BEN ASHAARI

Monday, February 28, 2011

CHICKEN PIE POT @ POT pâté au poulet

P1260012
Assalammualaikum... hmm sabar jeelah, ni aku sabar ni sabar...tu nasib baik tak nama "sabar"..kalau tak lagi sabar.. Mat dah tulis N3 ni tadi, sekali line tenet kong, aku hangin gakk, bila ok, mat publish, sekali tgk tak de apa2 koo cuma gambau jee. resipi tak dah..asieyy memang suweyyyy!!!...sejak2 ni kan serammix ni selalu je tiba2 kita tak boleh nak xcess, kena off kan modem, hidupkan balik..baru ok...menyusah kann...macam n3 yang ni lahh...sabar jee lahh...Hilang mood nak tulis. Malam ni mat nak share satu resipi senang, chicken pie pot, buat dia senang guna puff pastry jee, tak banyak kerja..

P1260014
Mat pun tak delah buat banyak dalam 5 ketul saja, mat alas puff pastry tu dalam ramekin saiz sederhana. Guna daging ayam yang dicincang kasar. Hmm eh mati terus lah idea nak tulis, mood pun terus jadi tak besss....arghh aku mula tak suka lah macam ni....ok lah jom tengok resipi.

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram daging ayam, cincang halus
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih*
1/3 inci halia*(*tumbuk halus)
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu sejat
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
5 keping pastry puff jenama kawan, bersaiz 4 inci x 4 inci, biar pada suhu bilik
Kuning telur, untuk disapu
Bijan untuk ditabur


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bau leaf hingga bawang layu. Tambah bawang putih + halia tumbuk tadi. Masukkan daging ayam, kacau rata. Tuang susu dan air serta lada hitam, kacau dan bila mendidih tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api, tak payah masak hingga kering. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping puff pastry, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Lenser ramekin tadi dengan sedikit mentega, alas ramekin tadi dengan sekeping puff pastry, tekan2 sedikit dan kemas kan.
  3. Isi dengan no. 1 sebanyak 1/5 bahagian, kemudian kemas kan seperti dalam gambar. Sapu kuning telur dan tabur bijan. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidangkan...

JELITA MARCH 2011......ADA KAK UMMI KUANTAN!

(KREDIT GAMBAR DARI BLOG "KAK UMMI KUANTAN")

Assalammualaikum, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya maka telah diberi mat gebu peluang bernafas dan menulis N3 penuh bermakna ini... Mat rasa teruja dan terharu, gembira pun ada....Dengan rasminya kekanda ku, Kak Ummi Kuantan telah dipinang Jelita. Resipi2 exclusif beliau telah tersiar di majalah Jelita March 2011.....Kenapa aku rasa bangga?..Sebab utamanya kami sama2 blogger masakan, dan bukan nak puji kami blogger2 masakan antara blogger terbersih dari gossip panas, buruk2 sangka dan tuduh menuduh. Dengan penghias kulit untuk keluaran kali ini menampil kan Dato Siti Nurhaliza, orang Pahang dan secara kebetulan kak ummi pun orang Pahang, ngamm kann....


Ini sebahagian dari gambar2 resipi nukilan dari idea kak ummi yang tersiar di Jelita, bukan nak puji, kak ummi ni seorang yang cekap, ibu bekerjaya tapi sempat memasak dan skill fotografi dia juga begitu terserlah kann....perghh waa tabik lahh sama luu kak ummi.....kak, esok kita sambung gossip eks...wahhh...ada cerita baru...alah cerita resipi laa apa koo ingat aku suka ngutuk2 blogger kee...erkk, tak de masa lah benda2 macam tu, bikin dosa keringg siaaaa...

Dan..dan..dan.ishh malu lahh nak tulis..tak sangka terselit juga resipi mat gebu dalam ruangan langkah demi langkah...haha, segan ai...merah pipi gebu mat gebu nihh, macam nak selubung dalam selimut pulak sebab malu...hahaha...apa pun ucapan terima kasih mat pada Puan Lily Haslina Nassir, dia ni sungguh peka dan sungguh sensetif dalam era media cetak masa kini, dan kak lily ni pada mat seorang yang cerdik dan beliau tidak memandang rendah blogger masak2 seperti kami...terima kasih kak lily....dan juga pada geng2 lain, kak nor secubit garam, kak liza, mamafami, kak maz bahrain dan mereka2 yang terlibat...eh pesal aku over pulak nihh...hahaha, untuk cerita lanjut anda boleh lunsuri lelaman sawang kak ummi di sini.....

JANGAN MENYESAL....DAH KATA DAHH!!...

P1260003
Menyesal tak?....alahh kesiannya, tak nyesal kann sebab bila masuk, tengok resipi biasa2 jee, dah lah tu ulang tayang, kalau yang kerap singgah sah2 macam nak pengsan nengok dalam seminggu tak berapa kali n3 ulang tayang. Bukan apa mat masak yang mudah2 saja, sebab hari ni adalah hari pertama rumah lama atau rumah "misteri" atau rumah "pakcik gigi karat" tu di runtuhkan, tujuan untuk memberi laluan untuk membina bangunan baru atas tapak nya. Rumah penuh sejarah tu menyaksikan banyak peristiwa penting berlaku dalam keluarga kami, kami 4 beradik dilahirkan di situ...ehh 3, yang sulung lahir di rumah lain. Kemudian menyaksikan arwah nenek, arwah datuk dan arwah makcik, meninggal dunia, semua di rumah tu. dan juga misteri2 aneh yang berlaku yang ada kala tak masuk akal, dan ada satu malam, abah mendengar suara perbualan yang tidak difahami oleh beliau serta keadaan rumah yang agak sibuk seperi orang berjalan ke hulu ke hilir...masa tu mat dengan abah mat saja yang tinggal...hishh ada macam2 lagi....

