P1270826
Waaaa..tempoyak..anda makan tempoyak?.Hmmm kalau orang2 Negeri Sembilan dan Perak, memang memang satu kemestian, kalau tak makan boleh buang negeri katanya. Tempoyak ialah durian yang diperam hingga menapai dan menjadi rasa sedikit masam. Ada pelbagai teknik membuat tempoyak. Kalau kita guna durian bagus, sudah pasti rasanya pun sedap. Ada yang mencampurkan sedikit garam dan gula, ada juga yang meletakkan sedikit serbuk kunyit. Tapi pada mat jika kita guna durian yang baik, hanya perlu penambahan sedikit saja bahan2 perisa, ini kerana rasa durian itu sendiri sudah memadai. Apa2 pun selera kita, jadi terpulang apa gaya sekali pun, yang penting, kena pada citarasa masing2. Tempoyak satu bahan yang versatile. Boleh dimasak dalam pelbagai cara, lemak cili padi, pais dan macam2 lagi. Selalunya tempoyak kalau dimakan mentah, kita makan dengan cili tumbuk macam dalam gambar tu siaa.. Cili merah + cili padi + sedikit garam = tumbuk halus. Tak payah letak belacan. Makan dengan nasi panas. Hmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Isi durian secukupnya
Sedikit gula*
Sedikit garam*(*optional)
1 tangkai cili kering, cuci dan lap kering
Sehelai kain muslin atau kain kasa bersih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan isi durian dengan sedikit gula dan garam, kacau rata. Kemudian masukkan ke dalam muslin atau kain kasa. Letak dalam satu bekas dan biar tempoyak tu tergantung 3-4 jam.
  2. Tujuannya biar air durian tadi keluar dan ini akan mengelakkan tempoyak kita cepat rosak. Kemudian boleh isi dalam botol bersih, pastikan jangan isi penuh sangat, 1/2 atau 3/4 penuh sudah memadai, nanti tempoyak akan mengembang masa proses penapian. Tutup bekas dan biar terperam 2 hari.
  3. Kemudian boleh bukak dan rasa, jika ia sudah rasa sedikit masam, tu kira dah ok. Letak lada kering tadi atasnya dan tutup bekas, simpan dalam peti sejul untuk tahan lebih lama. Cili kering tu hanya petua saja, untuk mengelakkan tempoyak "menyeman", tak nak letak pun tak pe....Ok selamat mencuba....
CATATAN MAT GEBU :- Apa yang mat tulis ni berdasarkan pemerhatian, sedia maklum setiap orang mereka punya cara dan teknik masing, jika tidak keberatan, anda boleh beri pandangan atau cara lain untuk kita kongsi bersama....