CHEDDAR CHEESE BUN.

P1290522
Assalammualaikum, salam semua....baru dapat on9. Tadi pi beli barang untuk baby baru, bes juga kan beli barang baby ni, geramm semua nampak nak. Patutnya mat ada nak buat sesuatu lagi petang tadi, tapi sebab dah pi belanja, kenalah ditangguhkan dulu. Petang tadi mat buat roti ala2 bun. Mat guna resipi sedia ada, tapi mat oter atau bahasa senangnya, mat derhaka. Tapi kan roti tu macam hangus je kan, huhu..nak tau sebab apa. Mat tadi rasa, ntah lah nak cakap macam mana, sampai mat terlupa yang mat guna tin kaler hitam..hmm dan akibatnya kaler roti pun nyaris2 hitam..nasib baik tak rentong...grrrrr.....

P1290524
Tapi kan bila siap tadi mat tengok dalam dia, ok tau, nice lembut dan gebu, sampai laaa ni pun masih lembut dan gebu gitu. Mat buat tak banyak, dapat dalam 9 biji bun yang mat bakar dalam tin 8 inci x 8 inci x 2 inci. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama jem dan sebagainya. Roti ni kalau anda nak simpan, elok diisi dalam bekas kedap udara atau tupperware, selain bersih, ia akan kekal lembut. Hmm, apa lagi eks nak tulis....kadang2 mat ni entri roti, tapi aku cerita tah hapa2..kan..maklumlah bukan blogger tulis2..tapi blogger mask2...Moh leer kita semak resipi dulu, malas nak cerita lagi...jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
190 gram tepung roti (high protein flour)
70 gram gula halus
1/4 camca teh garam
8 gram instat yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 ml susu segar
1/2 cawan parutan keju cheddar
80 gram water roux (resipi kat sini...)
30 gram mentega
Parutan keju cheddar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali keju untuk hiasan, dalam breadmaker. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagikan kepada 9 bahagian sama besar, kurang lebih 50 gram setiap satu. Bulat2kan dan susun dalam tin yang telah disapu mentega (mat guna tin 8 inci x 8 inci x 2 inci)
  3. Biar naik sekali ganda, kurang lebih 50 minit. Sapu permukaan doh dengan putih telur dan tabur dengan parutan keju rata2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga kuning keemasan (kalau guna tin hitam, guna suhu 160C)...Sejukkan sebelum dihidangkan...

Post a Comment

11 Comments

  1. nampak sedapppppppppppppppppppppp!

    ReplyDelete
  2. adehhh...cheese lagi sedapnyer!

    ReplyDelete
  3. oiiii sedak yooooo.....bagi sini siket abg mat gebu.

    ReplyDelete
  4. Mat... tak jadi projek roti yang ini ler Mat... ma terbuat projek roti lain... resepi lain tu pun, sepatutnya jadi cam lain tapi jadi lain... ahaha... ko pening eh baca.. tak pe, abaikan je.. tak masuk peksa pun. Apa-apa pun, roti ko memang malatops!

    ReplyDelete
  5. SALAM JULAI CHE MAT..
    kak pun buat roti sama mcm che mat..heheh gelap gelita tapi sedap ranggup.. guna basic doh try BM baru beli amboi2 kabaukan che mat pula..bukan apa che mat dpt anak buah/ahli baru.. kak pula ahli dapo baru.. adil kan che mat. nanti tayangkan baby tauuu..nak lihat...

    ReplyDelete
  6. makin lapar la pulak rasenye.. nguuu

    ReplyDelete
  7. tak suka betul masuk sini..bikin lapar..grrrr

    ReplyDelete
  8. Jelesnya dgn Mat Gebu ni. Setiap hari berjenis-jenis masakan dia buat. Banyak pulak masa dia. Pastu semua resepi yang canggih-canggih punyer. Kagum~..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.