BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji timun, kerat, belah dua, buang biji dan hiris jejari
1 batang lobak merah saiz sederhana, kerat dan potong jejari
1 biji cili merah, buang biji, dan hiris jejari
10 biji bawang merah, belah dua setiap satu
5 ulas bawang putih, belah dua setiap ulas
1/2 inci halia muda, mayang halus
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bungPaa cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1/4 cawan cuka makan (mat guna jenama JALEN)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (yang ni agak2, lah yea)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Timun tadi digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis, bersama bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia, tumis hingga harum dan semua layu. Masukkan cuka dan gula secukup rasa, biar mendidih.
- Tambah lobak merah dan masak hingga pekat dan lobak sedikit lembut. Toskan timun tadi, perah sedikit dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata dan tambah cili merah, masak sekejap saja dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan...
9 Comments
Assalam Sifu..memang feveret acar darat,yg best kerangupan timun,lobak merah tu sedapnya..tunggu ramai2 dtg rumah boleh buat,makan sorang2 mcm x ada perasaan je huhuhu..
ReplyDeletecik mat..opocot... melatahlah sis lin sat lagi...
ReplyDeletecik mat...acar nie makan gitu tanpa nasi..sure leh tambah 2 pinggan..hehehhe
Salam CMG, best juga nampaknya acar nie kita suka :)
ReplyDeleteNew Entry "Resepi Cekodok Nasi"
wowww..sedapnye..hehehe!!~
ReplyDeletehehe.. hehe.. hehe
ReplyDeletewah...baru terpikir nak cari resepi ni..tengok2 mat gebu dah letak kat blog...boleh masak ahad ni...sedap..suka :)
ReplyDeleteTime majlis/kenduri selalu juga makan. Kira lauk tambahan selepas nasi minyak , ayam masak pedas , udang sambal tumis.
ReplyDeleteFARISZ@AZ.Com
Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa
Perempuan buat gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
wahhhhhhhhh cedapnyaaaa....
ReplyDeleteNasib esok ada kerja kawin..leh le merasa makan acar darat ni..klu tak ada aku terjun laut...hahahahahhaha
ayuuu..apocot!
sedap nye!!!!!
ReplyDelete