BEN ASHAARI

Saturday, April 30, 2011

APAM KARAMEL @ APAM GULA HANGUS.

P1270922
Assalammualaikan, aduhh mat terlewat letak N3. Hari ni kan, mat menerima kunjungan tetamu, mak engku datang bersama 2 orang sedara yang lain, jadi proses berborak segala hampir ke maghrib. jadi masa nak update blog tu agak terbatas. Plan nak publish lepas maghrib, sekali kan pakcik mat terlena sampai jam 10.30 pm!..Erkkk...huhu, ngantuk nya pasal, ni mesti kes aku tak tidur semalaman semalam. Petang tadi, mat saja2 skodeng blog "Kak Rose" geng masak2 kat sini, sekali terbekenan kat apam gula hangus...aduhh tergoda okeh.....

P1270925
Tapi kan...kan...kan...huhu, apam mat buat ni melekat sikit lah pada acuan dia, dah sapu minyak semua tapi dok melekat sikit, terutama bahagian tengah dia. Apam ni kalau tengok resipi dia ada gaya kek sarang lebah, sebab guna gula hangus. Kalau tengok apam yang kak rose buat, aduhh lawaa, nampak elok jee, bila banding dengan mat buat..erkk..aku nya macam terlebih tembam gitu u. Apa2 pun, apam ni memang sesuai untuk minum petang dan rasa dia pun just nice..i likeee!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji telur
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
2 camca besar susu pekat manis
1 camca teh soda biarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula pasir hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang air, kacau rata dan masak hingga semua sebati. Sejukkan.]
  2. Dalam food processor satukan susu pekat manis, telur, marjerin (@mentega) dan minyak, putar hingga sebati. Masukkan karamel tadi bersama2 soda bicarbonate dan esen vanilla, putar rata.
  3. Tambah tepung dan putar lagi hingga sebati, jika adunan kelihatan terlalu air, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum anggaran 1/2 camca besar.
  4. Masukkan dalam acuan apam yang telah disapu dengan minyak, 3/4 penuh. Kukus 15 minit atau hingga masakj. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang...

NASI LEMAK ....BUAH BIDARA....

P1270911
....Sayang selasih hamba lurutkan, Buang emak buang saudara, Kerna kekasih hamba turutkan.. Ni salah satu pantun melayu yang mat tak berapa nak setuju, apa2 perbuatan kita jika tak dapat restu mak ayah, tak berkat...betul tak?. Salam morning Sabtu. Apa khabar anda disana? Sihat?..Mat gebu biasa2 je, walaupun aku belum tidur lagi..Hahh!!, belum tidur?...hmm itu lah, mat tak boleh nak lelapkan mata dari malam tadi. Pagi tadi dalam jam 4, siap2 mandi segala, cuci baju dan mula lah plan sumthing for bf (breakfast okehh..bukan "boyfriend" plak...erkkk!!),panas...panas, jadi isu kang..cehh. Lepas mat tengok apa2 bahan yang ada, hmm terus lah masak nasi lemak, waahhh berprofile tinggi lagi...sambal pulak mat buat sambal sotong kembang...aduh makin kembang lahh aku macam tu..nahee..nahee....takmo!!!...

P1270913
Mat guna beras basmathi, selain nak sukat senang, jadi dia pun lawa, panjanggg dan menawan jee. Tapi kan mat buat simple, tak de ikan bilis goreng, kacang goreng semua.Hidangkan dengan ikan kukus ipoh mali yang macam kat n3 nie. Jadi dengan rasminya mat tak masak tengah hari dan tak de lah n3 lauk pauk yeaa...pstt mat gebu alone nih..aduhh, nak tidur tak boleh sebab "pantang"..hmmm cuaca pun mendung, nak hujan...huhu...Ok lah kita semak resipi mudah..

BAHAN NASI LEMAK :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit dan toskan
6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, dititik
Sedikit garam

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis (terpulang samada nak sambal tumis sotong, ikan bilis atau udang)
Hirisan timun
Telur rebus @ telur mata kerbau
Ikan atau ayam goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Beras tadi dicuci dan rendam 30 minit, kemudian toskan. Masukkan ke dalam rice cooker, bersama2 santan, bawang besar, bawang putih, halia, daun padan dan sedikit garam, kacau rata2 dan masak seperti biasa hingga nasi tanak. Kemudiam gemburkan nasi dengan chopstick. Biar suam.
  2. Senduk nasi dalam pinggan sesuai, hidangkan bersama bahan sampingan...hmmm sedap okehh!!..

Friday, April 29, 2011

PRATA TELUR GULUNG...

P1270902
Assalammualaikum, selamat malam.. Mat tak berapa ok pulak, panasnya badan, tadi hidung tiba2 bedarah..banyak tahun dah tak jadi macam tu....nak rebus barlie nanti seperti saranan jiran sepagar. Ok, berbalik pada cerita N3 ini. Petang tadi kan saja2 lah mengoter roti prata yang berbaki 2 keping, mat guna roti prata "KAWAN", kalau roti prata instat biasa mat tak pasti lah boleh digulung ke tak ,takut tebal dan tak cantik. Satu lagi pasal roti prata ni, dia akan menggebu bila dibakar dalam kuali. Guna terus bila dikeluarkan dari freezer, jika biar dia pada suhu bilik, roti prata akan melekat pada plastik lapik dan sukar untuk ditanggalkan.

P1270907
Untuk resipi ni mat guna 2 keping roti prata dan 1 biji telur untuk setiap satu. Teknik dia sama macam roti tampal. Cuma kita gulung dia seperti swissroll. Boleh dimakan bersama sos cili atau kuah dalca. Sesuai juga untuk sarapan pagi atau minum petang. Hmm, n3 ni kalau ikut kan resipi dia mudah, cuma cerita saja lebih...tak kesah lah kan, janji ada sedikit idea untuk anda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping instant prata jenama "KAWAN"
2 biji telur
1 biji bawang besar, didadu (mat guna bawang holland)
1/2 biji cili merah
1 camca besar susu mayonnaise
Sos kegemaran untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh telur tadi bersama bawang, cili merah dan mayonnaise dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan dan sapu dengan sedikit minyak, masak roti prata tadi dengan a[i sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan masak satu lagi. Kemudian, sapu sedikit minyak dan tuang 12 bancuhan telur. Biar sedikit kental. Kemudian letakkan roti prata tadi atasnya dan tekan sedikit biar melekat. Masak dengan api kecil.
  3. Keluarkan dan gulung semasa prata masih suam. Buat kaedah sama untuk selebihnya. Potong dan hidangkan bersama cili sos atau dalca...

MISZLULLABY "MOSCOW" GIVEAWAY...

Weeee wettt...cakkk!!..hehe, demam ni tapi demi itu aweks dari Moscow, pakcik mat buat juga lah giveaway ni...minta maaf sebab tak prasan kena TAG...menarik nih...Syarat2 dia anda boleh baca kat sini... dan semuanya telah mat buat...cuma syarat no. 5 tu jee mat tulis kat sini...Kena TAG 5 blogger. Tarikh tutup mungkin 30.08.2011..phewww lama lagi tuuu...pstt tah2 hadiah dia kete kebal russia..haha sapa tau kan.. Ok meh sini tengok sapa mat TAG....

