BEN ASHAARI

Thursday, June 30, 2011

CHEDDAR CHEESE BUN.

P1290522
Assalammualaikum, salam semua....baru dapat on9. Tadi pi beli barang untuk baby baru, bes juga kan beli barang baby ni, geramm semua nampak nak. Patutnya mat ada nak buat sesuatu lagi petang tadi, tapi sebab dah pi belanja, kenalah ditangguhkan dulu. Petang tadi mat buat roti ala2 bun. Mat guna resipi sedia ada, tapi mat oter atau bahasa senangnya, mat derhaka. Tapi kan roti tu macam hangus je kan, huhu..nak tau sebab apa. Mat tadi rasa, ntah lah nak cakap macam mana, sampai mat terlupa yang mat guna tin kaler hitam..hmm dan akibatnya kaler roti pun nyaris2 hitam..nasib baik tak rentong...grrrrr.....

P1290524
Tapi kan bila siap tadi mat tengok dalam dia, ok tau, nice lembut dan gebu, sampai laaa ni pun masih lembut dan gebu gitu. Mat buat tak banyak, dapat dalam 9 biji bun yang mat bakar dalam tin 8 inci x 8 inci x 2 inci. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama jem dan sebagainya. Roti ni kalau anda nak simpan, elok diisi dalam bekas kedap udara atau tupperware, selain bersih, ia akan kekal lembut. Hmm, apa lagi eks nak tulis....kadang2 mat ni entri roti, tapi aku cerita tah hapa2..kan..maklumlah bukan blogger tulis2..tapi blogger mask2...Moh leer kita semak resipi dulu, malas nak cerita lagi...jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
190 gram tepung roti (high protein flour)
70 gram gula halus
1/4 camca teh garam
8 gram instat yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 ml susu segar
1/2 cawan parutan keju cheddar
80 gram water roux (resipi kat sini...)
30 gram mentega
Parutan keju cheddar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali keju untuk hiasan, dalam breadmaker. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagikan kepada 9 bahagian sama besar, kurang lebih 50 gram setiap satu. Bulat2kan dan susun dalam tin yang telah disapu mentega (mat guna tin 8 inci x 8 inci x 2 inci)
  3. Biar naik sekali ganda, kurang lebih 50 minit. Sapu permukaan doh dengan putih telur dan tabur dengan parutan keju rata2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga kuning keemasan (kalau guna tin hitam, guna suhu 160C)...Sejukkan sebelum dihidangkan...

GULAI NANGKA BEREMPAH ala PERANAKAN.

P1290516
Salam semua, huhu, sejuk u ni hari, selalu mat gebu kan panass memanjang..Hujan sini. Pagi tadi atas arahan pihak atasan, mat masak lah nangka muda masak lemak, tapi kali ni kita bagi nuansa peranakan sikit, alah masak biasa2 sia, tak lari banyak, sama macam orang2 melayu masak, u don worry lah nyaa. Ini nangka kalau yang semput atau jenis bisa ulu hati, mat tak sarankan makan sampai tak hengat, kasi jamah sikit2 sudah lah, kalau overlimt takut kang ada yang nafas ala2 backhoe korek tanah...tak rela yeaa. Masak dia sama je macam orang melayu masak, cuma mat letak daun limau purut dan sedikit rempah ratus dalam perencah dia. Mat guna tulang ikan kurau sebagai penambah perisa selain sedikit udang kering. Selain serai, mat tambah daun limau purut... Ok kita semak resipi yea..sebelum tu bagi guaa pantun satu rangkap dulu..

BURUNG SERINDIT MANDI DIPAYA,
TENGGEK DI DAHAN DENGAN SELESA,
GULAI NANGKA SEDAP RASANYA,
BOLEH DISANTAP TAK KIRA MASA..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda, siang dan potong kiub besar2 dan rendam
8 ketul keratan tulang ikan kurau masin, renda
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air secukupnya
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup
4 biji cili merah
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan nangka tadi, masukkan ke dalam periuk bersama serai, tulang ikan kurau dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair dan masak hingga nangka empuk, jika kering tambah sedikit air.
  2. Masukkan asam gelugor, daun limau purut dan santan pekat. Kacau perlahan dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Jika suka boleh tambah serbuk perasa. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

SAVORY MUSHROOM PANCAKE...

P1290506
Salam pagi Khamis...huhh dah Khamis saja. Mood ada kala menguasi diri kita, kalau mood baik, rasa buat kerja yang tak berapa kita suka pun tak pe, tetap ok. Kalau mood "datang bulan", buat kerja pun, alah hai, macam tak larat, lembik, toya, macam tak bertenaga, kalah orang baru baik sakit..grrrr..paling tak suka sikap macam tu. Satu lagi orang yang buat kerja sekerat jalan, contohnya masak, lepas tu barang2 semua berterabur, senduk, sudip, pisau...tu belum piuk kuali bertenggek kat dapur tambah dengan kulit bawang semua sepah2...hadoi, pengsann, eh style mat bebel macam kak kiah D O ke?..adehh...tapi memang betul, sila tanya mana2 makcik kantin, betul ke idak....Kalau mat gebu macam mana pulak?...Eh, aku ok, serius, cuma jangan tegur2 masa mat buat keje...kang sampai subuh baru siap.

P1290508
Kita bercerita pasal pancake fusion, ini resipi pancake mayonnaise tapi seperti anda tau siapa itu mat gebu, dan bukan lah mat gebu kalau dia tak menderhaka sesuatu resipi..kann. Biasa lah untuk mendapat sesuatu yang baru, kena lah kita buat R n D, test dan jika hasilnya memberangsangkan, kita share kat blog, dan jika hasil nya very the hazab dari segi rupa dan rasa, sila hantar ke reban ayam...hehe. Savory Mushroom Pancake ni, mat guna cendawan butang segar, tapi anda boleh ganti cendawan butang dalam tin. Ok, kita semak resipi mudah ini yea....Jommmmmmm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 biji telur
1/2 cawan susu segar + 2 camca besar air
1/2 kiub ayam "Maggi". hancurkan
1 camca besar mayonnaise
4 pokok kuchai, hiris halus
Garam secukup rasa (jika perlu)
2 camca besar mentega
1/4 biji red capsicum, dadu kecil*
4 kuntum cendawan butang, dadu kecik*
1 ulas bawang putih, cincang*
1 biji bawang holland, cincang*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan mentega hingga cair, masukkan semua bahan bertanda (*) dan goreng hingga wangi dan layu. Alih dalam bekas dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan tepung, telur, susu segar + air dan kacau rata dengan whisk hingga sebati dan tidak berbintil2. Tambah kiub ayam, kuchai dan bahan no.1 tadi, kacau rata dan jika perlu, tambah sedikit garam. Rehatkan 5 minit.
  3. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser sedikit minyak, letak 1/3 cawan adunan pancake tadi dan masak dengan api perlahan. Tutup permukaan pan dengan tudung periuk kecil, bila permukaan pancake kelihatan berlubang2 dan kering, berhati2, terbalikkan. Masak hingga kuning keemasan dan boleh alihkan dalam pinggan.
  4. Buat baki adunan hingga siap, lenser pan setiap kali hendak membuat pancake yang baru, mat gunakan paper towel bersih, yang dicelup dalam minyak zaitun dan lenser pada pan tadi. Hidangkan samada untuk sarapan atau minum petang..Boleh dimakan bersama sos kegemaran...




Wednesday, June 29, 2011

ENAM JUTA PAGEVIEWS.....SUDAHH!...

tiffinbiru

DTS-6
Huhu..ngantuk's, nak tidur awal sikit lah ni malam. Entri resipi esok mat masukkan, malam ni mat nak letak print screen (terima kasih "Sunah") pageviews ke 6 juta's, blog tiffinbiru. Lalalalala....Terima kasih semua yang sudi singgah dan mentelaah resipi2 cikai di blog DTS ini. Tanpa sokongan anda sudah pasti DTS tidak akan bertahan sehingga ke hari ini....Terima kasih sekali lagi, moga blog DTS dapat memberi manfaat dan kita boleh bertukar2 idea dalam dunia masakan yang tanpa sempadan ini...Ok tu saja entri ringkas, selamat malam dan assalammualaikum...salam sayang dari DTS-MAT GEBU...

CHEDDAR CHEESE MUFFIN...GEBUNYAA!!!

