BEN ASHAARI

Thursday, March 31, 2011

LEMPENG PISANG....gaya....KAMPUNG

P1260915
Salam semua, anda perasan tak N3 di DTS kebelakangan ni, simple dan biasa2 saja je kan...huhu, tak pe ikut keadaan dan masa. Blog masak2...nampak senang kan..tapi mat boleh kata, blog masak2 antara blog yang banyak kerja..kenapa?....Ok biar mat cerita. Bayangkan untuk satu N3 resipi. Anda perlu memasak, kenal pasti bahan2. Bila selesai, tiba pulak proses menggayakan makanan tadi dalam bekas sesuai, selalunya kaler putih lah menjadi pilihan, tapi mat tak terikat dengan kaler putih sahaja, ini kerana mat sendiri mempunya koleksi set lama dan antik, jadi baik gunakan. Lepas tu kena siapkan prop atau lokasi yang sesuai untuk gambar makanan itu diambil....bersambung......huhu...tu dulu..lain kali cerita lagi yeaa... kali ni jom lihat resipi kampung yang senang sangat nih..

P1260920
Lempeng pisang atau dalam bahasa inggeris kita panggil banana pancake..terus nampak macam "kelass" kann. Nampak menawan tak lempeng pisang tu?..Asalnya lempeng ni saiz dia besar, dan tak sekata. Apa2 benda pun jika kita nak menarik perhatian orang, mesti kena lawa, cantik dan bergaya waima ianya hanya benda ringkas dan mudah dibuat. Lempeng pisang ni mat terap dengan acuan bentuk "chenta" yang bersaiz agak besar juga. Mat buat dalam 5 keping dan gunakan untuk gambar dalam N3 ini. Buat dia senang dan secara jujur yang ni bukan mat buat, tapi bonda ku, Puan Jamaliah yang membuatnya..hehe, aku tak berapa rajin pulak petang ni, tangan sakit....kan, biasalah mat gebu kan anak emak...manjaaa gitu....muntah ke u all baca?..Hahaha...ok jom semak resipi yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 biji pisang emas, dibuang kulitnya
12 camca besar gula halus
1/3 cawan kelapa parut putih (optional)
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
3/4 cawan tepung gandum
Sedikit air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek pisang tadi hingga lumat. Tambah garam, gula dan baking powder, terus melecek hingga sebati. Tambah parutan kelapa dan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Jika nampak terlalu pekat, tambah sedikit air lagi. Kacau rata dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan n0n-stik pan saiz 9 inci,lenser dengan sedikit minyak dan masukkan 2 senduk adunan tadi, ratakan dan biar masa. Kemudian terbalikkan dan masak lagi hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan...

LEMAK PUTIH PUCUK UBI..... SKANDAL TERBARU DTS...HA?

P1260907
Salamm...haha, jumpa bersama mat gebu sakit tangan...Nama baru. Kongsi n3 cikai lagi, tapi tak pelah, sedap ni, lauk orang kampung. Abah mat bawah balik pucuk ubi dari kebun, bila dah ada bahan mentah, maka pemerintahan pun berlaku, jadi patik hanya menurut perintah. Sedap dimakan bersama ikan masin/ikan goreng atau telur asin, dan juga jangan lupa sambal belacan..wajibb yeaa. Mat masak cair je santan dia, kalau sapa2 nak pekat tu terpulang...psstt, orang rombau kalau nampak seyy masak ni, huihh apo cair jalang bona kuah eyyy...hadoii pengsann hokeyy!!.. Pstt gossip skit, DTS tak lama lagi nak jalinkan skandal baruuu..haha, jangan memain, ni dalam sesi suai kenal dulu..Ben Ashaari?..dia tak pe, biar jeee...Skandal baru DTS nie pun ada Vlog juga...jangan memain..Tak caya?..cuba klik sini.....Caya takkk?...Amacam..pengsan kann >__<

BAHAN -BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk ubi
3 batang serai, dititik
800 ml santan cair
200 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Rebus hingga lembut, toskan dan perah, kemudian kerat2 sikit. Masukkan ke dalam periuk bersama2 serai, bawang merah, bawang putih, udang kering dan santan cair. Kacau dan masak hingga bahan lembut.
  2. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan, ikan masin/ikan goreng dan telur asin...

PANAS DARI DAPUR MAT GEBU....

P1260901
Assalammualaikum, hadoi selow gila ni hari, mat gebu kan baru baik sakit tangan, jadi aku tak boleh ganas2 beb..Buat kerja pun berhemah, tak boleh nak laju semacam, sebenarnya mat rimas buat kerja macam siput..Nasib baik laptop kat meja dapur, boleh nyambil2 kata orang Johor. N3 nasi goreng je...Amacam terkesima nengok udang tu kannn..eleh eleh, tak nak ngaku..kononn, psttt...bukan anda je terkesima, mat gebu pun sama nkoo, sebab apa tau...huhu..sebab udang tu eksen saja untuk masuk blog, aku tak bley lah makan, yelah ubat gatal memang ada tapi kan..adehh malas nak cerita lah....(((kolestrol)))...hmmm. Nasi dia mat makan lah, erkk, bijakkan, udang tak, nasi balun, sama gak, jus2 udang sudah keluar masuk dalam nasi...Ok lah nak cepat ni sambil masak..Jom semak resipi...Oh yeaa...ada yang tanya mat, u tak keje ke che matttttt...ha ah i ni full time blogger...boleh macam tu?....hmmm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dikareh
1 biji bawang besar saiz sederhana, dihiris
8 ekor udang saiz sederhana
3 batang jejari ketam, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, ambik bahagian putih, hiris halus
2 helai daun limau purut
2 biji cili merah*
5 biji cili padi*
1 camca besar udang kering, cuci*(*ditumbuk lumat)
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
4 biji cendawan butang, hiris
3 tangkai kacang panjang, hiris
1 1/2 camca besar pes tom yam LIFE
2 biji telur, dipukul sedikit
Lada hitam secukup rasa
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun ketumbar sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan
Belahan limau kasturi sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai hiris, daun limau purut dan bahan tumbuk lumat hingga harum. Masukkan pes tomyam, kacau rata. Tambah kacang panjang, cendawan, red/yellow capsicum dan gaul rata.
  2. Tolak ketepi dan masukkan telur, bila mengeras sedikit, hancurkan dan gaul rata. Masuk udang dan jejari ketam dan nasi. Kacau rata. Tambah sos ikan secukup rasa dan masak hingga nasi kelihatan mesra. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan belahan limau kasturi. Boleh lah santap...