SINGGANG PEDAS TEMPOYAK

P1270898
Salam petang, ishh sedap ni, menghirup2 lagi kuah dia, ada tempoyak..tempoyak pulak datang dari Perak..perghh..pengsan okeh. Atas permintaan bonda, mat masak lah singgang pedas tempoyak, guna ikan kembong. Ini semua rebus jee, yelah kan..si mat ni kalau masak semua jenis lauk perprofile tinggi, goreng, bersantan dan ber ber ber lagi laa, jadi bila mat letak lauk singgang, ada pulak yang mandang "ala2" jee..huhu, tak pelah tak paksa pun tengok, sapa suka tengok, sapa tak nak, tak payah tengok..kann. Ok lah jom semak resipi bagi mereka yang sudi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan
1 1/2 camca besar tempoyak
20 biji cili padi merah thai, tumbuk halus halus
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk satu kan semua bahan di atas kecuali ikan, daun kunyit, garam dan gula. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  2. Tambah daun kunyit dan masak sejekap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi...hmmmm.

SAYUR LODEH...

P1270895
Salam semua, N3 ringkas je hari ni, masak yang biasa2 saja. Sayur lodeh satu hidangan popular di nusantara. Kat Johor ni pun kira wajib ada pada musim2 perayaan. Masak dia mengikut versi masing2. Ada yang ditumis dahulu, ada yang tak tumis. Mat masak paling senang, ringkas dan mudah. Nak yang rumit pun ada, tapi karang pening pala pulak. Kalau ada nasi impit, sambal tumis, serunding dan telur rebus...dahh jadi lontong...hmm, terus terasa macam nak lontong pulak..sebab tak de apa nak cerita pasal sayur lodeh ni, mat terus kan lah dengan resipi dia, sebelum tu nak promot sikit blog yang ini plak, saja jee, depa tak suruh pun..ok blog di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
50 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
3 tangkai kacang panjang, hiris
1 biji kentang, potong berbaji
1/4 biji kobis bulat saiz kecil, hiris
1/2 batang lobak merah, hiris memanjang
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
2 keping tauhu, dadu besar
2 keping tempe, dadu besar (tak letak, sebab takde)
1 liter santan cair
250 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan udcang, bawang besar, bawang putih, kentang, lobak merah dan santan cair, kacau dan jerang hingga mendidih dan masak hingga kentang lembut. Tambah tauhu kering (toskan), dan masak lagi.
  2. Tambah bahan2 lain dan biar mendidih sebentar. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

BEBOLA TAUHU LEMBUT...

P1270887
Salam Jumaat semua, dah sarapan?. Pagi ni mat bangun lewat sikit dalam jam 6 pagi macam tu, selalunya sekitar jam 5 atau 5.30 pagi dah bangun. Memasak ni ada kala memerlukan kita berfikir secara pantas, tu pasal skill amat2 diperlukan. Tanya lah mana2 tukang masak atau blogger2 masak, mereka mesti setuju. Bebola tauhu lembut ni mat buat pagi tadi. Ada berbaki 3 keping tauhu, hmm....buatlah sesuatu yang nampak OK sikit kan, asyik2 tauhu goreng makan dengan sambal kicap, tak pun sambal cuka...aduh bosann sehhh!...

P1270889
Bebola ni agak lembut, tapi bila dah goreng, ia jadi rangup diluar tapi lembuttt di dalam. Kalau nak bentuk macam begedil pun ok, tapi tak boleh lah panggil bebola, kenalah bagi nama sesuai. Kalau anda nak letak cincangan udang segar pun boleh, mat tak letak apa2, cuma guna kiub ayam siaa sebagai perasa. Sedap dimakan bersama cili sos, atau sapa suka makan dengan mayonnaise pun tak de masalah..tekak sendiri punya...kann..Pagi ni jom kita jalan ke blog ini pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping tauhu, dilecek hancur
1 biji bawang besar, dadu
1 pokok daun sup, hiris halus
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
2 camca besar tepung jagung
1 kiub ayam Maggi. hancurkan
Serbuk lada hitam secukupnya
Sedikit garam, jika perlu
Sos kegemaran untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali sos dan garam, kacau rata2 dan rasa, jika perlu baru tambah sedikit garam. Kacau rata , kemudian cedok 1 camca besar dan bulat2kan seperti bebola. Buat hingga siap.
  2. Panaskan minyak dan goreng bebola tadi hingga kuning keemasan, pastikan api sederhana dan jangan goreng banyak2 sekalu gus, mat goreng 6-7 biji. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

KASIH KU PADA BLOGGER2 MASAKAN.....

Salam............................hmmm, tanpa mereka, aku memang takde siapa kenal, mereka yang mula meletakkan DTS-MAT GEBU menjadi kukuh, menegur jika ada kesilapan, berkongsi jika ada idea, bertukar2 kebijaksanaan masing2 tanpa ada rasa lokek dalam hati. Blogger masak2 sebenarnya tunjang utama blog aku. Sekian lama nama DTS-MAT GEBU hanya berlegar dikalangan blogger masak2. Mereka memberi sokongan sebaik mungkin. Kadang2 aku segan, jika terlepas pandang. Mereka orang2 lama dalam dunia masakan, lebih berpengalaman, tapi sedikit pun tidak rasa bangga diri dan mendabik dada bahawa mereka hebat..tetap memberi sokongan padu pada blog mentah seperti DTS ini.

Kalau nak disenaraikan, tentulah banyak. Tapi mereka antara penyumbang utama traffic ke DTS, selain blog yang "biasa" tu. Hubungan kami blogger masak, amat baik sekali, tak kira blogger berada jauh nun dibumi Inggeris, atau bumi Anbia, mereka tetap mesra walaupun tak pernah bersua wajah. Pada teman blogger masak2, terima kasih mat pada anda semua, kerna andalah DTS masih kukuh di sini, moga kita dapat bekerja sama antara satu sama lain...Sebelum mat masuk tidur, minta maaf semua, jika ada terkasar bahasa. Akhir kata salam sayang dari DTS-MAT GEBU...moga kita bersua lagi esok, insya allahh...

Thursday, April 28, 2011

AGAR-AGAR SANTAN " SUCI"...

P1270878
Salam malam, sibuk ke memasing..kan ni malam Jumaat, mesti ada yang siap2 mandi bunga, berlangi limau nipis bagai, kasi wangi...kannn. Ok ni malam mat letak satu resipi biasa je. Ini kan agar2 santan atau agar2 seri kaya. Kalau agar guna gula merah kita panggil agar2 santan atau orang jawa panggil agar2 gudel. Kalau yang hijau ni biasanya kita panggil agar2 seri kaya..bukan ada campur seri kaya, tapi mungkin sebab penggunaan kaler hijau, santan, daun pandan dan telur, macam adunan seri kaya. Kalau ikut kan ianya menjadi 2 lapisan, bawah jernih dan atas pulak ada seakan2 ketulan awan, tapi kan...kan...kan, mat ada tersilap dan menjadi agar2 santan "suci"...kira masih "dara" gitu..Pstt..ady budika buat pun jadi agar2 santan "dara", kat sini. ..Kalau ben buat baru jadi kot, sebab dia kan....kan...kan...hu sendiri sambung lah.. Jom kita ronda2 ke blog ini...tengok apa ada..rasanya macam2 ada....erkk...hehe.

