BEN ASHAARI

Monday, October 31, 2011

LELAKI TERUNA "PANTANG" BUAT BENDA NI.....

rsz_dsc_5243
Hadoii...ni last lah aku buat, rupanya lelaki lagi2 lah "teruna" macam mat gebu ni (perghhh...ramai yang muntah baca ni..lalalala.), pantang buat resipi ini, kurang menjadi (ke sebab "bengap" eks...erkk..hehe). Lagi sorang blogger masak "teruna" buat pun tak berapa nak menjadi gak kan Ryo, mungkin kita orang ni masih "suci"...pengsann >___< Mula2 buat dulu pun tak jadi, dah macam agar2 coklat (yang ini), kali kedua buat tadi hampir2 menjadi juga cuma dia nya kisaran biskut oreo belum sempat sampai ke dasar, itu agar2 dah beku....grrrr....lepas ni malas lah buat, ni last..Tapi kan tak jadi pun tetap gak nak entri kan, biasalah sendiri bikin kan, jadi tak salah dan blog pun guaa punya, cer klik sini pulak....Terima kasih...

rsz_dsc_5261
Tapi rasa dia tetap menten sedap, tapi syarat kena makan sejuk, baru rasa kenikmatannya. Sebab ianya ada susu, kenalah makan agak2. Kalau main hadap satu loyang, memang sah memasing pengsan, sebab muak. Rasa dia pun sedap, tak manis sangat, lite-lite macam tu. Yang ni kalau makan serius anda rasa seksi sangat..sebab ada rasa oreo yang bersepah dalam agar2 tu. Hmmm, jadi ke tak, memang tak berapa nak kesah, cuma kurang puas hati, tu saja. Apa2 pun terima kasih pada Kak Ummi Kuantan sebab mat ambik resipi dari blog dia dan juga pada pemberi resipi asal serta mereka2 yang telah mencuba seperti Ryo, Puan Azlita dan lain2 juga....Blog pilihan DTS malam ni ---> di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket serbuk agar (berat 10 gram)
10 biskut oreo, asingkan cream dan kisar halus
2 cawan air (500 ml)
2 cawan susu segar (500 ml)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan gula halus
2 camca besar serbuk koko*
2 camca besar air panas*(*satukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak air, gula, serbuk agar2 dan daun pandan hingga larut. Keluarkan daun pandan. Sementara itu satu susu, bancuhan koko dan biskut oreo kisar, kacau perlahan dan curah dalam agar2 tadi. Kacau rata.
  2. Tuang dalam acuan pilihan hingga habis, biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga agar2 menbeku. Keluar dan hidangkan. Sedap dimakan sejuk.

RINGKAS UNTUK WANITA BEKERJA....

rsz_dsc_5211
Salam petang...cakkk...lalala, silap makan ubat, tu pasal jadi macam ni. Petang ni takde entri2 hebat, ingat nak buat kek, tapi tu lah, budak2 takde laa ni, jadi kalau buat kang ada 4-5 hari tak habis2..huhu. Kadang2 kita nak buat tapi takde orang nak santap tu yang jadi malas, nak hadap sendiri pun tak boleh, tapi memang dah tak boleh...faham2 lah, dah gebu satu hal, kang melantak tak hengat, tau2 gol sudah....erkk..hehe. Entri kali ni memang tak menarik, mat mengaku, cuma tumis taugeh tauhu dan udang serta sambal tumis kupang berpetai. Tapi takpe, apa komen pun mat akan terima, cuma jangan kata mat nak publisiti murahan sudah lah. Sambil2 baca ni apa kata klik sini....terima kasih, alah cuma nak mengeratkan tali perpaduan sahaja...

rsz_dsc_5202
Kalau ada orang tanya mat, CM, rumah u memang masak lauk seakan2 sama ke?..Anda kena faham, mat duduk dengan mak ayah, jadi apa2 pun kita nak masak kena lah tanya mereka, yelah mereka kan tuan terutama, jadi perlu dihormati..Bukan mereka larang mat masak apa yang mat nak, tapi kadang2 malas nak masak pelbagai jenis, apa yang mat masak untuk mereka, kita pun sama2 makan...habis cerita. Sambal kupang tu, mat suka, sebab kupang segar, kupang sopan okeh, tertutup semua aurat dia masa beli tu...jangan memain ala2 entri dari blog ini. Isi kupang segar rasanya manis dan kalau tak ingat2 masa rebus, makan macam tu pun boleh habiss...Ok mat tulis resipi mudah kedua-duanya yea...Jommm...

TUMIS TAUGEH DAN TAUHU.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tauhu keras, didadu pada saiz sederhana
3 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1/4 cawan isi udang, cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng tauhu tadi hingga kelihatan sedikit berkulit, tolak ke tepi kuali dan masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau, tumis hingga layu dan gaul rata.
  2. Masukkan udang dan sos tiram, kacau dan tambah garam secukup rasa. Tuang sedikit air, dan masukkan taugeh, kacau pantas dan guna api besar, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat...

SAMBAL TUMIS KUPANG & PETAI....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan isi kupang
4 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 senduk nasi cili kisar

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tuang jus asam jawa, masukkan sedikit garam dan juga gula. Masak hingga mendidih, tambah petai dan kupang, gaul rata. Masak hingga pekat. Masukkan hirisan bawang besar dan rasa, jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti...

GULAI SIPUT SEDUT.....HMMM SEKSINYA BUNYI!!...

rsz_dsc_5180
Assalammualaikum, selamat tengah hari. Dah makan?...Yelah hari2 Isnin ni mesti ramai yang sibuk. Mat masak siput sedut ni hari, tapi yang mengerat dan mencuci dah pasti bonda lakukannya. Gulai siput sedut kira salah satu masakan orang2 melayu kita sejak dulu. Kebiasaanya dimasak lemak dengan batang keladi, tapi ada juga yang buat asam pedas atau ditumis begitu sahaja. Mat kalau siput ni masak ikut perintah tuan yang terutama, dan kebiasaanya masak macam dalam gambar tu tapi takmo pedas..huhu, kalau tekak kita orang suka pedas. Siput sedut biasanya sebelum masak, kita akan tabur hampas kelapa dan biar semalaman, siput tu letak dalam besen dan tutup permukaannya dengan tapis dan tindih dengan benda berat, jangan tak tutup, mau kang siput merayap, tengok2 esok siput semua tatau mana sudah pergi. Tujuan meletak hampas kelapa tu, supaya, siput tadi akan makan dan akan mencuci kekotoran dalaman, dan kita nak makan pun tak delah rasa "segan"...sebelum mat tulis resipi, jom kita tengok ini..yelah kata rakyat Malaysia kan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 paket batang keladi (beli yang dah siap disiang, ada jual di pasar tani atau pasar basah)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci isi ubi cekur (optional)
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput dicuci bersih, kemudian kerat hujungnya, kerat pada senggan yang ke-3. Buat hingga siap, cuci dan toskan. Batang keladi, dicuci bersih tos dan celur sekejap dalam air mendidih bergaram dan diletak sekeping asam gelugor. Bila lembut sedikit, tos dan ketepikan.
  2. Masuk siput dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai dan asam gelugor, masak hingga mendidih. Kemudian tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan batang keladi dan santan pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

CUCUR UBI KAYU BEREMPAH.

rsz_dsc_4958
Selamat pagi semua.. Hari ni Isnin kan, selamat bekerja bagi mereka2 yang bekerja, bagi yang tak kerja pulak, selamat dikerjakan yea...haha. Pagi ni nak berkongsi dengan anda semua satu resipi mudah, alah mat kan dok kampung jadi bahan2 mentah macam ubi ni semua mudah lah dapat, ada tanam kan farmville, tapi bukan mat yang tanam, Pak Brahim yang tanam. Ubi ni semua dah siap berparut awal2 dan dibekukan dalam freezer, bila nak guna kita kasi keluarkan terlebih dahulu hingga dia lembut, lepas tu boleh lah buat ikut resipi yang anda ingin kan.

rsz_dsc_4979
Hari ni mat letak resipi cucur ubi kayu berempah, senang dan cepat, ala2 rasa vadey pun ada gak. Yang ni anda kalau nak cepat, siap2 adun dan bentukkan dulu, tang bentuk tu ikut suka hati lah yea, mat buat leper2 macam begedel. Kalau nak buat bulat boleh, bujur pun molek juga. Sedap dimakan bersama sos cili dan di letak sedikit mayonnaise. Kalau nak makan dengan sos seribu pulau pun tak menjadi masalah. Rasa mat selain untuk sarapan, jamu minum petang pun sesuai juga nih....Resipi seperti dibawah ini....tapi sebelum tu sudi2 kan lah ke sini....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan ubi parut
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok daun sup, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
Garam secukup rasa
Sos kegemaran untuk mencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali garam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Kemudian ambil adunan kurang lebih 1 camca besar, bulat2 kan dan leper dan bentukkan seperti begedel, atau bulat atau bujur, terpulang. Buat hingga siap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhan hingga kuning keemasan pada keseluruah bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Sunday, October 30, 2011

NAK CARI PUBLISITI MURAHAN?....