Wednesday, March 30, 2011

APA YANG ANDA MAHU SEBAGAI BLOGGER ?..


Salam semua, kadang2kan anda terfikir tak, apa yang anda mahu sebagai seorang blogger?...Follower?....Traffic?...Pengaruh?....Popular?...Kepuasan?...dan banyak lagi lahh. Kadang2 kita bersaing sesama sendiri, ada tu secara sihat....ada juga secara sederhana sihat....yang tak sihat langsung pun ada.. caci mencaci, menulis keburukan blogger2 lain yang tidak "ngam" dengan mereka...atau mempersoalkan dan mengkritik hebat dengan carutan2 yang tidak bermoral...langsung tak menunjukkan mereka itu seorang yang beradap sopan, melepas kan perasaan tanpa berfikir secara manusia terdidik serta matang. Tak delah kata mat gebu matang sangat, seharusnya begitulah kalau nak dipandang pada usia 25 + 10....kannnn..


Manusia ni tak pernah puas....bila berada di puncak kepuasan..rasa macam nak duduk kat situ selama2nya...bila terancam, tergugat sanggup lakukan apa saja... Itu bukan sikap yang profesional. Apa2 pun yang berlaku, kita kena lah terima dengan hati terbuka, hidup ibarat roda, ada masa kat atas, ada masa kat bawah...lama2 roda pun boleh pincang juga. Hmmm....dulu kan, mat pun tatau apa yang mat mahu sebagai seorang blogger, cuma tau tulis resipi, letak gambar dan publish N3. Bertahun2 macam tu, lagi pun mat hanya dikelilingi dengan blogger masak2 dan segelintir blogger2 lama..Tapi syukur alhamdulillah makin lama, kita akan lebih faham apa yang kita nak, nawaitu berblog penting, perasan tak satu kes duluuuu, ada yang buat blog semata2 untuk melepaskan nafsu amarah, ketidakpuasan hati dan menghina blogger lain...mereka puas mungkin kali dengan cara itu, tapi dari satu sudut, kepuasan mereka itu dibayar dengan kehinaan...Kita tak nak kan sampai mati, tulisan hina kita itu masih tersangkut dan berada dalam ranking SEO yang hebat...

Satu lagi, berblog ni perlu gigih...serius..tak bermakna bila link blog kita berada dalam senarai blogger pemess...contoh blog "Ben Ashaari" lahh. kita rasa dah selesa..tak boleh macam tu, sebagai blogger kita tak boleh berharap sangat pada blogger lain atau bergantung terus pada mereka untuk mempromosi blog kita, mereka hanya membantu sekadar termampu....betul ni bukan nak sindir atau perli siapa2. Lagi pun era sekarang kalau perhatikan, saluran untuk blogger mempromosikan blog ada di mana2.....Jadi manfaatkan lah kebijaksanaan anda sebagai blogger Malaysia yang hebattt...Salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

MAYONNAISE CHERRY BUN....

P1260857
Salam malam, huaaaaa...ngantuk sudah, macam mana ni, belum waktu tidur sepatutnya, tapi mata dah layu. Syukur alhamdulillah, tangan mat dah mula beransur nak baik. Kalau sakit takkan aku buat roti, betul tak, eh eh eh, memang lah my bibik's yang buat tapi bab membentuk, mencuci gadget2 tu semua, sapa buat?..mat gebu jugakk...kann.Tapi memang sakit semalam, mood merudum terus..huhu. Ok petang tadi saja2 lah menderhaka satu resipi roti ni. Ceritanya mat kemas2 pantry, sekali kan...kan..kan, aku kan terjumpa kan. halwa ceri yang masih elok lagi...huhu terfikir ni apa nak buat dengan benda alah ni, bukak buku, selak internet bagai, sekali "Tingggggg"...haha idea derhaka timbul...Mat memah dah angan2 lama nak try derhaka..Hari ni semuanya berlaku dengan jayanya, syukur alhamdulillah...

P1260880
Menghasil kan 10 biji bun, tapi mat buat 9 sebab nak bagi susun nampak elok dalam baking tray yang ada. Mat buat guna Breadmaker dan ceri tu mat letak kemudian, agak2 dalam 1 minit sebelum tamat waktu mengadun. Pasal mayonnaise tu kan, mat nak test, apa akan jadi kalau kita tambah dalam doh tu, dengan tidak meletak pelembut roti. Boleh tahan, roti lembut dan gebu lahh..yelah kalau kita malas nak guna water-roux. boleh ganti dengan mayonnaise dalam 1 camca teh. Ok jom semak resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
25 gram tepung susu
30 gram telur (pukul 1 biji telur dan timbang)
60 gram gula halus
40 gram mentega
1/4 camca teh garam halus
1/2 camca teh bread improver
1 camca teh mayonnaise
1/2 camca teh esen vanilla*
1/2 camca besar susu cair*
12 biji halwa ceri, belah 8 setiap biji
120 ml air
8 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali yang bertanda (*) ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on...Masukkan ceri merah tadi dalam doh bila tempoh menguli berbaki 1 minit lagi. Biar hingga doh siap.
  2. Tabur tepung gandum pada meja kerja dan keluarkan doh, uli sekejap dan bagi pada 10 bahagian sama besar. Bulat2kan seperti membuat bun. Susun dalam tin yang telah disapu sedikit mentega. Sapu permukaan bun dengan bancuhan baki telur tadi dan bahan bertanda (*)..
  3. Rehatkan 45 minit atau naik sekali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selamat 2o - 25 minit. Keluarkan dari tin dan sejukkan.Hidangkan sebagai sarapan atau minum petang....

BILA BEN ASHAARI BERSEMBANG DENGAN KAK LIZA.....

Salam semua, N3 selingan sekejap yeaa..nak bagi tau, geng masak2 mat , kak liza atau Chef Hanieliza (gambar di atas tuu) dengan rasminya telah ber Vlog dalam segmen sembang2 bersama Ben Ashaari...menarik dengan kupasan mengenai buku2 masakan kak liza...Anda boleh klik sini untuk menyaksikan segmen sembang2 tersebut, Berilah sokongan anda pada 1 tube, produk Malaysia tuuuu, tunjukkan pada mereka yang sering mempertikaikan keupayaan anak2 tempatan, kita pun mampu buat dan berjaya.....Tahniah dari DTS-MAT GEBU untuk Chef Hanieliza dan juga Ben Ashaari..... (^_*)

URAP PUCUK UBI & TAUGEH.....FEBERET AKU.