P1250996
Ni hari mat masak ringkas dan cukup2 untuk sekali malam saja, malas lah kalau tak habis, bertepek2. Yang atas tu cuma kacang buncis goreng dengan cendawan black fungus dan haybee @ udang kering. Lepas tu kann...masak pulak asam pedas, hadoiii asam pedas lagi, nyesall kan masuk sini....Kali ni guna ikan feberet mat gebu, tadi blogger "Puteri Katek" tanya mat, pakcik mat masak asam pedas ikan ke ayam?...mat kata lah ikan, dia kata dia suka ayam sebab ada "leher"..hahaha, ikan pun ada gak leher tapi tulang leher lahh...haha, ok lah kita lihat resipi pulak yea...

Tu hari ada yang tanya mat, CM, macam mana rupa Japanese Mackerel tuu..ok tu mat letak gambar diaaa..selalu mat beli kat Tesco, tapi bukan lah segar, dah beku banyak hari. Daging dia masih sedapp..,.dan rasa dia lemak... Ok kita semak resipi pulak..oh yeaa gambar tu ehsan Google....terima kasih..

BUNCIS GORENG DENGAN BLACK FUNGUS....

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 batang kacang buncis, hiris serong
3 keping cendawan black fungus atau cendawan telinga kera
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
2 biji cili merah, hiris
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar sos ikan
Garam jika perlu
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili dan udang kering hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau rata.
  2. Masukkan cendawan dan masak sekejap. Tambah kacang buncis dan gaul rata. Tambah sos ikan dan masak hingga kacang sedikit layu tapi masih rangup. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan segera bersama nasi hangat...
ASAM PEDAS IKAN KEMBONG JEPUN....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kembong jepun saiz sederhana (Japanese Mackerel)
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
3/4 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 genggam daun kesom
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
15 biji lada hitam
1 keping hirisan halia
1 keping hirisan lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan. Tomato dicuci, belah 4 setiap biji. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 700ml). Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan, tuang jus asam jawa. Bila mendidih tambah garam secukup rasa, secubit gula dan jua serbuk perasa (jika guka). Masak sekejap lagi dan masukkan tomato, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan..

NASI LEMAK KOPI O......AKU BZ NI HARI....

P1250994
Assalammualaikum....erkkk jam 10.30 pagi sudaaahh...pengsann, masa cepat sungguh laa ni, baru tarik nafas sikit tup tup dah jam 10 pagi. Pagi tadi ada n3 muffin kan, tu patutnya keluar malam tadi, tapi sebab ngantuk gila, terlelap dan terus tau2 ja, 5 pagi...nasib baik tak set masa publish, kalau tak keluar sekerat jeee...Ok, jom sarapan, tapi kali ni bukan buat, abah mat beli kat warung Kak Mariah Carey, seberang jalan. Biasa lah orang kita nasi lemak jee kan, mat pun jarang makan nasi lemak nih, tapi yang ni sedap pulak, sebab bungkus daun pisang....kira murah lah kan 1 bungkus tu RM 1, ada nasi (semestinya lahh) sambal tumis, 1/2 biji telur rebus dan timun, kira benda2 basic untuk nasi lemak gitu....Tinggal satu untuk mat, jadi aku belasah tadi, tapi sebelum tuu, nak ambik gambar dulu, saja lah nak naik kan standard nasi lemak tu dalam DTS....hmm nampak lawa juga kan bila di pose kan macam tu..

N3 ni mat tak letak apa2 resipi sebab ini hanya N3 sampingan tapi masih melibatkan makanan. Insya allah tengah hari kang ada, kalau sempat masak lahh...nak sambung keje semalam, ni hari kalau tak de apa aral melintang, berlaku lah proses meruntuhkan rumah lama yang "misteri' tu, harap2 semuanya berjalan lancar tanpa halangan..insya allahh...ok jumpa semua nanti, salam sayang dari DTs-MAT GEBU....

CHOCOLATE HAZELNUT MUFFIN.

P1250991
Salam pagi Isnin, selamat menjalankan tugas buat semua...Hmmm dunia blogger makin mencabar, kita sering diperhatikan..silap langkah kita jadi 'bahan' dalam salah satu N3 mereka. Tapi apa nak buat kan, kita rasa kita betul, tapi mereka rasa kita macam tak sesuai, atau syok sendiri. Dalam dunia ni kita berhak buat apa saja selagi tidak melanggar perintah tuhan dan adap susila sebagai seorang manusia bertamadun. Apa2 pun berlaku, kita tawakal saja lah, kita berdiam tak bermakna kita kalah kann, ajal dan maut ni akan datang bila2 masa, tika dan masa itu pasti kekesalan akan berlaku bila mana tulisan2 buruk kita akan menjadi salah satu penyalur ke dukaan dan kepedihan di alam sana...nauzubillah.. Mat pun nak minta ampon dan maaf jika terkasar bahasa dalam setiap n3 di DTS ini...Ok jom semak resipi mudah ni yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi
65 gram gula halus
1 biji telur gred A
150 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour)*
30 gram serbuk koko*(*disatukan dan diayak)
100 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
60 gram kacang hazelnut, dipanggang dan cincang kasar
100 gram coklat susu, di dadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, sediakan muffin cup secukupnya atau alas muffin pan dengan paper cup. Ketepikan.
  2. Krimkan mentega bersama gula hingga putih, tambah telur dan putar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis, putar rata.
  3. Tambah esen vanilla, 2/3 bahagian kacang hazelnut dan coklat susu, gaul rata, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, tabur dengan baki kacang hazel. Bakar 25 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

Sunday, February 27, 2011

JUS BUAH NAGA.