P1290487
Salam petang Rabu, masa mat tulis entri ni, hujan panas, dan ada lingkaran pelangi muncul di langit bahagian dapur rumah mat, hmm menarik kan, kata orang2 tua, masa pelangi muncul tu, puteri dari kayangan turun bersiram, dan pantang kita menuding jari ke arah pelangi, nanti jari kudung...adehh mat pun dulu masa kecik, punya lah percaya, terfikir pulak, kalau tunjuk dengan jari nanti kudung, kalau muncung kan bibir takut pulak bibir kudung...kah kah kah..pengsan lah kalau ingat2kan, apa pun sekali itu adalah cerita2 rakyat..kira pusaka dan budaya orang melayu kita..eh guaa 1/2 melayu pun pun kira melayu lah kan...kita cerita pasal entri ni dalam perenggan berikutnya....di bawah ni yea..


Ini mat saja buat, biasalah mat gebu kalau boring, aku mula buat kerja bukan2. Ini resipi muffin biasa, jadi mat derhakakan mengikut apa2 bahan yang ada. Cheddar cheese ni ada berbaki sikit, jadi bila dah parut adalah dalam 1/2 cawan macam tu. Muffin ni dapat dalam 10 - 12 biji bergantung pada saiz muffin cup yang anda guna. Kalau perhatikan kaedahnya bukan lah seperti membuat muffin, ianya lebih kepada gaya cup cake. Mat guna tepung naik sendiri tapi kalau takde boleh guna tepung gandum + baking powder dan ayak 2 kali. Untuk perisa, anda boleh pelbagaikan ikut citarasa masing2...Ok kita semak resipi mudah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
90 gram mentega berkualiti tinggi (s.c.s @ anchor)
70 gram gula halus @ castor
110 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
1 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
1/2 cawan parutan keju cheddar, asingkan sedikit untuk ditabur
50 ml air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur dan putar hingga gebu. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan air, hingga habis, biasanya tepung terakhir sekali. Putar rata.
  3. Tambah parutan keju cheddar dan esen vanilla, kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup, tabur sedikit keju parut atasnya dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan sebelum dihidang....




SAMBAL TIMUN.....OH! LESUNG BARU KU!!

P1290481
Salam petang semua, waa sibuk sikit ni hari, masak pun yang mudah2 dan lauk ulang tayang saja. Mat masak asam pedas, yang tu tak payah letak lah kan, dah muak, asyik asam pedas memanjang. Ok ni kali nak share resipi dari Florence Tan, itu nyonya peranakan nya chef. Pernah dia buat dalam rancangan Dapur Nyonya di TV 3. Mat rasa tak berapa nak selera, jadi aku nak makan yang mentah2, yang pedas2 dan masam2, puas fikir nak buat apa, sekali teringat sambal timun si nyonya Florence, terus terliur tekak guaa...apa2 pun mat sukalah masakan macam ni. Mat buat 1/2 dari resipi asal dalam buku masak beliau, mat pernah review kat sini dulu. Ehh nak tengok tak lesung batu baru guaa...kus smangat, kecoh tu hari nya peristiwa bila lesung batu si mat pecah..ada yang ingat aku makan jamu kuat tenaga...haha..

Tuu dia lesung baru mat, amacam lawa gak kan. Mula2 nak beli yang ada teksture tu, tapi apek tu kata ini punya bagus, kalau itu kasar punya nanti luu tumbuk ada pasir kecik2 dalam sambal, betul juga kan. Jadi mat beli yang ni dan telah ku rasmikan tadi...bessnya, i likee..lepas ni mesti menumbuk hari2nya...Lepas ni nak menggiling plak...erkk..hehe, ok ok jom semak resipi..tapi kasi guaa pantun 1 rangkap dulu..

HALUS SUNGGUH SULAMAN KEBAYA,
BILA DIJUAL MENDAPAT LABA,
SAMBAL TIMUN RESIPI NYONYA,
BUAT TAMBAT SELERA SI BABA..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji timun, belah 4, buang empulur dan hiris serong sederhana tebal
1 camca besar udang kering, rendam dalam air panas, toskan
2 camca besar sambal belacan (ratio untuk sambal belacan = 100 g cili + 50 gram belacan bakar = tumbuk halus)
3 biji bawang merah, hiris halus
1 helai daun limau purut, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
2 camca besar jus limau kasturi @ secukup rasa
Secubit garam
1 1/2 camca besar gula @ secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang ditoskan dan perah, tumbuk hingga hancur, masukkan ke dalam bekas bersama2 sambal belacan, bawang merah, daun limau purut, bunga kantan, gula, garam dan jus limau kasturi, kacau rata2.
  2. Masukkan timun dan gaul hingga mesra. Rasa dan tambah garam jika perlu. Hidangkan segera bersama nasi panas sebagai pembuka selera...

AKU MERANGKAK UNTUK BERDIRI...

Orang cakap, alah CM (Che Mat), u boleh lah kata, sebab blog u dah lama, dah stabil, resipi masuk majalah, paper (huhu berapa kerat sangat lahhh). Tapi anda tau tak, betapa sukarnya nak meletak blog kita dalam dunia cyber yang tanpa garis sempadan ini, kalau orang kata blog DTS ni ramai yang tau, itu mat tak nafikan lah...syukur alhamdulillah. Tapi kalau ada yang kata mat guna jalan pintas, yang tu memang mat tak boleh terima. Bulan Julai nanti genaplah 5 tahun usia blog. Namun pada mat ianya masih baru dan perlu diperbaiki dari masa ke semasa, maklumlah mat hanya seorang amatur bukan pakar atau mengkhusus dalam satu2 bidang..

Mat perhatikan 1 - 2 tahun lepas banyak sungguh blog2 baru muncul, syukur alhamdulillah makin meriah dunia blog melayu kita. Cuma mat perhatikan bila makin banyak, maka pelbagai jenis perangai manusia kita akan dapat lihat, seperti mat pernah tulis dalam entri lepas di sini, makin lama macam terjadinya kelompok2 blogger seakan berpuak2. Mula ada sikap tak puas hati dengan sesetengah blogger lain..hmmm, jangan lah kita kekal kan sifat2 yang seperti kita sedia maklum, sakit P.H.D...Bukan nak mengutuk bangsa sediri, tapi anda pun setuju kan...benda ni bukan kira orang kampung, bandar atau pendalaman, ianya penyakit orang kita. Mat pernah hadapi juga keadaan macam tu, cuma tidak lah separah blogger2 personal.

Mat berterima kasih pada semua atas sokongan pada DTS selama ini, tapikan blogger masak2 banyak membantu dalam memperkayakan blog DTS ini, terima kasih. Hubungan kerjasama antara Mat dengan Ben sudah mencecah setahun lebih, syukur alhamdulillah, walaupun mat pernah dikritik pasal isu "jiran" ni, tapi mat tak ambik kesah. Apa2 yang kita lakukan demi kebaikkan bersama itu adalah hak masing2, bukan kita ada menyusahlan orang lain...Satu mat nak pesan pada semua dan diri mat sendiri. Jika kita lihat kejayaan orang lain, kita dampingi dia, ambik tau macam mana dia boleh jadi macam tu, jangan suka berbisik2 di belakang dengan kata2 yang tidak menyenangkan. Ok itu saja lah...Salam sayang dari DTS-MAT GEBU..

Tuesday, June 28, 2011

TUNA KICAP PEDAS....SEDAP DENGAN BUBUR NASI.

P1290470
Salam malam, entri sebelum masuk tidur, mat letak satu resipi mudah. Sebab mat masak ni, kerana siang tadi mat buat bubur nasi, atas permintaan dan juga untuk anak buah yang kecik sekali tu. Satu petua untuk memasak bubur nasi selain menggunakan slow cooker, mat selalunya akan memasak menggunakan api kecil dan nisbah beras : air ialah 1 : 6@7 ini bergantung juga kualiti beras yang kita guna, kalau beras super tempatan, ratio tadi kira memadai, kalau beras wangi yang kandungan kanji dia tinggi, anda mungkin boleh tambah sedikit lagi air. Letakkan sehelai daun pandan yang disimpul dan sedikit garam. Kacau sekali sekala. Masak hingga kembang dan pekat. Boleh hidangkan...Ok mat tulis resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 kepingan ikan tuna
1 batang leek, kerat dan rendam
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia hiris halus
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1 camca besar cili kisar
3 camca besar kicap pekat manis
Sedikit air
1/2 camca teh cuka makan
Hirisan daun kuchai sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng ikan tadi tapi jangan sampai garing, bagi dia embal2 atau lembap2 tapi pastikan masak. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih, leek (toskan) dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram dan kicap pekat, masak sekejap dan tuang sedikit air. Masukkan cuka makan, cili hijau dan merah.
  3. Masak hingga sedikit pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan kuchai sebelum dihidangkan bersama nasi atau bubur, tapi mat lagi suka makan dengan bubur nasi..



