MASAKAN PALING CEPAT DAN PALING MUDAH.

rsz_dsc_4265
Selamat petang semua...huhhhhh..penat, hmm, tak masak yang bes sangat, cuma sempat masak sup kentang dengan telur saja. Ada hal sikit dan pagi tadi secepat kilat mat masak. Selalunya kalau kami nak ke mana2, dan jika mat turut serta, mat pastikan nasi dah masak dan juga 1-2 jenis lauk, untuk mereka yang tinggal dirumah. Hmmm, mat memang susah hati kalau tinggalkan rumah tanpa memasak dulu, dah memang tebiat aku macam tu, lagi2 kalau mak ayah kita yang tinggal..Tulis ni bukan lah nak suruh orang puji, cuma rasa itu tanggungjawab kita sebagai anak, walaupun pada keseluruhan, mat bukan lah baik sangat, aku ni jenis degil, kalau dulu melawan cakap, aku lah no.1, dulu lahh, sekarang tak kot, insya Allahh....

rsz_dsc_4268
Resipi sup kentang dengan telur ni kalau mat tak letak resipi pun ok dah rasanya. Sebenarnyakan rasa segan juga nak letak entri2 macam ni, mat rasa macam nak cuti berblog saja hari ni, tapi sebab ada masa terluang sikit sekarang ni, baik on9 dan letak lah apa2 entri sekalipun, kata orang bagi tunjuk "muka"..erkk bukan muka mat gebu, alahhh..kita ni apa lah sangat rupa tak de, harta lagi lah tak de, harap kan set2 antik dan piuk belangan saja...siapa lah pandang...kalau tak, takkan ada yang kata blog DTS ni menumpang kepopulariti blog orang lain..sian kan...hmm takpelah...janji entri aku bukan curi orang lain punya atau kopipes dan mengaku sendiri punya....perghh...tulis pun ala2 penuh perasaan..konon2lahh kan.hehe..Ok blog pilihan DTS hari ni ialah ----> di sini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap biji, rendam
4 - 5 biji telur gred B
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
60 gram fucuk @ tauhu kering potong kecik dan rendam hingga lembut
1 kiub ayam
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasa
Lada hitam kisar (extra)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Tuang air secukupnya hingga kentang tenggelam, masukkan kiub ayam (jika guna). Masak hingga kentang 1/2 empuk.
  2. Pecahkan telur satu persatu dalam periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kacau berhati2. Masukkan fucuk (toskan) dan juga soo hoon (toskan). Tambah garam secukup rasa dan juga lada hitam.
  3. Masak dengan api sederhana hingga fucuk lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..

Post a Comment

13 Comments

  1. sedapnya Mat klu dpt makan time2 hujan cmni...lagi klu letak sambal kicap pedas..ermmm ngencessssss

    ReplyDelete
  2. baru jer kata eh CMG tak update ari ni, dah keluar resipi ini. sedap gilersss ni!

    ReplyDelete
  3. akak respect abih kat Cik Mat - masak telur dgn kentang je pun dah nampak very de' exclusive ...! Memang terliur nih .... :-)

    ReplyDelete
  4. Simply mabeles CMG, I like your post very much... Best jugak try lauk2 simple... My faveret is ur asam pedas, wpun kat Glasgow x jumpe bunga kantan etc tp dh blajar 'derhaka' resepi tetap mjadi.. Keep going strong ye ^_^

    ReplyDelete
  5. Ammpunzzz...ni sop pe-be-ret anak2.sokmo kalo malas memang masak lauk ni aje...tapi lauk yg simple camni la depa pulun makan..muah2

    ReplyDelete
  6. salam ...saya dh masak resepi nie semalam, sedap laa mat ..sy now pengikut setia blog mat gebu nie :D

    tempe lemak manis pun dh cuba buat gak dah ..hehhe

    ReplyDelete
  7. mat. ada petua tak, tuk tak bagi telur tu pecah?

    ReplyDelete
  8. best ni...nak try waktu sahur..kot2 anak mahu mkn lebih he he

    ReplyDelete
  9. salam mat gebu... wah nampak sedap jer. lagi plak time lapo2 nie.hihi
    jemput ke blog sy
    http://sitirasyidahrazali.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...pandai masak..

    jeles tengok orang pandai masak ni..


    jemput blogwalking:
    www.rinaprettyhealthy.com

    ReplyDelete
  11. Nice blog sis, visit my blog http://dorajimi.blogspot.com/

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.