P1250979
Assalammualaikum, haus kan main kannn, takpe2 pakcik mat ada buat jus buah naga, erkk tapi untuk pakcik mat jee lah, habis dah aku minum tadi...nyamann tekak sejukkk....legaaaaa. Ni tadi mat buat masa bakar chocolate hazelnut muffin, haus koo cuaca panas, dah lah aku ni hari sibuk kan main..tak pe insya allahh masa untuk baking2 mat masih ada masa, tu pun sebab ada mangsa nak makan.. Ok ni rasanya jus buah naga ni mat pernah letak kat DTS, tapi tak pe sebab style aku, setiap resipi walaupun sama tapi ada kala tak sama...macam mana pulak tu, pening ke?..erkk dah jangan pening2 jom tengok resipi dia macam mana...layannnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji buah naga jenis merah, saiz sederhana
1 1/2 camca besar gula pasir (atau ikut manis)
3 cawan air mineral
1/2 cawan susu sejat IDEAL
3 titik esen vanilla
Ais kiub secukupnya
Buah Stoberi sebagai hiasan (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah naga dibelah 4, ambik isinya dan masukkan ke dalam alat pengisar bersama2 guna dan air. Kisar hingga hancur. Tambah susu cair dan esen vanilla, kisar sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh tuang dalam cawan. Isi ais kiub secukupnya dan hidangkan sejuk...hmmm....

MEE MAGGI BANDUNG....MAT GEBU PUNYA!..

P1250971
Assalammualaikum, salam petang semua..Jemput makan, ni mat baru nak santap, aku malas nak makan nasi, tak sedap, sebab apa, sebab mat gebu tak masak lauk sepesel untuk diri sendiri, tu pasal skip makan nasi, cerewet mat gebu ni kan....alah lauk mat senang je, singgang ikan. Tapi memang hari ni jadual ketat, N3 pagi tadi tu pun mat buat pagi, masa tu belum mula lagi buat kerja yang aku tak berapa nak suka ni. Tadi kan saja lah masak maggi, tapi bosan lahh, maggi pulak jenis kanak2 punya (perisa ayam, abah mat yang punya)..Jadi seperti biasa, dengan daya imaginasi mat gebu yang liar dan wild kata omputeh, aku mengoter maggi perisa ayam jadi mee maggi bandung....ahaks, sah2 tak de kat Bandung, kat warung Mak Limah pun dah tentu tak de lagi, cuma ada kat dapur mat gebu...ehemm ehemmm, dahh sudah baca, jom kita semak resipi, untuk orang bujang sesuai untuk yang tak berapa bujang pun sesuai gak... (^_*)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket maggi perisa ayam, asingkan perencahnya
1 pokok sawi bok choy, asing daun dan pelepahnya, siang berasingan
1 biji tomato kecil, belah 4
2 batang kacang buncis, hiris serong
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, cincang
1 kelopak kobis cina, hiris
1 camca teh sos ikan
1 1/2 camca besar sambal tumis
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
1 biji telur
1 batang sosej, hiris (boleh guna udang, daging, sotong atau ayam, ikut suka)
3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi, tambah sambal tumis, sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan masukkan sosej dan perisa perencah maggi tadi. Kacau rata. Bila mendidih perlahankan api, masukkan telur, pelepah sawi dan masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
  3. Tambah kacang buncis, kobis dan daun sawi serta mee maggi, masak hingga mee lembut, tambah sos ikan dan jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan..

Saturday, February 26, 2011

CRISPY TUNA ROLL.

P1250964
Salam...aduhh mata macam ada gam gajjjahh nih kelip je dia lekat, tak mo bukak..hmm, sebelum pengsan, baik mat up date N3 untuk malam ni. Ni kira N3 asal ada, tangkap muat, ala-ala dan juga bidan terjun, kira all in one. Sebenarnya nak habis kan baki puff pastry dalam 3 keping lagi dan baki tuna yang mat bekukan. Puas juga fikir apa lahh aku nak buat dengan benda2 ni. Teringat semalam kan mat buat palmiers, jadi yang ni ala2 sedara palmeris ni juga lah tapi ala2 swissroll macam tu. Rupa pun pada mat tak cun sangat lahh, tapi orait laaaa..not bad jugak...kannn..

P1250967
Betul tak, rupa dia tak berapa cun?..Kira yang mat pegang tu paling cun lahh dalam banyak2 tu. Satu cara nak dapat bentuk bulat, lepas digulung simpan dalam freezer kurang lebih 30 minit. kemudian baru kerat 10 bahagian. Waaa..dah mula tulis pun meleleh...ngantuk dan mula macam 2 alam dah...citt 2 alam tu bukan "awwww"..tapi ala2 dalam mimpi gitu lerrr...amboihhh!!..dah lah semak resipi pulak yeaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping puff pastry jenama kawan bersaiz 4 inci x 4 inci
Tuna dalam tin secukupnya, ditoskan
Mayonnaise secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Sedikit perahan jus limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tuna, mayonnaise, serbuk lada hitam dan jus limau kasturi, kacau rata. Tabur tepung pada meja kerja, ambik sekeping puff pastry yang telah dibiarkan pada suhu bilik. Sapukan 3/4 bahagian puff pastry tadi dengan tuna tadi, gulung kemas2 seperti swissroll, kemudian gelek sedikit. Buat hingga siap.
  2. Simpan dalam freezer selama 30 minit. Kemudian kerat 10 bahagian untuk setiap pastry tadi. Susun atas dulang pembakar dan bakar 25 minit alam oven yang telah dipanaskan pada suhu 195C., hingga kuning keemasan.
  3. Keluarkan dari oven, sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Hidangkan atau simpan dalam bekas kedap udara....

MENU ATAS PERMINTAAN.....SUDI-SUDIKAN LAH..