KARI DAGING KURANG PEDAS...

P1290460
Hmmm, apa eks nak letak entri kali ni, mat masak kari daging tadi, untuk anak2 buah mat, kari kurang pedas. Budak2kan, alangkan orang tua pun ada yang tak tahan pedas. Mat guna daging pejal jadi nak cepat, mat masak kari ni dalam periuk tekanan, tapi dalam resipi mat tulis guna daging batang pinang. Kentang antara yang wajib kan kalau kita masak kari, macam satu kemestian, kalau nak campur nangka muda pun sedap juga. Tapi kan kalau anda ada rebung madu, hmmm pun sedap. Kalau perhatikan, kari mat tu nampak berminyak kan, itu cuma lapisan nipis dia. Secara amnya kalau kita memasak apa2 yang perlu ditumis garing, memang memerlukan minyak agak lebih, tapi lepas tu anda boleh cedok keluar, tiada masalah. Ok, walaupun ni kari daging biasa, mat letak lah juga resipi, sebab ini dah memang law dia, ada gambar masak2, ada cerita sudah pasti ada resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
4 biji kentang saiz sederhana, kupas belah 4 setiap 1 dan rendam
1 biji tomato, belah 6
1 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
1 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai dan kari, dilurut

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 keping hirisan nipis lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kari bersama bahan2 kisar halus hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak, guna api sederhana dan dikacau selalu.
  2. Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Masukkan kentang, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor dan santan pekat. Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan juga gula melaka, masak sekejap. Tambah tomato, kacau rasa dan jika ok, matikan api. Biar tomato masak dalam kuah kari tadi. Hidangkan..


SINGGANG IKAN SAMBAL BELACAN

P1290445
Salam petang semua, apa khabar..sehat ke..hmm mat biasa2 saja, cuma sekarang ni tengah agak risau, sebab kak ipar mat berada di hospital, dia nak bersalin, jam 3 pagi tadi dah ada resa jadi abang mat hantar ke hospital. Kalau kenang2kan sungguh sedih kan bila isteri bersalin tanpa suami di sisi...hmm dah takdir Allah dan dugaan untuk beliau...Apa2 perkembangan nanti mat update kat FB. Hari ni nak share resipi mudah dan sesuai kalau tekak kita meragam. Ianya macam singgang serani tapi ada sedikit kelainan, bila mat guna sambal belacan sebagai salah satu perencah dalam dia. Mat kehabisan cili padi, dan bonda tu hari dah tumbuk sambal belacan 1 mangkuk besar, sebagai alternatif mat guna jelah sambal tu dalam 1 camca besar, hmm sedap pulak pada mat...Ok kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ikan tuna @ tongkol, jenis putih
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
2 helai daun limau purut
1 camca besar sambal belacan
800 ml air atau secukupnya
1 biji terung biru, potong serong dan rendam
Garam, gula dan serbuk perasa(jika suka) secukupnya

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci, dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus, sambal belacan dan serai titik hingga harum. Tuang air secukupnya, masukkan asam gelugor dan biar mendidih.
  2. Tambah ikan, terung (toskan) dan daun limau purut, tambah garam secukup rasa, secubit gula dan serbuk perasa jika suka. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api

Monday, June 27, 2011

URAP PUCUK PAKU PERAK.

P1290440
Tuuu dia, si mat asyik2 masak sayur, kueh tak de ke, kek ke, tak pun biskut raya ke?..hmmm yang tu semua nanti2 yeaa. Mat nya cadangan nak buat roti keju pun terbantut, rasa tak berapa nak rajin lah...hmm tu lah kita manusia ni, kemudahan dah melambak ada, masih rasa tak rajin, sikap macam tu tak elok sebenarnya. Anak2 semua jangan ikut macam pakcik Mat okeh..dia tu memang ada masa malasss tak hengat, kalau masa rajin, orang tidur dia membanking...boleh macam tu?. Kali ni mat share satu resipi mudah..Urap pucuk paku perak. Senang je buat, mula2 mat nak buat kerabu ala nyonya, tapi kan abah mat dia tu kurang sikit lah kalau pedas2 ni, lagi kalau ada masam2, jeling pun dia tak mo...hmm tu pasal kan mat kena masak resipi berbeza, sebab selera masing tak sama, tak boleh nak ngam....huhu.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku perak, asingkan dari tangkai
1 cawan kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 inci ubi cekur, hiris
1/2 inci kunyit hidup, hiris
2 biji cili merah, hiris
6 biji cili padi
1 camca besar udang kering, rendam dalam air panas 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MAMBUATNYA :-)

  1. Pucuk paku dicuci dan toskan hingga betul2 kering. Ketepikan. Kelapa parut putih tadi digaul bersama bahan tumbuk halus, hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa, jika suka boleh juga renjiskan sedikit serbuk perasa.
  2. Kemudian masukkan pucuk paku yang telah ditoskan tadi, gaul rata dan sangrai (goreng tanpa minyak) dalam kuali hingga lembut sedikit. Matikan api, alih dalam bekas sesuai dan hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

KALAU GATAL....MAKAN UBAT YEA....

P1290426
Salam petang semua, masakan ringkas ada kala sungguh menyelarakan, dah lah masaknya cepat dan mudah, hasilnya insya Allah menjadi kegemaran keluarga. Belanja pun jimat, kalau mahal sikit pun cuma modal udang tu saja, yang lain murah2 belaka. Mat kan kalau terboring dan mood down, mat akan masak yang ringkas2. Macam tumis air sawi putih ni, ada ikan goreng dan sambal belacan...sudah cukup sangat. Kalau anda balik kerja pun masih boleh masak, sebab cepat, secara jujur mat tak boleh lah nak kata ianya menepati selera anda..apa2 pun mat share kat sini adalah dari air tangan mat sendiri, samada resipi derhaka mau pun paling ringkas, satu nak pesan, sebab ada udang, kalau gatal lepas makan, jangan lupa makan ubat yea...Ok masa untuk kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 pokok sawi putih @ sawi bok choy
12 ekor udang bersaiz besar
1 kiub ikan bilis "maggi"
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 keping tauhu keras, didadu
800 ml air atau secukupnya
Garam dan secubit gula (@ serbuk perasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sawi diasingkan daun dan tangkainya, potong berasingan, cuci dan toskan. Udang digunting hujung muncungnya, gunting juga kaki2nya, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan udang dan kacau hingga udang berubah warna. Tuang air dan masukkan kiun ikan bilis. Biar mendidih.
  3. Tambah hirisan batang sawi dan bila mendidih, masukkan daunnya pula. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula atau serbuk perasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi, ikan masin@ikan goreng dan sambal belacan...waaaa...


ROTI LAPIS DAGING BERKEJU...PENGSANN!!!

P1290401
Assalammualaikum, salam semua, selamat bertemu kembali. Hmm, mat saja menyepi sekejap, cuma sehari saja. Anda sihat ke?, Dah makan tengah hari?..Kali ni entri nak share satu resipi mudah dan ringkas, ni kes nak perabih baki roti dalam 5 keping. Mat nak buat dari tu hari lagi, tapi rasa tak berapa nak rajin. Hmm, tak pe buat juga lah sebab bahan2 pun dah ada, roti pun dah dok diam dalam peti sejuk, takut lama2 kang keras kejung pulak. Sebenarnya buat dia mudah saja, simple. Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak, boleh buat dua kali ganda...

P1290405
Sedap dimakan bersama sos kegemaran atau dimakan begitu sahaja. Kalau makan masa minum petang pun sedap, sarapan pun ok juga. Daging tu mat guna daging burger ayam, kalau anda nak guna daging lembu pun ok, atau boleh test tuna dalam tin, tu bagi mereka2 yang tak makan daging. Mat guna acuan roti saiz 4 inci x 9 inci x 4 inci. Kalau anda guna apa2 bekas sekali pun, pandai2 lah adjust yeaa...Mat tulis resipi dia..kita sama2 lihat..