P1260854
Salam petang, haha, ulang tayang lagi..biasalah mat gebu...tak lama lagi dapat gelar pulak mat rewind..yelah dok ulang2 resipi yang sama je. Tak kesah lah..mat senang je, kalau sudi silakan lah tengok, kalau tak sudi pun tak pe, tak kecik hati langsungg, dalam dunia blogging ni tiada paksaan...kann. Tapi terima kasih tak terhingga mat pada mereka yang tanpa jemu sudi singgah walaupun masakan mat biasa2 seperti anda lihat. Tips untuk blog masak2 mat nak bagi tau sikit. Paling utama gambar, memang kena menarik dan terang, sebab blog macam kita ni tak de cerita bess..tak de artis seksi dedah2, paling seksi pun udang atau ketam je...Cuma harapkan resipi je kan, jadi strategi utama ialah gambar, penting sebagai tarikan utama. Biar masakan semudah telur mata kerbau, tapi kalau kena gaya, ianya akan nampak lebih berketrampilan. Gunakan cahaya semulajadi, seelok-eloknya. Ok, lain kali mat bagi pulak tips "food styling" gaya mat gebu yeaa...

BAHAN-BAHANNYA
1 cekak pucuk ubi
2 genggam taugeh
1 cawan kelapa parut putih
Garam gula secukup rasa
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/3 inci kunyit hidup*
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*ditumbuk hingga lumat)
Cili padi kampung sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan celur hingga lembut, tos, cuci dan perah, hiris sederhana halus. Masukkan dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Satukan kelapa parut bersama bahan tumbuk halus, gaul rata dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kemudian masukkan taugeh dan pucuk ubi, gaul rata2.
  3. Goreng dalam kuali tanpa minyak hingga urap nampak lembut tapi masih rangup, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan cili padi kampung. Makan bersama nasi hangat....hmm sedappp lahh!

KARI IKAN.....ala.....MAMAK.

P1260850
Assalammualaikumm..cakkk!!..haha, Che Mat Gebu in the house...amacam dah siap masak?. Menu apa ni hari. Sepatutnya mat nak cuti, tapi kan hati tu tak tenteram..mana2 merayau pun dok ingat kat blog siaaa. Tak pelah, kalau mat bercuti nanti, ada pulak yang rindu, nanges2 bagai, mat gebu kan jenis tak sampai hati..lagi2 kalau ada yang nanges....kannn...lemah semangat terus.. Ok tengah hari ni saja teringin sangat2 nak makan kari ikan, tapi style mamak, yang tak guna santan tu...TAPI kan mat guna juga santan dalam 1/4 cawan, bukan apa nak ngabis kan baki semalam punya. Ikan terpulang nak guna apa jenis, tenggiri sedap, bawal pun boleh, ikan pari pun sesuai, ikan merah pun ok atau ikan unga pun lazat. Mat guna ikan kegemaran mat lah Japanese Mackerel, ada orang kata, CM, u tak takut ke ikan dari Jepun tu ada kesan radiasi, tah2 ikan tu makan orang...huhu...malas nak komen... Ok jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan Japanese Mackerel (atau ikan pilihan anda)
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah belah 2
1 keping asam gelugor, jika perlu
1/4 cawan santan (optional)
1 camca besar penuh cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
2 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama Baba's)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 biji tomato merah, dicincang halus
1 inci halia, hiris nipis
1 camca teh halba campur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat 4 setiap seekor (ikut saiz ikan) cuci bersih dan toskan. Bancuh rempah kari tadi dengan air sehingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga layu dan harum, tambah cili kisar dan serbuk kunyit, tumis lagi hingga cili garing. Masuk bancuhan rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, bila mendidih, masukkan santan, garam secukup rasa dan sedikit gula. Rasa dan jika perlu masukkan asam keping. Biar mendidih perlahan hingga ikan masak. Masukkan tomato dan cili belah. Biar sekejap. Boleh hidangkan....

4 BLOGGER YANG BUAT AKU BANGGA.....TAHNIAH!!

Salam semua..hmmm, mata tak boleh nak lelap..tapi dah mula ngantuk..jadi kalau ada ter typo, pandai2 lah betulkan bunyi dia...aku tak larat dahh nak berblog. N3 ni mat letak untuk memberi tanda sokongan dan ucapan tahniah untuk kawan2 dunia blogger. Ada 3 dunia blogger yang berlainan aliran telah menghiasi dada2 majalah di Malaysia bagi bulan April 2011 ini. Secara tak langsung ia menaikkan nama kita sebagai blogger2. Dan ini juga akan membuka mata masyarakat supaya mereka lebih hormat dan tidak memandang seorang blogger ini hanya satu pekerjaan sia-sia.. Nampak Majalah Jelita atas tu, keluaran April 2011, dua blogger masak2 yang dikalangan kami, memang tidak asing lagi....siapa tak kenal Kak Nor Secubit Garam dan Hana Memories yang dulu dok di Jepun, sekarang dah balik ke Malaysia for good....


Ini resipi dari Hana Memories, kalau nampak apam dot2 tu terus kenal dah ini resipi air tangan Hana. Ada 9 resipi dari Hana tersiar di Majalah Jelita April 2011...Tahniah hana...aku bangga lah dengan nkoo..hidup Jawa Batu Pahat.....bijakk kan mama Darwish nih, nanti Darwish datang rumah pakcik mat, jangan lupa suruh mama buat kan apam dot dot okehh...erkk..hehe....


Dannn tak lupa sorang lagi orang lama, gambar dia mabeless...gojess dan menawann.. Kak Nor Secubitgaram, femes ni dulu kat MyResipi. Ada 6 resipi dan 1 resipi langkah demi langkah..Tahniah kak nor...lepas ni mesti ada lagi resipi yang akan keluar di Jelita..hehe, akak memang jelita laa....Psstt Kak Ummi pun jelita gak kann...marah mek rebit sebab mat gebu ter ter ter lupa nama dia...huhu.... Seterussnyaa.....


Ada apa pulak dengan majalah Apartment terbaru ni?..kenapa mat gebu beli, dia dok apartment ke?..Sahh soalan macam2 kannn....Bukan apa, ini sebagai sokongan mat pada teman2 blogger, walaupun tak berjumpa secara nyata, tapi dengan cara ini tak sikit banyak dapat juga lah kita tunjukkan rasa gembira...tau tak blogger mana yang muncul dalam tu...haha, sahh lah tau, bujang lagi, belajar pandai, dan low profile..kann Eq...haha..