P1250951
Assalammualaikum selamat petang semua, ni hari mat sibuk sikit lahh, jadi ni pun curi2 masa masukkan N3, anda sedia maklumkan, blog masak2 ni agak leceh juga, sebab utama ianya bergambar dan perlu juga mat perbaiki sedikit mutu gambar tu, maklumlah kita tangkap gambar pun guna camera cap ayam..huhu. Tak pelah kan, cap ayam pun ianya sudah pun memberi mat pulangan yang agak lumayan juga, syukur alhamdulilahh. Ok hari ni mat masak atas permintaan semua, pagi tadi kan awal2 mat tanya.. Ok apa nak masak ni hari, bagi tau awal2..jadi bila mat dah terima 1-2 menu, yang lain tu mat tokok tambah lah sebagai pelengkap menu..jadi seperti anda lihat kat atas tu, macam tu lah mat masak..senang jee kann....


Abah mat awal2 kata, ni hari masak lemak tauhu dengan taugeh..Orait boss, menurut perintah, adat kita, bila dah ada masak lemak, mesti nak ada sambal belacan kan, maka dengan gagah perkasanya mat gebu menumbuk sambal belacan, satu kampung dengar koo, kalau guaa ni anak dara, sahh tak da sapa pinang, dengar bunyi tumbuk pun boleh pengsann..power!!..
ahaks..ok...lepas tuu masak lagi...


Tengok ada sebiji timun malang tergolek dalam peti sejuk, hmm kalau buat acar pun sedap juga kan panas2 ni. Kebetulan ada lobak merah sebatang...cantikkk lahh, ngamm....dengan magicnya terus jadi acar darat orang Johor...Lepas tuu...perghh apa saja lah si mat nih...goreng pulak ikan, alah goreng kunyit saja...tapi bukan garing, goreng lembap2 dan nak makan pun kenalah masa ianya masih panas, baru lahh penggsannn gitu...Hmm, mat rasa macam tak perlu kan letak resipi, tapi tak pelah mat letak resipi acar tu dengan masak lemak....yang lain2 tu anda pun dah pakar kann.

MASAK LEMAK TAUGEH DAN TAUHU....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Taugeh secukupnya, cuci dan toskan (yang ni agak2 lah yeaa)
3 keping tauhu, potong 4 setiap 1 keping (ikut saiz tauhu)
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, hiris
3 keping cendawan black fungus, segar hiris, cuci dan toskan
200 ml pati santan
700 ml santan cair
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tauhu, bawang merah, bawang putih dan juga santan cair. Didihkan dan masukkan cendawan, masak sekejap.
  2. Masukkan taugeh, cili merah dan pati santan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula, masa dengan api perlahan, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan....

ACAR DARAT ORANG JOHOR....


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji timun, kerat, belah 2, buang empulur dan hiris macam anak mancis*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*digaul rata)
1 batang lobak merah, buang kulit, hiris dan potong macam anak mancis
1 biji lada merah, kerat, buang biji, hiris macam anak mancis
1 biji lada hijau, kerat, buang biji dan hiris macam anak mancis
10 biji bawang merah, belah 2 setiap biji
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap biji
1 inci halia, hiris halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1/3 cawan cuka makan (mat guna jenama Jalen)
Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan cuka makan. Kacau dan biar mendidih.
  2. Tambah gula (dalam 1/4 cawan), dan bila gula memekat, masukkan lobak merah, hirisan cili hijau dan merah, kacau hingga rata. Masak sekejap dan masukkan timun (toskan dahulu). Gaul hingga sebati. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  3. Masak hingga sedikit kering dan timun sedikit lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih...

NASI GORENG UDANG KERING....

P1250945
Salam morning pagi Sabtu semua...huhu, malas ni hari nkoo, eh kurang rajinn...panas lah cuaca, pagi2 dah berpeluh, tu jam 6 dah siap2 mandi segala. Pagi tadi mat on FB, tengok2 Kak Anim @ Penyulawa nama glamour TAG mat dengan nasi goreng udang geragau. Waaa, saja lahh tu mencabar aku nampak...ok tak pe, selongkar peti sejuk, jumpa udang kering, udang geragau tu ada tapi tah mana letak pun tatau. Mat pun buat juga, tapi gunalah apa yang ada, kira menderhaka lah senang cerita. Ok..ni pening pala sudahh...sebab radio rosak dan mula on kan siaran dia....aku rasa nak pengsan ni arghh rasa nak lari pi pasar basah soping2 ikan dan sayur..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dikareh
6 biji cili padi, dititik
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 batang lobak merah, didadu
1 batang saleri, didadu
1 biji telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar udang kering, rendam sekejap, toskan dan tumbuk hancur
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, udang kering dan cili padi titik hingga harum, masukkan lobak merah dan saleri, kacau rata. Tolak ketepi kuali dan masukkan telur, bila telur mengeras, kacau hancur. Gaul rata dan tambah sos ikan dalam 2 camca besar, kacau rata.
  2. Tambah nasi dan besarkan sedikit api, kacau hingga mesra. Masak hingga nasi kelihatan kering, rasa dan jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi sos ikan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan...

Friday, February 25, 2011

PASTRY PALMIERS......AKU TERHARU LAGI....

P1250935
Assalammualaikum, salam semua, N3 terakhir malam ni mat letak satu resipi mudah tapi menawan...ehem ehem, si mat tu, ada ke puji sendiri nya produk kann, macam lah bagus..well..nak buat macam mana, kan memang dah ala2 menawan gitu. Haha, sori tak maksud nak bangga diri pun, apa guna rasa hebat dan bangga diri bukan boleh bawak mati, betul tak. Mat kan sungguh kata, bukan pujian yang mat harap kan, tapi bila ada mereka yang menghargai nya, mat sungguh terharu dan rasa sedeh, tersentuh...yelah lelaki kalau rasa macam tu ala2 kurang macho lah kan..tapi itu sudah ketentuan ilahi pasa setiap insan ciptaan NYA...Bukan semua sama perasaan kannnnn.....

