SARAPAN SAMOSA....TAPI BUKAN AKU BUAT..

Assalammualaikum, selamat pagi Selasa semua. Dah sarapan? Hari ni mat sarapan samosa, tapi bukan mat buat, beli punya. Sebenarnya Sabtu lepas bonda keluar, dia singgah rumah sedara mat, jadi sedara mat bagi sebungkus samosa ready made, dan abah beli lagi sebungkus. Pagi ni mat goreng lah. Inti dia dari kentang, sama macam inti karipap. Mat rasa pernah buat dulu, tapi mat cari tak jumpa pulak..huhu, tatau mana letak dah. Kalau kita perhatikan samosa ni seakan2 popia berbentuk segi. Kalau resipi asal mereka menggunakan pastri, tapi pada zaman sekarang penggunaan kulit popia lebih praktikal dalam menghasilkan samosa yang lebih cantik dan ragup.

rsz_dsc_4484
Samosa berasal dari Asia Tengah dan popular di India, turut menjadi kudapan hangat di negara asia tenggara. Ada pelbagai versi samosa, samada berinti daging, ayam atau kentang. Di Malaysia ianya menjadi kudapan terkenal sepanjang masa, tak kira pagi, petang atau malam. Sedap dimakan bersama sos cili. Mat tak letak resipi lah sebab ini bukan mat buat. Cuma kalau anda nak cuba, boleh guna kulit popia, bersaiz besar, anda bahagi pada 3 bahagian, kemudian sambung kan menjadi jaluran panjang. Kerat dua dan isi dengan inti, lipat mejadi segi tiga, sapu hujung lipatan dengan air atau putih telur. 1 keping kulit popia saiz besar akan menghasilkan 2 biji samosa saiz sederhana. Insya Allah jika ada kelapangan, nanti mat buat dan letak cara langkah demi langkah dia....

Post a Comment

10 Comments

  1. musim orang buat & makan samosa laaa pulak dua tiga hari ni...

    ReplyDelete
  2. oh..silalah ajar..saya kemaruk nak makan samosa ni...mekasih abang mat...

    ReplyDelete
  3. bak samosa seketui........pi tengok dapur 'easybakes' cepat!ada oreo jelly...

    ReplyDelete
  4. akulah yg jd pelanggan tetap membeli samosa segera macam ni kat KipMart tu..hehehehhe

    ReplyDelete
  5. kalau kat kedah samosa dia ada pencicah sendiri....kuah dia manis2 gitu...

    ReplyDelete
  6. makanan yg camni bnyak memerangkap minyak..jadik buatlah sndiri & gorenglah mnggunakan mnyak jagung/minyak bunga matahari/ kalo rasa kaya sgt gunala mnyak zaitun hehehe...

    ReplyDelete
  7. selalu beli yang frozen jer... tapi kalau CMG dah tunjuk cara, boleh cuba buat sendiri :)

    ReplyDelete
  8. aaaa
    teringat mase bulan pose kat UTM dulu,
    menjual samosa
    aduhai
    rindunyeeelaaa

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.