BAHAN INTI :-)
2 keping daging burger ayam jenama "Ramly", dihancurkan
6 kuntum cendawan butang segar @ dalam tin
1 camca besar rata rempah kari, bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar, didadu kecil
2 ulas bawang putih, dicincang
1/2 inci halia, dicincang
1/2 biji red capsicum, didadu kecil

BAHAN LAIN :-)
5 keping roti sadwich (mat guna roti gardenia)
5 biji telur
4 camca besar whipping cream @ susu sejat
Serbuk lada hitam secukupnya
1 cawan parutan keji cheddar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 4 inci x 4 inci x 9 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil dan lenser juga aluminium foil tadi, pastikan aluminium foil berbaki pada bahagian kanan dan kiri tin, ini memudahkan anda mengeluarkan roti tadi bila masak. Ketepikan.
  2. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum, masukkan bancuhan rempah kari dan tumis sekejap. Masukkan daging buger dan masak hingga berubah warna. Tambah hirisan cendawan dan capsicum, kacau rata. Jika perlu tambah sedikit air dan secubit garam. Masak hingga kering dan sejukkan.
  3. UNTUK ROTI LAPIS DAGING BERKEJU :- Panaskan oven pada suhu 190C. Telur disatukan dengan whipping cream @ susu cair, tambah sedikit serbuk lada hitam dan kacau rata. Susun 2 keping roti pada dasar tin, kerat 1/2 bahagian roti lagi dan isikan dalam ruang kosong. Tuang 1/2 bancuhan telur + susu + serbuk lada hitam tadi, biar sekejap dan tabur 1/2 bahagian inti, rata dan juga 1/2 bahagian parutan keju. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi. Kemudian bakar selama 45 minit atau hingga masak dan permukaannya kelihatan kuning keemasan. Sejuk dan hidangkan bersama sos kegemaran anda...

Saturday, June 25, 2011

MASAKAN BIASA JEE.....CONTEST DARI "PUTERA REMAJA".

P1290409
Salam petang, aduh..sakit lagi ni, sabar2...lepas ni terpaksa makan ubat dan zzzz..tak kira dah, memang tak boleh tahan. Ok petang ni entri masakan senang sangat, sebab apa mat masak ni, sebab mat buat bubur nasi, jadi sebagai masakan sampingan yang mudah, mat goreng kacang panjang dengan tauho. nampak macam kacang tu kecut2 kan, huhu tu sebab atas perintah abah mat supaya masak biar lembut, dia tak lutt nak makan kalau keras. Kebetulan mat pun sakit gigi, jadi masak lah hingga lembut, tu pasal kacang dia rupa, alahhai...kecut dan kedut jee kan..huhu. Masakan macam ni pada mat, kalau dengan bubur nasi memang sesuai sangat...Oh yea..ada satu pengumuman....

Sebelum tu minta maaf mat pada blogger remaja ni, sebab terlepas pandang PM dia di FB, blogger Putera Remaja menganjurkan contest diblog beliau di sini.. Telah bermula sejak 16 hb tu hari sehingga 30 September 2011..perghh lama lagi tu. Jadi dipelawa anda yang sudi sertainya, klik sini..untuk mengetahui dengan lebih lanjut...Ok kita semak resipi pulak...jommmm....


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak kacang panjang, kerat pendek, cuci dan toskan
1 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, toskan*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan taucho dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap. Tuang sedikit air. Bila mendidih, masukkan kacang panjang. Kacau rata.
  2. Tambah secubit gula dan masak hingga kacang lembut. Tambah air jika perlu. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lain2...




UDANG SAMBAL BELACAN

P1290386
Salam tengah hari semua, apa khabar..Mat kurang sihat sikit, sejak malam tadi sakit gigi...grr, geramm okeh. Nasib baik ada ubat, jadi masa mat tulis ni kesakitan dah kurang 70%...legaa, kalau tak muka semua ketat, masa sakit tadi, mat memang tak boleh nak fokus, pipi semua rasa tembam je, kepala pulak berdenyut2 seiring dengan denyutan kat gigi tu...huhu. Mat walaupun tak sehat macam mana, kena juga masak, hmmm, tak pelah, jangan aku tak larat nak bangun sudah lah kan. Ni hari mat masak satu resipi peranakan baba nyonya, dulu pernah kot masak, ntah lupa sudah. Resipi dari Chef Florence Tan, dia ni antara tukang masak yang mat minati, kerja berhalus, cakap pun pandey sekali, dengan lenggok bahasa melayu-baba dia..

P1290390
Mat masak dalam 12 ekor udang bersaiz sederhana, tak payah buang kulit, cukup kita kerat hujung kepala dia, buang kaki2 dan janggut, cuci bersih dan ketpikan. Untuk sambal belacan tu anda boleh buat awal dan pastikan simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan bersama nasi dan bubur, kalau nak meratah macam tu saja pun sedap...manis. Sebelum semak resipi nak pantun sama luu orang dulu ek...

DARA MUDA BERKEBAYA NYONYA,
DUDUK SOPAN MAKAN LAKSA,
MASAKAN PRANAKAN TIADA DUANYA,
NAK TAU SEDAP KENALAH RASA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang bersaiz besar
3 camca besar sambal belacan *(*resipi dibawah)
2 helai daun limau purut
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi"
2 -3 biji limau kasturi, ambik jusnya
Sedikit gula

*BAHAN SAMBAL BELACAN :-)
100 gram cili merah (atau nak campur cili padi pun boleh)
50 gram belacan, dibakar
Perahan jus limau kasturi secukupnya
Secubit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tunbuk hancur semua bahan2 untuk sambal belacan, kecuali jus limau, kemudian tambah jus limau kasturi secukupnya, kacau rata dan alih ke dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. Udang, dikerat sedikit hujungnya, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng 30 saat dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan.
  3. Tumis sambal belacan hingga harum, masukkan kiub ikan bilis, daun limau purut, gula dan kacau rata. Masukkan udang, gaul hingga rata dan mesra. Masukkan jus limau kasturi, yang ni ikut rasa yang anda inginkan. Matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat..

Friday, June 24, 2011

AKU DI SINI KERANA MU - TIFFINBIRU...

Hmm...entri masak2 tak de malam ni..penat lah, idea pun tak de nak masak apa, yang ada pun cuma yang biasa, ulang tayang..nanti ada pulak yang jemu. Tiffinbiru..hmm tak pernah mat terfikir akan ada blog masak, diisi dengan resipi2 dan juga yang penting masih boleh bertahan hingga kini, syukur alhamdulillah ya Allah atas kurniaan mu ini. Zaman mat berblog dulu amat berbeza, bila anjakan waktu dan masa beredar begitu pantas sehingga sekarang kemeriahan dunia blog semakin bertambah. Orang2 ternama, politik dan juga aristokrat semuanya memilik blog masing2. Pendek kata, zaman sekarang ni bila sebut "blog" dan anda tak tau, hmm sah, anda ketinggalan dalam banyak pekara. Makcik2 kat kampung pun tau dah apa itu blog, jangan pandang mereka tak de mata..

Mat pernah keciwa juga dulu dengan blog, tapi kalau fikir balik, rasa nak tergelak, yelah terlalu ikut emosi dan perasaan, setakat kena carut, mat tak heran sangat, biarlah apa mereka kata sekali pun, kita ada lah kita, apa yang kita buat pada blog selagi berada atas landasan yang betul, ianya tetap mendatangkan faedah pada manusia sejagat. Berblog ni kalau betul caranya, memang mendatangkan faedah berlipat ganda. Tapi ada juga segelintir mereka yang menggunakan medium berblogging sebagai medan menunjuk taring kehebatan masing2. Pada mat itu tidak lah membimbangkan, cuma yang agak menggusarkan bila ada mereka2 yang berpendidikan tinggi, bijak dalam banyak bidang, tapi bila bab menghina blogger yang mereka tak suka, mereka sampai lupa diri, dan tidak dapat berfikir secara manusia terdidik, keluar semua kata2 kesat, maki hamun dan juga kata2 yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Malang kan macam tu...penat je jadi manusia pandai, tapi sebab satu pekara sia-sia, terus jadi manusia "bongok"....