P1250942
Palmiers ni mat pernah buat sekali dulu di sini, tapi kan tak rupa palmiers yang tulen, tapi tah rupa apa pun aku tatau, macam siput sedut jee..Ni kali mat buat lagi guna ready made puff pastry, senang dan hasilnya menawan. Sebenarnya gula untuk ditabur sebelum gulung tu boleh guna guna kastor sahaja tapi mat saja lah guna gula kaler bagi nampak kontras...ada 2 warna, satu hijau dan satu lagi oren. Resipi dia mudah, cuma perlu 3 benda saja....yang tu kita cerita nanti yeaa....Hmm cuma anda baca PM yang mat dapat di FB kat bawah ni..Klik untuk bagi besarrr...

Dah baca?.....Mat terharu dan ini ada lah antara yang mat banyak terima dengan ucapan2 terima kasih, ada tu dari suri2 rumah yang baru mendirikan rumah tangga dan perlu memasak untuk suami mereka. Ada tu student yang baru hendak berjinak2 ke dapur. Mat selalu kata, mat bukan lah seorang profesional dalam bidang masakan ni, sekadar boleh2 macam tu saja, tapi kata mereka ini sungguh memberi impak positif pada diri mat...moga blog ini menjadi sedekah jariah mat bila aku mati nanti...mudah-mudahan yeaa.... Ok cukup lah bebelan yang tah hapa2 ni kan, kita tinjau resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 keping puff pastry jenama "kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci
Mentega cair secukupnya
Gula halus @ castor secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil 1 keping puff pastry, biar pada suhu bilik agar ianya lembut sedikit. Tabur tepung pada meja kerja. Letak sekeping puff pastry atasnya, sapu mentega dan tabur gula halus.
  2. Kemudian berhati2 gulung dua2 bahagian hingga bertemu. Rapatkan dan gelek perlahan hingga ia sedikit melekat.
  3. Kerat kepada 10 bahagian sama saiz. Kemaskan dan susun dalam loyang pembakar yang telah dilanser sedikit mentega. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang kan..

JEMPUT MAKAN TENGAH HARI.....

P1250924_picnik
Salam semua, dah petang punn, hehe, biasa lah kalau mood merudum ni, nak masak pun ala2 jee..nak masukkan N3 pun ala2 jeee...kannnn. Hmm, ni semua masak sikit , sekali makan sudah, malas lah tepek, kang penuh peti sejuk, kat oven lain, letak dalam microwave lain...sapa juga yang kena kemas, ni kalau buka muka aku yang gebu nihhh...huhh, benda2 dalam rumah ni kalau boleh cakap, sah2 memasing muntah darahh....hahaha..Dalam gambar atas tu ada 3 jenis masakan yang biasa2..ada sup ayam, bendi rebus dan juga Pok Choy Goreng Haybee....Ok..mat letak juga lah resipi diaa...kita mulakan dengan sup ayam...

P1250922
Sup ayam ni sama macam mat buat yang lepas2, cuma petua mat masak merebus sup, memang mat campur 1 pokok daun sup dan kurang lebih 1- 2 camca besar bawang goreng buatan sendiri. Resipi dia mat kopipes dari yang dulu je lah yea..sama jeee.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 20 (ikut saiz ayam)
4 - 5 biji kentang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 - 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras

B (BAHAN TUMIS)...
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1500 ml) dan masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar tadi. Perlahankana api dan renihkan.
  4. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali lada kicap, jika suka..
P1250920_picnik
Dann yang ni pulak, alah hai budak2 sekolah pun boleh masak, kira resipi sihat, main rebus jeee..lepas tu kan mat suka sebab ada rasa masam2, pedas2 dan manis2...Bendi ni kurang lebih 250 gram, yang ni mat gebu nya....nak ke resipi, tapi senang sangat..tak pe ke?...ok kita lihat resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci, toskan
1/2 biji bawang besar. hiris
3 ulas bawang putih, dititik
2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
1 kiub pati ikan bilis "maggi"
2 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satu kan bawang besar, bawang putih, air secukupnya, kiub ikan bilis dan asam gelugor, didih kan. Masukkan bendi tadi. Biar mendidih.
  2. Tambah garam secukup rasa dan secubt gula..kalau nak guna serbuk perasa pun ok. Masak hingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
P1250919_picnik
Terakhir sekali mat masak Pok Choy Goreng Haybee. Haha, pening ke bila mat sebut hay bee tuu.. ini mat semalam masa pi beli barang basah, aku tergoda tengok pak choy segar2..alah sawi yang tangkai putih tu, kalau yang pendek2 hijau tu kita panggil bok choy. Kalau yang ni memang kena hidang cepat, masa panas2 gitu, baru seedaappp...Ok mat tulis resipi dia..

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 pokok sawi pok choy, asing daun dan pelepahnya, siang berasingan
3/4 camca besar haybee (udang kering), cuci dan rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
2 biji cili merah, hiris halus
1 camca besar sos tiram
2-3 camca besar air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang hiris, bawang putih, udang kering dan cili merah, tumis hingga harum. Tambah sos tiram dan masukkan pelepah sawi bok choy yang telah disiang tadi. Kacau rata dan tambah air. Masak hingga lembut.
  2. Masukkan daunnya dan masak dengan api besar, kacau pantas dan tambah garam secukup rasa, gaul dan matikan api. Hidangkan panas2...

LEMPENG KELAPA.....SAMBAL TUMIS BELI...