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 gram agar-agar serbuk
2 helai daun pandan
800 ml air
3/4 camca teh paste pandan
1/2 cawan + 2 camca besar gula pasir
200 ml pati santan
1/2 biji telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan ambik 1/2 bahagian)
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan agar-agar serbuk, gula pasir, daun pandan, paste pandan besama air tadi. Kacau dan jerang atas api hingga mendidih, gunakan api sederhana.
  2. Sementara itu, satukan pati santan bersama 1/2 bahagian telur, esen vanilla dan garam, kacau rata2. Tuang dalam adunan agar2 tadi, kacau perlahan dan biar sehingga bancuhan santan kelihatan berbiji2.
  3. Matikan api, buang daun pandan dan tuang dalam bekas kegemaran dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan dingin.....


Link

ASAM PEDAS AYAM GAYA NYONYA.

P1270865
Salam tengah hari, apa khabar semua, dah makan tengah hari?. Mat masak sempoi2 siaaa, cuma tiba2 aku termengidam nak makan ayam masak ayam gaya nyonya, tapi sayang bunga kantan takde..hmm, jadi kurang lah sikit rasa dia, tu pun nasib baik ada daun limau purut. Kalau nak guna ikan pari pun sedap, tapi ni hari tekak terasa nak makan ayam. Kali ni mat guna ayam pencen atau ayam tua, kalau nak guna ayam muda pun boleh, terpulang pada masing2. Masakan ni kan, kuah dia kalau cicah sama lempeng pun sedap. Masakan nyonya ni memang unik, walaupun nampak sama macam orang melayu, tapi ada lain sikit dari penggunaan bahan mentah. Kalau anda ada masa, cuba tengok rancangan "Dapur Nyonya" setiap Selasa jam 10 pagi di TV3...ada Florence Tan masak, menarik sekali....

P1270870
Hmmm, tinggal cedok nasi panas diaa, sambal belacan pun ada, ulam2 kasi letak sama, baru ngam bila makan. Kalau nak tambah sayur lain pun boleh, mat cuma ada terung dan tomato sia, kalau nak letak bendi atau nenas pun boleh. Ikut selera masing2. Kali ni kita jalan2 ke satu blog lagi...hmm rasa2 blog siapa mat nak pilih yeaa..kejap eks..aku jampi serapah dulu.....Haaaa..dah jumpa..yang ini... Ok lepas tu kita pantun dulu, baru tulis resipi...Selamat semuaa yeaa...

CANTIK MANIS MENAWAN RUPA,
WAJAH BERSERI TERPANCAR DI MUKA,
RESIPI NYONYA TAK HARUS DILUPA,
BIAR KU TULIS SEBAGAI PUSAKA..



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen @ ayam tua, potong 14 atau ikut suka, cuci dan toskan
1 biji terung bulat, buang sedikit kulit belah 6 dan kerat 2, rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
2 batang serai, dititik
1 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus, serai titik hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan ayam tadi dan gaul rata, biar ayam kecut sedikit bersama2 rempah.
  2. Tuang air secukupnya dan masak hingga ayam empuk. Masukkan jus asam jawa dan jika nak kuah lebih boleh tambah sedikit lagi air. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (atau serbuk perasa).
  3. Masukkan terung, masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato dan tutup periuk. Biar tomato masak dengan wap panas. Boleh hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman...

NASI GORENG 10 MINIT.....SERIUS NIHH!!

P1270863
Salam morning, jom sarapan nasi goreng..Tu je lah yang boleh mat letak dalam N3 pagi ni, sebab mat goreng nasi, jadi n3 pun nasi goreng..Jemu tak?..huhu tak pe mat faham. Tapikan ini nasi goreng cepat punya, tak payah pening2 kepala, semua macam cempak2 je bak kata orang muo (muar). Ada nasi sejuk, semua bahan tumbuk rata, cili kisar, garam secukup rasa dan bahan hiasan sikit...dah settle, boleh makan dengan penuh sopan santun yea. Mat pun agak tergesa2 ni, sebab ada benda lain nak dibuek nih haa. Pstt jalan ke blog ni sekejap jomm...kat sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 cawan nasi sejuk, dileraikan
Garam secukup rasa @ sos ikan
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar cili kisar
Hirisan daun bawang
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Telur asin untuk hiasan

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 genggam ikan bilis, cuci dan rendam hingga lembut, toskan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga masak. Tolak ketepi kuali, dan masukkan telur, biar mengeras sedikit dan gaul rata.
  2. Tambah nasi dan gaul pantas. Masukkan sos ikan secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang, hirisan cili padi, bawang goreng dan telur asin....nak sedap makan dengan ulam petai...perghh!!

Wednesday, April 27, 2011

CHILLED STRAWBERRY CHEESECAKE

P1270850
Assalammualaikum, penutup n3 malam ni, mat letak "chilled strawberry cheesecake"...yelah asyik resipi biasa je, aku pun sendiri jemu dah. Petang tadi mat buat kek keju, tapi tinggal sikit dah. Untuk mengelakkan dari mat gebu menghadap kek yang sedapp ini, lepas photo shooting, terus potong dan isi dalam bekas, dan bagi pada bonda yang akan bermalam di rumah anak2 buah...Selamatt..tapi ada tu secoreng lagi dalam peti sejuk..aduhh dugaaannn betulll lahhh.. Tau tak ini resipi asalnya ialah chilled mango cheesecake tapi itu budak media prima kata dia nak buat strawberry nya perasa pulak...jadi dengan gigih nya dia buat nkoo, dan menjadi pulak..huhh, lawan tokey lorong betull...takpe, pujian harus diberi pada Ady Budika...i likeee okeh.

P1270857
Untuk resipi ni mat guna biskut mudah hadam atau digestive cookies. Strawberry pula mat beli yang datang dari Korea, ianya kurang masam dan ada rasa manis2 kalau nak bandingkan dengan strawberry CH. Satu lagi bentuk buah dia hampir sekata dan warna dia pun menarik. Style atau gaya tatarias tu ikut kebijaksanaan anda, mat cuma tunjuk apa yang mat tau, tu saja. Kek ni sedap dimakan sejuk..hmmm..masih terasa2 lagi kat tekak kelemakkan keju bergabung dengan buah strawberry dan juga base biskut nya....hehe... Jom semak resipi.