Dr. Eq ni orang lama dalam dunia blog, tapi dia bergerak perlahan2 namun stabil yeaa..Blog dia pun tak kurang hebat, klik sini. Tahniah untuk Eq dari DTS-MAT GEBU....moga semua impian anda tercapai....insya Allahh....Dannnnn yang terakhir, yang ni serius kami geng2 PML (Pinggan Mangkuk Lama) tabik hormat kat dia....siapa eks?...Jommm skodeng..

Orang nya kreatif, sentuhannya penuh citarasa bangsawan, koleksi nya tiada tolok banding, pendek kata kalau luu tengok, makin lama makin cinta..Neo tegur pun sah2 luu lupa nak jawab.. kann Tajj... April 2011, Impiana telah menyelit kan hias deco kediaman Taj atau Muhkriz Iskandar (sebelum ini pun telah keluar di Majalah hiasan dalaman untuk beberapa kali) ....kira dia ni pakar rujuk mat gebu dan yatt serta mereka2 yang minat PML...Jom cuci mata serba sedikit gambar2 dari majalah Impiana April 2011.


Aduhh...jelessss....berair mata tengok koleksi Taj nihh...buat pengetahuan anda, dia telah mula kolek sejak dulu2 lagii, masa zaman dia masih bersekolah. Sorang yang perpandangan jauh...dann hasilnya sekarang...harga berlipat ganda yang perlu kita keluarkan untuk memiliki barang seperti beliau....bijak..bijak...blog beliau di sini...


Haaaa...ni lagi yang buat kami kolektor nangesss...sampai mat gebu sakit tangan tak baik2..huhu. Nampak terpesong tak N3 kali ni...hmm tak pe lah kan, mat pun dah kata, masa2 kritikal macam sekarang ni mat akan cuti berblog...Ben Ashaari tak caya..huhu tak pelahh...kita tengok lah nanti, kalau ada n3..ada lahh...kalau tak de, tak delah...kann.....Ok semua, salam sayang dari DTS-MAT GEBU...jaga diri anda sebaik mungkin yeaaa.....

Tuesday, March 29, 2011

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN.

P1260819
Salam petang semua, nampak gayanya kan...kan...mat kena lah terima kenyataan, sakit tangan ni disebabkan aku terlebih berblog...huhu majoriti kata macam tu...cuma aku sorang je menafikannya.. Arghh, kena rehat tulis N3 ni, dan bermakna tak de lah masak2...kalau dah cuti berblog, mat gebu pun akan cuti masak juga...baru adil...kannn. Tak pe lah ikut keadaan, kalau mat ok, ada lah N3, kalau esok tak de N3, jadi anda pun faham kan kenapa...Sebelum mat rehat...jom kita lihat resipi biasa dari dapur mat gebu yang idea macam dah nak kering nihh...Bubur kacang hijau durian saja, semua orang pandai buat kan. Kata orang, kacang hijau ni boleh buang angin dalam badan... Ok jomm mat share resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/3 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya)
Sedubit garam
Gula, jika kurang manis
1 liter santan
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih. Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
  2. Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas. Juga sedap dimakan bersama roti atau biskut krim kraker...

AKU TAK KIRA.....GATAL PUN...AKU NAK JUGA!..

P1260813
Sungguh rasa tak selesa...aduhhhh...mood sebenarnya tak bagus ni, tapi kan, tak pelah demi blog mat tolak tepi perasaan tu..ni semua gara2 tangan ku sakit. Cuaca pulak panas lain macam, rimasnyaaa... Tekak pun mula meragam, nak makan yang pedas, cair dan masam. Apa lagi kalau macam tu, sah2 lah tomyam..kann.. Selemey peti sejuk cari apa yang ada...huhu, cuma ada udang jee, lantak lah, udang pun ok. Terus on projek. Campak jelah apa2 sayur yang ada...lepas tu cari limau nipis tak de, belasah guna limau kasturi...hmm sedap juga, mat guna pes tom yam instant LIFE, pada mat sedap dan berperisa... Ok jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang saiz besar, dibersihkan
1/2 batang lobak merah, hiris
1 cawan bunga kobis yang telah dipotong sekuntum2
1 biji bawang holand, belah 4
10 biji cili padi merah siam, dititik
4 kuntum cendawan butang dalam tin, tos, cuci dan hiris
1 biji tomato, belah 6
1 batang saleri, hiris
2 camca besar penuh pes tom yam "LIFE"
1 liter air rebusan tulang ayam
Secubit gula
Sos ikan secukupnya
4 - 5 biji limau kasturi
1 pokok daun ketubar, cuci bersih dengan akar2nya sekali
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, hiris dan diketuk
3 helai daun limau purut
Sedikti serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan lengkuas, serai, lengkuas, daun limau purut, air rebusan ayam dan pes tom yam, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan bawang belah, cendawan, saleri, lobak merah, bunga kobis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau dan biar mendidih perlahan.
  2. Masukkan udang dan tambah serbuk lada hitam, juga sos ikan secukup rasa. Tambah gula sedikit dan jus limau kasturi, ikut tahap kemasaman yang anda suka. Biar hingga udang masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

ACUAN SILICONE...MUDAH DIGUNA...TAPI....

Assalammualaikum, selamat pagi semua, ok N3 selingan ni mat nak letak acuan silicone yang mat kerap guna untuk baking dan membekukan jelly dan agar2. Mat tak de banyak sangat tapi ini sudah memadai, yelah kan kalau ikut napsu serakah aku, mau jee hangkut selagi ada, tapi kan stor barang2 baking penuh sudahhh. Acuan silicone ni tahan panas sehingga suhu 230 darjah celcius, cuma satu jelah, pengguna harus berhati2, maksud mat JANGAN test kek tu dengan benda2 tajam, kang tercucuk acuan tu dahh bocor..kann...Harga pulak bukan murah...Masa mula keluar dulu tau tak mat beli 1 keping acuan tu dengan harga RM 60!!! - Italy mari, pengsannn (>_<)....cekik darah kann, pakkal je aku dah ambik dan teringin sangat nak guna...Tak pe lah beli sekali, kita jaga dengan elok, sampai mati pun benda tu ada lagi...kannn....


Ini yang paling kerap mat guna sebab suka sangat, terutama kalau mat bekukan jelly atau agar2. Yang kiri tu pemberian Mama Zieza, masa dia datang dengan geng2 masak dulu. Bess, mat suka guna..Yang sebelah tu lah mat beli dengan harga RM 60...hadoi kalau ingat2...nyesal pun ada, tapi serius cakap, mat kan kalau benda2 baking ni, aku sekejap jeee lupa pasal harga, kerana seronok menggunakannya..