P1250908
Salam Jumaat semua, hmm terlewat masuk N3 sarapan, orang dah masak tengah hari, mat baru nak masukkan N3. Mat kan macam lemau jee ni hari, tatau pesal lah agaknya...hmmm, pagi tadi mat tengok dalam peti sejuk ada lebihan kelapa buat apam tu hari, sebab mat parut 1 biji. Kalau buat lempeng kelapa sedap gak kan, waa bess juga, jadi ON lah projek. Mat buat dalam non-stick pan comey tu..dapat dalam 7 keping macam tu. Pada mat lempeng kelapa kena garing2 sikit baru sedapp..

P1250914
Lagi satu, lempeng kelapa ni kalau nak sedap, wajib ada sambal tumis, jadi sebab mat gebu tak berapa rajin nak masak sambal, aku beli je kat warung depan ni, nama je beli tapi hakikatnya dapat pereee...hehe terima kasih pada Makcik Wati Warung, sedap sambal tumis peree ni makan dengan lempeng kelapa. Ok N3 kali ni tak bebel banyak sebab no idea lahh, resipi mudah ni mat letak lah juga sebagai rujukan pada mereka2 yang kurang pasti...Ok ni dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa
Sambal tumis, sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...

Thursday, February 24, 2011

JUS CARROT SUSU.....CELUPARNYA MULUT MU!!..

P1250898
Salam malam semua, geramm mat tak nak dapat nak bendung petang tadi (terima kasih Ben Ashaari, sebab sudi mendengar), bukan nak saja mengumpat keji, tapi tu lah kita manusia ni begitu mudah berkata2 tanpa menghiraukan kesensetifan orang lain, ada kah ini penyakit keturunan atau pengaruh sekeliling, nak ditegur sudah tua, adat lah kita yang masih usia "agak" muda ni menghormati orang yang lebih berusia, tapi malang dia tidak menghargai kehormatan diri sendiri, sewenang2nya memperkatakan sesuatu yang begitu mendatangkan amarah...Ya Allah, sebab aku masih ingat pada mu, maka aku bersabar sehendak mungkin...Apa persaan anda bila anak buah perempuan anda yang tanpa ayah (anak yatim), dikata bakal menjadi "bohsia"!! ibarat kata orang2 tua, cubit peha kanan, peha kiri terasa juga...mat sungguh tak puas hati, aku ni bersabar juga tapi ada hadnya, hairan lahh, sorang "akak" di kejiranan mat, mulut sungguh hina, mulia lagi kain pengesat kaki!!, seingat mat lah hampir 80 tahun sejak arwah datuk mat menjejakkan kaki ke tanah Sedenak ni, dan keluarga kami sedikit pun tak de masalah...."mereka" tu siapa untuk mempertikai kami?..Pasal apa yang kami miliki...itu semua hasil titik peluk keluarga kami, kalau mereka2 tu rasa mampu, berwang dan berkuasa, silakan ambik sebanyak mana yang suka..kami tak halang apa2,...Generasi2 baru yang berkelana ke Sedenak ni sebenarnya kurang faham mengenai sejarah kami sebagai antara penduduk lama di sini....kalau mat cerita kan nanti jadi isu pulak...Hmm minta maaf sebab terlepas perasaan geram ku dalam N3 ini...Ok lah hati ini masih bersisa karat berbisa...hmm tak pelah biar lah orang buat kita, balasannya pasti akan tiba nanti...bersabarr saja lahh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji lobak merah, cuci dan kerat2
300 ml air
2 camca besar gula pasir
1/3 cawan susu sejat "IDEAL"
Ais kiub secukupnya
Air mineral secukupnya
Lobak merah yang dibentuk, untuk hiasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar lobak merah tadi dengan 300 ml air, hingga halus, tapis dan asingkan jus serta hampas. Masukkan jus tadi ke kembali ke dalam blender bersama2 gula, susu cair dan ais kiub. Kisar lagi hingga halus.
  2. Tuang dalam bekas sesuai dan tambah ais kiub lagi jika suka, hias dengan lobak merah. Hidangkan sejuk...hmmm i likeee!!..

IKAN GORENG BELACAN......HATI KU TERSENTUH...HMM..

P1250893
Salam petang semua, aduh panass..panass...hmm semalam masa beli2 barang kat Econsave Kulai kan, lepas tu mat tunggu lah, abang mat datang sebab dia ada urusan di pejabat TNB, aku terkhayal lah kejap. Tiba2...tengok troli aku hilangg...erkkk...sebab mat duduk membelakangkan troli...nampak 2 budak umur dalam 6 tahun dalam pakaian pra-sekolah, tolak troli aku nkoo, apa lagi keluar suara guruh mat gebu kat econsave tuu, nasib baik tak gempa bumi!!..aku sergah..mencecet 2 ekor tu lari kat abah dia...huhhh, pak dia pun satu at least kata lah sorry kaa, ni tak buat muka ala2 ikan masin jeee...apa lah orang kita ni, harap jee pak dia pakai kopiah, dengan janggut setoet, ala2 lebai malang, tapi budi bahasa kurang...anak2 dia pun bukan dia nak ajar kata minta maaf kaa apa kaa, tau lah budak2 kann.....huhh, pakkal je ingat budak, kalau tak, mau jeee...ishh malas nak sambung kang kata mat gebu ni suka dera kanak2 pulak...kannn..Sekian cerita semalam..tadi sorang teman FB minta mat war-war kan satu blog ini..hmm, rasa sayu hati bila membaca nya..antara perenggan yang begitu mencuit perasaan ---

" Sebelum azan Maghrib malam tadi aku sempat memotong kuku jarinya yang telah agak panjang. Walaupun kesayuan melanda hati, tapi aku rasa puas dapat membelai jari jemarinya, berkhidmat untuknya...membantunya diwaktu2 begini".....Anda baca sendiri coretan beliau di sini....


