RESIPI GULAI SIAM AYAM, YATIEKITCHEN

RESIPI GULAI SIAM AYAM, YATIEKITCHEN

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak satu resipi dari salah satu buku masakan Yatiekitchen. Kat FB pun che mat perasan ada beberapa orang dah cuba, Maria Tunku Sabri yang jalan2 cari makan tu pun dah cuba, tu belum Tunku Zahra Mahmod yang dok Brunei tu pun dahh cuba jugak! Ehh, tak boleh jadi ni, nak juga cuba dan tau kesedapannya. Maka hari ni kita masak dah gulai siam ayam. Kalau tak silap che mat, resipi gulai siam ayam ni dari mak mertua beliau. Tapikan, tak rugi lah kalau kita cuba dari mereka yang pakar memasak ni, kiranya berbaloi lah. Macam gulai ni, mula2 che mat nak buat 1/2 ekor ayam saja, tapi sebab guna ayam kampung dara, besar mana sangat lah, jadi ku humbankan semua masuk dalam periuk, habis cerita. Dan hasilnya, serius ayam gulai siam ni sedaaaapp sangat (tapi tu pada tekak che mat lah, tak tau tekak orang lain). Kaler dia pun elok cantik. Resipi memang che mat tak derhaka langsung, cuma ada lebihkan cili padi ajer. Yea wak, resipi ni guna 3 jenis cili, cili kisar, cili merah atau cili hidup dan cili padi. Tapi toksah risau, tak tahan pedas, bijak2 lah kurangkan. Apa ada hal, kan kita buat dia. Buku masakan tu pun bukan paksa kita ukut 100%, betul tak.


Bagi yang tak kenal Yatikitchen (mustahil lah kalau korang kaki masak, tak kenal Yatie, dia ni femes wehh kat IG, di sini, selain ada beberapa buah buku masakan, dia juga Duta Adabi. Adabi melazatkan, adabi menyelerakan, alahh iklan yang bukak2 tingkap tu, mesti ingatkan?). Ada beberapa resipi dia yang che mat pernah cuba dulu, tu jam, dia takde buku masakan lagi. Tapi buku2 tu semua laku keras, takde stok dah. Tapi takpe, resipi gulai siam ayam ni, che mat dah minta izin dari Yatie, untuk dikongsikan kat blog tiffinbiru. Terima kasih Yatie. Jommm semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka, tapi biarlah pada saiz sederhana, cuci dan toskan
5 - 6 helai daun limau purut
1 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
500 ml santan sederhana pekat
4 - 5 camca besar cili kisar (che mat guna 3 camca besar)
Garam secukup rasa
1 camca besar gula melaka
Air secukupnya (anggaran 1 - 2 cawan)

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris
1 inci lengkuas
1 inci halia
4 batang cili merah
10 biji cili padi hijau
1 inci kunyit hidup (che mat guna 1 1/2 inci)
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum , masukkan cili kisar, asam gelugor dan serai, masak hingga cili garing dan naik minyak. Kacau sentiasa dan gula api kecil. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut dan berubah warna.
  2. Tambah air secukupnya, anggaran 1 1/2 cawan dan gula melaka. Biarkan mendidih dan masukkan santan. Kacau perlahan dan kecilkan api. Renih hingga ayam masak, kacau sentiasa untuk mengelakkan santan berkepala.
  3. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan gulai siam ayam dengan nasi putih dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

RESIPI GULAI SIAM AYAM, YATIEKITCHEN RESIPI GULAI SIAM AYAM, YATIEKITCHEN Reviewed by Mat Gebu on 2/24/2021 10:55:00 AM Rating: 5

2 comments:

  1. adoi, cantiknya mangkukkkkkk


    lauk tu mesti sedap, kannnnn

    ReplyDelete
  2. selalu sup siam kan.. ni gulai siam.. emm harus la try kan..

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.