(Gambar Ehsan Google)

Kadang2 kesian aku tengok blog DTS-MAT GEBU..bukan lah nak kata blog aku ni bagus, tapi bila fikir2 balik, aku tak mintak pun blog ni dikenali ramai, bila aku menulis resipi, hakikatnya hanya untuk diri aku dan mereka2 yang memerlukan. Dan bila ada benda yang aku rasa harus aku bagi tau pada blogger lain agar mereka berhati2...aku wajib tulis....bukan aku nak publisiti, lagi2 publisiti murahan, aku tau lah dah nak dekat hujung tahun, Malaysia pun mula nak buat jualan murah..habis tu ingat aku pun join sama ke program jualan murah tu?..

Bila aku up satu entri2 yang panas. Alah panas pun takdelah sampai 1 -2 ribu sekali on9..Blog masak2, yang singgah pun orang2 yang terlibat dalam dunia masakan dan mereka2 yang berminat. Blogger2 femes lain aku tak harap pun, entahlah kalau mereka hanya silent readers, aku ucapkan terima kasih pada mereka. Entri panas bukan apa, cuma nak menunjukkan belang manusia yang konon2 bijak, tapi plagiat hasil orang lain. Komen2 membina dari teman blogger, aku ucapkan terima kasih, sebab ada antara mereka dari golongan berpengalaman,

Isu publisiti murahan ni aku serius kata, memang aku tak suka, apa aku tulis, berdasarkan bukti, gilaa tulis isu2 tanpa bukti. Satu lagi bab2 femes ni semua, aku tak hadap benda2 tu, sungguh cakap ni, aku bukan jenis terhegeh2 promot blog aku merata2...dan aku bila BACKLINK entri dari blog lain, aku tak kira dari blog mana, macam blog ini.., asal aku suka aku buat..dannn sekelumit pun aku tak harap balasan, sampai nak suruh mereka buat entri khas untuk aku....kalau mereka buat, aku ucap terima kasih....tu saja....Jadi tolong yea, entri aku bukan untuk cari publisiti murahan......Sekian...

TUMIS PEDAS PUCUK PAKU MERAH..

rsz_dsc_5079
Entri kali ni cuma nak kongsi masakan mudah dan sayurnya pulak mudah didapati, samada beli di pasar tani atau pasar basah atau pun boleh petik sendiri. Ianya sejenis sayur kontan yang banyak tumbuh di kawasan2 tanah lembap, terutama tanah jenis gambut. Pucuk paku merah sedap digoreng pedas atau masak lemak dengan keledek. Selalunya pucuk muda yang warna kemerahan hingga sedikit kehijauan saja yang diambil. Bila memetik pucuk paku, guna pisau lebih memudahkan kerja, tapi berhati2 sebab kawasan mungkin agak semak...

Semalam tu kami petik disatu kawasan seperti gambar diatas, ni kira area2 Batu Pahat...Adehh, panas2 buta nih..nak beli bukan tak boleh, tapi kan memetik sendiri dia ada satu keseronokkan dan kepuasan, tapi bagi mereka2 yang kurang biasa, mat sarankan beli saja lah...habis cerita. Ok kita semak resipi mudah ni.. Kalau senang cuba tengok sini kejap... ^__^

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah, asingkan dari tangkai, cuci dan toskan
1/2 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
1 biji bawang besar hiris halus
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air dan masukkan sedikit garam. Biar mendidih.
  2. Masuk pucuk paku tadi bersama bawang besar hiris, gaul pantas, masak dengan api besar. Rasa dan tambah garam jika perlu, masak sekejap dan matikan api. Hidangkan panas..

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG...

rsz_dsc_5009(2)
Assalammualaikum, salam petang Ahad, semalam mat cuma letak entri satu, mengenai kes tu kan, macam malas nak cerita..cuma mat nak bagi tau saja, bukan nak cari publisiti murahan. Kadang2 benda yang kita kongsi tak sikit banyak boleh menyurangkan beban. Ntah lah, mat malas lah nak fikir2 benda macam ni, tapi itu memang hak kita, cuma kadang kala orang yang "berkuasa" ni lain, keadilan mereka boleh beli. Kes ni mat tau sejak bulan Februari 2011. Hmm.. kita tengok lah nanti macam mana yea. Ok hari ni mat share lauk asam pedas ikan sembilang. Semalam kami ke Parit Jawa Muar dan sambil2 tu singgah di pasar dan beli ikan2 segar. Jadi hari i mat masak ikan sembilang, feberet abah ni, masakan nya ringkas saja, tapi kan kalau nak sedap guna cili giling, aduhh memang terangkat sehhh...tau tak macam mana nak menggiling? Kalau tak boleh cer tegok kat sini.... ada tunjuk orang menggiling. Mat tulis resipi dia pulak, sudi2kan lah kalau ingin mencuba..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan sembilang segar (anggaran berat 750 gram)
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca teh serbu kunyit
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (nak guna serbuk perasa pun ok)
Air secukupnya
7 -8 biji terung telunjuk (boleh ganti dengan bendi)

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang puith
1/2 inci belacan
1/3 camca teh halba (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang, dikerat, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan garam selama 15 minit, kemudian cuci kembali dan toskan Terung telunjuk, dibuang sedikit kulit, belah dua tapi tak putus dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah serbuk kunyit dan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula atau serbuk perasa. Bila mendidih, tambah daun kesom dan bunga kantan. Masak sekejap hingga terung lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

Saturday, October 29, 2011

KONTROVERSI "BESAR" DTS!!....ANDA LIHAT SENDIRI..

YANG MENCURI GAMBAR DARI BLOG DTS-MAT GEBU SEDIKIT MASA DAHULU...

Sambal Tempoyak Masak
YANG AKU PUNYA DARI BLOG DTS.....TAKPE ALLAH MAHA ADIL, SINI TAK LEPAS, KITA JUMPA DI AKHIRAT KELAK......SEE YOU THERE!!!.....SALAM SAYANG DARI DTS-MAT GEBU UNTUK SEMUA PENGUNJUNG....ASSALAMMUALAIKUM...

Friday, October 28, 2011

SAMPAI BILA AKU NAK BERBLOG?....VERSI MAT GEBU..

rsz_dsc_4854
Salam malam semua, hmmm, petang ni tak masak apa2..penat..dan jemu dah tengok periuk2 tu semua, rasa nak rembat barang baru, tadi nampak periuk TEFAL macam mengancam juga, duit dia pun perghh mengancam..tapi apa lah sangat kalau ia dapat mengurangka ke stress an kita kala memasak dan bekerja di dapur..itu ibarat terapi..kalau orang kata membazir, apa mereka tau, kita yang menghadap dapur setiap hari. Walau bagaimana pun ikut lah keadaan kewangan dan keperluan... Berbalik pada tajuk di atas, sebenarnya mat ternampak judul yang menarik dari blog Ben Ashaari....tergerak pulak mat nak menulis satu perihal "sampai bila aku nak berblog".... sebabnya mat pernah dapat soalan ni dulu, dari sesorang, tapi mat malas lah nak layan...sebab susah senang berblog ni hanya blogger yang punya blog saja yang tau.