Psttt...ingat kan malas nak beli lagi, sekali kan..kan..kan..masa pi lagi sekali, aku rembat lagi nkoo, kali ni bunga dia kiut, comel (gambar kiri tuu). Bekas comey bewarna-warni tu pulak pemberian geng masak2 mat "Shafidah Sharmen", masa tu dia menetap di Australia, dan dia pos kan benda ni..waaaa aku nya suka..dan mat guna untuk buat muffin pisang mudah kat sini... cute kann....

Yang ni pulak jauh datangnya, mat kirim sorang lagi blogger masak, "Kak Rozie Rembau", masa tu dia tinggal di Sheffield, UK, ikut suami dia sambung study..Jadi mat kirim kat dia, harga dia lebih murah leer dari Malaysia..dan seronok memakainya. Mould silicone yang jenis kecik2 tu mat sapu juga sedikit mentega sebelum guna, tapi yang besar ni tak perlu, dan licin jee dia keluar..,.Sekian N3 selingan ni, mat pun hari ni macam mood berblog agak slow sikit, apa2 pun kita tengok lah nanti, kalau ada N3 masak2 tu kira aku masih OK...salam sayang dari DTS-MAT GEBU...

Monday, March 28, 2011

PUFF BERINTI KASTARD DURIAN.....N3 TERAKHIR...

P1260801
Assalammualaikum, N3 terakhir malam ni mat nak kongsi satu resipi mudah. Sebab petang tadi hujan, walau pun tangan sakit kan, tapi keinginan tu tak sakit, masih boleh merancang macam2 benda. Susah jadi mat gebu ni, kadang kalau tak isi blog, mat tak boleh nak tidur, dok teringat2. Kira aku ni normal ke tak eks?..huhu. Mat buat tak banyak dalam 10 biji jee..tapi mat terap guna acuan kueh tat yang saiz 2 inci tu. Untuk kastard pulak mat, derhakakan resipi kastard untuk teacake kak Ida 1001resipi..hehe, sori kak Ida, mintak halal yeaa...

P1260809
Hmmmm, tadi mat ada ambik gambar langkah demi langkah..tapi kan alahh ada masalah plak tak boleh nak transfer ke laptop..huhu, tapi tak pe, ada boleh rujuk sini... Mata mat kan dan ngantuk, tapi nanti bukan boleh tidur, dok terkebil2 manjang. macam semalam, last jam 2 pagi juga baru tidur. Oh yea sebelum mat tulis resipi, kastard ni kalau tak habis, simpan dalam peti sejuk, boleh guna untuk creampuff, kalau keras, tuang sedikit air atau susu suam dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang diinginkan....

BAHAN KASTARD :-)
2 ulas isi durian, ambil isinya
2/3 cawan susu segar (mat guna susu sejat + sedikit air)
1 camca besar gula
1 1/3 camca besar tepung kastard
1/2 camca teh mentega

BAHAN LAIN :-)
5 keping puff pastry jenama Kawan
Telur untuk disapu
Gula aising untuk hiasan
Ceri merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRY :- Terap sekeping puff pastry dengan acuan tat bersaiz 1.5 inci (bahagian luar) sebanyak 4 keping. 2 keping lagi diterap dengan acuan bentuk bulat bersaiz 1 inci. Kemudian sapu sedikit telur pada bahagian yang tidah berlobang, berhati2 letakkan bahagian berlobang atasnya. Tekan2 sedikit dan alih ke dalam loyang pembakar, buat hingga siap. Bakar pada suhu 190C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard dalam blender kecuali mentega. Kisar halus dan tuang dalam periuk masak hingga kental, masukkan mentaga, kacau rata dan matikan api. Biar sejuk.
  3. UNTUK PUFF BERINTI KASTARD DURIAN :- Ambik 1 puff tadi, tekan sikit tengahnya. Isi dengan kastard hingga penuh, letak sehiris ceri merah. Sejukkan sebelum dihidangkan atau boleh dihidangkan segera.



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI.

P1260783_picnik
Petang semuaaa....hmm, masih lawa lagi, masih kacak lagi..kann, masih rapi dan terurus..tak delah yang rupa dah berserabai..betul tak..releks, bertenang, apa2 masalah pun kita hadapi dengan penuh kepercayaan...haha, aku ni cakap pandai, kena tang diri sendiri, 2 hari tak bley tidur. Petang ni nak kongsi sambal tumis ikan bilis petai....alah hai biasa jee kann, jadi lahh dari tak de N3. Bukan apa, sebenarnya mat terfikir, kalau tak letak macam tak bes pulak, jadi dari kosong baik lah terisi...nak menulis tak pandai macam blogger hebat yang lain, harap kan dunia masakan jee lahh...Satu mat nak pesan. Berblog lah ikut kelebihan yang kita ada, secara tak langsung kita akan lebih rasa puas, selesa dan dapat memupuk kepercayaan pada diri kita sendiri...hehe, pesal pulak si mat nih kann...aduhh sakit tangan nihh...huhu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, rendam hingga lembut dan toskan
1 cawan cili kisar
5 papan petai, ambik isinya
1 biji bawang besar, hiris
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa, gula dan serbuk perasa, kacau dan masak hingga pekat.
  2. Tambah petai dan hirisan bawang besar, masak sekejap hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan ulam-ulaman. Sedap juga dimakan bersama lempeng pekak dan ubi rebus..

GULAI PEDAS UDANG BELIMBING BULUH...

P1260776
Salam semua, dah makan ke, sini hujan laaa...huhu, kali ni mat letak resipi gulai udang belimbing buluh. Musim belimbing sekarang ni kat farmville, berlumut dari hujung dahan sampai ke pangkal, tapi sebab kena2 hujan, dah banyak yang gugur. Puas juga fikir nak masak apa, jadi mat ambik keputusan masak je yang paling mudah, paling ringkas dan paling cepat. Kelapa parut memang dah ada. Lagi pun bila kita letak belimbing buluh dia macam balance lah juga kan. Alergi sudah pasti...tapi kan gamble je lah ubat ada. Kadang2 bukan apa kenangkan kolestrol dia tu yang seramm kann..huhu..Ok lah jom semak resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 ekor udang saiz besar, dibersihkan. contoh di sini..
25 biji belimbing buluh, cuci dan belah 2 tapi tak putus setiap satu
2 batang serai, dititik
3 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor (optional)
200 ml pati santan
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
2 inci isi cekur*
1/4 cawan cili padi hijau kampung*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan udang, bahan kisar halus dan serai dalam periuk, kacau rata dan masak hingga udang bertukar warna kemerahan. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  2. Tambah santan pekat, masuk belimbing, dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Tambah daun kunyit dan biar mendidih perlahan, kacau sekali sekala.
  3. Rasa dan jika kurang masam, masukkan asam gelugor. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

CEKODOK PISANG GEBU....TEMBAMMNYAAA!!..