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut mudah hadham @ digestive cookies
80 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
6 biji strawberry segar, kisar halus
1 camca teh strawberry emulco
6 biji strawberry segar, didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
Strawberry segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree strawberry, dan juga strawbeyy emulco tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buah strawberry yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah strawberry dan hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk

IKAN KEMBUNG KUKUS.....IPOH MALI PUNYA!.

Salam senja...huhu, tak de apa nak letak N3...blurr, mat penat hari ni nak masak. Jadi makan apa yang ada jee. Ok untuk N3 kali ni mat nak promosi sikit, akak yang cute dalam gambar tu, pstt tauke neo tuu, luu jangan main2. Nama dia Puan Intan (ikan kukus). Gelaran tu mat letak sendiri, sebab nanti konpius, ramai bebeno nama Intan. Dia berniaga di Pasar Kinta. Mat gebu kan suka ke pasar..kalau nengok ikan atau sayur2, aku boleh naik meroyan bagai, sebab ter ghairah over the limit...geramm...grrr. Ikan kembong kukus agak femes di sini, sebab selain gerai Puan Intan ni, ada juga beberapa gerai menjual produk yang sama.. Ni kira rezeki dia lah, sebab sampai2 jee terus guaa sudah kenan sama dia nya ikan...aduhh, rembat lah 1 kg..baru RM 12 sahaja...apa2 kalau nak tau lebih lanjut anda boleh kontek Puan Intan - 010 - 5408120.....orait...(ni dia tak suruh promot okey, mat gebu saja nak tolong orang melayu kita).

Ikan kembong rebus ni segar dari laut dan dikukus. Abah mat kan, dia suka tau makan ikan kembong rebus ni, masak gulai pun sedap. Tapi mat suka goreng. Puan Intan tu selain berniaga ikan kembong kukus, ada juga menjual kerang dan isi kerang..Hmm tu jee yg mat nampak. Lagi satu kan tu lah lupa ambik gambar, kat situ ada jual siput sedut yang mat dah pun masak dalam N3 ini.. Isi kupang pun ada, besar2, cuma nak beli tapi takut rosak bila sampai ke Sedenak...hampa tau. ku tinggal kan kupang itu dengan puteh mata...huhu. Tak pe lah lain kali boleh beli, kena prepare apa yang perlu dulu..

Masa naik ke tingkat 2 mencari telur itik, tiba2 mat lalu depan satu uncle ni tengah buat terompah kayu..ishh nostalgia kan terompah ni, terutama dikampung2 dulu. Cuma mat perhatikan terompah sekarang tak sama macam dulu2 punya, psstt Ady..aku tak pakai pun terompah pun..hehe. Seingat mat dulu nya kaler oren dan tali dia belang2..sedikit berat. Satu yang mat suka, terompah ni kala berjalan, dia ada bunyi bising2 sikit kan..ala2 macam dalam cerita "oshin"..wahh si mat klasik betul, sampai si Oshin pun masuk dalam dia nya N3...apa nak buat, dah blog guaa, jadi suka lahh nak tulis apa...lain lah blog blogger sorang tu..baru lahir blog baru UV dah 1000+..perghh hebatt!!... Hmm ok lah N3 untuk kali ni, kalau rajin nanti ada lah N3, kalau tak esok je lahh...letih lahh..ok semua salam sayang dari DTS-MAT GEBU...

NASI BERIANI UDANG "MADU"..

P1270835
Salam sayang semua, haha..tiba2 ni, awal bicara dah bersayang2 bagai..alaa tak salah kan. Orang kita ni kan bila sebut "sayang" jee, mula lah..ewww. macam gatal jee....kann. Tak pe lah gatal pun gatal lah, memang dah betul gatal ni, bergaru2..sebab apa..Tu nampak udang tu. sebab tu lah. Dah beberapa hari nak masak nasi beriani udang, sampai Sunah pun kata, "dari hari tu pcm kata nak masak"...habis tu nak buat macam mana, niat tu dah ada, seru je lom sampai. Jadi ni hari mat masak dalam 500 gram beras. Udang pulak ada lah dalam 5 ekor, saiz besar. Udang kaki merah atau udang pengantin. Nasi ni makan dengan acar mentah atau acar berempah pun sedap. Ok untuk N3 kali ni kita bersama rombongan Kak Kiah Lenggang singgah di blog yang ini pulak....Enjoy yeahh!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor udang kaki merah, saiz besar, bersihkan contoh di sini..
500 gram beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
750 ml air
200 ml susu sejat IDEAL
2 helai daun pandan, disimpul
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 camca besar penuh rempah beriani*
3 camca besar air*(*bancuh hingga jadi pes)
1 camca besar madu
Garam secukup rasa
1 1/2 camca besar minyak sapi
3 camca besar minyak masak
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji cili hijau
1 biji tomato saiz kecil
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali bersama minyak masak. Udang yang telah dibersihkan, digaul dengan sedikit garam. Kemudian goreng hingga kemerahan, angkat dan tos. Ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, masukkan rempah tumis dan tumis hingga harum. Masuk bahan kisar halus dan tumis hingga harum, tambah bancuhan rempah beriani. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan 1 helai daun pandan dan beras, gaul rata dan goreng beras tadi sekejap.
  3. Masukkan beras tadi dalam rice cooker. Masukkan baki daun pandan, susu sejat, air, daun ketumbar dan bawang goreng. Tambah garam secukup rasa dan juga madu, gaul rata dan masak hingga nasi kering. Letak udang goreng tadi dan biar nasi betul2 tanak.
  4. Berhati2 gemburkan nasi tadi dengan chop stick. Tapi jangan gaul banyak kali, nanti nasi akan patah2. Boleh hidangkan, jika suka tabur hirisan daun sup dan bawang goreng, sertakan dengan acar sebagai pelengkap..

CEKODOK DURIAN...

P1270833
Cakk..haha, jumpa lagi, jomm makan derian. Pagi2 mat bangun tadi makan durian, tapi tak bley habis. yelah aku ni gebu, body pun panas, perasaan pun sejak2 ni panas jee, tu pasal durian tak boleh nak habiskan. Baki dia mat buat jemput2 atau cekodok. Mula ingat nak buat benda lain, tapi malas gila, ni pun hujan kat luar, rasa macam nak landing atas tilam jee, huhu. Kadang2kan mat tengok N3 di DTS ni teramat lah biasa kan, tak de yang hapening langsung, huhu, tak pe lah, yang mudah2 ni senang orang buat. Ini cuma berkongsi idea saja. Mat buat guna kurang lebih 1 cawan isi durian, hujan2 ni kan makan cekodok derian ni panas2 dengan teh atau kopi..hmmm sodap..sebelum mat tulis resipi, jomm singgah blog ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi durian
1 1/3 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/3 cawan gula halus
1 cawan air (kurang lebih)
1/4 camca teh garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali air. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau, hingga mendapat adunan yang boleh dijemput. Rehatkan 5 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, basahkan hujung jari dan jemputkan adunan ke dalam munyak tadi, goreng hingga kuning keemasan pada seluruh cekodok tadi. Anglat dan toskan, letak atas paper towel. Buat kaedah sama pada baki adunan.
  3. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang. Hmmmm..