Nampak gambar di atas tu, mat tangkap siang tadi, masa mat cuci2 pinggan, tiba2 mat nampak ada seekor anak serangga mentadak mentadu merayau di dedaun herba Basil mat. Menarik dan mat ambik gambar dia untuk diguna kalau ada entri yang sesuai. Rasa mat entri ni sesuai..kenapa?.Anda perhatikan serangga kecil itu. Hmm, sebenarnya blog DTS-MAT GEBU sama lah kecil dengan serangga tersebut. Walaupun blog nampak tua, tapi hakikatnya banyak lagi benda yang belum kita terokai... Macam serangga kecil di daun tu, dia akan berjalan perlahan dari daun ke daun sambil memerhatikan keunikkan setiap helaianya..walaupun pada mata kasar kita nampak sama, tapi tidak pada dia... Jadi soalan sampai bila nak berblog tu, takde jawapan, yang pasti selagi Allah kurniakan kesihatan, ketajaman akal fikiran, kudrat dan usia, insya Allah blog akan hidup..walaupun jika aku tiada lagi, blog tetap akan ada "roh" ku di sini... Salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

PERIA KAMBAS TAUCHO BERUDANG..

rsz_dsc_4866
Petang.....sibuk ke?..Selalu hari Jumaat waktu rehat kan panjang sikit kan. Petang ni mat letak entri yang mudah juga. Hanya peria kambas yang mat goreng dengan tauco dan udang. Tauco tu kalau masin, anda letak dalam tapis dan cuci sikit bawah air paip. Peria kambas tu mat rendam dalam air garam dalam 15 minit macam tu, sebelum dimasak. Bukan semua orang suka makan peria kambas kan, tapi ianya ada unsur2 perubatan. Lagi2 peria katak yang kecil tu, walapun pahit tapi khasiatnya tinggi. Memasak ni ada masa perlu kesabaran..tapi dalam kesabaran tu kepantasan juga amat penting, bayangkan kalau kita nak masak untuk tetamu, mesti ada perancangan kan apa menu yang harus disaji. Bila dah ada perancangan, maka persiapan lebih rapi dan kerja jadi lebih mudah....erkk, terpanjang pulak bebel.. hmm ok semak resipi mudah ni pulak...Jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas, saiz sederhana
1/4 cawan isi udang, cuci dan toskan
1 camca besar cili kisar
2 camca besar tauco, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub ikan bilis (optional)
4 biji cili padi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria kambas dibelah 2, buang isi dalam dia, kemudian belah2 lagi dan kerat kecil, rendam dalam air bercampur garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar, taucho dan sos tiram, tumis hingga cili garing. Masukkan udang, kacau dan tuang air. Biar mendidih.
  3. Masukkan peria kambas (toskan) dan gaul rata. Masak hingga peria lembut. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam (mat tak letak garam dah ). Masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi.

LEMAK PUCUK UBI DENGAN KUPANG.....

rsz_dsc_4873
Salam pagi Jumaat, hari ni tak de entri sarapan, sebab mat makan benda2 biasa, roti dan biskut. Hari ni mat masak awal dan mat letak juga entri awal sikit. Hari ni untuk tuan yang terutama, mat masak lauk feberet dia. Pucuk ubi petik kat tanah rendah saja, kupang pulak tu hari abah mat beli jadi dah siap2 rebus, kupas dan bersihkan. Jadi bila nak guna senang lah sikit. Masak ni mudah dan kalau bagi mereka2 yang baru menikah, dan katalah mak pak mertua datang rumah, apa kata try masak2 kampung macam ni, serius nih, orang perempuan, walaupun pandai belajar, modern dan ada "class" dalam macam2 hal, ada kala orang2 tua ni tak pandang sangat benda2 tu, tapi kalau ada satu2 benda yang boleh memikat hati, mesti mereka akan ingat dan kenang, paling mudah masakan lah....eh mat gebu selalu melayan orang2 berusia ni, jadi aku tau lahh....ini cuma pendapat saja lah..tak paksa....apa mat tulis ni kurang lebih sama dengan tujuan blogger ini menulis dalam entri beliau...cuba baca di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 genggam isi kupang, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci, tos dan rebus hingga 3/4 lembut. Toskan dan cuci dengan air, perah dan hiris kasar. Masukkan ke dalam periuk bersama isi kupang, bahan kisar halus dan serai titik. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih.
  2. Bila pucuk ubi lembut, tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng....Pengsaaannn >___<

Thursday, October 27, 2011

KERABU TOMATO DAN TERIMA KASIH "BANGKU KOSONG"

rsz_dsc_4797
Petang semua...hujan masa mat tulis entri ni. Entri kali ni hanya yang mudah2. Tadi tengah hari selain mat masak lemak tempoyak tu, mat ada juga buat kerabu tomato ikan kembong. Benda ni semua tak rancang nak buat, sebab bahan2 dah ada, jadi kerja pun jadi mudah. Cuma satu lah slack sikit, mat gune kerisik yang silap, huhu, sepatutnya guna kerisik yang khas untuk gulai atau kerabu, ni mat terambik kerisik untuk masak rendang, dan hasilnya kerabu jadi gelap dan kurang menarik. Kerisik ni buat sendiri, bukan yang beli, jadi kita boleh kawal masa memasak. Selalunya untuk kari dan kerabu, kerisik lebih cerah dan sedikit gelap untuk rendang. Mat guna 1 camca besar sambal belacan, tapi sambal belacan guna cili merah bukan cili padi. Lepas tu tambah hirisan cili padi dan perah jus limau kasturi. Untuk kerabu ni mat buang biji tomato untuk mengelakkan ianya berair...Oh yea nak ucap terima kasih pada blogger "HasrulHassan"..sebab apa....nak tau sila baca di sini....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji tomato saiz sederhana cuci dan toskan (pilih yang keras sedikit)
3 ekor ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan
6 biji bawang merah, hiris halus
10 biji cili padi hijau, hiris halus (boleh kurangkan)
5 biji cili padi merah, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
5-6 biji limau kasturi
3/4 camca besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tomato dibelah 4 setiap sebiji, buang bijinya, kemudian hiris serong kecil, letak dalam satu mangkuk. Ikan kembong dibakar hingga masak, kemudian ambil isinya dan leraikan. Ketepikan.
  2. Dalam satu belas, masukkan bahan tumbuk halus, hirisan bunga kantan, cili padi merah dan hijau, dan sedikit perahan jus limau kasturi, kacau rata hingga semua sebati. Masukkan bahan2 lain kecuali baki jus limau kasturi, garam dan gula, gaul hingga semua rata.
  3. Tambah garam, gula dan jus limau kasturi secukup rasa. Mesti ada rasa masam, manis, pedas dan sedikit masin. Biar sekejap dan boleh hidangkan..

LEMAK TEMPOYAK IKAN SUNGAI.

rsz_dsc_4824
Assalammualaikum, selamat petang semua...dah makan tengah hari?. Hari ni atas permintaan bonda, mat masak lemak tempoyak ikan air tawar. Pada yang tak makan, anda boleh ganti dengan ikan lain, jenis ikan laut. Dalam masakan ni mat guna beberapa jenis ikan sungai antaranya ikan putih, ikan temperas dan ikan seluang. Nak kick lagi, tambah pulak petai..memang pengsan lah. Di rumah mat, hanya mat dan bonda yang makan tempoyak. Jadi yang lain2 tu mat masak lauk sardine sahaja..senang kan, kat rumah mat ni nak ikutkan makan mudah tapi ada yang cerewet, abah mat wajib ada ikan masin, kalau tak nanti dia komplen..huhu, dan ada juga mereka yang tak makan petai dan tempoyak, tu pasal mat kena masak beberapa jenis masakan. Tapi orang2 Malaysia sekarang ni mereka dah boleh terima banyak jenis masakan bangsa lain, nampak harmoni sungguh macam kat sini...Ok kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram ikan air tawar (mat guna ikan putih, ikan temperas dan ikan seluang)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
700 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
50 biji cili padi kampung jenis hijau
1/2 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi disiang, perap dengan jus limau kasturi dan garam, kemudian cuci bersih dan toskan. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk, satukan santan cair, bahan kisar halus, tempoyak dan serai titik, kacau rata dan didihkan. Masuk asam gelugor dan petai, kacau rata.
  3. Masukkan ikan dan tambah santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang disiat2. Masak dengan api perlahan hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

INI BARU BETUL SARAPAN BIDAN TERJUN....

rsz_dsc_4748
Selamat pagi semua, dah sarapan ke?. Pagi ni mat bangun seawal jam 3, pagi semalam tidur awal juga sebelum jam 12 macam tu. Masalah mat selalunya, kalau tidur awal bangun pun awal, sekarang ni macam blurr, nampak bantal jee. Pagi ni masak lah sarapan, goreng mi..tapi kan ni kira mi bodoh2 je, bukan mi meriah, kira bidan terjun bangunan nya. Bayangkan cuma ada taugeh, udang telur dan tomato sahaja...huhu, sikit je bahan2 dia kan. Kadang2 bila kita masak yang simple, yang mudah, cempak2 jee bak kata orang Muo, menjadi dan sedap. Kalau ikut beriya2 beno, rasa dia pun tak de lah semengah mana. Tapi masak2 ni pekara utama kesegaran bahan,2 kalau semua segar insya Allah sedap, segar macam yang di sini.. Sedap dihidangkan bersama teh limau madu...erkk bermadu?...wahhh macam kes dia ni lah....diam2 bermadu...pitammm >__<

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
2 genggam taugeh, dibuang ekor, cuci dan tos
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos tiram
1 biji tomato, dadu besar2
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap manis
Sos ikan secukup rasa
1/4 cawan isi udang
1 kiun pati ikan bilis (optional)
1/3 cawan air
Hirisan cili hijau/merah untuk hiasan
Belahan limau kasturi (tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan sos tiram, tumis hingga cili garing, guna api kecil. Tambah kiub ikan bilis (jika guna), kacau rata.
  2. Masukkan udang, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, bila telur sedikit mengeras, kacau hancur. Tambah kicap manis dan sedikit sos ikan. Gaul rata dan masukkan air. Kacau rata.
  3. Masukkan mi dan gaul rata. Rasa sedikit jika kurang masin, renjiskan dengan sos ikan. Tambah taugeh dan tomato, gaul rata dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan hirisan cili hijau/merah dan limau kasturi.