P1260767
Salam semua, selamat pagi Isnin...waa lepak jee.. mat pun sama, tapi bukan lepak, cuma ni hari macam over charge..hadoi macam2 nak buat nih, tatau lah sempat ke tak. Tangan sakit, tapi masih ok lagi...insya allahh...kalau 1-2 hari tak update tu tanda aku parah sudahh. Hari ni mat saja habiskan stok pisang emas yang berbaki dalam 8 biji. Teringat tau dulu2 kan ada orang buat kueh "BOM"...ala cekodok pisang yang bulat besar2 tu. Jadi ni hari saja lah mencuba, hmm pada mat tak berapa menjadi sangat tapi kan. mat suka yang macam ni, sedap dan tak terasa soda dia sangat, teksture seakan2 kek dan sedapp lahh...Psttt..gadis Moscow ni secepat kilat cuba muffin pisang mudah tu hari..kat sini...

P1260769
Betul tak mat kata seakan2 kek?..Haha, ni manyakk senang mau bikin punya, tatak manyak hal punya..opss pesal tercakap bahasa apek cokia pulak..erkk..hehe. Rasa2 mat kuantiti yang terhasil ni sesuai lah untuk makan 4 orang, kalau masa tengah lapar tahap naga, 2 orang pun boleh licin...pakcik mat tadi je dah bedal 4 biji koo, ni masuk yang ke 5...macam mana tuu..erkk..Ok jom semak resipi dia, pada mereka2 yang dah pakar silakan buat2 tak perasan yea, kalau untuk anak2 yang baru nak berjinak2 ke dapur, boleh lah mencuba kalau ada masa terluang, esok2 kalau dah menikah, boleh buatkan untuk suami masing...kannn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum (haha sori tertinggal..tadi)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

Sunday, March 27, 2011

JADI LAH BLOGGER YANG ADA "KELAINAN"..

(GAMBAR IHSAN GOOGLE)

Assalammualaikum, N3 selingan sebelum masuk tidur..hmmm..zaman sekarang ni sebut blog semua orang tau, penduduk2 kampung pun dah mula tau apa itu blog...Mustahil orang2 yang perpendidikan tinggi, yang duduk di bandar2 besar dan di lingkungi budaya modern, tapi bila sebut pasal blog mereka boleh tercengang2..ternganga dan macam tatau apa2...kann..hmmm cuba lah sedar dan peka dengan pekembangan semasa...Zaman sekarang pengaruh blog semakan besar dan memainkan peranan yang penting terutama dalam penyebaran berita2 dan isu2 semasa..

Mat sebenarnya tak pandai nak tulis benda2 macam ni, kalau Ady Budika baca, sah2 dia gelak sakan, tapi kan anggap macam ni, dalam penulisan mat gebu yang carca merba ini, ada point2 yang perlu anda renung dan amati....boleh?. Jadilah blogger yang ada kelainan, nampak macam senangkan.. Tapi mat perhatikan, blogger2 muda sekarang ni mereka bijak..walaupun tulisan nampak santai dan ada kala cuma usik-usikkan biasa, tapi mereka punya maksud tersirat yang hendak disampaikan. Blogger lama dalam penulisan, kita memang tak boleh nafikan lah kewibawaan mereka dalam menulis, memberi tunjuk ajar dari segi tutorial dan tips2 berblog, TAPI...ada juga yang mereka tak de yang blogger muda ada. Sikap hormat antara satu sama lain tu paling utama pada mat, tak salah orang lama hormat pada orang baru, kita tak rugi apa2...malah ini akan mencerminkan keikhlasan dan kematangan kita sebagai blogger terdahulu...

"Kelainan" di sini maksud mat gebu, ialah intipati atau jalan cerita pada setiap blog harus ada kelainan, bukan seakan2 sama dengan blog2 lain. Ada satu blogger muda yang mat perhatikan, kreatif dan bijak dalam membuat N3 - "Ujang"...walaupun ada kala, nampak macam "main2" jee, tapi menarik. Kalau blog yang dah selalu mat sebut tu, anda pun tau lah kan...tapi pada mat "dia" bijak dalam membentuk hala tuju blog dia, bukan sekadar N3 kosong. Kali ni mat tak sentuh pasal blog masak2, sebab kami ni agak berlainan dari blog2 personal..sebab blog masakan punya hubung kait antara satu sama lain. Eh...tiba2 ngantuk pulak...ada lagi nak tulis, tapi sambung lah bila2 nanti...salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

MEE KUAH TOMATO.

P1260753
Assalammualaikum, huhu, tak berapa ok lahh...tapi mat gebu buat2 ok jee lahhkan. Panasnya cuaca ni hari, mat buat 1 jug besar jus limau kasturi...waaaaaaaaaaaaaaa..pengsan minum anak beranak, nasib baik tak de yang terberanak terus..haha. Petang tadi kan, saja lah melakukan edit dalam peti sejuk, benda yang rasa2 macam dah uzur kita lupus kan buat baja organik, mana yang ok kita guna lah. Tapi sayang dalam stok, tak de benda2 bes sangat untuk dicampurkan dalam mee kuah tomato kali ni. Mat guna apa yang ada je, tu nasib baik aku ada bekukan stok air rebusan ayam, dalam 1 liter macam tu, boleh lah guna untuk kuah. Udang dengan sotong pun habih dah, takpe, tu semua ubat gatak dan kolestrol...kannnn...masa tak de baru ingat benda2 tu semua..huhh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram mee kuning, cuci, celur dan toskan
2 keping kobis cina@kobis daun, dihiris
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1 cawan bunga kobis yang telah dipotong sekuntum2
3 biji telur ayam
4 batang jejari ketam, kerat 3 setiap jejari
1 liter air rebusan ayam
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
1 1/2 camca besar sos cili
1 camca besar cili kisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji tomato merah, dipotong*
1 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang puith*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan cili hijau untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Hirisan daun sup/daun bawang sebagai hiasan
Tauhu, goreng dan hiris


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan sos cili. Tuang air rebusan ayam dan tambah kiun ayam (jika guna). Biar mendidih.
  2. Perlahankan api, pecah kan telur satu persatu dan pastikan tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api perlahan sehingga telur masak. Tambah kesemua jenis sayur dan masak sekejap.
  3. Akhir sekali masukkan jejari ketam, biar masak dengan api perlahan. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan dan matikan api.
  4. Letak mee tadi dalam bekas sesuai, tuang kuah atasnya, hias dengan hirisan tauhu, hirisan cili hijau, daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..