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan "japanese mackeral" (atau apa2 ikan yang anda suka)
4 biji cili hijau, hiris
2 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci belacan*
1/2 cawan air*(*dilarutkan)
Garam dan sedikit gula
2 keping asam gelugor
1/2 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat pada saiz sederhana, cuci bersih dan lumur dengan sedikit kunyit serta garam, gorang ikan tadi hingga masak, tapi jangan garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga layu. Masukkan serbuk kunyit dan juga asam gelugor, kacau rata.
  3. Masukkan belacan yang telah dilarutkan tadi, kacau rata. Masukkan ikan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan denga nasi panas....hmmm..

TAUHU GORENG SINGAPURA....RESIPI MUDAH.

P1250888
Salam tengah hari semua, ke salam petang eka?..hmm, tak kesah lah...selamat berjumpa kembali. Mmm urusan hampir selesai tapi esok pun perlu urusankan langkah seterusnya, alahh malas nyaa nak ke JB pulak.. urusan jual beli tanah bukan satu kerja mudah, dengan prosedur yang perlu kita lakukan....nasib baik mat kena tandatangan saja. Lalalala, aiman tak kesah.,.haha, ok kali nak saji satu resipi ringkas, sebab aku tak de banyak masa tadi, balik2 bergegas masak apa yang ada...maka jawapannya termenjadilah tauhu singapura ni, kuah pulak sebab nak cepat mat guna kuah sate yang memang mat sejuk beku kan untuk kegunaan darurat macam ni hari...Tapi resipi dibawah ni mat letak kuah yang sama macam mat buat tahun 2008 dulu yeaaa...ok semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping tahu biasa
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur punnn)
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang (tak de, mat ganti dengan lobak merah)
4 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili padi*
200 g kacang tanah*
3 - 4 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
Air secukupnya*(*bahan sos kacang)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 4 - 6 bahagian (bergantung pada saiz tauhu), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang (lobak merah) dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!

REHAT UNTUK BEBERAPA JAM.....MERAJUK HUHU...

Dengan rasminya masa N3 ini muncul, DTS-MAT GEBu, akan berehat selama2nya...Wahhh, pengsann >_< , haha, bukan selama2nya lahh (jika di panjangkan usia), tapi untuk beberapa jam...huhu, sebab ada urusan penting (tapi aku hanya mengikut perintah), dengan itu mungkin n3 resipi akan bersiaran petang nanti, insya allahh...Minta maaf dari mat gebu...Jadi pada semua, sudi2 lah berkunjung ke link2 sahabat dan teman blog yang tersenari di DTS ini...Blog jiran tu tak payah lah sebut, memang ramai orang singgah, nanti kalau mat sebut, ada lalat YM mat gebu dan perli2 aku..hadoii peninggg pala pakcik mat ..Ok dulu, salam sayang dari DTS-MAT GEBu..jumpa nanti, insya allahh....

Wednesday, February 23, 2011

APAM BLACK BEAUTY @ BLACK OUT?..HMMM..

P1250869
Salam semua, hmm sibuk sikit hari ni, tak dann lah nak on-line sangat, ni baru dapat on.. tadi mat buat rombakan sikit kat YM, jadi mana2 nama yang terdelete tu minta maaf yeaa, apa2 nanti anda add balik mat_gebu..okey. Bukan apa, ada tu tah sapa2. Lalat pun mat terima je sebab tak tau kan..huhu. Ok kita cerita pasal N3 malam ni pulak. Hmm apa tuu, hitam macam dayang senandung jeee. Sebenarnya pagi tadi mat tulis kat wall FB mat, kata nak buat apam, lepas tu nak cuba sesuatu yang menggemparkan...why not we try black, perghh pitammm, kebetulan memang ada stok warna hitam oleh Wilton dalan simpanan mat, jadi on lah projek.

P1250882
Hahaha, amacam u all, ada brann nak dehaka macam mat gebu bikin apam kaler hitam lagi, jadi mat letak nama apam black beauty atau lagi satu nama apam black out seperti cadangan geng FB mat Puan Mazlinah Abdul Ghani, terima kasih idea anda..waaa, memang pengsan lahh. Tapi kan bila dah letak kelapa, berseri, hitam vs putih vs jari gebu mat gebu yang gebu lagi gebu...haha, dasar tak sedar diri kann si mat tu, tak kesah lahh..Resipi mat ambik kat blog Rima Singapore yang begitu mat kagum sangat dengan hasil kerja dia...Terima kasih Rima... Ok jom semak resipi mudah ini..mat buat 1/2 dari resipi asal...resipi dibawah ni yang mat buat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus (mat letak 3/4 cawan)
6 gram instant yeast (mauripan)
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
Sedikit pewarna makanan hitam (mat guna jenama Wilton)
Kelapa parut putih secukupnya*
Secubit garam*(*gaul rata dan kukus sekejap)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung beras, tepung gandum, gula halus instant yeast dan gaul rata. Kisar nasi sejuk tadi dengan air hingga halus, tuang dalam tepung dan kacau rata dengan whisk hingga sebati dan rata. Perap 1 jam.
  2. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Letak pewarna hitam dalam adunan apam, kacau rata (kaler dia tak delah hitam sangat, jadi sedikit kelabu). Sudukan hampir penuh pada setiap acuan, kukus 15 minit dengan api sederhana (mat kukus 10 minit).
  3. Sejukkan apam sebelum dikeluarkan dari acuan, hidangkan dengan kelapa tadi. Kalau nak merekah kukus guna api kuat, balut tutup kukus untuk mengelakkan air jatuh....Selamat mencuba..

ARGHH..AKU PUN CEMBURU JUGAK!!...

