PENGAT 1 MALAYSIA

Pengat 1 Malaysia
Salam satu Malaysia untuk semua dan juga selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52. Sempena hari bersejarah ini, mat pun buat lah satu jenis pengat yang dalam dia ada macam2 benda, ibarat negara kita yang masyarakatnya majmuk ada 3 kaum besar, Melayu, Cina dan India dan banyak lagi kaum2 lain. Lepas tu bila dah duduk selonggok dalam satu komuniti, mulalah terjadinya perkahwinan campur pulak...cina kawin dengan india, anak dah rupa ala2 melayu, india kawin dengan melayu, anak macam hindustan, cina kawin dengan melayu, anak jadi jadi modern "peranakan"..ahaks, hambik koo!!....kira all blended into one gitu u...

Pengat 1 Malaysia
Ni, kira pengat biasa2 je...Jadi resipi pun senang sangat. Orang2 belah Johor kan suka tau makan pengat dan manisan macam ni terutama bulan2 puasa. Rasa tu bergantung lah, tapi yang sedap, pengat yang rasa manis2 manja gitu..bukan jenis manis peringkat "ICU"...serammm kann...Resipi bawah ni asal kejadiannya agak banyak, jadi buat ikut kesuaian masing2 yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan ubi keladi yang didadu
2 cawan ubi keledek yang didadu (pilih yang warna oren)
2 cawan ubi kayu yang didadu
2 cawan labu manis yang didadu
1/3 cawan bubur cha-cha
2 camca besar biji sagu rumbia
1 1/2 liter santan cair
500 ml pati santan
2 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka, dihiris*
2 cawan gula pasir*(*dimasak hingga larut dan tapis)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Keladi direbus hingga lembut, toskan.Bubur cha-cha dicuci dan rebus hingga lembut, toskan. Biji sagu rumbia dicuci dan toskan. Dalam periuk, masukkan ubi, keledek, daun pandan dan biji sagu rumbia, masak hingga mendidih dan sederhanakan api dan masak hingga keledek dan ubi 1/2 lembut, masukkan labu dan masak hingga lembut.
  2. Tambah keladi, air gula dan bubur cha-cha tadi (gula ni agak2 lah, kalau bulan tak puasa boleh lah rasa, kecuali kat rumah ada "ah kak" yang tak leh puasa!!!). Tambah 1/4 camca teh garam. Biar mendidih.
  3. Tambah santan pekat dan masak lagi 1 - 2 minit, kacau sekali sekala. Matikan api dan hidangkan semasa berbuka puasa...Gula tu tadi kalau rasa macam byk sangat, jgn masukkan habis, masa berbuka tu kalau rasa kurang manis, boleh lah tambah sikit lagi air gula merah tadi....

Post a Comment

6 Comments

  1. Salam Merdeka Mat !!!
    Waahhh....siap ada bubur sempena merdeka lagiii. Setakat hari ke 10 ni krinn masih belum membubur. Betul jugak yee..... Aaaaarghhhh, tak leh jadik ni. Yuk ke pasar carik bahan !!!

    ReplyDelete
  2. lagi satu en mat.. tambah pisang nangka..

    ReplyDelete
  3. salam merdeka cikmat...sedapnye nengok bubur nih...

    ReplyDelete
  4. Bagusnya mat..Patriotik sekali.. memang sedap bubur camni..menyelerakan!!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya tgk pengat keladi tuh, kalu dapat yg "lehett" gitu..mst best..Akak ni teringin nak makan pengat ubi kayu, cari kat Pasar Tani ahad kelmarin xda la pulak..jeling pengat keladi ko je la nmpaknya... :D

    ReplyDelete
  6. salam che mat...selamat berpuasa...bulan pose ni kalau buat resepi che mat meme sedap...hehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.