RESIPI GULAI ITIK SERATI

Assalammualaikum, salam semua. Dah siap masak ke tu? Che mat dah siap masak sebelum tengah hari tadi. Plan asal cuma nak masak bendi rebus, lepas tu goreng ikan bilis + lobak asin + bawang hiris + cili padi saja, tapi entah apa angin agaknya, boleh termasak gulai itik serati. Itik ni belen che mat masak ari tu, ada lah berbaki dalam 800 gram. Jenis itik serati, besar saiznya. Daging dia pun banyak. Itik yang che mat masak ni orang bela dan diberi makan makanan proses, bukan macam itik yang bebas tu, kalau yang tu mana2 longkang, lopak semua dia pi sudu selagi boleh. Yang bagusnya itik bela, daging dia takde lah sehamis daging itik yang liar, mungkin bergantung pada bahan makanan yang dimakan. Ada yang tanya, apa beza gulai dengan kari? Sebenarnya perkataan gulai tu agak versatile, dan masak lemak pun ada yang panggil gulai, masak kari pun sama, asam pedas pun ada tempat dia orang panggil gulai. Jadi toksah lah pening2 kepala sangat. Kalau nak mencuba resipi gulai itik serati style che mat, jommm semak resipi kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram itik serati yang telah dipotong (bukan sekor itik yea, tapi 800 gram tu ambil dari seekor itik)
1 inci halia, hiris*
4 ulas bawang putih, diketuk*
3 biji kentang, kupas, belah 4 dan rendam
200 ml santan kara (sekotak kecil)*
1/4 cawan air panas*(*disatukan dan kacau rata)
1 keping asam gelugor
2 camca besar penuh serbuk kari daging Baba's
1 camca besar penuh serbuk ketumbar
3 camca besar penuh cili kisar
1/2 camca besar gula Melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5  biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, dihiris

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Itik dicuci bersih, kemudian rebus  dengan bahan bertanda (*) hingga itik empuk, toskan dan buang airnya (che mat rebus guna periuk tekanan, ambik masa 17 minit kurang lebih). Satukan rempah kari, ketumbar serbuk dan bahan2 kisar halus, gaul rata hingga menjadi pes rempah. Ketepikan.
  2.  Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/2 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga layu dan wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rempah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan itik, gaul rata dan masak sekejap. Tuang air hingga itik tenggelam. Masukkan asam gelugor dan biarkan mendidih. Toskan kentang dan masukkan ke dalam periuk, kacau rata dan masak hingga kentang 1/2 empuk. Tuang santan dan masukkan gula melaka. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya, masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi putih, sambal belacan dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.