Tiffinbiru....kalau bukan kerana mu, mat tak pasti lagi ada dalam dunia blog ni, tak de Ben Ashaari, tak de Kak Ummi, MamaFami, Ayu, Linn, Sunah dan Ady serta mereka2 yang menjadi kenalan cyber sehingga kami bertentang empat mata. Syukur alhamdulillah....moga tiffinbiru dapat bertahan sehingga ke hujung nyawa ku...Insya Allah...Akhir kata, mat doakan moga anda semua sihat sejahtera, dielakkan dari segala malapetaka dan disentiasa diberkati Allah swt....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU......

HOT CHOCOLATE....SATU!!!

P1290381
Jommm minum petang...saja lah kan buat hot chocolate...Si mat tu biasa ke minum benda2 macam ni? Biasa melantak kopi, teh jee. Eh..eh, ingat dok kampung very the ulu tak reti ke minum hot chocolate...alooo ini mat gebu okehh...belut salai pun aku makan. Mat sebenarnya terbaca kat satu buku ni, tapi dia guna dark chocolate, mat takde dark chocolate, jadi ku belasah coklat susu je, lepas tu campur sebuk koko dan 1 camca besar gula. Konon2 nak buat bentuk chenta dengan whip cream, sekali tak menjadi pulak...huhu, tak kesah lah pertama kali mencuba. Tu ada biskut short bread...kira ngam lah juga dengan hot chocolate ni....Ok jom semak resipi senang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 ml susu segar @ susu rendah lemak
25 gram coklat susu (resipi asal guna dark chocolate), potong kecil
1 camca besar serbuk koko
1 camca besar gula pasir
2 camca besar whipping cream

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan susu hingga suam, masukkan serbuk koko dan coklat susu, kacau hingga larut. Tambah gula dan kacau hingga gula larut.
  2. Tuang dalam cawan yang sesuai, letak perlahan whipping cream atasnya dan bentukkan ikut kreativiti masing2. Hidangkan panas bersama biskut kegemaran....

SOSEJ....ala....TERIYAKI

P1290375
Ni kali mat letak satu entri resipi khusus untuk anak2, tapi kalau orang dewasa nak pun tak de masalah, boleh je, mat pun ambik gak 1 tadi rasa..hehe. Resipi ni dulu mat pernah buat, rasanya ambik kat blog Kak Ummi Kuantan. Buat dia memang mudah dan cepat. Selain boleh dihidangkan bersama nasi, boleh juga makan dengan roti. Sebab ini manyak cepat mau bikin punya resipi, mat gebu pun tulis sikit sudah lahh..Ok jom semak resipi dan terima kasih mat pada kak ummi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 batang sosej ayamas, kerat 3 setiap satu (mat guna 1 paket = 10 batang)
3 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 camca besar kicap ABC Heinz (letak 1 camca besar saja)
1 camca besar sos tiram
2 camca teh cuka makan
Gula secukup rasa
Garam jika perlu
Sedikit minyak
1/2 batang leek, dikerat kasar
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sosej dan goreng sebentar.
  2. Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan gula. Masak hingga pekat dan kering. Tambah leek dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam (mat tak letak garam).
  3. Alih dalam pinggan sesuai, dan hias dengan taburan daun bawang dan cili merah. Hidangkan bersama nasi atau roti...

ROTI KIRAI @ ROTIJALA...

P1290364
Jemput sarapan semua.. Sebab ada gulai babat jadi pagi tadi mat pun bancuh adunan roti jala @ roti kirai. Mat pun mengirai lah kejap tadi kat dapur...sekejap je buat dia, kalau dah mula mengirai, rasa seronok, seriuss!!. Kadang2 orang melyau ni bijak kan, adunan ala2 lempeng je tapi buat ala2 jala dah dibagi nama roti jala atau roti kirai...eh kejap2..ada ke antara anda tau asal usul dia, yelah kan kang aku pandai2 tulis, ada pulak orang lupa makan ubat men"cibai" kan mat gebu dalam komen....jadi yang mana tau, pandai, atau keturunan dia lah yang mula2 buat roti jala ni, sila bagi komen dan cerita sikit asal-usul dia yea....jangan lah maki2, tak baik...dosa!..

P1290368
Mat buat dalam 1 cawan tepung macam tu dan dapat dalam 10 roti jala. Mat suka gulung saja, tapi terpulang pada anda nak lipat 3 segi pun ok. Ada juga mat perasan orang letak inti dalam dia dan gulung ala2 kueh ketayap. Sedap dimakan bersama kuah kari dan apa2 saja, dengan sambal tumis pun sedap. Lagi satu roti kirai ni versatile, boleh buat untuk pelbagai majlis, samada formal atau pun santai. Sekarang mat banyak nampak orang buat roti kirai gunakan botol plastik yang ada 3 muncung tu, lawa jugak kan, yang tu baru betul rupa macam jala..mat belum ada, nanti dah ada mat try buat pulak..Ok jomm kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan + 3 camca besar air
2 camca besar mentega cair (mat guna minyak masak)
2 camca besar santan (mat guna susu cair)
Garamm secukup rasa
Beberapa titik perwarn kuning
Kuah kari, kuah gulai atau sambal tumis untuk mencicih*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda (*), kacau rata dengan whisk hingga licin dan tapis, atau masukkan dalam alat pengisar dan kisar halus. Rehatkan sekejap.
  2. Lenser non-stick pan saiz 9 inci dengan sedikit minyak. Isi adunan tadi dalam bekas membuat roti kirai, kemudian kiraikan atas pan tadi secara berangkai dan semua kiraian bersambung antara satu sama lain. Gunakan api sederhana.
  3. Kemudia bila permukaan roti kirai kelihatan pucat, boleh lah anda gulung atau lipat, selalunya mat lakukannya dalam kuali tu juga menggunakan sudip kayu kecil. Buat hingga siap dan hidangkan bersama kuah kegemaran anda, nak makan dengan serawa durian pun sedap...

KENAPA DTS TAK JOIN MANA2 "GIVEAWAY"...

(Gambar Ehsan Google)

Salam pagi Jumaat barakah...entri selingan mat saja letak pagi ni...Hmmm, sekarang ni ramai kan orang buat "GA" dan segmen. Kadang2kan serius ni, mat segan lah..ada juga yang secara private pelawa mat join GA mereka, tapi mat minta maaf banyak2...bukan tak sudi atau memilih..cuma mat tak nak kecil kan hati mana2 pihak. Macam "Ady Budika" kan ada buat "GA" kat blog dia di sini (tarikh tutup 26hb Jun 2011, jam 6.00 petang)...dan dia pelawa juga mat join, mat kata, aku tolong promot boleh, kalau nak join takut nanti kena "carut". Hmm, nanti kata pilih kasih atau pilih bulu nak join GA. Mat tak nak sebenarnya benda2 macam tu, jadi buah mulut blogger2...erkkk..takuttttnyaaaaa.

Satu lagi kan masalahnya, DTS-MAT GEBU tak de join mana2 GA sebelum ni, mat rasa tak bess kalau tiba2 je join..huhu, tapi tak bermakna mat tak beri sokongan moral pada blogger2 yang buat GA ni semua. Kalau anda nak DTS tolong promot kan segmen ke, GA ke, bagi tau saja, samada tinggal kan kat ruangan komen atau PM di FB. Insya allah mat akan selitkan dalam entri. Hmmmm, kalau fikir2 blogger masakan macam mat ni apa lah sangat, cuma biasa2 saja...jadi tak perlu lah nak rasa kecik hati ke atau tersinggung. Minta maaf mat pada semua, salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

Thursday, June 23, 2011

KUEH KASWI GANDUM..

P1290356
Assalammualaikum....entri terakhir untuk malam ni mat share resipi kueh kaswi atau kueh kosui. Kueh tradisi orang2 melayu dan peranakan ini dihidangkan dengan kelapa parut. Yang pasti kueh kena dibiarkan betul2 sejuk sebelum dipotong dan disalut dengan kelapa parut putih yang digaul sedikit garam. Resipi mat ambik dari blog Kak Yatie, sorang blogger masak2 yang menetap di Johor, bukan nak puji, kak yatie ni memang rajin membuat kueh2 talam dan boleh digelar "Ratu Kueh Talam"..kan kak. Resipi asal dari Chef Hanieliza @ Kak Liza.. Ok mat share resipi dia kat sini yea. Kalau anda penduduk rumah tak ramai sila buat 1/2 dari resipi dibawah ini....Jommm salin resipi.

