Waaaa..tempoyak..anda makan tempoyak?.Hmmm kalau orang2 Negeri Sembilan dan Perak, memang memang satu kemestian, kalau tak makan boleh buang negeri katanya. Tempoyak ialah durian yang diperam hingga menapai dan menjadi rasa sedikit masam. Ada pelbagai teknik membuat tempoyak. Kalau kita guna durian bagus, sudah pasti rasanya pun sedap. Ada yang mencampurkan sedikit garam dan gula, ada juga yang meletakkan sedikit serbuk kunyit. Tapi pada mat jika kita guna durian yang baik, hanya perlu penambahan sedikit saja bahan2 perisa, ini kerana rasa durian itu sendiri sudah memadai. Apa2 pun selera kita, jadi terpulang apa gaya sekali pun, yang penting, kena pada citarasa masing2. Tempoyak satu bahan yang versatile. Boleh dimasak dalam pelbagai cara, lemak cili padi, pais dan macam2 lagi. Selalunya tempoyak kalau dimakan mentah, kita makan dengan cili tumbuk macam dalam gambar tu siaa.. Cili merah + cili padi + sedikit garam = tumbuk halus. Tak payah letak belacan. Makan dengan nasi panas. Hmmm...
BAHAN-BAHANNYA :-)
Isi durian secukupnya
Sedikit gula*
Sedikit garam*(*optional)
1 tangkai cili kering, cuci dan lap kering
Sehelai kain muslin atau kain kasa bersih
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
Isi durian secukupnya
Sedikit gula*
Sedikit garam*(*optional)
1 tangkai cili kering, cuci dan lap kering
Sehelai kain muslin atau kain kasa bersih
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan isi durian dengan sedikit gula dan garam, kacau rata. Kemudian masukkan ke dalam muslin atau kain kasa. Letak dalam satu bekas dan biar tempoyak tu tergantung 3-4 jam.
- Tujuannya biar air durian tadi keluar dan ini akan mengelakkan tempoyak kita cepat rosak. Kemudian boleh isi dalam botol bersih, pastikan jangan isi penuh sangat, 1/2 atau 3/4 penuh sudah memadai, nanti tempoyak akan mengembang masa proses penapian. Tutup bekas dan biar terperam 2 hari.
- Kemudian boleh bukak dan rasa, jika ia sudah rasa sedikit masam, tu kira dah ok. Letak lada kering tadi atasnya dan tutup bekas, simpan dalam peti sejul untuk tahan lebih lama. Cili kering tu hanya petua saja, untuk mengelakkan tempoyak "menyeman", tak nak letak pun tak pe....Ok selamat mencuba....
17 Comments
asalkan durian abg mat..
ReplyDeletetotap menjadi pojaan atiku ;D
teringat sambal tempoyak emak..
ReplyDeletexsabarnye nak balik!!heheehhe!!~
ko ni cik mat..
ReplyDeletemlm2 menunjuk gambar tempoyak,buat jiwa jadi kacau je tau..
Hahhaa...sorry semua...kak anymz, meleleh gak kan air liur teringat2 sambal tempoyak..
ReplyDeletenad org perak!!!!
ReplyDeletetak smpat nak balik perak makan doyan..
tp nad dah pesan dengan mak haritu simpan tempoyak untuk nad..
cuti sem dpt makan puas2!!! lalalala~
Salam CMG, aduh.. negeri pahang tidak disebut :( org pahang mmg amat arif dan mengetahui pasal tempoyak nie. Durian kampung adalah durian yang terbaik jika dibuat tempoyak tak perlu campo apa2 cukup rasa garamya dah ok :)selain drp durian kampung tak sesuai dibuat tempoyak bagi kami :)
ReplyDeleteNew Entry "Video : Singgang ko gulai ?"
menambah selera makan!
ReplyDeletemmg tertanya2 camne nak buat tempoyak sbb dlm fridge ada balance durian...akhirnya kat sini jugak...tq mat :)
ReplyDeletehe3, Bdk Botak durian makan byk, tapi tempoyak kurang la...
ReplyDeleteEntry terbaru Kempen Derma Coli - Kempen Paling Pelik Pernah Jumpa... (",)
prnh makan secara paksarela d perak kira2 14thn lalu. itu kali pertma dan terakhir sbb tdk makan durian. tp bagusnya sy tau lah mcamana tempoyak itu dihasilkan, kreatifnya org tua2 zmn dulu..tdk membazirkan makanan. tak reti nk komen bab rasa sbb tak ingat dan tak tau apa rasanya ..gelak
ReplyDelete@ nadirah - waaa..hantu tempoyak juga ke...sama lah kita..
ReplyDelete@APP - waa, tapi kalau derian kualiti bagus tak payah nak letak apa2 dah kann.
@ fazrin - hmm betul2..
@ najed - kalau nampak complicated sangat u boleh ikut style dalam komen "Aku Anak Pahang".
@ budak botak - haha, tak pe, ada juga yg tak makan derian, tapi tempoyak makan..
@ LL - hahhaa, dok tergelak ni bila bayangkan "paksarela". Tapi kan puan ada byk cara buat tempoyak. Yang saya tulis tu salah satu antaranya.
abg mat menyeman tu ape?
ReplyDelete@ arnieva - menyeman tu konon2nya, boleh rosak atau tak menjadi..
ReplyDeleteabg mat, somi kite org perak tp dia xmkn tempoyak..xmerasa la den ni ha...
ReplyDeleteaiyoh... tempoyak colek... telan air liur nengok...
ReplyDeletesuka makan tempoyak..tapi kat sabah takde jual tempoyak. tengkiu for sharing. pasni boleh try buat sendiri :)
ReplyDelete-Honeybee
http://healthybeautifulblog.blogspot.com
ok... ini sedap gile..sape tak reti makan tempoyak.. maka dia bukan penduduk bumi
ReplyDelete