KINI MUNCUL BLOG "SANTAI BEN ASHAARI"...

Salam pagi Rabu, sehat ke semua, mat ok ok saja. N3 pertama pagi ni hanya selingan untuk n3 masak2. Tahniah pada Ben Ashaari atas kemunculan blog baru beliau "Santai Ben Ashaari". Munculnya blog beliau yang satu lagi ini menambah lagi kemeriahan dunia blog Malaysia. Blog masih baru dan "dara" lagi..ehem ehem...Pada anda yang ada kelapangan waktu dan hendak melihat rupa "baby" baru ben, silalah singgah, klik sini.... Ok, jumpa di N3 seterusnya, insya Allah..salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

Tuesday, April 26, 2011

TEMPOYAK....MAKANAN WARISAN..

P1270826
Waaaa..tempoyak..anda makan tempoyak?.Hmmm kalau orang2 Negeri Sembilan dan Perak, memang memang satu kemestian, kalau tak makan boleh buang negeri katanya. Tempoyak ialah durian yang diperam hingga menapai dan menjadi rasa sedikit masam. Ada pelbagai teknik membuat tempoyak. Kalau kita guna durian bagus, sudah pasti rasanya pun sedap. Ada yang mencampurkan sedikit garam dan gula, ada juga yang meletakkan sedikit serbuk kunyit. Tapi pada mat jika kita guna durian yang baik, hanya perlu penambahan sedikit saja bahan2 perisa, ini kerana rasa durian itu sendiri sudah memadai. Apa2 pun selera kita, jadi terpulang apa gaya sekali pun, yang penting, kena pada citarasa masing2. Tempoyak satu bahan yang versatile. Boleh dimasak dalam pelbagai cara, lemak cili padi, pais dan macam2 lagi. Selalunya tempoyak kalau dimakan mentah, kita makan dengan cili tumbuk macam dalam gambar tu siaa.. Cili merah + cili padi + sedikit garam = tumbuk halus. Tak payah letak belacan. Makan dengan nasi panas. Hmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Isi durian secukupnya
Sedikit gula*
Sedikit garam*(*optional)
1 tangkai cili kering, cuci dan lap kering
Sehelai kain muslin atau kain kasa bersih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan isi durian dengan sedikit gula dan garam, kacau rata. Kemudian masukkan ke dalam muslin atau kain kasa. Letak dalam satu bekas dan biar tempoyak tu tergantung 3-4 jam.
  2. Tujuannya biar air durian tadi keluar dan ini akan mengelakkan tempoyak kita cepat rosak. Kemudian boleh isi dalam botol bersih, pastikan jangan isi penuh sangat, 1/2 atau 3/4 penuh sudah memadai, nanti tempoyak akan mengembang masa proses penapian. Tutup bekas dan biar terperam 2 hari.
  3. Kemudian boleh bukak dan rasa, jika ia sudah rasa sedikit masam, tu kira dah ok. Letak lada kering tadi atasnya dan tutup bekas, simpan dalam peti sejul untuk tahan lebih lama. Cili kering tu hanya petua saja, untuk mengelakkan tempoyak "menyeman", tak nak letak pun tak pe....Ok selamat mencuba....
CATATAN MAT GEBU :- Apa yang mat tulis ni berdasarkan pemerhatian, sedia maklum setiap orang mereka punya cara dan teknik masing, jika tidak keberatan, anda boleh beri pandangan atau cara lain untuk kita kongsi bersama....

DAGING MASAK KICAP BEREMPAH KARI.

P1270823
Salam semua...jumpa lagi, mesti ramai suri2 rmah dah balik kerja. Masak apa untuk makan malam?. Kadang bila masak yang ringkas tu mudah dan sedap. Mat masak kicap tapi campur rempah kari, saja buat sedikit perubahan. Tapi kan rasa dia masih macam masak kicap, cuma ada rasa sedikit berempah. Eh sedap tau, asyik rasa masak kicap biasa je, apa kata try yang ni pulak. Tapi kan mat guna bahan2 yang ada, jadi nampak macam rumit sikit, walhal tak pun. Selain makan dengan nasi, kalau cicah ketupat pun sedap...sesi melawat blog pulak, kali ni try singgah blog ini. . anda pasti teruja...hmmmm

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram daging batang pinang, hiris nipis cuci dan toskan
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*(*kisar halus)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1 biji bawang besar hiris
1/4 biji red capsicum, dadu kasar
1/4 red capsicum, dadu kasar
1/4 yellow capsicum, dadu kasar
1 batang leek, kerat kecil dan rendam
3 camca besar kicap pekat
2 camac besar kicap manis
1/4 camca teh cuka makan @ jus lemon
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah bahan kisar halus + rempah kari tadi. Tumis hingga harum.
  2. Masukkan daging dan masak hingga daging kecut. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan kicap pekat dan kicap manis dan leek (toskan). Masak hingga pekat.
  3. Tambah semua jenis capsicum, bawang besar, cuka makan dan masak hingga lembut. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi kicap. Matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

GULAI SIPUT SEDUT....LAGI IPOH MALI PUNYA!!..

P1270815
Assalammualaikum, salam petang semua. Dah makan tengah hari?. Mat hari ni masak siput sedut, Ipoh mali woooo..manyak jauh..kann..Masa pi tu hari rembat lah sekilo. Tau tak, siput sedut ni masak dia senang, cuma penyediaannya agak leceh. Selalunya kan siput dan batang keladi tu bonda yang uruskan, mat masak saja, tapi ni hari sebab bonda tak de, kenalah mat buat semua, huhu..tak pelah tu pasal tak dan nak up n3 awal2. Kalau di Johor gulai siput sedut ni selalunya masak dengan batang keladi. Kalau ditumis pedas pun sedap, tapi permintaan dari bigboss suruh masak lemak, mat buat jee lahh....pstt bak kata Ben Ashaari, sambal belacan jangan lupa pulak...Ok kali nie kita jalan2 ke blog sorang blogger muda, kat sini...sudi2kan lah singgah

Link
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut @ belitung
2 pokok keladi minyak
2 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
3 batang serai, dititik
3 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi hijau kampung
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Siput sedut @ belitung, dicuci bersih, kemudian kerat hujungnya, anggaran 3 ruas. Buat hingga siap, cuci kembali dan toskan, masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus dan 1 keping asam gelugor dan sedikit garam serta serai, gaul rata dan masak hingga mendidih, matikan api dan ketepikan.
  2. Sementara itu batang keladi dikerat dan dibuang lapisan luar, rendam. Keladi dikupas dan potong baji, rendam. Rebus keladi dalam air mendidih yang telah diletak 1 keping asam gelugor dan sedikit garam hingga 3/4 empuk. Masukkan batang keladi dan celur sekejap hingga lembut. Toskan.
  3. Dalam periuk berisi siput tadi, tuang santan cair, didihkan dan masuk batang/isi keladi. Kacau perlahan, tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa, daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman..