BAHAN A :-)
5 cawan air
1 cawan gula merah @ gula melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat (mat guna 3/4 camca teh kicap pekat)

BAHAN B :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 camca teh air abu (boleh guna air kapur)
Kelapa parut putih, pilih kelapa muda sedikit yang berkulit basah
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
  2. Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna coklat atau kicap pekat.
  3. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang no. 2 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapi adunan tadi dan masukkan air abu, kacau rata.
  4. Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30 minit atau hingga masak. (mat kukus 35 minit). Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!!

GULAI BABAT & REBUNG JERUK...PENGSANN!!

P1290349
Salam petang Khamis. Dah balik keje?..ada yang tersangkut kat kesesakan jalan raya ke, atau tersangkut kat pasar malam tak pun ke pasar. Kali ni mat kongsi masakan biasa, ni pun atas permintaan bonda yang berpuasa. Masakan femes di Rembau dan juga daerah2 lain negeri sembilan ni menjadi salah satu hidangan wajib mereka. Tapi kalau mereka masak mesti lagi pekat, silap2 guna 2 biji kelapa, perghh!!..Kolestrol beb.. yang ni mat guna kelapa 1 biji. Rebung tu pulak bonda dah jeruk dulu, hm bau dia masih tak kuat sangat, cuma kalau biar lama sikit kan , baru bau dia yang menyengat itu akan terhasil. Mat tak syorkan lauk2 macam ni kalau anda ada majlis rasmi, kalau nak juga makan, guna sudu dan garfu, kalau guna tangan, nanti bau2 keharuman si rebung jeruk tu akan terselit di celah2 kuku anda....tu jam sendiri bau, sendiri boleh pitammmm...Ok jomm lihat resipi dia plak..

BAHAN-BAHANYA :-)
600 gram babat atau perut lembu (yang macam tuala), hiris nipis cuci dan toskan
2 cawan rebung masam, cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk masukkan babat, rebung jeruk, serai titik dan bahan kisar halus, kacau rata dan masak sekejap hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih perlahan hingga rebung masak dan babat lembut (tapi secara amnya babat tu memang liat2 lembut, sikit).
  2. Tambah asam gelugor, dan pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Akhir sekali tambah daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

URAP PUCUK UBI.......AKU TERLEBIH TENAGA?..

P1290346
Salam, dah santap semua?..Hmm, mat belum lagi, ntah lah macam tak bess je tekak ni..alah aku kalau tak makan 2 tahun pun orang tak perasan, sebab gebu. Hari ni mat buat urap puck ubi, campur kerang lagi. Pucuk ubi ambik kat tanah rendah dekat2 rumah mat ni. Campur taugeh, mat suka taugeh, bagi mereka yang tak makan, atau ada pantang, sila jangan letak yea, manalah tau nanti tertumbuh pulak pokok taugeh kat mana2 bahagian tubuh..dahh mat gebu yang kena...kannn. Urap ni kira ala2 salad lah kan, selalunya kalau orang2 Jawa, mereka kalau buat nasi ambeng, wajib ada urap pucuk ubi....Hmm, masa mat masak2 ni ada satu peristiwa terjadi..cer tengok gambar bawah ni, nampak takk?...

Selalunya mat kan apa2 semua tumbuk dengan lesung, tadi mat tumbuk bahan2 untuk rencah urap tu, mat perasan, bunyi lesung batu tu berbeza sangat, lagu dia tak sama macam selalu. Mat periksa, tapi nampak semua dalam keadaan baik. Masa dalam proses menumbuk hampir siap, tiba2kan, terkopak nkoo pipi lesung tu, waa, pecah sudah..oo no it's a sign, bad omen...tu kata orang dulu2 lah, mana boleh percaya sangat, kalau terjadi pun secara kebetulan, ke sebab mat gebu terlebih tenaga?...hmmm..Ok, kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, asingkan dari tangkainya dan rebus hingga lembut, toskan
150 gram taugeh, buang esor, cuci dan toskan
1/3 cawan isi kerang
1 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit cerah
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah, dimayang halus

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2.5 inci isi cekur
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 1/2 camca besar udang kering, rendam dalam air panas sekejap dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diperah, kemudian hiris halus. Taugeh dibuang ekor, cuci dan toskan. Kelapa parut putih digaul bersama bahan tumbuk halus dan isi kerang. Tambah garam dan gula secukup rasa, jika nak guna serbuk perasa pun ok.
  2. Masukkan taugeh, hirisan bawang merah dan hirisan pucuk ubi tadi, gaul rata2. Kemudian masukkan ke dalam kuali tanpa minyak dan goreng sekejap hingga suam dan taugeh sedikit lembut. Alih dalam bekas sesuai dan hidangkan

NASI GORENG SARDINE.

P1290327
Salam pagi Khamis, Sedenak ni pagi2 dah hujan renyai, tapi buat masa sekarag, matahari dah muncul, boleh lah jemur kain baju. Pagi ni mat goreng nasi campur sardine, tapi mat ambik ikan dia saja. Kalau anda guna sardine dalam tin, mungkin 1 tin sardine saiz paling kecil tu sudah memadai. Macam mat guna sardine buatan sendiri, mat simpan dalam peti sejuk dan ni mat guna 1 ekor ikan sardine tu..kalau nak mencuba buat sardine sendiri boleh tengok entri yang ini.

P1290334
Ni sebenarnya nasi semalam, berbaki dalam 3 cawan, mat simpan dalam peti sejuk, jadi pagi ni kita goreng. Satu perihal nasi goreng ni, ianya kita boleh letak apa saja yang kita rasa sesuai, untuk rencah pun sama, nak guna ikan bilis, udang kering atau sambal belacan semua boleh. Cuma mat nak sarankan kalau nak buat nasi goreng ni, elakkan guna nasi yang agak lembik, nanti nasi goreng akan bergumpal2 dan tidak kelihatan menarik. Oh yeaa.. sebelum tu, bagi mereka yang pernah kena "hina" macam mat kena semalam, anda boleh baca satu entri yang boleh menenangkan perasaan kita di sini... Kita semak resipi pulak...jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3-4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 tin kecil saredine cap ayam, ambik ikannya dan hancurkan
5 batang sweet peas, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia muda, cincang halus (optional)
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 camca besar cili kisar
2 biji telur, pukul sedikit
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sardine, halia, cili merah/hijau dan sweet peas, kacau rata.
  2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur tadi dan biar mengeras sedikit dan kacau hancur, gaul rata dan tambah sedikit sos ikan. Masukkan nasi dan gaul rata. Masak dengan api besar hingga nasi berbau harum. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi sos ikan. Kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan, boleh juga dimakan bersama ulam petai atau timun...Selamat mencuba..



Wednesday, June 22, 2011

LEMPENG UBI -KELAPA...WARISAN ORANG MELAYU

P1290307
Sebelum mat masuk tidur, nak share satu lagi entri terakhir. Yang ni kan takde resipi yang tertentu. Main agak2 saja dan rasanya dah banyak kali mat letak kat blog. Lempeng ubi-kelapa ni biasa saja kalau kat kampung2. Bahan mentah semua boleh dapat secara percuma, terutama ubi dan kelapa boleh ambik di kebun. Selalunya lempeng ubi akan dicampur dengan kelapa parut putih sebagai salah satu bahan untuk memberi rasa lemak. Lempeng ini sesuai untuk sarapan atau minun petang. Boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sambal tumis, kari atau apa sahaja yang anda fikir sesuai...

P1290317
Lempeng ubi sedap dibuat garing sedikit dan kalau ada kerak2 tu lagi sedap, wangi baunya. Mat guna non-stick pan saiz 4 inci. Mat letak sedikit minyak, ratakan dan masak dengan api kecil hingga garing dan terbalikkan. Masak sekejap lagi. Lepas tu boleh lah disantap bersama keluarga. Ok mat selit kah resipi dia di sini, tapi mat agak2 saja nyea....Layannnnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan parutan ubi kayu
3/4 cawan kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Sedikit air (yang ni agak2 lah dalam 3 - 4 camca besar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali garam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa, kacau sebati. Panaskan non-stick pan, oles sedikit minyak masak, letakkan 1 senduk adunan dan ratakan (bergantung pada saiz non-stick pan masing2).
  2. Masak dengan api perlahan hingga kuning keemasan dan garing, terbalikkan dan biar kuning keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis atau ikut citarasa masing2...

APAM KAMPUNG....