MENU MUDAH UNTUK HARI TAK RAJIN....

P1260746
Salam petang semua...hadoii rasa tak rajin lah nak update..lenguh ni tangan sampai ke bahu, alaa tak bessnya rasa. Tapi tak pe lah update juga dengan masakan orang tak berapa nak rajin masak. Tapi kan selalunya lauk2 tak rajin ni sedapp..kann..tu macam singgang rebus ikan cekik leher atau ikan selar kuning, punya lahh sedapp pakcik mat hidup2 kuah dia..nasib baik masih beradap makan, tapi kan bunyi macam itik pulak tadi...erkk...hehe. Selain ikan selar kuning, ikan kembong batu pun sedap masak macam ni. Kalau dapat titik kan cili padi barang 4-5 tangkai, aduhh boleh pengsann..Yang ni mat guna belahan cili hijau dengan merah siaa...Ok lepas tu kan, mat masakk.....

P1260749
Satu jenis lagi, yang ni ala2 cap cai ada, senang cerita sayur campur lahh... Guna sotong sebagai perencah. Yang ni masak senang dan mudah, paling sedap dihidangkan panas2. Kalau nak guna udang pun ok, guna daging ayam pun ok, kalau budget rasa ada 25 juta, boleh guna ketiga2 sekali, sotong, udang dan ayam..meriah kann.. Ok jom kita lihat resipi cikai2 ni, alah mat gebu yang masak, of coz sempoii kannn..

SINGGANG REBUS IKAN CEKIK LEHER...

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor ikan cekik leher @ selar kuning, disiang, cuci dan toskan
1 keping asam gelugor
800 ml air (atau secukupnya)
1 biji cili merah, belah
1 biji cili hijau, belah
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam secukup rasa dan secubit gula
3 biji bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci kunyit hidup, dihiris dan diketuk sikit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air, bawang merah, bawang putih, kiub ikan bilis, kunyit dan asam gelugor. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  2. Tambah belahan cili merah dan hijau, masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ulam..

SAYUR CAMPUR...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor sotong saiz sederhana, hiris bulat, cuci dan toskan
10 tangkai kancang buncis, hiris serong
1 ketul tofu keras, didadu dan goreng, toskan
6 kelopak cendawan black fungus segar, cuci dan hiris
4 batang putik jagung, hiris serong
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sediki minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau hingga harum. Masukkan sos tiram, kacau dan masukkan sotong bersama putih jaging hiris, cendawan dan tofu, kacau rata dan tuang air.
  2. Masukkan kacang buncis dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera....Sedap dimakan sekagi hangat..

MUFFIN PISANG MUDAH....簡単バナナマフィン

P1260732
Sunday mornig semua, apa khabar..tuu dia, mat gebu mabuk laut sudahh..haha, gasak. ish pagi2 kan rasa macam geramm jee, tiba2 ada suara bebelan manja memenuhi ruang rumah, hadoi, malas nak kata apa, dok diam je sambil membaking muffin pisang. Buat bodoh sudah lahh, tapi tu lah, ada masa cair gak taik telinga..Ni kalau Ben baca (kalau lahhh kann...) terus keluar N3 takzirah...huhu. Bebalik cerita muffin pisang ni, mat buat ikut resipi dari Internet, tapi telah derhaka sikit, orang putih ni kan heran juga, resipi depa ni manis2 belaka, dah lah tu guna gula kastor, yang ni mat guna gula perang pun masih rasa manis, tu dah kurangkan jumlah gula dari resipi asal, lagi pun pisang kan dah manis, ishh pasaipalah kan...Pssttt...dengar cerita sekarang ni pisang kat Australia tengah mahal....tak caya baca blog LG kat sini....


Tapi ini memang betul2 muffin, sebab buat dia mudah dan teknik dia pun gaul pantas dan bakar. Mat tambah mayonnaise dalam 1 camca besar dalam dia, dan guna 3 biji pisang dan sedikit esen pisang. Kalau anda nak letak walnut pun sesuai juga. Hmmm pening pala lah, tangan kiri mat sakit ni hari, jadi mungkin tak dann nak update blog sangat....kalau ok nanti mat update lagi..insya allahh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/3 camca teh garam halus*
1 camca teh soda bicarbionate (mat letak 3/4 camca teh)*(*disatukan dan diayak)
3 biji pisang emas, dilecek halus
1 camca besar mayonnaise
1 biji telur gred B
Beberapa titik esen pisang
1/3 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 3/4 cawan gula halus)
1/3 cawan mentega cair (mat guna minyak canola)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, dalam satu bekas, satukan telur, gula perang dan mayonnaise, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, minyak canola, esen pisang. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung yang telah diayan bersama bahan2 yang bertanda (*), tadi, gaul pantas hingga sebati, jangan gaul lama2.
  3. Sudukan ke dalam bekas muffin yang telah disediakan terlebih dahulu sebanyak 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Saturday, March 26, 2011

JELLY KACANG MERAH....PENUTUP N3 HARI INI.

P1260714
Salam semua...panasnya cuaca, rimas, dah lah tu siku mat yang sakit tu, dah ok, tapi tadi jadi sengal balik..huhu. Tapi cakap kat "Bak", kata sakit lah lengan lahh, dia kata, tu lahh tak sudah2 menaip kat blog, tu yang sakit...erkkk, tak pasal2 blog darling mat gebu yang kena..kesian koo blog kena tuduh. Tak pe..sakit sikit jee, jangan ngada2 jadi "lembik"...jadi manja....mat gebu rajinnn yeaaa..wahh terus puji diri sendiri lagikk..ahaks. Ingat tak N3 bubur kacang merah. Tapi ada yang kata tu kaler pepel, ha ah kan bila perati betul2, depa kata tu ada benarnya, bukan kaler merah tapi pepel..ni makcik pepel Bukit Indah, Sis_Linn, of coz suka nihh..

