BEN ASHAARI

Friday, November 25, 2011

MI SUP TULANG.....

rsz_dsc_7716
Salam Jumaat barakah buat semua. Selamat sejahtera Dah makan ke?...Hari ni nak share menu semalam...erkk bukan lah semalam siang, tapi semalam maghrib, cuma mat pos hari ni. Kali ni mat buat sup tulang yang mudah, guna tulang serangka yang masih bersisa daging dia (and of coz lah tulang lembu yeaa). Mat guna kurang lebih 1.2 kg tulang. Mat cuci dan rebus dulu dalam 15 minit, kemudian buang airnya rebusan tadi, tujuanya sebab ia agak berlemak dan cara ini lemaknya akan berkurangan agak banyak. Mat selalunya akan menumbuk rempah ratus dia dan bungkus dalam kain kasa atau muslin seakan2 sup bunjut macam tu. Dan untuk menjimatkan masa mat rebus dalam pressure cooker kurang lebih 25 - 30 minit, ini bergantung pada keadaan si lembu tu juga, kalau lembu berusia mungkin liat dan perlu direbus dalam 30 minit atau lebih sedikit. Selain sedap dimakan bersama mi, ia juga sesuai dengan nasi impit. Mat tulis resipi dia..jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg tulang rusuk lembu yang masih berdaging, kerat kecil
5 biji bawang merah*
2 inci halia*
5 ulas bawang putih*
3/4 camca besar lada hitam biji*(*kisar halus)
Air secukupnya
4 biji kentang, kupas dan belag 4 setiap sebiji, rendam
1 batang lobak merah, potong kasar
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus

REMPAH TUMIS :-)
1 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci tos dan celur sekejap
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Tauhu, digoreng dan hiris
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tulang dibersihan, buang lemak2 dan cuci. Masukkan dalam periuk, tuang air hingga tulang tenggelam dan rebus 15 minit, kemudian buang air rebusan tadi. Ketepikan. Dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan rempah tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar dan tumis lagi hingga wangi. Masukkan tulang, gaul dan tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  2. Bahan tumbuk lumat tadi dibungkus dengan kain kasa atau muslin, ikat ketat seakan2 sup bunjut. Masukkan ke dalam periuk. Perlahankan api dan rebus hingga daging pada tulang tadi empuk. Masukkan kentang dan lobak merah, masak lagi hingga kentang dan lobak empuk. Tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan mi kuning dalam mangkuk sesuai, tuang kuah sup bersama isi2nya. Letak taugeh dan tauhu, hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan dengan sambal kicap.....
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda menggunakan periuk tekanan atau pressure cooker, masa kurang lebih 25 minit - 35 minit bergantung pada usia lembu, agak2 lah yea. Boleh juga merebus dalam periuk nasi (kurang lebih 2 - 2 1/2 jam). Dalam gambar mat guna apa bahan2 yang ada dan bukan seperti yang disyorkan dalam resipi...sekian terima kasih...

7 comments:

kakchik@ella said...

Saya suka makan tapi tak suka buat, nak rasa yg cik mat masak, bole?

Syafiq Ahadin said...

tak nak ikut master chef ke musim depan? hehe! :) sentiasa terliur.

anakpakpawi said...

=) sedap nye....kecur air liur

Kerull said...

Salam CMG hujan2 cenggini makan sup2 ni memang syok..tambah2 kalau CMG yang masak

Norzihan Md Yusof said...

sedapnyee! tertelan air liuq tengok...cobaan...

Yatie said...

uwaaaaa...mmng sedap ni, kena dngn sambal kicap maunya berpeluh2 hirup kuah sup tu...yummyyyy...

Mrs Grumble said...

Cik mat, saya ikui blog cik mat dah dlm sebulan br, sbb cousin saya yg syorkan...teratak-mama.blogspot tu lah..dulu tgk cik mat dlm myresepi jer..best gilos blh kongsi ilmu dan moga semuanya berkat...btw, carrot itu sgt cun..tambah nampak sedap..dan dan tu lapaq

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.