Petang.....sibuk ke?..Selalu hari Jumaat waktu rehat kan panjang sikit kan. Petang ni mat letak entri yang mudah juga. Hanya peria kambas yang mat goreng dengan tauco dan udang. Tauco tu kalau masin, anda letak dalam tapis dan cuci sikit bawah air paip. Peria kambas tu mat rendam dalam air garam dalam 15 minit macam tu, sebelum dimasak. Bukan semua orang suka makan peria kambas kan, tapi ianya ada unsur2 perubatan. Lagi2 peria katak yang kecil tu, walapun pahit tapi khasiatnya tinggi. Memasak ni ada masa perlu kesabaran..tapi dalam kesabaran tu kepantasan juga amat penting, bayangkan kalau kita nak masak untuk tetamu, mesti ada perancangan kan apa menu yang harus disaji. Bila dah ada perancangan, maka persiapan lebih rapi dan kerja jadi lebih mudah....erkk, terpanjang pulak bebel.. hmm ok semak resipi mudah ni pulak...Jommmm...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas, saiz sederhana
1/4 cawan isi udang, cuci dan toskan
1 camca besar cili kisar
2 camca besar tauco, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub ikan bilis (optional)
4 biji cili padi
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas, saiz sederhana
1/4 cawan isi udang, cuci dan toskan
1 camca besar cili kisar
2 camca besar tauco, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub ikan bilis (optional)
4 biji cili padi
CARA MEMBUATNYA :-)
- Peria kambas dibelah 2, buang isi dalam dia, kemudian belah2 lagi dan kerat kecil, rendam dalam air bercampur garam. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar, taucho dan sos tiram, tumis hingga cili garing. Masukkan udang, kacau dan tuang air. Biar mendidih.
- Masukkan peria kambas (toskan) dan gaul rata. Masak hingga peria lembut. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam (mat tak letak garam dah ). Masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi.
7 Comments
lapar pulak tetibe -,-
ReplyDeleteohhhh ohhh
ReplyDeleteape2 masakan kalo peria
mesti mimi suke sgt
pahit2
sedapnyeeee
suka lauk tu bang mat..nanti nak try lah
ReplyDeletekak cek memang suka peria...walaupun pahit...:D
ReplyDeleteEhh..sama plak topik kita ekk..hari peria sedunia kot..hehe..
ReplyDeleteTapi xleh lawan CMG aaa...ngancamm gitu..peria yg sy masak simple je...
i like peria walaupun pahit... hehehe
ReplyDeletePeria katak dgn peria kambas tu lain ke? x sama eh?
ReplyDelete