Wednesday, October 26, 2011

CINNAMON ROLL @ ROLL KAYU MANIS..

rsz_dsc_4662
Salam semua....amacam, baru balik beraya Deepavali ke...sah makan maruku kan. Malam ni letak entri roti, memandangkan musim roti macam nak kembali lagi, maka mat pun buat lah roti. Tadi masa mood malas datang, tiba2 teringin nak makan roti kayu manis atau cinnamon roll. Terus melambakkan bahan2 yang sepatutnya ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh, tekan on dann lepas 1 jam 30 minit, doh pun siap, makan berjalan lah proses meng roll itu doh menjadi roti yang tembam dan lembut....

rsz_dsc_4704
Teknik buat dia sama macam tuna roll, cuma kita ganti dengan brown sugar yang digaul dengan serbuk kayu manis dan tambah kismis (tapi mat guna mix fruit sebab kismis habis). Sapu mentega cair atas doh sebelum gula ditabur. Gulung macam swiss roll dan gulung ketat2...kerat 10 bahagian dan susun dalam paper cup bersaiz 4 inci. Kalau anda nak nampak berkilat, boleh sapu dengan apricot jem yang dimasak dengan sedikit air suam, sejurus roti masak, tapi mat tak nak sebab nanti jadi manis....Malam ni nak ajak anda lihat keunikan masyarakat Malaysia di sini.....nice okehh...kata 1 Malaysia kan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
1 camca besar penuh (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g lemak sayur (shortening)
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
5 biji ceri merah, dikerat dua setiap biji, untuk hiasan

BAHAN TABUR :-)
1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
3 camca besar gula perang (brown sugar)*
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
1/2 cawan kismis,

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper dan hias dengan sepotong ceri merah. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba.

MOOD MEMASAK KE LAUT...INI JE YANG ADA..

rsz_dsc_4634
Salam petang semua, langit mendung, dengan angin bertiup perlahan...hmm segar dan nyaman, rasa damai, tenang dan syukur alhamdulillah kerana diberi kesempatan menghirup udara segar. Petang ni mat nak letak menu yang mat buat, hanya masakan biasa, tiada yang istimewa. Mood memasak ke laut, takde idea dan rasa tak berapa rajin. Tapikan mat bersyukur sangat2 kerana punya teman2 blogger yang begitu memberi semangat dan perangsang. Mengingatkan kita bila kita rasa runsing..hmm terima kasih anda2 semua. Tadi hanya masak telur kukus serunding ayam dan juga sayur rampai berkupang...

rsz_dsc_4647
Masakan mudah2 saja, lagi pun lauk gulai nangka muda semalam ada ada berbaki. Kira orait lah kan. Kupang yang mat guna ni, kupang segar yang direbus sendiri, kemudian ambil isinya dan boleh digunakan sebagai perencah masakan, atau nak buat sambal tumis pun sedap juga. Rasa isinya manis. Ok mat tulis resipi dia...Blog pilihan DTS petang ini ---> di sini...

TELUR KUKUS SERUNDING AYAM....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur
1/2 inci halia, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar, dadu halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
2 camca besar seruding ayam
2 camca besar susu sejat
2 helai daun bawangm hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa*
Sedikit hirisan cili hijau/merah untuk hiasan*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siapkan kukusan. Sediakan 4 ramekin berisipadu 125 ml atau 1/2 cawan, sapu dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 diatas, kecuali garam dan cili untuk hiasan. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Tuang dalam bekas tadi sama banyak dan kukus 20 - 25 minit dengan api sederhana. Hidangkan..

SAYUR RAMPAI BERKUPANG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tauhu keras, dadu dan goreng sekejap, toskan
1/4 bahagian kobis bulat, hiris cuci dan toskan
3/4 cawan isi kupang, cuci dan toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Secubit gula
1/3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili merah dan hijau serta kupang, kacau rata dan masak sekejap. Tambah sos tiram, kacau dan masukkan tauhu, gaul rata.
  2. Tambah kobis, kacau dan masukkan air, masak hingga kobis lembut tapi masih rangup. Masukkan soo hoon (toskan) dan gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

MANFAATKAN APA YANG ADA.....JOM SARAPAN.

rsz_dsc_4576
Salam Rabu, dah sarapan...pagi ni bangun2 jee kan rasa macam ting tong, tatau dah ni nak masak apa, rasa malas pun ada, rasa tak rajin tak yah kata lahh 78 bakul rasa malas..perghh sikit punya banyak..tapi malas2 pun, takde mood pun, eh masih gak berblog, walaupun masa tu bernafas dalam lumpur. Memang mat angan2 nak cuti berblog sekejap, tapi macam mana baru 2-3 jam tak on9...dah macam bosan tahap nak terjun gunung kinabalu..huhu..susah lah ini macam kan, dah ketagih berblog. Bila kita buat blog, nama blog juga penting supaya mudah orang lain ingat, sama juga macam nak namakan baby...kena lah yang sedap dan ada makna, macam kes kat blog ini....memang pengsan lahh..

rsz_dsc_4602
Tak bagi tau pun dah tau kan, apa menu sarapan..alah hai kalau si mat tu, entri dia tak spaghetti, mi hoon, atau mi goreng...sandwich lepas tu nasi goreng, kann..apa nak buat kata orang2 tua jangan membazir, masak je apa yang ada, kan tak lama lagi dengar cerita harga barang2 nak naik, maka duit pun nilainya makin kecik. Ada berbaki nasi semalam dalam 4 cawan macam tu, jadi mat goreng saja. Letak lah juga kan resipi dia, nanti macam tak cun pulak entri....Blog pilihan DTS hari ni ---> di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji telur, dikacau sedikit
Sedikit bunga kobis, dipotong sekuntum2
5 tangkai kacang buncis, hiris halus
1 genggam isi kupang, cuci dan toskan
1 camca besar sos lada hitam
Garam secukup rasa
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk halus
Bawang goreng untuk hiasan
Sedikit lagi lada hitam kisar, untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, udang kering dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos lada hitam, kacau rata dan tambah kupang, bunga kobis dan kacang buncis, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar mengeras sedikit dan kacau hancur. Gaul rata.
  2. Tambah kupang dan garam secukup rasa. Masukkan nasi dan kacau rata, guna api besar. Masak sekejap. Rasa dan jika ok matikan api. Tabur bawang goreng dan lada hitam kisar sebelum dihidangkan.

LAGI 10 TIPS DARI DAPUR BERSAMA MAT GEBU

Cakkk!!....salam semua, wahh dah pagi ke, awalnyaa mat bangun ni hari belum jam 4 pagi okeh. Bila mat tulis entri macam ni, nampak aku seakan2 ok jee, macam dah kembali gila2 macam tu, tapi serius mat masih rasa tak berapa bess...ntah lah kadang2 malas nak fikir benda2 macam ni, ada masa takde apa2 masalah, tapi bila masalah datang, lepas satu, satu..hmm, sabar yea mat gebu, insya Allah nanti semua akan ok.... Jom lah kita skodeng 10 tips lagi untuk kali ni, tapi tips biasa2 saja, blog mat kan cikai2 je, jadi kalau nak bagi tips macam mana nak jadi jutawan, atau nak jadi blogger femes, memang mat tak reti lah.....

