P1270902
Assalammualaikum, selamat malam.. Mat tak berapa ok pulak, panasnya badan, tadi hidung tiba2 bedarah..banyak tahun dah tak jadi macam tu....nak rebus barlie nanti seperti saranan jiran sepagar. Ok, berbalik pada cerita N3 ini. Petang tadi kan saja2 lah mengoter roti prata yang berbaki 2 keping, mat guna roti prata "KAWAN", kalau roti prata instat biasa mat tak pasti lah boleh digulung ke tak ,takut tebal dan tak cantik. Satu lagi pasal roti prata ni, dia akan menggebu bila dibakar dalam kuali. Guna terus bila dikeluarkan dari freezer, jika biar dia pada suhu bilik, roti prata akan melekat pada plastik lapik dan sukar untuk ditanggalkan.

P1270907
Untuk resipi ni mat guna 2 keping roti prata dan 1 biji telur untuk setiap satu. Teknik dia sama macam roti tampal. Cuma kita gulung dia seperti swissroll. Boleh dimakan bersama sos cili atau kuah dalca. Sesuai juga untuk sarapan pagi atau minum petang. Hmm, n3 ni kalau ikut kan resipi dia mudah, cuma cerita saja lebih...tak kesah lah kan, janji ada sedikit idea untuk anda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping instant prata jenama "KAWAN"
2 biji telur
1 biji bawang besar, didadu (mat guna bawang holland)
1/2 biji cili merah
1 camca besar susu mayonnaise
Sos kegemaran untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh telur tadi bersama bawang, cili merah dan mayonnaise dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan dan sapu dengan sedikit minyak, masak roti prata tadi dengan a[i sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan masak satu lagi. Kemudian, sapu sedikit minyak dan tuang 12 bancuhan telur. Biar sedikit kental. Kemudian letakkan roti prata tadi atasnya dan tekan sedikit biar melekat. Masak dengan api kecil.
  3. Keluarkan dan gulung semasa prata masih suam. Buat kaedah sama untuk selebihnya. Potong dan hidangkan bersama cili sos atau dalca...