Salam petang semua, langit mendung, dengan angin bertiup perlahan...hmm segar dan nyaman, rasa damai, tenang dan syukur alhamdulillah kerana diberi kesempatan menghirup udara segar. Petang ni mat nak letak menu yang mat buat, hanya masakan biasa, tiada yang istimewa. Mood memasak ke laut, takde idea dan rasa tak berapa rajin. Tapikan mat bersyukur sangat2 kerana punya teman2 blogger yang begitu memberi semangat dan perangsang. Mengingatkan kita bila kita rasa runsing..hmm terima kasih anda2 semua. Tadi hanya masak telur kukus serunding ayam dan juga sayur rampai berkupang...
Masakan mudah2 saja, lagi pun lauk gulai nangka muda semalam ada ada berbaki. Kira orait lah kan. Kupang yang mat guna ni, kupang segar yang direbus sendiri, kemudian ambil isinya dan boleh digunakan sebagai perencah masakan, atau nak buat sambal tumis pun sedap juga. Rasa isinya manis. Ok mat tulis resipi dia...Blog pilihan DTS petang ini ---> di sini...
TELUR KUKUS SERUNDING AYAM....
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur
1/2 inci halia, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar, dadu halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
2 camca besar seruding ayam
2 camca besar susu sejat
2 helai daun bawangm hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa*
Sedikit hirisan cili hijau/merah untuk hiasan*
CARA MEMBUATNYA :-)
- Siapkan kukusan. Sediakan 4 ramekin berisipadu 125 ml atau 1/2 cawan, sapu dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan.
- Satukan semua bahan2 diatas, kecuali garam dan cili untuk hiasan. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Tuang dalam bekas tadi sama banyak dan kukus 20 - 25 minit dengan api sederhana. Hidangkan..
SAYUR RAMPAI BERKUPANG....
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tauhu keras, dadu dan goreng sekejap, toskan
1/4 bahagian kobis bulat, hiris cuci dan toskan
3/4 cawan isi kupang, cuci dan toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Secubit gula
1/3 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili merah dan hijau serta kupang, kacau rata dan masak sekejap. Tambah sos tiram, kacau dan masukkan tauhu, gaul rata.
- Tambah kobis, kacau dan masukkan air, masak hingga kobis lembut tapi masih rangup. Masukkan soo hoon (toskan) dan gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..
5 Comments
jd rujukan kami juga tu cmg...saya msh buntu nak msk apa tgh hari ni..huhu.telur jelah jwbnyer.
ReplyDeleteanyway terima kasih ye...blog cik mat msh tetap jd penyumbang tertinggi bg blog saya sejak bln lps lg..sgt tggi jumlahnyer.terima kasih byk2.
Telor nmpk cm sedap
ReplyDeletetakde mood pon hasil mnwan
hamboi takde mood papa tu macam sehabis gila mood jiji ni
ReplyDeleteyummy,yummy,bilakah agaknya dapat merasa masakan mat gebu ini?
ReplyDeleteMat, ko punya ke laut, cenggini rupa, agak kalau ke darat, cemana agaknya eh? Mama kalau ke laut.. memang nampak laut je la bukan lauk! Hahahahaha...
ReplyDelete