P1290314
Assalammualaikum, buat apa tuu...Aduhhh ngantuknya mata, ingat ni malam nak tidur awal lah, tu pun kalau boleh tidur lah kan. Ok entri kali ni mat share resipi apam, mungkin anda ada resipi apam yang bess, apa kata share untuk kira sama2. Mat buat apamni untuk bonda berbuka puasa tadi. Rasa2 mat pernah buat dulu, apam tepung gandum kalau tak silap. Tapi kan kali ni mat campur sedikit tepung beras. Sedap dimakan bersama kelapa parut putih yang dgaul dengan sedikit garam. Kelapa pun kalau dapat pilih yang kulit basah...Ok kita semak resipi dia yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
75 gram gula perang (brown sugar)
1 cawan air
6 gram yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

IKAN BAWAL TUMIS TEMPOYAK.

P1290305
Petang semua, ok nak letak satu enteri yang betul2 kasi bukak selera sama penggemar tempoyak sedunia. Ini satu masakan paling senang dan sedap. Mat guna ikan bawal putih, anda boleh ganti dengan apa2 ikan kegemaran. Kalau ikan tilapia pun ok rasanya, tapi mat lagi suka ikan bawal ni, tak pun ikan kembong. Bila kita masak macam ni, kadang kala ikan yang daging dia agak tawar pun akan berasa sedap. Aduhh ngantuknya mata, masa menulis ni tersenggut2. Kalau tidur kang hangin satu badan, tu yang malas....ok sebelum tahap kemengantukkan bertambah, elok mat tulis resipi dia yea...Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan bawal putih, disiang dan cuci bersih*
Sedikit kunyit serbuk*
Sedikit garam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit, mayang halus, tinggal kan sedikit untuk hiasa
2 biji cili padi, hiris halus, untuk hiasan
1 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup*
20 biji cili padi merah thai*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal digoreng hingga kuning keemasan. Angkat, toskan dan susun dalam bekas sesuai. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan tempoyak, asam gelugor, garam dan gula secukup rasa, kacau rata.
  2. Masak dengan api kecil hingga garing. Masukkan daun kunyit hiris, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan bawal tadi dan ratakan. Tabur dengan hirisan cili padi dan juga hirisan daun kunyit yang diasingkan tadi. Hidangkan segera...

GULAI PISANG MUDA BEREMPAH

P1290293
Assalammualaikum. Dah makan?..Mat hari ni seperti biasa, memasak menu pilihan. Gulai pisang muda. Dah lama juga tak masak pisang muda, semalam abah mat cadang suruh masak gulai ni dengan tulang ikan kurau, mat kan jenis ok semua, bahan2 ada, semua aku kasi ON, tapi kan kali ni not an ordinary pisang ok, mat guna pisang raja talun, eh sedappp rupanya pisang ni dibuat gulai dengan tulang ikan masin kurau. Pada mat pilihan tulang ikan kurau sebagai perencah masak adalah yang terbaik. Tapikan jika anda nak beli, kalau dapat pilih tulang ikan yang masih baru, tidak kuning dan kelihatan masih putih. Rendam dulu sebelum digunakan. Jika guna tulang belakang ikan, kerat segmen dia ketika anda nak masak, ini akan membuatkan rasa masakan anda lebih berperisa, kerana sum-sum ikan tadi akan keluar.. Ok mat tulis resipi dia, jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang sayur muda
6 - 7 kepingan tulang ikan kurau, rendam
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
1 liter santan cair
2 keping asam gelugor
Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
1 camca besar penuh kerisik

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
Secubit belacan
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor. Dalam periuk, masukkan tulang ikan kurau, bahan kisar halus, serai titik dan baki asam gelugor. Toskan pisang dan masukkan ke dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga mendidih.
  2. Tuang santan cair, kacau perlahan dan masak hingga pisang lembut. Tambah kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan kerisik dan daun kunyoit kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh mati kan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....Kalau makan keesokkan hari lagi sedapppp!!..

Tuesday, June 21, 2011

RICH MOCHA CAKE.

P1290281
Salam malam, sebelum lena dibuai mimpi2 indah, mari kita cuci mata dulu dengan entri terakhir malam ni. Mat buat kek tadi, saja lah, bukan nak makan sangat, tapi sebab tergatal nak buat, boleh juga isi dalam blog. Bila siap tadi mat potong dan bagi kat anak2 buah..Yang bapak buah makan 1 hiris cukup lahhh,..kita kan dah tua. Kek ni asalnya mat ambik dalam buku Alex Goh, tapi kan seperti biasalah mat derhaka sikit, ikut bahan2 yang ada kat rumah. Serius cakap, kek ni lembut, sedap dan...dan...dan...ohh heaven..pengsaannn >_< , selamat 1 hiris tadi, tu je had dia yea, kan dah malam ni.....

P1290286
Mat buat 1/2 dari adunan dalam resipi asal. Lain kali kalau ada tetamu mat nak buat lah. Dalam kek tu kita letak coklat, mat guna dark rich chocolate, mat dadu kecil dan campur kan sekali, hmm. Lagi satu untuk kek ni mat guna mentega S . C . S...kalau buttercup pun ok, ikut pilihan masing2 yea, tapi kalau mat, memang syor kan S.C.S atau pun Anchor, kalau dulu Golden Churn menjadi pilihan mat..hmm tapi tu lah status dia masih diragui, jadi kita pun was2 nak guna..hmmm., ok sekarang mat share resipi kek yang sedap nih....jomm!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi (S.C.S atau Anchor dll..)
115 gram gula kastor
1/4 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh perisa mocha
2 biji telur gred A
75 ml whipping cream, tak payah diputar
50 gram dark chocolate, dadu kecil
150 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)*
Secubit soda bicarbonate*(*digaul dan ayak 3 kali)
Badam keping untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser 3 tin kecil berukuran 4 inci x 2.5 inci x 2.5 inci atau guna acuan kegemaran anda. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang, jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Perlahan kan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan whipping cream, hingga habis, putar rata.
  3. Tambah esen vanilla, perisa mocha dan coklat cincang, putar sekejap pada kelajuan perlahan hingga rata. Tuang dalam bekas, tabur badan cincang dan bakar selama25 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan dan hidangkan..

YANG NI PUN SEDAP, ANAK-ANAK SUKA.

P1290266
Cer kira dah berapa kali menu ni diulang tayang kat DTS..Sah ingat punya, sebab terlalu kerap. kan mat dah kata, apa yang mat masak, tu yang aku letak..kata nak yang segar dari ladang (pinjam ayat "jiran" sekejap). Kalau nak yang bermusim, seminggu sekali leer baru update blog. Hari2 makan lauk yang aneh2 mana boleh jadi, kami kat kampung ni makan bahan2 yang selalunya dibawa balik dari farmville. Kali ni tumis air kentang, cendawan, telur dan soo hoon menjadi hidangan. Mat suka yang macam ni, ringan dan boleh hirup2 kuah dia. Nice kann... Lagi satu kalau sapa2 yang suka telur tu merah dia jangan kasi masak keras2, biar dia ada sedikit air..hmm lagi sedap. Tabur sediki lagi serbuk lada hitam sebelum dihidangkan...aduhh, lagi sedap, kena pulak cuaca mendung...2 mangkuk pun licin macam nih... Mat tulis resipi mudah ini yea, anda boleh masak nanti..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap satu, rendam
5 biji telur ayam gred B, cuci dan lap kering
7 kuntum cendawan black fungus atau cendawan telinga kera
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam
Tauhu kering @ fucuk secukupnya, kerat kecil dan rendam hingga lembut
1 kiub pati ayam "Maggi"
Air secukupnya
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kentang dan masak sekejap. Tuang air secukupnya. Masukkan kiub ayam dan biar mendidih hingga kentang 1/2 empuk.
  2. Tambah fucuk (toskan) dan bila mendidih, perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah, pastikan ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras dan kacau perlahan.
  3. Masukkan cendawan telinga kera dan soo hoon, jika kurang kuah boleh tambah sedikit lagi air. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan, ikan masin@ ikan goreng serta ulam-ulaman..

DAGING GORENG BUMBU SATE.

