P1280344
Arghhhh....frussttnyaa, gerammm Grrrrrrrrrr....aduhh, malasnya nak masukkan dalam N3 kalau ikutkan hati. Hmm, nasib baik sedap. Petang tadi mat buat satu resipi roti ni, ambik dari blog Kak Ummi Kuantan kat sini. Rasa dia sedap tapi rupa dia..hmm hazab sangat, aduh mat gebu apa saja lah yang dah ko buat nihh...arghh malas nak cerita banyak, silap sendiri kan...kalau nak tengok yang lawa, sila ke blog kekanda ummi kuantan di sini....Ohh yeaa, ada satu blog baru dari sorang Chef profesional, sat tadi masuk dan tengok ukiran buah2an, masya Allah punya lah cantik, halus dan teliti, klik sini... Ok kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
190 gram tepung roti@high protein flour
50 gram gula halus
1/4 camca teh garam
6 gram instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 gram susu segar (mat letak 80 gram)
12 gram kopi segera (mat guna nescafe 3 dalam 1 sebanyak 1 paket)
1/2 camca teh perisa mocha
60 gram water roux (resipi dibawah)
30 gram mentega
50 gram tepung gandum*
250 ml air*(*untuk water roux)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Water Roux :- Satukan air dan tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api kecil sambil dikacau hingga pekat, matikan api, sejukkan. Boleh digunakan, simpan baki dalam peti sejuk, boleh tahan selama 3 hari.
  2. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas ke dalam bread maker, pilih setting untuk DOH dan tekan ON. Tunggu hingga siap.
  3. UNTUK ROTI :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh pada 9 bahagian sama besar (kurang lebih 50 gram setiap satu), susun dalam bekas yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Biar naik 2 kali ganda, kemudian hias atas bun, jika suka dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...