TAUHU GORENG SINGAPURA....RESIPI MUDAH.

P1250888
Salam tengah hari semua, ke salam petang eka?..hmm, tak kesah lah...selamat berjumpa kembali. Mmm urusan hampir selesai tapi esok pun perlu urusankan langkah seterusnya, alahh malas nyaa nak ke JB pulak.. urusan jual beli tanah bukan satu kerja mudah, dengan prosedur yang perlu kita lakukan....nasib baik mat kena tandatangan saja. Lalalala, aiman tak kesah.,.haha, ok kali nak saji satu resipi ringkas, sebab aku tak de banyak masa tadi, balik2 bergegas masak apa yang ada...maka jawapannya termenjadilah tauhu singapura ni, kuah pulak sebab nak cepat mat guna kuah sate yang memang mat sejuk beku kan untuk kegunaan darurat macam ni hari...Tapi resipi dibawah ni mat letak kuah yang sama macam mat buat tahun 2008 dulu yeaaa...ok semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping tahu biasa
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur punnn)
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang (tak de, mat ganti dengan lobak merah)
4 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili padi*
200 g kacang tanah*
3 - 4 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
Air secukupnya*(*bahan sos kacang)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 4 - 6 bahagian (bergantung pada saiz tauhu), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang (lobak merah) dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!
TAUHU GORENG SINGAPURA....RESIPI MUDAH. TAUHU GORENG SINGAPURA....RESIPI MUDAH. Reviewed by Mat Gebu on 2/24/2011 01:45:00 PM Rating: 5

19 comments:

  1. Ahaaaa..yang nie bahan2nya mudah aku dapatkan :P

    ReplyDelete
  2. cik mat..
    mmg rajin bujang teruna nie didapur
    dalam sibuk2 ke jb..boleh memasak..

    terbaik..kaulah sifuku..

    ReplyDelete
  3. ermm...boleh cuba utk menu berbuka petang ni nih.;-)

    ReplyDelete
  4. nampak sedap je nk cuba la...elok tuk diet ni

    ReplyDelete
  5. macam tokua sumbat... tp x bersumbat...

    ReplyDelete
  6. wahh sgt sedap . terliur lak LM tgk gmbr ni.tq Mat Gebu..

    ReplyDelete
  7. ohoo.ringkas gila resepi ni.

    eh,segan je.yg ppn mcm sy ni pn tak reti masak byk2 :P

    ReplyDelete
  8. sedap ni cik mat. Oh, nak gi JB ke, mehlah singgah umah kita bawa tahu ni kot2 ada lebih ya... hik2

    ReplyDelete
  9. mmg sedap ni cik mat~ terus je lapar balik~

    ReplyDelete
  10. mcm tahu sumbat yg dmkn dgn kuah kacang eh cik mat??

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Klu saya,xde maknanye nk msk2 bla dah byk benda lum selesai. Tahu pun dah kira ok utk minum petang hehehe.

    ReplyDelete
  13. adalah beza dengan cara org malaysia masak tauhu,,tapi bahan2 dia mcm buat popia je

    p/s
    jom join bloglist pak cek biola.. http://kringg.blogspot.com/2011/02/berita-baik-untuk-semua-jom-join.html

    ReplyDelete
  14. terubat rindu...dh lama sgt tk ke s'pore dpt mkn tahu yg mmg feveret kite pn dh ckup baik... tq CMG kongsi...

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.