Waaaa....hari ini dalam sejarah, ada blogger cemburu dengan mat gebu...wawawaa..pemsannn bak kata miss lolly anak tokey restoran tuu...miss lolly ni kalau culik boleh dapat manyakkk duit..kannnn...Terima kasih lah pada Yna sebab cemburu dengan ai....mat gebu, tu kalau nengok jari aku, lagi cemburu 360 darjah, tapi terharu juga ada yang sudi menhargai aku sebagai blogger masak2 kertu...masalahnya kertu ke 25 + 10 tuu?. Nak tau apa dia cemburuuu sangat dengan mat gebu, sila2 ke sini.....erkk bukan sana lahhh siniii...kalau sana tu blog jiran aku..korang nihh!...Ok nantikan resipi seterusnya dalam N3 akan datang ini...salammm....

SOTONG KUNYIT BERSAYUR...

P1250864
Salam petang Rabu semua, tadi resipi ayam masam manis, ala2 bidan terjun kan, lepas tu ni kali ni share satu lagi, resipi bodoh2 katanya..hadoi, mana ada resipi bodoh...goreng telur tu pun kira pandai, kalau masak air, lagi lah pandai..bayangkan sampai "empuk" air tu kita rebus, silap2 dengan cerek2 tu sekali empuk, haha...alah releks lahh mat gebu bukan perli sapa2..nanti kan kalau ada masak mat cerita pasal "periuk empuk" kena rebus.. Ok, sekarang ni semak resipi mudah ni, mat letak ni untuk yang nak cepat masak, macam ibu2 yang bekerja dan sebagainya...tapi kalau tak de masa juga...senang cerita tapaww jee lahh!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor sotong saiz sederhana, cuci bersih potong bulat atau ikut suka
6 tangkai kacang panjang, kerat2 lebih kurang 2 inci setiap satu
5 biji cili padi merah, diketuk
2 camca besar kicap ikan
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Sedikit garam dan gula
Hirisan daun sup sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong ditoskan kering2, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili padi dan sos tiram, kacau rata.
  2. Tambah sotong dan juga kacang panjang tadi. Masukkan sos ikan, kacau rata dan masak hingga kacang lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika perlu letak sedikit gula dan garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan..

AYAM MASAM MANIS....RESIPI BIDAN TERJUN

P1250857
Salam semua, hmm minta maaf sebab terlewat teramat sangat masuk N3, mat mula masak lewat sebab pagi tadi kena beli barang dapur, hmmm tu nanti cerita. Jadi mat masak apa yang ada saja, kata orang ala2 bidan terjun, bukan sebab aku cucu bidan peah bt syawal yeaa.. Jadi kalau nak cepat, otak akan fikir benda yang mudah saja...Ayam sweet sour ni mat pasti semua orang boleh masak punya, mana tak nya main lebur jee koo, lepas tu letak sayur dan sos ikan, dah siap, tabur daun sup atau daun ketumbar sebelum hidang... Ok lah ni mat pun ada benda lain nak buat, jadi kita semak resipi ni dulu yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping dada ayam, potong 3 bahagian setiap kepingan
2 inci halia, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar hiris halus
Brokoli, dipotong sekuntum2 (anggaran 6 kuntum)
1/3 biji red capsicum, didadu
1/3 biji green capsicum, didadu
1 biji tomata saiz sederhana didadu besar
1 cawan isi nenas dalam tin
1/2 cawan sos cili thai
1 camca besar sos tomato
2-3 camca besar sos ikan
Hirisan daun ketumbar atau daun sup sebagai hiasan
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dilumur dengan kunyti dan sedikit garam, perap dan goreng hingga kuning keemasan tapi jangan garing. Toskan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawng putih, halia dan bawang besar hingga harum, tambah sos cili, sos tomato dan juga air. Masukkan nenas dan ayam, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan semua bahan2 lain kecuali garam dan gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu baru tambah garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur hirisan daun sup/daun ketumbar sebelum dihidangkan...

ANDA SEMUA NADI "DTS"...TERIMA KASIH..

Assalammualaikum, selamat pagi Rabu...pagi ni sebelum mat letak N3 masakan, nak tulis sedikit n3 selingan. Anda semua Nadi DTS....itu lah yang mat rasa bila melihat nombor di DTS berubah setiap masa walau pun tak sekerap blogger2 femes kann.. Tapi syukur alhamdulillah. Mat harap sangat DTS ini memberi manfaat pada semua, bukan tujuan untuk merasa diri ni bagus, hebat dan terbaik, tapi niat asal DTS-Mat Gebu memang untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang allah berikan ini pada semua, bukan wang ringgit yang mat pandang sangat, walaupun aku ni bukan lah mewah tak sangka, sama seperti orang biasa, malah begitu sederhana sekali, kalau nampak apa yang mat letak dalam blog hanya lah untuk prop sahaja, bukan untuk bermegah2, atau menunjuk2...

Dunia blog tanpa sempadan ibarat gambar langit berawan biru seperti yang mat ambik tempoh hari di bahagian dapur rumah mat. Bila melihat luasnya langit maka terbayang betapa kerdilnya kita....Mintak dijauhkan dari sifat riak, sombong dan bangga diri. Menjadi blogger semakin mencabar sekarang ni, tak macam 5 tahun dulu...itu lah adat resam dunia kann, macam kehidupan kita juga. Pada follower2 DTS yang telah mencapai ~6019~, mat ucapkan terima kasih tak terhingga pada mereka2 atas kesudian mengikuti blog masak2 yang tah hapa2 ni. Tanpa anda DTS tak wujud, terima kasih juga pada mereka yang memberi sokongan. Pada yang mengkritik pedas tu, tak pe mat gebu faham, anda pun saya anggap seperti bayang2...Ok, itu saja untuk kali ni, jumpa dengan N3 masakan nanti, salam sayang dari DTS-MAT GEBU....