. tringin nak buat...tapi tak tahu kat mana nak dpt bwg tu

    ReplyDelete
  4. baru je buat 2 hari lepas, resipi lebih kurang sama juga:)

    ReplyDelete
  5. fuhh..selalu gi kat my resipi.net je..skang mmg akan tinjau sini je la.. kene ikang katatas tu bahagie idop..

    ReplyDelete
  6. menarik...br je terfikir dah lama LM tak wat ikan stim.kesihatan kena jg kan?tq resipe ye CMG

    ReplyDelete
  7. cik mat..
    itulah, semalam masa ayu online.. mujur SIS lin beritahu ttg masalah CMG..

    ikan bawal, siakap mmg jadi menu harian en zalie.. kukus, stim, atau bakar..

    heheh.. jgn en zalie boring udahlah

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.