P1290257
Selamat petang dan assalammualaikum semua, dah selamat makan tengah hari?..Hari ni mat masak untuk abah dan abang mat makan tengah hari, bonda pula berpuasa, jadi mat akan makan bersama2 dengan dia nanti. Tadi pagi mat ada keluarkan daging, kurang lebih 1 kati berat atau 600 gram. Mula2 tatau nak masak apa, blurr, YM dengan Kak Ummi Kuantan, tanya dia. Dia kata goreng kunyit..hmm lepas tu kak ummi bagi idea sikit...terus mat gebu buat tapi idea kak ummi sebagai pemangkin, yang lain tu aku tambah sendiri. Maka jadi lah resipi biasa2 seperti anda lihat ni. Kat sini mat guna daging pejal, jadi kena rebus dulu, kalau nak sedap guna daging batang pinang, terus perap dengan bahan2 dan sampai masa, goreng saja sampai empuk, dahh bole dihidangkan, idea ni bagus juga untuk ibu2 bekerja, daging dan siap perap, balik tinggal masak, ada sedikit sayur sudah memadai...Ok kita semak resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kati daging @ 600 gm daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia tua*
3/4 inci lengkuas*
1 batang serai, hiris halus*
1 inci kunyit hidup*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
15 biji lada hitam*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Hirisan cili merah, sebagai hiasan
Hirisan daun sup, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Perap daging dengan 1/3 dari bahan kisar halus tadi selama 2 jam. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan daging dan goreng hingga daging kecut dan empuk.
  2. Tambah garam secukup rasa dam gula. Masak dengan api perlahan hingga daging kering. Masukkan hirisan bawang besar, masak sekejap hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah sebelum dihidangkan.

NASI LEMAK HALBA.....

P1290238
Cakkk!!...Selamat pagi Selasa, assalammualaikum. Dah sarapan ke semua, mat sambil2 bersarapan ni, minum kopi dengan biskut krim kraker, tapi kan rasa2 macam nak buat murtabak kraker plak bila nampak biskut nih..kacau si mat ni, semua nak buat. Pagi ni nak share resipi yang dah banyak kali juga rasanya buat. Nasi lemak halba ni mat buat semalam, untuk bonda berbuka puasa. Jadi nak letak malam tadi rasa macam tak berapa sesuai kan, memalam entri nasi lemak, ada kang yang bangun langsung nanti, kata orang makan nasi lemak ni mata boleh ngantuk..tapi kan mat semalam betul 30 minit jee tidur..huhu..susah leerr..Grrrrr!!...

P1290246
Nasi lemak halba ni amat ringkas, mat cuma masak sambal tumis kupang, telur rebus, timun dan ikan tanmban sardine goreng, tu saja. Tapi ikan tamban sardine tu mat tak syorkan pada mereka yang tak suka ikan banyak tulang dan tidak sesuai untuk kanak2 juga. Boleh lah ganti dengan ikan kembong atau ayam goreng berempah. Seperti biasa mat masak guna beras basmathi. Satu petua memasak nasi lemak, santan perlu segar dan wajib ada daun pandan, apa lah makna nasi lemak tanpa daun pandan. Kalau anda hendak tambah kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng, pada bahan2 sampingan, takde masalah. Ok kita semak resipi yea...Jommm...

BAHAN NASI LEMAK :-)
3 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
4 1/2 cawan santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halis, kerat 2 dan titik
1/2 camca teh halba
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis (mat buat sambal tumis kupang, resipi di sini...)
Hirisan timun
Telur rebus (atau goreng)
Ikan @ ayam goreng (optional)
Kacang tanah goreng (optional)
Ikan bilis goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras basmathi dalam rice cooker, masukkan santan dan semua bahan2 untuk nasi lemak, kecuali garam. Kemudian baru letak garam secukup rasa, agak2lah yea, mungkin dalam 3/4 camca teh macam tu. Masak nasi seperti biasa, hingga kering dan betul2 masak. Gemburkan nasi dengan chopstick dan biar sekejap lagi dalam rice cooker.
  2. Hidang nasi dengan bahan sampingan. Sesuai untuk sarapan, tapi boleh juga dihidangkan petang. Selamat mencuba untuk semua...

Monday, June 20, 2011

BLOG MASAKAN + BLOG PERSONAL = BOLEH NGAM KE?

(Gambar Ehsan Google)
Salam semua, nak tulis satu entri bukan pasal masak2. Kalau sudi baca, terima kasih, kalau rasa tak nak baca pun terima kasih, sebab sudi singgah di DTS. Kadang2 ada orang suka tanya soalan aneh..tapi tak pelah, nama pun soalan, memang ada kala aneh. Jadi nak menjawab pun kenalah jadi aneh sikit..lalalala. Blogger masakan dan Blogger Personal. boleh ngam ke?...Hmm, mungkin yang tanya mat tu bukan blogger. Nak juga tanya dia balik, pandangan u macam mana, kami nampak ok tak, nampak serasi tak, ada tak kes gaduh tarik2 rambut? tak de kan..kesimpulannya kami memang ok antara satu sama lain.....

Mat sendiri selain berada dalam lingkaran blogger masak2, mat juga turut berlegar dalam blog blogger antik, tak lupa juga blog2 blogger personal yang begitu akrab dengan DTS...mat tak payah lah sebut sapa2, senang cerita mereka yang senang dengan kita tu kira mereka ok lah kan. Pada pandangan mat, menjadi sorang blogger ni perlu ada sifat versatile, tak payah nak ungkit isu2 sensetif, atau bersikap perkauman, kenegerian dan sebagainya. Bila ada kelompok2 macam tu, secara tak langsung akan ada blogger yang berpuak2...lepas tu mula ada sikap tak senang antara blogger2, maka perpecahan berlaku. Tapi maaf cakap, selalunya yang mat nampak pekara2 macam ni berlaku di kalangan blogger personal...kalau kami blogger masak2 kebarangkalian berlaku keadaan macam tu peratusannya adalah amat kecil. Macam mana mat tau?. Sebab mat kan blogger masak2...

Kesimpulannya di sini, perhubungan silaturahim antara blogger tak kesah lah masak2 ke atau yang lain2, memang boleh kita jalin dengan baik, bukan nak kata DTS contoh, tapi anda sendiri boleh lihat kan. Cuma satu mat pesan, sebagai blogger "tua sikit", kalau ada perasaan tak puas hati dengan kejayaan rakan2 blogger kita, tak payah lah nak perli, nak buat entri kutuk2 segala, itu kerja sia2..apa kata kita cuba belajar dari mereka. Mat pun belajar dari blogger2 muda. Satu lagi sikap merendah diri, ikut rasmi padi, semakin tunduk semakan berisi...hmm itu saja untuk malam ni, salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

KUEH TALAM UBI.....PASTI TAK JEMU.

P1290228
Salam, huhu, baru dapat bernafas..penat lah, rasa macam pening2 pulak. Ok kali nak share satu jenis kueh feberet mat gebu dan juga oreng-oreng kampung. Kueh ni senang dibuat dengan syarat ubi dah siap parut. Kalau di rumah mat, kerja memarut ubi ni selalunya dilakukan oleh abah atau bonda...mat gebu?..aku tak nak buat tu, kalau jadi kan ianya kueh, aku nak lah..keji kan si mat..buli mak pak dia buat keje...haha, tak delah..bukan macam tu, mereka buat secara rela, lagi pun kan abah mat ni suka tanam2 kat farmville dan juga kawasan tanah rendah, jadi bahan mentah masakan kira muai okeh kat rumah kami..peningg woooo...apa2 pun syukur alhamdulillah rezeki Allah bagi..

P1290234
Kueh talam ubi ni kerap dah mat buat, dan mat guna resipi yang sama, teman blog masak2 Puan Azlita pun ada buat juga kat sini. Satu lah yang mat perhatikan, kueh talam ubi ni, tang kepala dia tu, bancuhan dikacau sedikit atas api hingga nak wap, tapi jangan bagi ketal sangat, nanti ianya tak nak melekat dibahagian lapisan bawah. Biar ianya masih cair, bila rasa adunan untuk kepala tu suam2 kuku saja, sudah memadai, boleh tuang atas bahagian ubi. Walaupun dah banyak kali buat, mat letak lah juga resipi dia....

BAHAN BAWAH :-)
600 gram parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gram gula pasir
50 gram gula melaka
Sedikit pewarna coklat
1 helai daun pandan

BAHAN ATAS :-)
600 ml santan
40 gram tepung gandum
70 gram tepung beras
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN BAWAH :- Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin bulat berukuran 9 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
  2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian masak atas api ksederhana hingga bancuhan suam, kacau tanpa henti. Tuang perlahan2 atas ubi tadi. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan aluminium tadi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.