RESIPI BINGKA ROTI PANDAN

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat ada masa sikit, dan sempat juga menghabiskan baki roti dalam peti sejuk, dijadikan kuih bingka roti pandan. Resipi ini boleh dikatakan amat mudah disediakan. Jika tak suka perisa pandan, boleh abaikan dan biarkan kosong sahaja, pun enak juga. Cuma che mat dah kurangkan sukatan gulanya dari resipi asal. Terpulang kepada anda nak bakar dalam loyang besar atau acuan kecik2 macam che mat bikin. Jika bakar dalam loyang besar, masa membakar perlu dipanjangkan sedikit, sekitar 55 minit hingga sejam. Kalau guna bekas kecil macam che mat tu, kurang lebih 45 minit dah masak. Kuih bingka lebih enak jika permukaannya sedikit garing dan berkerak, bagi yang suka macam tu, pastikan di akhir masa membakar, kita tukar fungsi api oven kepada 'grill' dan bakar hingga permukaan kuih keperangan.

Satu petua untuk mendapat potongan yang cantik pada kuih2 tradisionla tak kiralah kuih bingka, kuih talam atau kuih lapis, kena pastikan dulu kuih betul2 sejuk. Macam che mat bakar dalam bekas kecil, jadi tak perlulah risau sangat. Satu lagi kuih ni, masa bakar dia akan naik seperti kek, kerana ada kandungan telur, tapi bila sejuk, kuih akan mengecut. Che mat taburkan sedikit bijan sebelum dibakar sebagai hiasan. Kuih bingka roti pandan sedap dimakan sejuk atau suam. Kalau teringin nak mencuba, meh che mat tuliskan resipinya di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping roti sandwich 'gardenia' atau sebarang roti sandwich pilihan anda
3 cawan santan (guna satu kotak - 200ml santan dan tambah air hingga dapat sukatan 3 cawan)
4 helai daun pandan, cuci dan kerat kecil
1/2 cawan gula pasir (resipi asal guna 3/4 cawan)
2 biji telur  gred A
1 camca teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1/3 camca teh garam
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Sedikit bijan, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Roti dipotong kiub kecil2 dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Ketepikan. Kisar halus daun pandan dengan santan, tapis dan ketepikan. Dalam mangkuk lain, kacau telur, esen vanilla dan gula hingga gula hancur, masukkan santan yang dikisar dengan daun pandan tadi, kacau rata. Tambah tepung gandum, garam dan mentega cair, kacau hingga semua sebati. 
  2. Tapis bancuhan tadi ke dalam mangkuk yang berisi roti. Gaul rata dan biarkan 20 minit hingga roti terserap dengan bahan2 bancuhan. Sementara itu panaskan oven pada suhu 190C dan lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. 
  3. Kacau rata adunan kuih bingka roti sebelum dituangkan ke dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan dan bakar selama 55 minit hingga 1 jam. Lima minit terakhir, tukar api oven pada fungsi 'grill' dan bakar sampai permukaan kuih bingka keperangan. Matikan api, keluarkan kuih bingka dari oven. Biarkan sekejap dan keluarkan kuih dari acuan. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang. Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.