1 - MACAM MANA NAK BUAT DENGAN AIR REBUSAN AYAM NI?
  • Kalau mat lah, selalunya mat masukkan air rebusan ayam tadi dalam plastik bersih dan bekukan dalam freezer, atau tuang dalam cetak ais kiub , bekukan. Bila nak guna just campak 4-5 ketul dalam kuah... ^__^
2 - BANYAKNYA DURIAN...APA NAK BUAT EKS?...
  • Ooooo durian banyak yea..tatau nak buat apa. Ok macam ni, kopek durian tadi, dan terus bungkus durian segar tadi dalam plastik bersih yang kering, atau isi dalam tupperware. Simpan dalam freezer..bila masa nak guna buat bubur kacang ke, boleh lah guna, insya Allah rasa tak berubah pun.
3 - MAKK..PEDIH LAH MATA...MALAS LAH KUPAS BAWANG!!....
  • Erkk...pedih yea mata, ok satu tips dari blogger "Ummi Nor" pada komen pada n3 lepas, beliau sarankan mengupas bawang tadi dibawah air mengalir. Ada satu lagi tips yang mat tau, anda hidup kan lilin masa mengupas bawang, gas yang terhasil akan terhapus bila terkena haba dari api tadi...
4 - WAHHH CEPATNYA DONAT DAH SIAP....
  • Ini cara mat gebu...selalunya kalau nak cepat kira no time punya donat, mat akan letak donat yang de terap tadi oven, letak suhu rendah saja dalam 50C, on kan dalam 15 - 20 minit atau hingga donat kelihatan mengembang. Boleh goreng seperti biasa.
5 - HALUSNYAA SAMBAL BELACAN....MAK MERTUA MESTI SAYANG NIHH...
  • Kalau nak cepat lumat menumbuk sambal, selalunya mat akan letak sedikit garam kasar, dalam 3-4 butir macam tu. Tumbuk seperti biasa dan pastikan satu tangan digunakan untuk menutup sebelah mulut lesung, ini mengelakkan lada tadi tepercik ke muka..
6 - MACAM MANA NAK REBUS TELUR 1/2 MASAK DAN MASAK KERAS....
  • Kalau anda ingin telur 1/2 masak, rebus dalam air mendidih selama 4 - 6 minit, dan jika hendak telur rebus keras, rebus dalam air mendidih selama 12 - 15 minit dengan api perlahan, tambah sedikit garam untuk memudahkan telur dikupas..
7 - MACAM MANA NAK BUAT BREAD CRUMB SENDIRI?..
  • Selalu yang mat tau lah, untuk membuat bread crumbs atau serbuk roti sendiri, kita perlukan roti yang telah dibiarkan selama 2-3 hari, bakar pada suhu rendah hingga roti kering tapi tidak hangus, kemudian boleh kisar halus. Simpan dalam bekas untuk kegunaan kemudian..
8 - SAYUR TAHAN LEBIH LAMA DALAM PETI SEJUK...
  • Ini mat dapat dari sorang blogger yang kami panggil Kak Mulan. Mat pernah nampak dia menyimpan sayur dalam bekas bungkusan pack MILO dan sebagainya yang mempunyai bahagian dalam yang berkilat dan sayur tahan lebih lama dan segar.
9 - NAMA LAIN BAGI LEMAK SAYUR APA EKS?...
  • Selain dengan panggilan lemak sayur, shortening, spry dan crisco juga adalah lemak sayur, biasanya diguna dalam biskut, roti dan pastry.
10 - KENAPA PERLU ASING SANTAN CAIR/SANTAN PEKAT JIKA MASAK LEMAK....
  • Sejak mat kenal dunia masak2 ni, mat perhatikan bonda dan mak2 sedar tua kami di Johor, kalau masak lemak samada sayur atau daging, ayam dan ikan, mereka akan asingkan santan cair dan pekat. Bila masakan hampir masak, baru mereka letakkan santan pekat, kacau perlahan dan didihkan dengan api kecil sekejap (dalam 1 - 2 minit)...Tujuannya biar masak lemak kita kelihatan pekat dan menarik...

Tuesday, October 25, 2011

APAM BALIK....RESIPI HANA JEPUN..

rsz_dsc_4555
Salam malam, apa buat tu. Masih hujan sini, petang tadi saja2 lah buat apam balik, tapi pada mat ia lebih macam pancake, cuma ada sikit berbeza. Mat buat guna non-stick pan saiz 20 cm. Lenser dengan sedikit minyak, jangan banyak, cuma sapu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam minyak masak. Mat guna kurang lebih 1/3 cawan adunan sahaja, menghasilkan kurang lebih 5 keping apam balik, tapi kan serius kata, takdelah macam apam balik pasar malam, ini kira homemade punya....

rsz_dsc_4570
Hmm, tapi kan, apam balik ni tak sempurna sangat..huhu, kacang tumbuk takde, kacang merah tak de, cuma ada jagung krim saja...jadi lah, dah tu saja yang ada. Kalau anda nak buat, dan nak sedap, jangan lupa kacang tumbuk sekurang2nya, kalau kacang merah tu tak de pun takpelah. Sekarang ni kalau tengok apam balik pun dah mengalami evolusi, ada tu diletak pulut hitam dan kelapa. Apa2 pun terpulang pada citarasa masing2, kalau asyik yang sama, rasa bosan juga kan, sekali2 pembaharuan apa salahnya...Ok mat tulis resipi yang asalnya dulu mat dapat dari blogger masak2 Hana Jepun...manalah hana agaknya, dok menyepi saja sekarang ni... Blog pilihan DTS kali ini ---> di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
2 camca besar gula halus
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cawan susu sejat + 1/4 cawan air)
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca besar mentega cair
Secubit garam

BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kacang tanah, ditumbuk kasar*
2 camca besar gula pasir*(*disatukan)
3/4 cawan jagung cream
Sedikit mentega atau majerin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam bekas, satukan telur dengan gula, pukul hingga sebati. Tuang 1/2 cawan susu dan kacau rata. Masukkan tepung, soda bicarbonate dan baking powder, kacau rata dan tuang baki susu tadi. Masukkan mentega cair dan garam. Kacau hingga semua rata dan sebati. Ketepikan selama 15 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, gunakan api paling kecil, sapu permukaan kuali dengan minyak (mat sekadar lap permukaan kuali dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak masak). Bila panas, sendukkan bancuhan tadi anggaran 1/3 cawan, rata dan dia biar sekejap.
  3. Tutup permukaan pan tadi, bila kelihatan berbuih dan kering, boleh sapu sedikit mentega dan ratakan krim jagung, dan kacang tanah + gula pasir tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan lipat dua. Ulangi proses hingga siap. Boleh dihidangkan..

GULAI NANGKA MUDA DENGAN AYAM...

rsz_dsc_4510
Petang semua, dah makan tengah hari?...Mat hari ni masak gulai nangka muda dengan ayam, masak atas permintaan. Mat guna ayam tua. Sebab ayam tua rasa dia lagi enak dan ada mirip2 rasa daging ayam kampung. Nangka muda tu pula dari kebun kami. Mat masak kurang lebih 1 kg isi nangka muda yang telah siap disiang (terima kasih pada bonda sebab menyiang nangka tadi). Mula2 plan nak masak kari berkerisik, tapi mat tukar resipi pada saat2 akhir. Biasalah kita yang buat dia kan, jadi tepuk dada tanya selera.....

rsz_dsc_4529
Mat masak ayam ni guna periuk tekanan, jadi bagi mereka2 yang ingin mencuba dan tiada periuk tekanan, boleh guna ayam muda. Di sini mat celur dulu nangka tu sekejap. Dalam resipi ini juga mat guna 5 batang serai dan daun limau purut, anda yang tak suka daun limau purut boleh diganti dengan daun kunyit. Satu lagi kaedah, anda ada 2 pilihan sama ada hendak menumis rempahnya dengan sedikit minyak atau terus rebus bersama2 ayam tadi, terpulang pada anda. Mat rebus terus rempah2 dengan ayam, sebab guna ayam tua, maka kena lah masak dulu dalam periuk tekanan selama 15 minit bagi dia empuk sempurna....kita liht resipi sekarang...Blog pilihan DTS kali ini ---> di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang telah siap disiang, rendam
1 ekor ayam kerat 18 atau ikut suka
5 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
3 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 camca besar ketumbar biji
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca tej jintan kasar
3/4 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
30-35 biji cili padi (atau 5 biji cili merah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka di rebus hingga 1/2 empuk, toskan. Dalam periuk lain, satukan bahan kisar halus, serai dan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Masukkan santan cair dan air jika perlu, masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih hingga ayam 1/2 empuk.
  2. Masukkan nangka tadi bersama daun limau purut, asam gelugor, kacau rata. Bila nangka dan ayam empuk, tambah pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala.
  3. Masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain. Lebih sedap jika dimakan keesokkan harinya...Selamat mencuba..

SARAPAN SAMOSA....TAPI BUKAN AKU BUAT..

