Salam pagi Sabtu..dah bangun tidur ke semua...hmm, apa plan ni hari, blogger antik tak pi hunting ke?..Mat pun lama dah tak hunting, selain ruang rumah dah kurang, duit pun perlu untuk kegunaan lain, jadi berbelanja ikut kemampuan dan keperluan (hahaa, cakap jee, cuba koo tanya si mat tu, betul ke dia belanja ikut perluan...aku tengok macam ikut napsu jee..hadoii, mengaku ni sebab tak mo hipokrit...). Pagi ni nak menghabis kan stok kue teow, ada lah berbaki dalam 500 gram tu macam. Nak goreng ala2 Penang, kerang tak de, udang tak de...huhu, jadi sebagai seorang mat gebu, aku derhaka lah, goreng ikut apa bahan2 yang ada. Ada pes tomyam, dan benda2 lain, jadi boleh lah kita mem"fusion" kan ini kue teow jadi ala thai. Sebelum tu, terima kasih mat pada mereka yang sudi mengundi dengan ikhlas, termasuk untuk rakan2 mat gebu yang lain... Ok kita semak resipi pulak....Psstt..tau tak mat pernah try satu resipi dari blog ini...meletop i tell u!!!...
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow
10 pokok kuchai, hiris
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
4 batang jejari ketam, kerat kecil
1 tangkai daun ketumbar, kerat kasar
1/2 cawan hrisan daging batang pinang*
1/2 inci halia, tumbuk halus*
1 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*digual rata dan perap)
2 camca besar pes tomyam (mat guna jenama LIFE)
1/2 camca besar cili kisar
Sos ikan secukupnya
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan air
Sedikit gula
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow
10 pokok kuchai, hiris
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
4 batang jejari ketam, kerat kecil
1 tangkai daun ketumbar, kerat kasar
1/2 cawan hrisan daging batang pinang*
1/2 inci halia, tumbuk halus*
1 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*digual rata dan perap)
2 camca besar pes tomyam (mat guna jenama LIFE)
1/2 camca besar cili kisar
Sos ikan secukupnya
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan air
Sedikit gula
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumis bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah pes tomyam daun ketumbar dan daging yang telah diperap tadi (*), kacau rata dan tuang air. Masak hingga daging empuk.
- Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras, kacau rata dan gaul. Masukkan daun ketumbar dan jejari ketam serta sedikit gula. Jangan letak garam dulu, kerana pes tom yam sudah masin.
- Masukkan kue teow dan kacau rata. Tambah taugeh dan kuchai, gaul rata dan rasa jika perlu baru renjiskan sedikit sos ikan secukup rata. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan belahan limau kasturi...Hidangkan panas...
12 Comments
abg mat..kite msk kuew teow gak..tp kuew teow masammm..hampeh!
ReplyDeletece tgk entry meratap pagi nih.. ;(
creative la cik mat kita ni.. :)
ReplyDeletenak kuew tiaw... :(
ReplyDeleteWah! Sarapan pagi Sabtu kway teow.
ReplyDeleteBoleh tahanlah kway teow Cik Mat ni. Lain dari yang lain, kway teow tom yam ;)
waduh waduh....lapar la pulak PCM....aduh....
ReplyDeleteSaLaM aBG MaT...
ReplyDeletePeRGGHHHH!~ PKaTaaN ToMYaM Tu BuaTKaN SaYa KeCuR... FaV SaYa Tu!~ (^_____^)V
sedappppnyaaa....
ReplyDeletetang mana yg nak digaul rata dan perap tu?
ReplyDeleteSalam CMG, pergh best gayanya tak pernah rasa lagi :(
ReplyDeleteNew Entry "Gimnasium bogel di Sepanyol"
salam cik mat
ReplyDeletetak jadi nak lari ke? he..he..jgn mare yer
tak pernah dengar lagi kueh teow goreng tom yam ni mesti rasa nya sedapkan?nanti leh ler kita cuba
che mat tgk ayat tuh (*digual rata dan perap)
ReplyDeletecara baru chef yer...hehehe...
boleh try....my peberet ni..
ReplyDelete