Assalammualaikum, selamat malam.. Mat tak berapa ok pulak, panasnya badan, tadi hidung tiba2 bedarah..banyak tahun dah tak jadi macam tu....nak rebus barlie nanti seperti saranan jiran sepagar. Ok, berbalik pada cerita N3 ini. Petang tadi kan saja2 lah mengoter roti prata yang berbaki 2 keping, mat guna roti prata "KAWAN", kalau roti prata instat biasa mat tak pasti lah boleh digulung ke tak ,takut tebal dan tak cantik. Satu lagi pasal roti prata ni, dia akan menggebu bila dibakar dalam kuali. Guna terus bila dikeluarkan dari freezer, jika biar dia pada suhu bilik, roti prata akan melekat pada plastik lapik dan sukar untuk ditanggalkan.
Untuk resipi ni mat guna 2 keping roti prata dan 1 biji telur untuk setiap satu. Teknik dia sama macam roti tampal. Cuma kita gulung dia seperti swissroll. Boleh dimakan bersama sos cili atau kuah dalca. Sesuai juga untuk sarapan pagi atau minum petang. Hmm, n3 ni kalau ikut kan resipi dia mudah, cuma cerita saja lebih...tak kesah lah kan, janji ada sedikit idea untuk anda...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping instant prata jenama "KAWAN"
2 biji telur
1 biji bawang besar, didadu (mat guna bawang holland)
1/2 biji cili merah
1 camca besar susu mayonnaise
Sos kegemaran untuk dicicah
CARA MEMBUATNYA :-)
Untuk resipi ni mat guna 2 keping roti prata dan 1 biji telur untuk setiap satu. Teknik dia sama macam roti tampal. Cuma kita gulung dia seperti swissroll. Boleh dimakan bersama sos cili atau kuah dalca. Sesuai juga untuk sarapan pagi atau minum petang. Hmm, n3 ni kalau ikut kan resipi dia mudah, cuma cerita saja lebih...tak kesah lah kan, janji ada sedikit idea untuk anda...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping instant prata jenama "KAWAN"
2 biji telur
1 biji bawang besar, didadu (mat guna bawang holland)
1/2 biji cili merah
1 camca besar susu mayonnaise
Sos kegemaran untuk dicicah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bancuh telur tadi bersama bawang, cili merah dan mayonnaise dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan non-stick pan dan sapu dengan sedikit minyak, masak roti prata tadi dengan a[i sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan masak satu lagi. Kemudian, sapu sedikit minyak dan tuang 12 bancuhan telur. Biar sedikit kental. Kemudian letakkan roti prata tadi atasnya dan tekan sedikit biar melekat. Masak dengan api kecil.
- Keluarkan dan gulung semasa prata masih suam. Buat kaedah sama untuk selebihnya. Potong dan hidangkan bersama cili sos atau dalca...
11 Comments
yummy!!!..dalam roti ni mmg kosong ke???
ReplyDeleteBila tgk nie teringat zaman Bdk Botak keja Pizza Hut, bentuk nie mengingatkan pada MAsala Spinroll dan juga Thai Tuna Roll... He3...
ReplyDeleteEntry terbaru Kondom - 12 Cenderahati Pelik Sempena Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton... (",)
sedap dan menggemukkan,hehe
ReplyDeletehmm..breakfast yang sedap
ReplyDeletesemoga cepat sembuh CMG!
ReplyDeleteAssalamulaikum Mat
ReplyDeletebaru semalam dok belek2 resipi mat, tapi kuih dadar gulung kot kalau tak silap pandang.. hihihi.
banyak betul idea Mat ni, seru sikit kat kak ct.. hehehe
Cantik ler prata gulung tu sodapp nih...
ReplyDeletetq =) dpt idea utk bekfes.. dh siap mkn dh. br hnr komen. hihi..
ReplyDeleteps: simple dan sedap!
Idea yang ringkas dan senang untuk buat.
ReplyDeleteUntuk breakfast sesuai la ni.
Tq Cik Mat ;)
letak ais kat kepala cik mat ...utk berhentikan pendarahan hidung tu...insyaallah
ReplyDeletePerghhhh nmpk sedap sgt! nnti nk cuba jgklah... tq Cik Mat sbb byk kongsi resepi yg best2...
ReplyDelete