RESIPI AYAM MASAK CENCALOK

Assalammualaikum, salam semua. Dah siap masak ke tu? Mesti pening kan waktu2 pkp ni, hari2 kena masak. Walaupun che mat sejak dulu memang hari2 masak, otak tetap boleh beku, lima enam kali bukak peti sejuk, tapi ada masa, idea memasak tak kunjung tiba. Bukan bahan2 mentah takde, kadang2 tu terlebih bahan mentah sampai tak tau nak masak yang mana satu. Macam hari ni, kalau ikutkan che mat tak perlu masak, sebab semalamkan ada gulai nangka muda sama tulang ikan masin kurau, jadi masih ada baki untuk sekali makan kami 3 beranak memang cukup sangat. Tapi termengidam pulak nak makan ayam cencalok. Yang che mat buat ni style orang peranakan, pernah sekali cuma ayam cencalok versi Tuanku Azizah. Sebenarnya apa2 masakan pun bergantung pada bahan mentah yang kita guna. Contohnya cencalok, kalau kita beli yang elok, maka hasil masakan kita jadi sedap lah. Kalau yang kurang, tu maka kuranglah sedapnya. Kadang2 cencalok dah lama sangat pun tak sedap, warna dia dari merah jambu sampai dah jadi lebam birat. Ayam cencalok ni sedap dimakan dengan nasi panas atau pun bubur nasi. Kalau berani nak mencuba, boleh lah semak resipi kat bawah ni...Jomm kita masak!

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam
1/4 cawan cencalok
6 biji cili padi merah, hiris
6 biji cili padi hijau, hiris
1 camca besar pes asam jawa
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1 camca besar gula
1 camca besar penuh cili kisar
3 helai daun limau purut
1 batang serai, diketuk
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 cawan air

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
7 biji bawang merah kecik
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dipotong nipis dan hiris serong, cuci dan toskan. Bawang merah dan bawang putih hiris dibuat bawang goreng, ketepikan. Dalam kuali yang sama, keluarkan sedikit minyak bawang goreng tadi dan tinggalkan dalam 1/4 cawan, Tumis serai dan bahan2 tumbuk halus hingga wangi, Masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan isi ayam, kacau dan masak hingga isi ayam berubah warna. Tambah cencalok dan pes asam jawa, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan daun limau purut, gula dan cili padi. Kacau dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan bawang goreng (tinggalkan sedikit untuk hiasan), kacau rata dan akhir sekali masukkan jus limau kastur, kacau dan rasa jika kurang garam, boleh masukkan sedikit garam. Matikan api dan tabur baki bawang goreng sebelum dihidangkan dengan nasi panas....Sedappp wehhh!

RESIPI AYAM MASAK CENCALOK RESIPI AYAM MASAK CENCALOK Reviewed by Mat Gebu on 2/15/2021 12:02:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Waduh-waduh sedapnya Mat..
    Aku tak pernah lagi try, makan pun kat rumah ko laa tu pertama kali..
    Nanti nak try jugalah buat sendiri..

    ReplyDelete
  2. macam senang je bahan,cencalok pun ada lagi tak terusik,boleh try ni..

    ReplyDelete
  3. hebatt masakan chemat nih.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.