Assalammualaikum, selamat pagi Selasa semua. Dah sarapan? Hari ni mat sarapan samosa, tapi bukan mat buat, beli punya. Sebenarnya Sabtu lepas bonda keluar, dia singgah rumah sedara mat, jadi sedara mat bagi sebungkus samosa ready made, dan abah beli lagi sebungkus. Pagi ni mat goreng lah. Inti dia dari kentang, sama macam inti karipap. Mat rasa pernah buat dulu, tapi mat cari tak jumpa pulak..huhu, tatau mana letak dah. Kalau kita perhatikan samosa ni seakan2 popia berbentuk segi. Kalau resipi asal mereka menggunakan pastri, tapi pada zaman sekarang penggunaan kulit popia lebih praktikal dalam menghasilkan samosa yang lebih cantik dan ragup.

rsz_dsc_4484
Samosa berasal dari Asia Tengah dan popular di India, turut menjadi kudapan hangat di negara asia tenggara. Ada pelbagai versi samosa, samada berinti daging, ayam atau kentang. Di Malaysia ianya menjadi kudapan terkenal sepanjang masa, tak kira pagi, petang atau malam. Sedap dimakan bersama sos cili. Mat tak letak resipi lah sebab ini bukan mat buat. Cuma kalau anda nak cuba, boleh guna kulit popia, bersaiz besar, anda bahagi pada 3 bahagian, kemudian sambung kan menjadi jaluran panjang. Kerat dua dan isi dengan inti, lipat mejadi segi tiga, sapu hujung lipatan dengan air atau putih telur. 1 keping kulit popia saiz besar akan menghasilkan 2 biji samosa saiz sederhana. Insya Allah jika ada kelapangan, nanti mat buat dan letak cara langkah demi langkah dia....

Monday, October 24, 2011

KARI TUNA ALA SARDINE....

rsz_3dsc_4403
Malam menjelma, dan ini entri mat yang terakhir hari ni, hmmm....kalau orang tanya, CM u masih ketat, masih panas ke dalam hati pasal kes gambar tu...secara jujur, dalam hati mat masih ada sisa2 tak puas hati, geramm...ntahlah mungkin esok, ok lah kan, huhu kita tukar topik lain, malam ni mat nak share satu resipi yang menggunakan periuk tekanan. Anda kalau nak hasil macam ni, MESTI ada periuk tekanan atau pressure cooker, tu saja yang boleh mat kata, kalau tanya alternatif lain, memang mat minta maaf, sebab takde jawapan untuk itu. Sebenarnya periuk tekanan ni adalah satu keperluan, ianya berpuluh tahun sudah berada di pasaran. Teringat mat ada simpan surat khabar ulang cetak untuk hari merdeka 1957, dalam tu ada dah iklan periuk tekanan jenama "Prestige"....punya lah lama dari zaman dulu dah ada...Jadi jika kita berbicara perihal periuk tekanan pada zaman sekarang ni, ia bukan lah sesuatu yang modern...

rsz_1dsc_4432
Hari ni mat masak kari ikan tuna, atau nama Malaysia dia ikan tongkol. Mat masak selama 1 jam dalam dalam periuk tekanan menggunaan api paling kecil. Ikan akan kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2 ikan tadi lembut dan boleh dimakan, kiranya anak2 makan pun kita tak bimbang tercekik. Rasa ikan dia seperti sardine dan daging ikan dia tak hancur. Mat letak juga bendi, tapi yang tu letak last bdi sinila siap semua. Ok kita lihat resipi terakhir malam ni yea. Blog pilihan DTS --> di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tuna@tongkol jenis putih
1 1/2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
Garam secukup rasa
8 batang bendi muda
1 biji tomato belah 6
2 keping asam gelugor
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
3 camca besar rata rempah kari ikan (mat guna jenama Baba's)*
1/3 cawan air*(*bancuh hingga jadi pes)
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna, dikerat pada beberapa bahagian (mat kerat 5 untuk setiap seekor ikan, dan kepala ikan mat kerat juga) cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk tekanan, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan rempah kari dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil. Masukkan gula melaka dan asam gelugor, masak sekejap.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml), kacau dan bila mendidih masukkan ikan tadi, tambah garam secukup rasa, santan, kacau rata dan tutup periuk tekanan tadi. Pasangkan injapnya. Bila periuk berdesir, kecil kan api pada tahap minima. Masak 1 jam.
  4. Bila cukup masa 1 jam, angkat PC tadi dan letak dalam sinki, lalukan air atas atasnya hingga hilang bunyi desiran. Buka periuk. masak kembali dan boleh masukkan bendi dan cili hijau/merah belah. Masak hingga bendi lembut. Akhir sekali masuk tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

CUKUP2LAH TU MENCURI HAK ORANG LAIN.....

(Gambar Kredti pada Kak Ct Delima)

Salam semua, selamat petang. Dunia makin mencabar sekarang ini, kalau dulu kita merujuk pada media masa seperti surat khabar dan majalah sebagi sumber rujukan, tapi kini ada alternatif lain iaitu internet, semua maklumat yang kita hendak ada di hujung jari. Pihak media ada tu mula kering idea dan mereka turut mengskodeng bahan2 dari internet untuk digunapakai sebagai bahan rencah dalam cerita2 sensasi mereka. Blog aku yang cikai ni pun banyak kali jadi mangsa. Baru2 ni, majalah ternama juga lah di Malaysia ni...apa nama dia, majalah "SEDAP" macam gambar atas tu, telah mencuri gambar dari blog DTS, crop dan memuatkan dalam majalah mereka. Aku memang amat amat jarang beli majalah ni, ada lah sekali dua. Mat pun dikhabarkan mengenai Majalah tak SEDAP ni oleh teman2 blogger masakan. Ingatkan sejak kes majalah SAJI dulu, tak dah yang buat lagi, tapi adaaaa lagi, dulu SAJI, lepas tu SEDAP pulak...apa yang sedap pun aku tatau lahh....kalau setakat tulis dengan pelbagai tips, dengan gambar yang konon sesuai dengan tips..tapi gambar colek dari blog aku....

(Gambar Kredit pada Kak Ct Delima)

Isu ni pada aku bukan lah besar sangat, mungkin pihak SEDAP google, lepas tu sebab blog aku ni kan blog paling terfemessss di Malaysia, jadi tu pasal ramai yang berkenan sangat, konon dalam berjuta2 gambar, dalam blog aku paling lawaa...tapi tak kesah lah nak ambik, sekurang2nya jgn lah crop (eh aku letak watermark tgh2 gambar, tgk sini utk gambar asal), kalau tak muat dalam majalah, at least tulis sumber gambar dari mana...pakcik google tu pun bukan jenis tak sekolah, apa2 gambar sekali pun dia ada kasi sumber dari mana...betul tak. Lagi satu, sos yang kat aiskrim tu bukan bluberry, tapi "PITABERRY",sian pada pembaca2 majalah SEDAP, buta2 kena tipu. Aku sebagai blogger masak2 nak bagi nasihat sikit lah pada pihak2 media ni, engkau kalau nak hak orang, kalau tak reti nak email mintak izin, at least tulis sumber dari mana, jangan main letak jee.. Tak malu ke majalah ternama buat macam tu..Ingat, kami blogger2 ni penyampai maklumat terpantas...kalau sekali nama anda tercalar...ia akan merebak dan secara tak sengaja reputasi sebagai majalah SEDAP...akan jadi tak SEDAP....jadi guna akal fikiran yang Allah bagi, bukan guna jalan pintas.....kadang2 kami ni blogger lagi beretika, tulis sumber dapat dari mana, siap bagi backlink (orang SEDAP tau ke "backlink" tu apa, yelah korang tau sapu hasil orang lain je kan.).

Aku bukan nak bersikap kasar, tapi sendiri fikir, selama aku berblog ni, aku dah jumpa macam2 karenah orang, yang curi hasil kami blogger2 masakkan lepas tu buat e-book, jual dengan harga RM 50 pun ada, kalau aku ni pembohong, sila tanya blogger2 masak senior. Lepas tu ada macam2 hal lagi, sampai kami naik muak..nak muntah...kes orang2 yang berniaga on-line guna gambar2 dalam blog aku, konon contoh hasil produk mereka...apa ni semua, guna gambar orang lain sebagai contoh produk anda...nak berniaga kena jujur, tu pasal orang melayu ni kalau business tak boleh tahan lama, kejap je lingkup...sebab hal2 macam ni lah...maaf lah kalau ada yang kata aku kutuk bangsa sediri. Aku pun penat dah buang masa sebenarnya buat entri macam ni, ingat aku suka ke...TAPI orang2 majalah SEDAP....fikir lah yeaa....takkan itu pun orang2 macam kami ni nak ajar....Salam penuh duka dan kecewa dari DTS-MAT GEBU.....