P1260719
Resipi hari ni, mat guna kurang lebih dalam 800 ml "bubur kacang merah". Dan mat guna jelly powder konnyaku sebagai agen pembeku. Kalau nak guna agar2 pun boleh, tapi mat tak experiment lagi kuantiti agar2 yang diperlukan untuk sukatan bubur kacang merah dalam resipi ni. Tak pe tu lain cerita. Ada orang tanya mat, CM, apa beza jelly dengan agar2?.. Ok macam pernah mat bagi tau dulu, Jelly kalau beku dia mempunyai teksture agak liut dan "gedek2", manakala agar2 kalau beku dia agak kejung dan keras macam tu, tak flexible....amacam boleh faham?...hehh...Ok jom semak resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 ml "bubur kacang merah"..resipi di sini...
300 ml air
1 12 camca teh jelly powder "konnyaku"
2 camca besar gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan pati santan + sedikit garam dan masak sekejap. Sejukkan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan konnyaku jelly powder dan gula, kacau rata dan masukkan ke dalam air, jerang hingga jelly larut, masa ni bancuhan akan kelihatan kental.
  2. Tuang bubur kacang merah ke dalam bancuhan jelly tadi bersama daun pandan. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga mendidih. Matian api dan keluarkan daun pandan.
  3. Tuang dalam acuan yang telah disediakan. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan dan hidangkan bersama sedikit kuah santan, kalau suka. Enak dimakan sejuk..

EARTH HOUR 2011....JOM KITA LAKSANAKAN!

(GAMBAR IHSAN GOOGLE)

Hari ini Sabtu 26 March 2011, ialah hari "Bumi Bergelap" untuk 1 jam...Ini adalah simbolik, jadi pada semua jangan lupa malam ni bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam..kita padamkan Lampu, nyalakan seminima mungkun sahaja.....Sama2 kita sertainya, pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh DTS - MAT GEBU

BUBUR KACANG MERAH.... I LIKEE!!

P1260706
Selamat petang, jumpa lagi dengan mat gebu yang memang gebuu..Petang ni mat masukkan satu jenis pencuci mulut yang biasa2 sangat bagi kita orang2 Malaysia, Singapur, Indonesia dan Brunei. Ceritanya abah mat nak buat ais krim Malaysia, semalam dia beli lah 2 paket kecik kacang merah. Malam tadi mat siap2 rendam dulu, lepas tu pagi ni rebus guna periuk tekanan, dalam 12 minit macam tu, dahh siap, kalau rebus macam biasa, mungkin ambik masa 50 minit hingga 1 jam...mungkin lah kan, sebab dah selalu guna pressure cooker, jadi tak boleh nak agak pulak masa yang diambil jika direbus secara manual..huhu sori yeaa...Mat cuma agak2 saja terutama dari tahap kemanisannya terpulang pada anda..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang merah, cuci dan rendam semalaman
1 liter santan kelapa
Gula secukup rasa
1/3 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang merah tadi hingga empuk, jika guna periuk tekanan @ pressure cooker, rebus 12 minit. Ikut arahan pada periuk tekanan masing2.
  2. Tambah daun pandan dan santan. Masukkan gula secukup rasa, kacau dan biar mendidih. Manis tu ikut rasa masing2 lah yea, tapi biarlah sederhana, jangan manis sangat.
  3. Akhir sekali masukkan garam, kacau rata dan masak sekejap. Matikan api dan boleh hidangkan samada sejuk atau panas.

URAP PEDAS DAUN TURI....

P1260699
Assalammualaikum warrahmatullah hiwabarukatuhhh...haaa, salam sejahtera puan2 dan tuan2 semua, haha, yelah puan2 dulu sebab majoriti pompuan yang kerap singgah DTS, kemudian baru tuan2...kannn. Ni hari mat gebu akan menulis dengan penuh sopan, tertip dan berhemah. Apa khabar semua, harap anda sihat. Dah makan tengah hari..apa menu istimewa hari ini?.. Kali ni mat gebu akan berkongsi bersama anda pengunjung2 DTS yang disayangi sejenis masakan ala2 Jawa, urap daun turi. Sebelum ni memang telah mat letak resipi nya di DTS, tapi ada kemungkinan ianya berbeza dari segi bahan2 dan sebagainya. Ada yang tanya, mat, apa beza kerabu dengan urap..hmm mat pun tak berapa pasti, tapi selalunya kerabu proses dia lebih ringkas cuma campur dan gaul serta diberi perisa, urap pulak sedikit lain caranya...Tu hari kan kat YM...ada lagi yang tanya.."Che Mat...selalu sebut2 nama Ben Ashaari..kenapa?...huhu mat tak de jawapan, anda baca yang ini dan ini....ok...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun turi yang muda bersama bunga2nya sekali
1 cawan kelapa parut putih, pilih yang muda sikit
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar saiz sederhana*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 inci isi ubi cekur*
1/3 inci kunyit hidup*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*
1/2 inci belacan*
2 biji cili merah*
8 biji cili padi merah*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan daun dan bunga turi dari batangnya, cuci, toskan dan ramas sedikit. Letak dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Gaul bahan tumbuk lumat bersama kelapa parut, tambah garam dan gula secukup rasa (jika sesiapa nak guna serbuk perasa pun boleh). Kemudian, gaulkan dengan daun turi tadi rata2.
  3. Panaskan kuali, masukkan no. 2 tadi dan goreng tanpa minyakl hingga daun turi lembut, angkat dan boleh dihidangkan sebagai pembuka selera. Jika tak habis, simpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan ianya basi..

HAMPIR MENCAPAI SASARAN.....SYUKUR ALHAMDULILLAH

Salam pagi Sabtu, dah sarapan?...Ok sambil2 sarapan pun mat letak N3 selingan, syukur alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga pada semua teman2 blogger, kerana memantapkan DTS-MAT GEBU. Walaupun mat berkongsi dengan iklan "innity", tapi mat gunakan "nuffnang" nya Analitik. Minggu ni DTS hampir mencapai target, tapi apa2 pun mat berpuas hati. Yelah kan, blog masak2 tak de main2 SEO semua, kecuali berkisar tentang makanan saja, kiranya traffic macam ni pun dah bersyukur sangat2..

Cuma yang mat nampak, peningkatan pada hujung minggu Sabtu dan Ahad, menjadi 5+ K UV, dan ianya telah agak kekal dalam masa 1-2 minggu kebelakangan ini. Isnin hingga Jumaat, dari 7+K UV - 8+ K UV, kadang2. Tapi telah menten 8+K UV....cuma semalam ianya tak mencapai sasaran...tak pe itu pekara biasa, aiman tak kesah..kann....Ehh..bukan apa2, letak ni cuma seronok2 dan nak share dengan semua, anda lah yang menjadikan benda2 ini semua berlaku pada DTS..terharu Pakcik Mat..huhu.....Salam sayang dari dari DTS-MAT GEBU...