Monday, April 25, 2011

SERAWA PULUT DURIAN....KESAH MALAM INI.

P1270805
Aduhh tak de idea nak tulis, walaupun mula2 nak merepek tak hengat sebelum tidur. Mat saja letak N3 serawa durian, walaupun dah hampir 20juta kali tayang..tak kesah kan. Gambar tak lawa langsung, huhu, tak cukup pencahayaan, lantak lah, janji nampak keserawaannya kan. Durian ni beli masa pi Ipoh kelmarin. Eh, pesal tak de idea nak menulis kan...ke, aku ni memang ada idea menderhaka resipi jeee. Tapi try baca bawah nih...

Hmm, ada baca N3 jiran mat yang ini.... Tak kira lah dunia blog ke, dunia nyata ke, perlu ada sikap adil dalam diri masing2, orang bantu kita, apa salah kita bantu sedikit orang tu, ikut apa yang kita mampu. Kadang2 kita bukan nak harap apa2, cuma gunalah kebijaksanaan dan fikiran yang lebih terbuka dan profesional. Pada mat, jika kita dah membantu sebaik mungkin, tapi orang terlepas pandang, kita tak boleh nak kata apa..cuma kena berhati2 dalam apa tindakan yang kita buat pada masa hadapan, walaupun kita blogger picisan, cikai, tapi ada kelebihannya, tu pasal ada yang"mempergunakan" kelebihan kita, bak kata bidalan "dalam selut ada permata"...ini mat tulis untuk semua blogger, tak kira apa jenis blog anda..berhati2 OK

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 ml santan cair
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...

NASI DURIAN MAKCIK ANI....BIAR BETUL!!..

P1270803
Waaaaa....durian lahh....sedapnnyaaa, tapi pernah anda makan "Nasi Durian'?..Hmm memang berbeza kan, mesti ada yang kerut2kan dahi, dah mula tanya..hmm sedap ke?..apa eks rasa dia. Pada yang tak biasa mungkin pelik. Tapi pada mat walaupun ianya sesuatu yang baru, tapi tetap boleh diterima..sedap..dan bonda ku pun suka. Untuk mencuba tadi mat buat sikit dalam 1 1/2 cawan nasi saja. Dan guna 4 ulas durian. Ini resip warisan orang2 Penang, tu sebab agak janggal bagi orang2 macam kita. Resipi warisan ni dari Makcik Ani..Sapa pulak itu makcik Ani nih? Tentu lah dia seorang wanita istimewa dalam hidup sorang blogger ini...dan juga mak mertua pada blogger ini...hehe, jadi mat dapat resipi dari anak dia lahh..blogger ituuu..Sah anda kenal kann?...Apa tak kenal...huhh, masuk dalam botol kang sebab kata tak kenal...Kalau blogger baru, mungkin anda baru nak kenal2..macam yang ini.. hehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan nasi (letak daun pandan masak masak nasi tu yea)
4 ulas isi durian, asingkan seulas untuk hiasan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 - 2 camca besar air hangat
Simpulan daun pandan untuk hiasan
Sedikit gula pasir kasar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan nasi, 3 ulas durian, air hangat, gula secukup rasa dan sedikit garam, Kacau hingga rata dan sebati. Masa ini isi2 durian semua terlucut dan tinggal biji dia saja togel dalam nasi, keluarkan.
  2. Hidangkan dengan menghias seulas durian atasnya, dan taburan sedikit gula pasir, boleh juga selitkan simpulan daun pandan sebagai penyeri.. Selamat mencuba..

GULAI TELUR ITIK......IPOH MALI PUNYAA...

P1270797
Salam...hadoi ngantuk ni, penat lah..tapi kan baru sat tadi bonda ku kata" haa!!..penat?..umur ko tu baru berapa?"...aduhhh..macam kena satu hentakan tukul besi ni, segan ada, terasa hati pun ada, tapi biasa lahhh..soalan perli, tak pe lah kita ngaku jee. Sebenarnya semalam mat bangun awal 3.30 pagi, sebab tak de air paip, jadi pagi tu baru keluar, kenalah mat isi tangki, dan cuci pinggan mangkuk yang digunapakai sebelum tu, tak de lah apa sangat kan, biasa2 jee..huhu, tak pelah kena ikhlas. Hari ni mat gulai telur itik..Kolestrol?..sah2 lah on top of the hill..huhu. Gara2 mat gebu ternampak longgokkqan telur itik kat satu blog ni, kat sini..sampai aku termengidam. Kat kawasan mat ni payah sikit nak dapat telur itik..jadi 2 hari lepas mat ikut abg sulung mat pi ke Ipoh...aku memang nak beli telur itik kat sana...sambil2 tu pi hunting teko..perghh sempat lagi tuu..

Maka dengan izin Allah swt..dapat lah ke pasar dia, mencari lah telur itik. Wahh nampak tak tu, 60 sen sebiji, mat beli 10 jee. Tu jari nyonya telur itik..pstt kalau aku panjang umur lah, nanti tua kedut macam jari nyonya tu lah..kan..hehe, eh nampak je macam tu tau, but she can speak english very good u know..haiyoo nyaris2 guaa pengsan..dah lah tu very polite dan cakap manyak bagus...lumbutttt...hehe. Gulai tu mat guna 5 biji telur dan masak dengan belimbing buluh...hmm malas nak komen tau, kasi meleleh air liur guaaa siaa. Sebelum semak resipi jom singgah blog ni kejap, kat sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur itik, cuci bersih
15 biji belimbing buluh, cuci dan belah 2 tapi tak putus untuk setiap biji
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, 1 disiat2 dan 1 helai lagi hiris halus
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
200 ml pati santan
Garam dan secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
25 tangkai cili padi kampung hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuang bahan kisar dalam periuk, masukkan asam gelugor, serai dan santan cair. Kacau dan didihkan. Kecilkan api, dah pecahkan sebiji telur itik dalam satu mangkuk. Perlahan2 masukkan telur tadi dalam kuah, buat sama dengan baki telur, tapi pastikan ianya tidak bertindih antara satu sama lain.
  2. Biar masak dengan api kecil sehingga telur mengeras dan boleh dikacau perlahan2. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa serta secubit gula. Masukkan daun kunyit yang disiat tadi.
  3. Masak dengan api kecil dan kacau sekali sekala dan masukkan belimbing buluh. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebelum dihidangkan bersama nasi putih...hmmm..maleh nak cerita lepas tu...huhu..

TUNA ROLL RANGUP...ala..."PUTERI KATEK"

P1270782
Weettt weetttt!!...Selamat pagi..dah sarapan ke, salam bersiaran kembali dari mat gebu. Semalam mat tak bersiaran, tapi malam tu on9. Balik semalam bonda kata air paip tak de, aduhh gerammnyaa.. Kenalah mat bangun seawal 3.30 pagi, periksa paip, bila dah ada air, kenap pulak isi air dalam tangki, seramm ok, takut "kak limah" polowwww..hehe. Semalam blogger "Puteri Katek" YM dengan Mat..dan dia bagi link satu resipi dia buat...waaaaaaa....rajin lah anak dara tu, bagus2...esok nak kawen boleh up harga sikit, sebab pandai masak.. Kalau dapat mak mertua orang2 kampung, mereka suka menantu bijak memasak...ehem ehem, mak mertua orang kampung pun setaraf bandar ok..depa pun ada 2 bentuk cincin BERLIANNN....tak de dah cincin tembaga...kannnn...