ANGEL HAIR GORENG TOM YAM.

DSC_4375
Salam tengah hari....phewwwwww..baru siap keje ni, dah lah tu, tadi dapat berita panas..yang tu sat lagi ceq buat entri pasal tu. Tadi blurr nak buat sarapan apa. Pisang ada, kalau goreng kang dah minyak, lepas tu kalau tak makan, terbayang2 pulak pisang goreng cicah sambal kicap. Kali ni masak pasta angel hair tom yam, kira dah habis ikhtiar nya resipi. Rasa masam2 tu yang buat tekak lagi rasa sedap, ada bau2 harum herba dan pedas cili padi, tu pun mat perah lagi jus limau kasturi bagi rasa extra masamm...perghh i like..meleleh air liur...

DSC_4384
Cute kan udang tu, huh besar punya takde, jadi gunalah yang comel2. Nak pedas berapi sampai keluar asap telinga, tabur lagi hirisan halus cili padi dan juga hirisan daun bawang. Bila menyediakan sarapan ni kadang kala agak memeningkan, kalau nasi lemak jemu dah, roti canai, aduhh lagi pengsan..nak rebus ubi, takde pulak. Selalunya kita utamakan anak2, sebab mereka ini adakala cerewet...eh orang tua pun ada tu cerewet gak kan, lagi susah kalau orang tua cerewet, pengsannn >__< ....erkk...hehe

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
1 gengga, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam, guna apa jenama ikut pilihan anda
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasa
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

HAZMAN HALID, ZULFIKAR DAN PAYEDD87....SIAPA MEREKA INI?

Sebelum lena dibuai mimpi, dan sebagai entri terakhir malam ni, nak letak 3 blog kaum Adam. Pertama sekali blogger Hazman Halid....cukup berbakat dalam bidang muzik dan fotografi. .teringat gambar yang aku cukup2 berkenan dulu iaitu, hidangan makanan dalam dulang enamel lama. Blog beliau di sini.....

Ke dua, blogger Payedd Hanafi, yang ni mat jumpa semasa google nama "mat gebu"... Seorang pendidik, tapikan sebab apa mat pilih blog dia malam ni, kerana...kerana...haha, ni sesuai untuk makcik2 kantin yang punya anak2 dara...erkk..nak kata pun tak pandai, sendiri tengok di sini.....

Dann yang terakhir, ini dia Encik Zulfikar, anak tokey kilang air batu...jangan memain, mau beku sorang2 kang...tulisan dia sekali naik kat entri...perghh hambik ala2 cerita 1001 malam, but seriously, i like, menarik, kelakar dan ada kala terselit sindiran sinis....blog dia di sini..... Ok tu saja untuk entri penghabisan malam ini....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU... Jumpa esok, Insya Allah....

Sunday, October 23, 2011

RENDANG SOTONG..... SEDAPP I TELL YOU!!

rsz_dsc_4366
Salam petang semua.....kali ni mat nak letak satu entri yang mat tak boleh nak makan, cuma masakkan sahaja....huhu, ikut tekak memang nak, tapi terkenangkan kegatalan yang akan ku alami kemudian nanti, terus takmo dah. Ingat resipi sotong ala sardine tempoh hari di sini... Baru2 ni abang mat ada beli lagi, kali ni pun saiz giant juga 2 ekor = 1 kg!!..pepandai lah u all agak besar ke tak..Tadi mat cadang buat rendang tapi sebab sotong tu memang sah keras jelatu nya kalau dimasak2 macam tu saja..jadi as an alternative mat rebus dulu dalam periuk tekanan atau omputeh nyebut pressure cooker selama 30 minit. Lepas tu baru masak rendang. Sebab sotong tu dah masak, kita letak dalam kuah rendang yang hampir kering, masak sekejap lepas tu siap dah..ok mat tulis resipi dia...Jommm....

BAHAH-BAHANNYA :-)
1 kg sotong saiz besar (mat guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
2 camca besar penuh rempah kari
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
  3. Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut...

JOMMM NGETEH.....

rsz_dsc_4350
Selamat pagi semua, dah sarapan? (uikk dekat tengah hari dahh!).. Pagi ni kita orang sarapan tuna sandwich saja, mudah bukan, semalam pun sarapan yang sama. Ada orang tak suka sangat benda2 macam ni, tapi mat gebu mana ada kesah, tak mo, alternatif lain ada, biskut pun ada, boleh cicah air kopi. Sandwich ni amat mudah, budak2 pun boleh buat. Anak2 ni kalau kita ajar lah benda2 asas, macam masak nasi, atau buat masakan2 mudah, nanti yang senang mereka juga. Zaman sekarang ni tak boleh ada fikiran sempit, anak lelaki tak boleh ajar masak2 ni semua, takut lah kan nanti jadi "in the middle"..huhu mindset orang kita memang dah dibajai dengan benda2 macam gitu dari dulu..anak lelaki pantang ke dapur, semua bebankan pada anak2 perempuan...lepas tu ada satu lagi, kata orang perempuan belajar setinggi mana pun last2 duduk diceruk dapur....tak releven dahh benda2 tu sekarang ni. Itu pandagan mat lah....tak setuju takpe...bukan mudah uruskan kerja dapur nihh....betul tak puan2 semua?...Blog pilihan DTS hari ni ialah ---> di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
4 keping daun salad (mat guna "butterhead")
8 keping hirisan tomato
2 biji gherkin jeruk, hiris serong nipis
Sedikit hirisan gegelang bawang besar
2 keping keju chesdale
1 tin tuna in oil, toskan
2 camca besar mayonnaise
2 biji limau kasturi, perah jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuna dihancurkan, campur dengan mayonnaise dan perahan jus limau kasturi, kacau rata. Ambik sekeping roti, alas dengan 2 keping daun salad, letak sekeping keju, susun 4 keping tomato, sedikit gegelang bawang dan juga hirisan gherkin.
  2. Sudukan 2 camca besar bancuhan tuna, ratakan. Letak sekeping lagi roti atasnya, tekan sedikit. Buat kaedah sama pada baki bahan tadi. Hidangkan segera sebagai sarapan atau minum petang atau late nite supper (habislah gebu nanti!!)...

Saturday, October 22, 2011

10 TIPS DI DAPUR DARI MAT GEBU..

Salam malam semua, hari ni mat cukup malasss...seriuss ni, mengaku, bukan main2 okeh..tahap malas dia sampai rasa macam nak abaikan blog 2-3-4-5-6-7-8-9-10 hari macam tu...tapi soalannya...mampu kah?...Baru 3-4 jam tak jengok, dah rasa macam nak sembelit. My blog is my life, my passion and my soul....serius nihh....Blog tanpa benda2 tu semua umpama tanah perkuburan...hmmm, hari ni masak betul2 sejenis saja, esok tengok lah aku masak berjenis2..goreng telur pun nanti mat letak kat DTS...muntah darah sudah pastinyaaa...yang mengata pun tak yah cakap lahh..berdoyon2!!!. Lantak lahh..tak kesah pun..luu kutuk guaa, pahala guaa dapat, sapa yang rugi?...Ok malam ni sebelum tidur nak share beberapa tips di dapur...yang dah tau sila duduk diam2...okehh...

