RESIPI BUN KELEDEK OREN

RESIPI BUN KELEDEK OREN

Assalammualaikum, salam semua. Sepatutnya hari ni che mat nak kongsikan resipi laksa lemak atau laksa nyonya, tapi kampung che mat takde air dari jam 10.30 pagi dan dijangkakan air akan kembali dalam jam 10 malam macam tu. kita merancang tapi Allah jua yang menentukan. Nasib baik che mat dah siap masak awal dan kebetulan untuk sarapan pagi tadi, che mat rebus keledek dan ada belen sikit kita gunakan lah untuk buat roti atau bun. Kalau rajin, boleh saja nak letak inti, tak kisahlah inti manis atau savory. Satu adunan boleh dapat banyak, sekitar 25 - 30 biji bun, tapi ikut saiz yang kita buat lah. Kalau buat comel2 dapat lebih, kalau buat saiz gergasi, dapat lah kurang. Che mat buat bun kosong saja, boleh makan dengan jem, kaya atau cicah dengan kopi O. Dalam gambar tu che mat guna telur rebus hancur yang digaul dengan mayonnaise. Tambah hirisan kucai sikit. Masak nak makan tu, che mat tabur dengan sedikit serbuk smoked paprika. 

RESIPI BUN KELEDEK OREN

Nampak comel kan bun keledek oren tu, rupa dia macam cendawan butang pun ada juga. Ada yang komen kat IG, dia kata kalau guna keledek ungu lagi cantik. Memang betul, tapi kalau keledek ungu, roti jadi lebam pulak, yea dak. Doh untuk resipi bun keledek ni agak lembut, disebabkan che mat buat dalam bread maker, maka sukatan air dia betul2 ikut resipi asal. Kalau buat dalam mixer atau uli guna tanga, air tu boleh lah kita tuang sedikit2 hingga dapat doh yang ok. Satu lagi keledek oren tu pun agak lembut. Tapi jangan risau, kan kuat yang buat dia. kalau terlalu lembik, tambahah sedikit tepung, ingat sedikit ajer, jangan pi lambakkan banyak, batat jadinya nanti. Resipi asal che mat dapat dari Youtube di sini. terima kasih dan izinkan che mat kongsikan resipinya di blog tiffinbiru...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung berprotein tinggi (tepung roti)
100 gram ubi keledek yang telah dibuang kulitnya, dikukus atau direbus, dilecek halus
170 ml air suam (kurang lebih), che mat guna breadmaker, jadi guna air biasa
50 gram gula kastor
30 gram susu tepung
1 biji telur, gred B
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh bread softerner
1 camca makan rata instant yeast
1 camca makan penuh mentega atau majerin (planta)
1 biji telur + 1/2 camca besar air = dikacau rata
Bijan secukupnya, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam mangkuk mixer, masukkan tepung, tepung susu, gula kastor, garam halus, bread softerner dan instant yeast, Gaul rata. Masukkan keledek lecek, putarkan pada kelajuan perlahan hingga semua sebati dan tuang air sedikit demi sedikit hingga adunan bersatu dan menjadi doh. Tambah mentega atau majerin, terus memutar hingga adunan menjadi doh yang lembut anjal dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Bulatkan doh dan perap selama sejam. Keluarkan doh dan tumbung doh untuk membuang udara, kemudian bahagiankan kepada bahagian2 kecil, che mat timbang setiap satu kurang lebih 30 gram dan dapat dalam 25 biji bun. Bulatkan setiap satu dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Biarkan selama 35 - 40 minit.
  3. Gliskan permukaan bun keledek dengan bancuhan telur dan air. Tabur bijan atasnya sebagai hiasan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu (selama 15 minit), pada suhu 190C. Bakar selamat 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Bila bun masak, keluarkan dari oven dan terus keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan. Nak makan panas2 pun boleh, lagi sedapp!...Selamat mencuba....

RESIPI BUN KELEDEK OREN RESIPI BUN KELEDEK OREN Reviewed by Mat Gebu on 2/25/2021 03:49:00 PM Rating: 5

No comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.