P1270788
Kata puteri katek, resipi tu kalau kita golekkan serbuk roti, lagi sedap.. Yep dia akan jadi rangup di luar. Mat bagi tau dia, ok esok (hari ni), kalau ada masa PCM buat...dan hari ni mat buat lah sebagai dikata. Mat guna serbuk roti kaler orange dan kalau anda nak kulit salutan tebal, anda boleh lakukan proses menyalut roti dengan serbuk roti tu sebanyak 2 kali. Goreng dengan api sederhana, jangan besar sangat, nanti cepat hangus, kalau kecil sangat api, nanti melengas gorengan kita deng minya2 masak..Ok jom semak resipi, mat letak pic langkah demi langkah khas untuk yang amature yea...

BAHAN INTI :-)
1 tin ikan tuna, toskan
1 biji bawang besar saiz sederhan, didadu kecil
2 pokok kuchai @ 3 helai daun bawang, hiris halus
1 1/2 camca besar mayonnaise
Serbuk lada sulah secukup nya
Sedikit jus lemon

BAHAN2 LAIN :-)
2 biji telur, dipukul sedikit dengan 1 camca besar susu air dan secubit garam
7 - 8 keping roti sandwich Gardenia
Serbuk roti secukupnya, mat guna kaler oren kekuningan
Sos cili + mayonnaise, kacau rata..


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Satukan semua bahan2 untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika ok, ketepikan.
  2. UNTUK TUNA ROLL RANGUP :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya (seperti dalam gambar).
  3. Gulung kemas dan ketepikan. Telur tu umpama gam dia. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dan hidangkan ikut gaya masing2 bersama sos cili + mayonnaise. Selamat mencuba untuk semua....

Sunday, April 24, 2011

MOIST EGGLESS CHOC-CAKE.....MUST TRY!!

P1270752
Salam morning, Ahad...masa N3 ni keluar mat sebenarnya tidak bersiaran, senang kata ini auto- post yang mat buat malam tadi (aku lari dari rumah..huhu merajuk). Kek ni mat buat petang semalam sebenarnya, tapi mat letak lah hari ni, nanti tak de n3 pulak. Mat nak tinggalkan blog untuk hari ni dan pergi jauh2....huhu...Ok kita lupakan cerita tu, kita cerita pasal kek ni. Mat ambik resipi dari blog Kak Ct Delima, yang dah lama mat kenal, orang nya lemah lembut, cool jee, serius dan kami ni mesra okehh...pstt awet muda kak ct delima tu...Resipi asal dari Dayangjack, teman masak2 mat juga. Kek ni kan, bukan nak kata lah memang sedap dan lembap dan lembut dan rasa dia memang pass lahh. Lepas tu idea anda nak mendeco tu ikut kerativiti sendiri, tak kesah apa rupa sekali pun, janji kita puas....

P1270756
Kalau kak Ct Delima dia buat ala2 CC atau Muffin, mat pulak bakar dalam tin 8 inci x 8 inci x 3 inci, kalau nak bakar dalam tin bulat saiz 8 inci pun ok rasanya. Bila masak tu biar sejuk dulu sebelum dirias. Mat cuma guna strawberry yang mat beli semalam di Tesco. Oh yea bercerita pasal strawberry ni kan, sekarang kat Tesco Kulai dia ada bawak masuk strawberry import dari Korea, bess..i likee!!...sebab apa...sebabnyaa ialahh..........

Rupa dan saiz strawberry Korea ni kan sekata, dah lah tu lawa dan licin jee..harga pun cuma beza RM 2 + jee dari CH punya, CH punya tu satu dari segi saiz tak sekata, lepas tu kaler pun tak berapa nak lawa, dan satu lagi rasa dia pun masammm....Korea punya walaupun tak berapa manis, tapi tak masam. Bahan2 masakan yang sempurna ni pun sebenarnya mempengaruhi kita di dapur untuk jadi lebih rajin, teruja dan rasa seronok. Pstt..tu kat tangan mat gebu, antara strawberry yang comel rupa parasnyaa...betul kan. Hari ni nak ajak anda skodeng blog ini pulak.. sudi2kan lah yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko (maaf..terlupa tulis semalam)*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
2 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
1 cawan gula perang @ soft brown sugar
1/2 cawan minyak jagung (mat guna canola oil)
1 1/4 cawan air dari peti sejuk
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh mocha flavor
Secubit garam
1 camca teh cuka makan atau jus lemon (mat guna 1 camca besar oren sunquick)
Coklat cair untuk hiasan
Strawberry segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 yang diayak bersama gula perang dan garam tadi, gaul rata. Tuang air, minyak, esen vanilla dan mocha falvor, dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan tidak bergentel2.
  3. Masukkan cuka atau jus lemon (mat guna oren sunquick) dan kacau hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar selama 35 - 40 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihias. Boleh hidangkan...

Saturday, April 23, 2011

STRAWBERRY SMOOTHIES....MMMMM....

P1270766
Salam semua, N3 terakhir malam ni. Panas kan cuaca, ada lah hujan sikit, tapi bila hujan sikit, menyebab kan keadaan lagi panas dan melekit2....arghh, kena mandi 2-3 kali sehari baru lega, nak ngadap dalam kawasan econ je, mana tahan....duit cair cepat membayo bil letrik, yeop!!. Malam ni nak share satu resipi mudah, pendek kata DTS sekarang ni pos entri yang mudah2 je, malas nak fikir banyak, mudah dan ringkas, senang nak buat dan cepat. Jomm tanpa berlengah lagi...kita lihat resipi ciken ini...zassss....Opsss..sebelum tu jomm kita melawat secara berjemaah ke blog sorang ni, asyik bikin hal je lahh..mana aku tak marah, kat sini lepas tu ke blog pengkomen tetap DTS, di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 biji strawberry
1 cawan susu rendah lemak
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya
Whipping cream untuk hiasan (optional)
Strawberry segar untuk hiasan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali whipping cream dan strawberry untuk hiasan, ke dalam alat pengisar atau blender. Kisar hingga halus dan sebati.
  2. Tuang dalam gelas pilihan anda, paipkan whipping cream atasnya dan hias dengan hirisan strawberry. Hidangkan segera......pengsan okeh!..

KANGKUNG BELACAN....I LIKEE !!...

P1270736
Cakkkk...wahh nak senja dahh. Jom makan kangkung belacan. Lama juga tak makan nih, bukan apa, sejak mat sakit siku tu hari, pantang makan kangkung. Kata orang2 tua sayur kangkung sejenis sayur berunsur sejuk, jadi tak berapa elok untuk yang sakit sendi. Kangkung antara sayur versatile kan, boleh dibuat rojak, goreng belacan, celur dan makan dengan air asam, gulai dengan keledek dan juga orang2 peranakan mencampurkan kangkung celur dalam mee udang mereka. Kalau dulu2 kami dikampung, kangkung boleh petik dipaya, tapi yang tu memang kena cuci bersih2...kang takut ada anasir luar pulak..hehehe...Hmm nak singgah blog sapa pulak kan...kali ni kita melancong pulak ke bumi Kangaroo ..toing!!...toing!!...LG..bukak pintu...di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat kangkung
1/2 cawan air
1 biji bawang besar, hiris halus
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
1 camca besar ikan bilis, kupas dan rendam, toskan*(*ditumbuk halus)
Sos ikan dan secubit gula (@serbuk perasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kangkung diasingkan daun dan batangnya, hiris batang kangkung, ambik yang bahagian lembut saja. Rendam dan toskan berasingan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan batang kangkung, kacau dan tuang air. Masak hingga batang kangkung lembut. Tambah daun dan kacau rata, gunakan api besar.
  3. Tambah secubit gula, sos ikan secukup rasa dan bawang besar hiris, gaul rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas2 bersama nasi...

GULAI JANTUNG PISANG KAPAS...

P1270744
Salam..dah makan ke?...Tak de apa N3 yang bes hari ni, cuma masakan biasa2 saja. Abah mat pagi tadi ambik jantung pisang kapas.. Mat tanya, nak masak apa?..dan seperti biasalah..masak lemak dengan ikan masin. Dah kata macam tu, mat masak je lah. Tu hari nampak Hana masak kat blog dia, tiba2 ni hari mat pulak masak. Jantung pisang kapas ni mat guna 2 biji, dan kalau nak masak lemak tak payah celur, cuma kita rebus empuk dengan santan kemancar @ santan cair. Ini masakan kampung yang amat sinonim dengan masyarakat melayu kita. Orang melayu ni kan manfaatkan apa saja benda2 halal yang ada disekitar kawasan rumah, termasuk jantung pisang..pstt, jantung pisang hutan pun sedap...seriuss!..Eh jomm kita singgah Kuantan kejap..rumah tukang masak femes nih..kat sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji jantung pisang kapas
2 ekor ikan masin kembong jenis besar
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
700 ml santan cair
200 ml pati santan
Garam jika perlu
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung jenis hijau
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 inci ubi cekur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang dikupas kulit luar hingga jumpa bahagian cerah, rendam. Ikan masin kembong dikerat dua dan rendam. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan santan cair, asam gelugor, bahan kisar halus dan didihkan. Sementara itu, belah 4 setiap jantung pisang, dan masukkan ke dalam santan yang mendidih tadi. Kecil kan api dan masak hingga jantung lembut.
  3. Masukkan ikan masin (toskan) dan tuang pati santan dan masak dengan api perlahan dan kacau sekali sekala. Tambah sedikit gula dan rasa, jika perlu, baru tambah garam. Masak sekejap dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

KUE TEOW GORENG TOM YAM...

P1270728
Salam pagi Sabtu..dah bangun tidur ke semua...hmm, apa plan ni hari, blogger antik tak pi hunting ke?..Mat pun lama dah tak hunting, selain ruang rumah dah kurang, duit pun perlu untuk kegunaan lain, jadi berbelanja ikut kemampuan dan keperluan (hahaa, cakap jee, cuba koo tanya si mat tu, betul ke dia belanja ikut perluan...aku tengok macam ikut napsu jee..hadoii, mengaku ni sebab tak mo hipokrit...). Pagi ni nak menghabis kan stok kue teow, ada lah berbaki dalam 500 gram tu macam. Nak goreng ala2 Penang, kerang tak de, udang tak de...huhu, jadi sebagai seorang mat gebu, aku derhaka lah, goreng ikut apa bahan2 yang ada. Ada pes tomyam, dan benda2 lain, jadi boleh lah kita mem"fusion" kan ini kue teow jadi ala thai. Sebelum tu, terima kasih mat pada mereka yang sudi mengundi dengan ikhlas, termasuk untuk rakan2 mat gebu yang lain... Ok kita semak resipi pulak....Psstt..tau tak mat pernah try satu resipi dari blog ini...meletop i tell u!!!...
Link
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow
10 pokok kuchai, hiris
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
4 batang jejari ketam, kerat kecil
1 tangkai daun ketumbar, kerat kasar
1/2 cawan hrisan daging batang pinang*
1/2 inci halia, tumbuk halus*
1 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*digual rata dan perap)
2 camca besar pes tomyam (mat guna jenama LIFE)
1/2 camca besar cili kisar
Sos ikan secukupnya
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan air
Sedikit gula
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumis bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah pes tomyam daun ketumbar dan daging yang telah diperap tadi (*), kacau rata dan tuang air. Masak hingga daging empuk.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras, kacau rata dan gaul. Masukkan daun ketumbar dan jejari ketam serta sedikit gula. Jangan letak garam dulu, kerana pes tom yam sudah masin.
  3. Masukkan kue teow dan kacau rata. Tambah taugeh dan kuchai, gaul rata dan rasa jika perlu baru renjiskan sedikit sos ikan secukup rata. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan belahan limau kasturi...Hidangkan panas...

Friday, April 22, 2011

ACAR DARAT ORANG JOHOR

P1270727
Jomm makan acar, cuaca panas2 ni, takde yang lebih menyelerakan bila tekak dijamahkan dengan rasa asam, manis acar, rangup timun dan keharuman bau udang kering. Nampak simple sangat kan acar tu, kebetulan mat kehabisan cili merah, mat letak cili padi..Tapi malang, lepas photo shooting, boleh aku tak tenggek kan cili atas dia. Huhu...biji sawi pun tak de..hmm tak kesah lahh, cerita 7000 patah perkataan pun tak guna, sebab acar itu sudah licinn. Sebenarnya dah banyak kali mat dah post n3 acar, tapi tak kesah...dah mat pun memang suka ulang tayang. Acar ringkas ni paling sedap makan dengan nasi beriani atau seangkatan dengan nya...hmm....tiba2 macam nak singgah blog blogger ini pulak...apa khabar mu disannaaa.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji timun, kerat, belah dua, buang biji dan hiris jejari
1 batang lobak merah saiz sederhana, kerat dan potong jejari
1 biji cili merah, buang biji, dan hiris jejari
10 biji bawang merah, belah dua setiap satu
5 ulas bawang putih, belah dua setiap ulas
1/2 inci halia muda, mayang halus
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bungPaa cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1/4 cawan cuka makan (mat guna jenama JALEN)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (yang ni agak2, lah yea)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Timun tadi digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis, bersama bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia, tumis hingga harum dan semua layu. Masukkan cuka dan gula secukup rasa, biar mendidih.
  2. Tambah lobak merah dan masak hingga pekat dan lobak sedikit lembut. Toskan timun tadi, perah sedikit dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata dan tambah cili merah, masak sekejap saja dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.