1- NAK CEPAT LEMBUT KAN MENTEGA MACAM MANA?...
  • Ok ni cara mat gebu... Keluarkan mentega dari peti sejuk, masukkan dalam plastik bersih dan PASTI kan plastik tu tak bocor. Kemudian rendam plastik berisi mentega tadi dalam mangkuk berisi air, kasi tenggelam dan bahagian atas plasti letak tepi mangkuk, ini mengelakkan air masuk. Nanti mentega cepat lembut, boleh guna untuk buat kek...
2 - TEPUNG BERLAPOK, GULA BERSEMUT, YEAST ROSAK...ADA TIPS?...
  • Cara mat gebu lagi, simpan benda tu dalam peti sejuk...nak tahan lama lagi simpan dalam freezer, terutama yeast. Bila anda ada projek nak buat kek, roti atau sebagainya, keluarkan bahan2 tadi sejam awal. Insya Allah semuanya masih ok...sama juga dengan yeast, masih sihat walafiat (resipi aku yg menjadi tembam2 tu, tepung dia, yeast dia, semua tersimpan dalam freezer okeh!!)..
3 - OVALLATE TU APA, TUJUAN DIA APA...
  • Ovallate ialah sejenis penstabil kek. Meluas digunakan dalam pembikinan kek, terutama kek span. Penstabil ini berasid dan ia menaikkan adunan telur yang dipukul dengan lebih cepat serta menstabilkan adunan telur supaya tidak kehilangan udara. Ini amat penting untuk proses pembikinan kek span.
4 - TIN KEK HITAM DAN TIN KEK ALUMINIUM, KENAPA PERLU SUHU BERBEZA?..
  • Ok secara amnya, warna hitam kadar penyerapan haba lebih tinggi berbanding warna lain. Sama juga dengan tin kek warna hitam, suhunya memang kita kena turun kan sekurang2nya 15C dari suhu yang disyorkan dalam resipi atau ikut kebiasaan oven anda, contohnya, kalau suhu 180C, suhu yang disyorkan, jika anda guna tin hitam, jadikan 165C...
5 - PISANG APA PALING SESUAI UNTUK BUAT KEK...
  • Pada mat, pisang paling sesuai untuk buat kek, sudah pasti lah pisang rastali, selain harum, produk kek kita kelihatan bintik2 hitam yang selalu ada pada kek pisang (tapikan mat guna pisang embun pun ok juga...pisang montel pun ok..).
6 - RESIPI TULIS - "MASUK TELUR SATU PERSATU"..JARAK MASA DIA BERAPA?...
  • Apa yang mat baca dan praktikkan, jika resipi kek tulis "masukkan telur satu persatu", jarak waktu antara satu biji telur sebelum masuk sebiji lagi ialah 1 minit..... ^___^
7 - KAN DAH TUMPAH AIR...APA NI ANAK DARA BUAT KEJE TAK SENONOH!!!...
  • Kann dahh kena marah dengan mak...Ni pakcik mat nak tegur, kalau buat air panas, samada air teh ke, kopi ke, tuang 1/2 dulu air hangat dalam teko, kacau hingga gula hancur, baru tuang baki air hingga kuantiti yang anda perlukan. Kalau isi penuh2, nanti kacau, mesti tumpah2 kan...sila angguk kalau setuju.....pandaiinyaaa!!!..
8 - DOUBLE ACTING BAKING POWDER TU APA?...
  • DABC atau serbuk penaik dwi tindakan merupaka campuran serbuk penaik. Ia bertindak dalam dua keadaan, pertama bila terkena cecair dan kedua bila terkena haba, digunakan dalam pembikinan kek, scone, roti segera dan biskut.
9 - MACAM MANA NAK BUAT BAWANG GORENG YANG RANGUP DAN SEDAP..
  • Ok, ini cara mat lah yea. Gunakan bawang merah kecil, kupas, cuci dan tosk kering. Kemudian hiris halus, guna pisau tajam. Gaul bawang tadi dengan sedikit garam halus dan gula halus hingga rata. Panaskan minyak (gunakan minyak baru) dan goreng hingga kuning keemasan, matikan api, angkat, toskan dan ratakan atas beberapa lapisan paper kitchen towel. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara...
10 - YIS BASAH NAK GUNA BANYAK MANA? YIS KERING NAK GUNA BANYAK MANA?..
  • Dulu mat pernah guna. Dari apa yang mat baca, selalunya yis basah ni perlu guna 2 kali ganda dari yis kering. Kalau 30 gram yis basah, guna 15 gram yis kering (atau instant yeast), ratio dia 2:1 dan yis basah memang kita kena aktifkan dulu, bagi dia berbuih2. Instant yeast tak perlu, boleh terus masuk dalam bancuhan tepung. Apa2 pun ia bergantung pada resipi yang diberi....
Ok itu sahaja tips yang termampu mat fikir buat masa ni, harap membantu tak sikit banyak...jika anda ada tip berguna boleh tinggalkan diruang komen (kalau ada blog letak sekali link blog anda), mat akan buat satu entri nanti dan letak tip2 anda berserta backlink blog anda juga.....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

MASAKAN PALING CEPAT DAN PALING MUDAH.

rsz_dsc_4265
Selamat petang semua...huhhhhh..penat, hmm, tak masak yang bes sangat, cuma sempat masak sup kentang dengan telur saja. Ada hal sikit dan pagi tadi secepat kilat mat masak. Selalunya kalau kami nak ke mana2, dan jika mat turut serta, mat pastikan nasi dah masak dan juga 1-2 jenis lauk, untuk mereka yang tinggal dirumah. Hmmm, mat memang susah hati kalau tinggalkan rumah tanpa memasak dulu, dah memang tebiat aku macam tu, lagi2 kalau mak ayah kita yang tinggal..Tulis ni bukan lah nak suruh orang puji, cuma rasa itu tanggungjawab kita sebagai anak, walaupun pada keseluruhan, mat bukan lah baik sangat, aku ni jenis degil, kalau dulu melawan cakap, aku lah no.1, dulu lahh, sekarang tak kot, insya Allahh....

rsz_dsc_4268
Resipi sup kentang dengan telur ni kalau mat tak letak resipi pun ok dah rasanya. Sebenarnyakan rasa segan juga nak letak entri2 macam ni, mat rasa macam nak cuti berblog saja hari ni, tapi sebab ada masa terluang sikit sekarang ni, baik on9 dan letak lah apa2 entri sekalipun, kata orang bagi tunjuk "muka"..erkk bukan muka mat gebu, alahhh..kita ni apa lah sangat rupa tak de, harta lagi lah tak de, harap kan set2 antik dan piuk belangan saja...siapa lah pandang...kalau tak, takkan ada yang kata blog DTS ni menumpang kepopulariti blog orang lain..sian kan...hmm takpelah...janji entri aku bukan curi orang lain punya atau kopipes dan mengaku sendiri punya....perghh...tulis pun ala2 penuh perasaan..konon2lahh kan.hehe..Ok blog pilihan DTS hari ni ialah ----> di sini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap biji, rendam
4 - 5 biji telur gred B
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
60 gram fucuk @ tauhu kering potong kecik dan rendam hingga lembut
1 kiub ayam
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasa
Lada hitam kisar (extra)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Tuang air secukupnya hingga kentang tenggelam, masukkan kiub ayam (jika guna). Masak hingga kentang 1/2 empuk.
  2. Pecahkan telur satu persatu dalam periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kacau berhati2. Masukkan fucuk (toskan) dan juga soo hoon (toskan). Tambah garam secukup rasa dan juga lada hitam.
  3. Masak dengan api sederhana hingga fucuk lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..

Friday, October 21, 2011

MUFFIN JEM RASPBERI....

rsz_1dsc_4218
Malam semua, jomm makan muffin, hari ni saya lah menerai sejenis muffin ni. Semalamkan masa soping barang2 dapur dengan itu anak dara ku, kami beli spatula. Dekat kertas pelekat spatula tu tertera 2 resipi muffin, satu blueberry muffin dan satu lagi chocolate muffin. Tiba2 mat nak mencuba lah salah satunya, dan boleh juga bawak esok sebagai buah tangan. Tapikan muffin ni saiz jumbo...pada mat lah ia agak besar, dan satu yang mat suka, dia guna soft brown sugar, jadi tak delah manis sangat. Tapi tulah, korek2 dalam peti sejuk cari blueberry filling, semua dah licin, nasib baik ada jem raspberry jenis tak manis. Mat guna sebagai ganti....

rsz_dsc_4236
Dari apa yang mat tau lah kan, muffin dia tak sama macam cupcake, terutama dari segi teksture. Cara membuatnya pun berbeza. Selalunya muffin kaedahnya ialah bahan basah kita masukkan ke dalam bahan kering, kemudian gaul pantas dan tidak boleh terlebih gaul. Kalau cupcake kaedahnya sama macam kek. Teksture muffin sedikit keras dan dalamnya berongga agak kasar. Kalau cupcake lebih lembut dan halus seperti kek biasa. Ok malam ni mat nak sangat anda singgah dan baca mengenai kesah seorang isteri yang menderita bila suaminya koma.. di sini. Hmmm, terims kasih Ben atas info...

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
3 biji telur
120 gram gula perang @ soft brown sugar
200 ml susu segar
360 gram tepung gandum*
15 gram baking powder*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
Jem raspberry secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin berlubang 12 dengan paper cup. Ketepikan. Sementara itu, tepung dimasukkan ke dalam mangkuk besar, buat lubang di tengah2 tepung tadi.
  2. Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega, gula perang, susu, telur, esen vanilla dan garam, putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
  3. Kemudian tuang ke dalam tepung tadi, gaul hingga sebati, tapi jangan gaul lama sangat. Cukup semua bahan sebati dan mesra. Isi adunan dalam bekas muffin tadi, sudu kan 3/4 camca teh jem raspberry.
  4. Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan muffin dan sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba...