CEMPAK-CEMPAK DAHHH JADI LAUK....

P1280456
Yeahh, bak kata orang Muo (Muar), cempak2 dah jadi lauk kekdahnya. Ni lauk siang tadi, yelah kalau dah ada gulai, samada ayam, daging atau ikan, mesti ada sayur2an pulak kan, baru balance. Kali ni mat masak guna apa belen2 sayur yang berbaki dalam peti sejuk dan ada tu petik kat farmville terdekat. Kali ni mat campur kan apa saja sayur, ada kobis dan kacang panjang. Letak soo hoon, tauhu dan udang sebagai perencah. Sebenarnya bila kita memasak, tak seharusnya kita terikat 100% dengan resipi...Ok...masa untuk semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 biji kobis bulat saiz kecil, hiris sederhana halus
7 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 keping tauhu, didadu, goreng dan toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hirirs
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1/4 cawan udang kecil
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga harum. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah udang, masak sekejap.
  2. Masukkan kacang panjang dan kobis tadi, gaul rata. Tuang air, dan biar hingga kacang lembut. Tambah tauhu soo hoon, kacau dan tambah garam secukup rasa. Biar soo hoon lembut dan sayur sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi hangat..

Post a Comment

7 Comments

  1. cik mat...
    tang campak2... kalau dah memang kaki dapur..semuanya menjadi....


    mmg menyelerakan...sepiring ya cik mat

    ReplyDelete
  2. Saya suka sayur ni. Walaupun cempak2 jer tapi nampak istimewa dan sedaaap ;)

    ReplyDelete
  3. Saya ratah je lauk tu tak perlu nasik. Sedap tu Mat.. hehheee


    Entri sampai empat kali sehari, pheww!

    ReplyDelete
  4. ko salah taip ke mat??? campak ke cempak???

    ReplyDelete
  5. hehehehe terliuq klu masuk blog ni kenyang pun jadi lapaq !!aaaihs

    ReplyDelete
  6. kalau saya masak campak2 lain jadiknya. last2 campat kt lubang sampah.hikhikhik...

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.