IKAN BAWAL MASAK CHUAN....HEPI BESDAY YUYU!!

P1280422
Salam tengah hari semua, dah masak?...Dah kemas rumah?...Eerkk, kalau belum dan jika anda perlukan bantuan mengemas rumah, sila kontek jiran sepagar mat, dia tengah menawarkan perkhidmatan kemas rumah secara percuma katanya...hahaha.. Adehh, matilah aku kang sebab pandai2 buat cerita. Ok entri kali ni mat letak satu resipi mudah dan sedap. Senang nak masak lepas tu cepat dan ringkas. Bahan2 dia pun mudah didapati. Mat guna 3 ekor ikan bawal putih saiz sedang, kalau guna ikan lain pun boleh juga...dan mat juga ingin mengucap kan...

Selamat hari lahir pada Blogger kecik molek, cute, comel dan femes lagi, sapa lagi kalau bukan Yuyu Zulaikha, blog beliau di sini . Pakcik Mat doakan Yuyu panjang usia, murah rezeki dan diberkati Allah swt. Jadi lah seorang gadis yang "kuat" okehh!!.. Jomm semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan bawal putih, saiz sederhana
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji cili merah, buang biji, hiris dan dadu halus
3 camca besar plum sos (mat guna jenama "LIFE")
1 camca besar sos tiram
1 cawan air
Sedikit kicap air
Gula secukup rasa
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih, kelar sedikit dan lumur dengan secubit garam, serbuk lada sulah dan sedikit kunyit serbuk. Goreng hingga kuning keemasan, toskan dan susuh dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi. Masukkan cili, sos plum dan sos tiram, kacau rata dan masukkan air. Biar mendidih. Tambah gula secukup rasa dan kicap cair. Masak hingga pekat.
  3. Tuang atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun bawang dan hidangkan segera selagi hangat..

Post a Comment

12 Comments

  1. mesti sedap makan kalau makan panas2...mlm td makan ikan bawal goreng kat perda pun sedap..kalau yang ini mesti BERTAMBAH2 sedap nyer kan

    ReplyDelete
  2. @ shida - sudah tentu..hmmmm...

    ReplyDelete
  3. usshh...sedapnye bawal.
    CMG masak sempena besday YUYU ek

    ReplyDelete
  4. happy birthday yuyu.masak chuan?erm.sedap =)

    ReplyDelete
  5. sodapnyo den nak den nak den nak

    ReplyDelete
  6. hepi besday yuyu,.ehh,komen kt sni plak,.ekekkek,.cik mat ni,bile la nk msk tuk sy,.dkt dh kite,.cehh,.hehe,.

    ReplyDelete
  7. chuan????
    sape chuan???
    hehehhehe....

    kl ayam masak chuan ok tak ek CM?

    ReplyDelete
  8. trima kasih diatas perkongsian resepi kat atas.Dah cuba masak..best sgt2~ lain kali nak cuba resepi yg lain pulak la. :)

    ReplyDelete
  9. sedapnyer...anak2 pun pasti suka menu camni .

    ReplyDelete
  10. heheheheh! macehhh pak cik mat tak berapa gebuuuu ^^ suka nya! wuuu T_T terharu! balik balik dari genting tengok pak cik mat buat entry ni!

    ReplyDelete
  11. nampak sedap la..harus cuba ni..tapi kena g beli sos plum dulu..huhu

    ReplyDelete
  12. gorges lah...mmg salute habis Mat Gebu :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.